CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sajali

INFO

[Copy link]
 Author| Post time 11-1-2013 07:54 AM | Show all posts
PENAWAR SEGALA PENYAKIT::

Pada suatu malam, Imam Abi al-Qasim bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w, lalu mengadu kepada Baginda
mengenai penyakit yang dihidapi anak lelakinya.

Dia sudah puas berikhtiar tetapi penyakit anak lelakinya tidak juga sembuh. Rasulullah s.a.w lalu bersabda kepadanya: "Apakah kamu tidak pernah membaca ayat-ayat yang menjadi penawar penyakit dalam al-Quranul Karim ?"

Sebaik Rasulullah s.a.w bertanya soalan itu, Abi Qasim terjaga. Beliau lalu mengigati ayat-ayat yang jelas maksudnya menjadi penawar segala penyakit yang pernah dibacanya dalam al-Quran, seperti berikut:

  "Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." (Surah asy-Syu'ara ayat: 80)

  "... dan melegakan hati orang-orang yang beriman." (Surah at-Taubah ayat: 14)

  "Katakanlah, al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman... " (Surah al-Fushilat ayat: 44)

  "Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Surah al-Isra' ayat: 82)

  "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Rabbmu dan penyembuhan bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus ayat: 57)

  "...dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia." (Surah an-Nahl ayat: 69)

Abi al-Qasim lalu menjadikan ayat-ayat tersebut sebagai amalannya dengan niat untuk menyembuhkan anak lelakinya. Alhamdulillah, penyakit anak lelakinya beransur-ansur sembuh dengan izin Allah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 07:56 AM | Show all posts
ADUAL AKTIVITI MEMBAKAR KALORI
Kalori dibakar bergantung kepada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang. Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

BIL AKTIVITI KALORI DIBAKAR
1. Menonton TV 40
2. Berjalan pantas 300
3. Bermain bola keranjang (agresif) 450
4. Mengemas rumah 240
5. Berkebun 320
6. Bermain golf (bawa sendiri Club) 385
7. Berbasikal statik 380
8. Aerobik 405
9. Ping pong 280
10 Sex 1000

KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM SEHARI

BIL JANTINA KALORI
1. Lelaki 2000 – 2500
2. Perempuan 1600 – 2000

MAKANAN SEGERA BIL JENIS KALORI

1. Peha ayam goreng (satu) 130
2. Nugget ayam (satu) 60
3. Kentang lecek (satu tiub kecil) 90
4. Sayur kobis hancur / Coleslaw (satu tiub) 75
5. Burger keju (satu) 425
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) 405
7. Sate ayam (secucuk) 35
8. Pizza berkeju (sepotong) 240



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:58 AM | Show all posts
YAT RAWATAN UNTUK TERKEHEL/PATAH/PENYAKIT TULANG

Sila baca ayat dibawah dan hembus kepada sebotol miyak serai wangi,kemudian urut sejam tempat yang cedera/patah...InsyaALLAH mujarab....

AL FATEHAH 1X
ISRA 82 3X
SELAWAT SYIFA 3X
YASIN 78-79 7X
YASIN 82 3X

YASIN 78-79
Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (78) Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya(79)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:00 AM | Show all posts
SAJALI BIN MOHAMAD:Assalamualaikum, saya ingin tahu adakah kurma dpt mengurang serta menyembuh sakit lutut, jika boleh, berapa bijikah buah kurma disyorkan untuk dimakan dalam sehari disertakan bacaan selawat dan berniat untuk mengubati sakit lutut dan kaki,
SABRI ZONKAPLY: Utk rawatan perlu makan exract kurma   
SAJALI BIN MOHAMAD:adakah extract kurma yang tuan maksudkan itu jus kurma
SABRI ZONKAPLY:Jus utk rawatan.lebih ...jus kurma utk minuman ..kurang extract..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:01 AM | Show all posts
SAJALI BIN MOHAMAD:apakah puncanya terdapat kaum wanita pada usia 40an mengadu sakit lutut, dan bagaimanakah langkah-langkah untuk pencengahannya
SABRI ZONKAPLY:Utk makluman...utk masalah Sakit Lutut tidak kpd wanita shj.Kajian sakit lutut berpihak kpd Org Melayu...dan antara punca ialah kurang kadar pengambilan air dlm badan..
SAJALI BIN MOHAMAD:mohon tuan memberi sedikit info kadar pengambilan air setiap hari yang perlu diminum sekurang2nya dan cara pengambilan dan minum yang betul/waktu2nya, kerana kalau ikut tertibnya, saya rasa akan berkesan
SABRI ZONKAPLY:Kita perlu minum .min 3 ltr sehari...
SAJALI BIN MOHAMAD:terima kasih diatas info yang amat berguna dan bermanafaat untuk diamalkan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:03 AM | Show all posts
PANADOL MERBAHAYA

