CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7464|Reply: 2

Persatuan/NGO/Pertubuhan

[Copy link]
Post time 13-1-2013 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Disini, saya ingin bertanya kepada kawan-kawan...
manalah tahu ade sesiapa yg dapat membantu atau mempunyai pengetahuan
saya sedang mencari mana2 persatuan/ngo/pertubuhan yang aktif utk membuat program bersama
saya mewakili salah satu badan kerajaan..(xleh nak bgth kat sini)
klu boleh yg melibatkan komuniti yg berbagai x kisahla kaya miskin, tua muda, politik atau bukan, cina, india...sume boleh...
yang penting kita dapat sebarkan nilai2 murni...
klu boleh kasi skali contact no pertubuhan/ngo/pertubuhan tersebut serta org yg bertanggungjawab..

jasa kawan2 didahului dgn ucapan terima kasih daun keladi...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 01:26 AM | Show all posts
As Salam..sya dr NGO, Small Enterprise Malay Woman Association (SEWA), berminat ingin tahu n join program tersebut.
phone number 0122288896

Last edited by horleys on 15-1-2013 01:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 12:59 PM | Show all posts
Dimaklumkan bahawa Al-I’tisam Relief Programme (ARP) merupakan sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang membawa sebuah MISI untuk mempengaruhi kumpulan sasaran agar mereka mampu berusaha mengatasi pelbagai cabaran dengan minda positif dan ceria mencari masa depan yang lebih cemerlang dan terjamin. MISI ini adalah sesuatu yang sangat mencabar bagi ARP. Fokus utama ARP ialah membantu memacu pembangunan ekonomi Gaza melalui suasana perniagaan yang baik bagi mencipta peluang pekerjaan lantas membanteras pengangguran serta kemiskinan yang membelenggu 58% rakyat Gaza. Pertambahan pendapatan negara membolehkan prasarana, kebajikan rakyat dan lain-lain aspek pengurusan Gaza menjadi bertambah baik.

Program-program ARP telah dimuktamadkan adalah seperti berikut :
a) Program bantuan kemanusiaan “Humanitarian Aid For The World”
     i) Stand Up For Gaza
     ii) Cambodia Care (Prihatin Kemboja)
     iii) Ceria Malaysia

b) Program Pengumpulan Dana Pembinaan Kompleks Islam Al-I’tisam (KIAI di TTDI Jaya)

Justeru itu bagi mencapai misi Al-I’tisam relief Programme (ARP), ARP memohon jasa baik dari pihak tuan / puan untuk memberi kebenaran kepada kami untuk mengambil bahagian slot program seperti yang dimaklumkan dari pihak.

Slot Program Kami : Pameran dan Jualan Cenderahati Gaza


Untuk makluman pihak puan, aktiviti Al-I’tisam Relief Programme (ARP) telah dijalankan sejak tahun 2006 dan sehingga kini aktif menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan seperti program Ceria palestin“Stand Up For Gaza” untuk bantuan ekonomi, masjid, pendidikan, fakir miskin dan anak yatim, Prihatin Kemboja ARP membantu membina telaga air bersih, baik pulih sekolah agama, elaun kepada imam, korban serta lain-lain. Manakala Ceria Malaysia  ARP menghulurkan bantuan kebajikan di sekitar anak kariah serta mengumpulkan dana bagi pembinaan Masjid Al-I’tisam yang kini dalam keadaan uzur. Di Sabah dan Sarawak juga ARP menjalankan program dakwah serta sumbangan kebajikan.

Oleh itu diharapkan dengan kerjasama yang diberikan ini dapat meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan ihsan dari masyarakat dunia. Semoga usaha kita ke arah kebajikan ini diberi keberkatan oleh Allah s.w.t serta menerimanya sebagai jihad dalam membela nasib saudara-saudara Islam.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Umi di talian pejabat 03-78461880 atau faxkan kepada 03-78460477. http://arp.org.my/v1/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.318792 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list