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www.omaQ/. org

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2013 08:05 AM | Show all posts
KORMA AMAT POWER - untuk sihat, bijak, cantik, kuat dan panjang umur

Buah Korma adalah adalah pemberian Allah kepada kita yang cukup cantik untuk kesihatan manusia. Kaum yang suka makan korma kebanyakkannya daripada kaum yang bijak, sihat, penglihatan baik, kulit cantik, gagah dan berani.

Dikatakan apabila ibu mengandung, digalakkan makan korma sekurang-kurangnya 3 biji hingga 7 biji setiap hari kerana akan dapat anak yang sihat, tenang, penyabar dan bijak. Itu kepercayaan kaum Arab dan nyata terbukti. Biar saya jelaskan daripada hasil bacaan saya.

Korma mengandungi MINERAL dan VITAMIN yang secukupnya untuk semua keperluan kesihatan kita. Kandungan Mineral dan Vitamin di dalam korma sudah cukup untuk anak-anak yang membesar, ibu yang mengandung, anak-anak muda, orang dewasa sehinggalah WARGA EMAS. MAKA KITA SAMASEKALI TAK MEMERLUKAN MULTIVITAMIN DARI FARMASI.

Biar saya senaraikan kandungan Mineral Natural sebiji korma sahaja:
- POTASSIUM ( tiada buah-buahan dalam dunia yang boleh mengatasi kandungan potassium dalam korma => 984mg )
- Phosphorus
- Magnesium
- Calcium
- Sodium
- Iron
- Selenium
- Manganese
- Copper
- Zinc

Senarai Vitamin NATURAL dalam sebiji Korma:
- Vitamin A
- Vitamin B Complex - B1, B2, B3, B5, B6, B7, B12
- Vitamin B9 ( 28 mcg - korma di kalangan buah yang mempunyai kandungan FOLATE yang tinggi dalam dunia )
- Vitamin C
- Vitamin E
- Vitamin K

Manusia yang ingin sihat perlu memakan sekurang-kurangnya 2,000mg POTASSIUM setiap hari. Dengan memakan 3 biji korma setiap hari, keperluan POTASSIUM sudah cukup untuk kita semua

APA GUNA POTASSIUM yang secukupnya UNTUK MANUSIA:
=> MEMPERKUATKAN JANTUNG dan mengelakkan lemah jantung
=> MENGAWAL TEKANAN DARAH dan mengelakkan tekanan darah tinggi
=> MENGAWAL KESEMPURNAAN PUMP JANTUNG
=> Menguatkan dan membantu otot bertindak dengan baik serta mengelakkan cramp
=> Mengelakkan STROKE
=> Membantu saraf berkomunikasi antara satu sama lain.

APA GUNA FOLATE / FOLIC ACID / Vitamin B9 yang secukupnya untuk manusia :
=> mengelakkan KECACATAN bayi dalam kandungan dari Spina Bifida
=> mengelakkan KEMATIAN BAYI dalam kandungan dan kematian sejurus melahirkan
=> mengelakkan daripada cell-cell badan berubah menjadi cancer
=> mengelakkan daripada terkena epilepsy (gila babi)
=> mengelakkan kencing manis Type 2
=> mengelakkan daripada sakit kulit
=> mengelakkan daripada rheumatism/arthritis
=> mengelakkan daripada asthma
=> mengelakkan kurang darah
=> PENUMBUHAN, PERKEMBANGAN dan PENYEMBUHAN cell-cell badan

AWAS : Semua Mineral dan Vitamin hanya akan menjadi baik untuk manusia SEKIRANYA diperolehi secara natural daripada memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan haiwan. Melainkan mendapat nasihat doktor, pengambilan MINERAL dan VITAMIN daripada supplement FARMASI hanya membawa padah dan merosakkan kesihatan. Namun ada beberapa bahan yang perlu kita ambil sebagai supplement kerana badan kita tak dapat proses secukupnya - minyak ikan & 4 lagi.

Jadinya, KORMA adalah makanan yang amat penting untuk semua peringkat umur manusia - lelaki dan perempuan. Bagi wanita yang inginkan anak, memakan korma sangat penting sebelum mengandung lagi, ketika mengandung dan semasa menyusukan.

Korma-korma yang baik adalah daripada Semenanjung Arab sehingga ke Syria. Saya beranggapan korma bawah sedikit kualiti ialah daripada Iraq dan Utara Afrika ( Mesir, Tunisia, Libya dan Morocco ).

Selain daripada korma, buah-buahan yang cukup baik untuk kesihatan dan seharusnya dimakan setiap hari selang-seli ialah : BETIK MERAH ( papaya ), PISANG ( banana ), DELIMA ( pomegranate ), ANGGUR ( grapes ), KISMIS ( raisins ), MANGGA ( mango ), TEMBIKAI ( watermelon ), NENAS ( pineapple ), STRAWBERRY, TOMATO, APPLE, PEAR, GUAVA, GRAPEFRUIT ( limau gedang ) dan BUAH LAI .

Tapi untuk menyamai 3 biji korma sahaja, anda perlu makan 4 biji pisang saiz sederhana atau 300gram potongan betik atau 4 biji apple. Betik takpa jugak ... tapi ... jenoh lerr... bila perot penoh pisang atau apple.  Jadinya, boleh selang-seli tapi jangan miss makan korma setiap 3 atau 4 hari.

Semoga sihat badan, panjang umur dan dilimpahi rezeki yang banyak serta barakah.
  
sumber: email

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:25 AM | Show all posts
Apabila berkomunikasi, terutama sekali dengan orang yang baru anda kenali, pastikan anda ingat Peraturan 90/10 dan aplikasikannya.

90% daripada isi perbualan biarlah tentang teman bicara anda, dan BUKAN tentang anda!

1. DENGARKAN mereka bercakap
2. TANYAKAN tentang kesukaan atau kebajikan mereka
3. Berikan PERHATIAN pada mereka, dan
4. Tunjukkan MINAT terhadap apa yang ingin mereka katakan

Mungkin ada ketika anda penat nak 'melayankan' seseorang sebegini. Kalau memang disebabkan kekangan masa ataupun mereka itu betul-betul membosankan, terpulang pada anda jika ingin menamatkan perbualan.

Namun, Peraturan 90/10 ini jika dan bila diamalkan, ada banyak Manfaatnya:

1. Ia dapat membuat orang Rasa Senang berurusan dengan anda
2. Ia boleh membuat orang Rasa Suka berdamping dengan anda, dan
3. Ia berupaya membuat orang Terbuka Hati pada anda

Mengapa semua ini baik untuk anda?

Simple. Ini semua berkemungkinan memudahkan urusan anda dengan orang berkenaan. Dan mereka juga akan lebih cenderung untuk membantu atau bekerjasama dengan anda jika diperlukan.

Why?
Because they Like you, that's why!

* Patutlah sejak kecil ibu akan biarkan saya bercerita sepuas hati saya padanya. Rupanya dia mendidik saya to be a Good Listener bila saya pula menjadi orang dewasa. 90% Listen, 10% Talk

sumber: tip komunikasi hebat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 08:28 AM | Show all posts
Doa bermusafir:


الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَر وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:31 AM | Show all posts
"I've always believed that a lot of the troubles in the world would disappear if we were talking to each other instead of about each other." - Ronald Reagan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:33 AM | Show all posts
YAKIN DOA DIKABULKAN

Hendaknya merasa yakin bahwa Allah akan mengabulkan do'a kita. jangan ada keragu-raguan. Apabila ada prasangka bahwa Allah tidak akan mengabulkan do'a kita, maka Allah tidak akan mengabulkannya karena Allah bergantung pada sangkaan hamba-Nya.

(HR. Tirmidzi dan Hakim)

Jadi, berbaik sangkalah kepada Allah, karna hanya Dia yang bisa membantu semua masalah-masalah kita.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:35 AM | Show all posts
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan

"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin' dan engkaupun mendapatkannya."

(HR. Muslim)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:39 AM | Show all posts
Info Mengenai Kanser Usus

Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Tanda-Tanda Kanser Usus

Anda harus berjumpa dengan doktor jika ada  tanda-tanda seperti berikut:

1.        Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.

2.        Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar.
Contohnya, lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.

3.        Berasa tidak puas selepas membuang air besar.

4.        Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan.

5.        Berat badan turun mendadak.

6.        Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.

Rawatan Barah Usus - Rawatan untuk barah usus adalah sesuatu yang kompleks dan mencabar Seperti mana terdapat pelbagai jenis penyakit kanser begitu jugalah ada banyak jenis rawatan untuk kanser. Pembedahan merupakan pilihan utama bagi mengurangkan beban pesakit. Bagaimanapun kemoterapi atau radioterapi mungkin dicadangkan kepada anda.

Ujian Saringan Barah Usus - Ujian saringan kanser usus mampu mengurangkan risiko kanser usus. Ujian kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada anda yang sihat berumur 50 tahun ke atas. Ujian FOBT merupakan ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser. Ujian ini dilakukan dengan mengambil beberapa sampel najis dengan menggunakan kit ujian.Pengambilan sampel anda boleh dilakukan di rumah, kemudiannya dihantar ke makmal untuk dianalisa. Ujian FOBT akan menentukan kehadiran darah dalam najis. Sekiranya ada, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan. Peluang untuk sembuh adalah tinggi iaitu sebanyak 90% jika pengesanan awal penyakit kanser ini dapat dilakukan.

Bagaimana Untuk Mengurangkan  Risiko Kanser Usus?
Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi barah usus seperti berikut:

1.        Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.

2.        Amalkan berat badan yang sihat.

3. Amalan memakan satu sosej atau tiga keping daging sehari boleh meningkatkan risiko barah usus. Anda dinasihati makan kurang 17.7 auns daging merah seminggu dan mengelak semua bentuk daging yang diproses. Memang wujud bukti jelas kaitan antara daging yang diproses semula dengan barah. Daging seperti sosej, burger dan kepingan daging salai itu disediakan dengan kaedah termasuk diperap, disalai, dicampur garam serta bahan pengawet lainnya.

4.        Amalkan bersenam dengan konsisten.

5.        Jauhi tabiat merokok.

6.        Elakkan atau kurangkan minum alkohol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:41 AM | Show all posts
# DOSA-DOSA YANG BERSANGKUT-PAUT DENGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN TUBUH BADAN KITA #

# DOSA DISEBABKAN - LIDAH
1. Lucah, cakap kotor.
2. Mungkir Janji.
3. Cakap Berlebihan.
4. Laknat.
5. Tipu.dan Fitnah.
6. Suka Bersumpah.
7. Mengumpat.
8. Bertengkar/Berdebat.
9. Puji.
10. Hipokrit.
11. Menyanyi.
12. Cakap Sia-sia.
13. Pecah Rahsia.
14. Ketawa/Gurau Berlebihan.

# DOSA DISEBABKAN - TELINGA
1. Muzik.(Dengar yang sia-sia/haram)
2. Buruk cakap seperti mendengar mengumpat.
3. Dengar perbualan orang lain.

# DOSA DISEBABKAN - MATA
1. Suka melihat material/harta benda/dunia.
2. Mingintai/Mengintip.
3. Cerita Lucah/Video.
4. Melihat Bukan Mahram.

# DOSA DISEBABKAN - TANGAN
1. Berlagak.
2. Memukul/Menampar.
3. Isyarat Jijik/Kotor.
4. Menyentuh Bukan Mahram.

# DOSA DISEBABKAN - KEMALUAN
1. Tidak Bersuci.
2. Zina
3. Mendedahkannya.
4. Bermain-main Menyentuh.

# DOSA DISEBABKAN - PERUT
1. Lebih makan dan minum.
2. Makan dan minum yang haram.
3. Ambil dadah.
4. Penuh dengan arak.

# DOSA DISEBABKAN - KAKI
1. Masuk Tanpa Izin.
2. Bertemu Bukan Mahram.
3. Tempat yang sia-sia.
4. Pub/Kelab Malam.

♥ OLEH ITU PELIHARALAH DAN SUCIKAN HATI DENGAN ZIKRULLAH ♥

1. Istighfar - Sekurang-kurangnya 100x sehari.

2. Selawat Nabi - Perbanyakkan sekurang-kurangnya 10x setiap kali selepas solat atau lebih.

3. Membanyakkan bertasbih - "Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

4. Zikir - "La ilaha il Allah" sekurang-kurangnya 100x sehari (Zikir yang utama).

5. Banyak membaca Al-Quran.

P/s: PERJALANAN HIDUP ANDA ADALAH PILIHAN ANDA SENDIRI...

- MAHA -

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:44 AM | Show all posts
sajali posted on 11-1-2013 08:41 AM
# DOSA-DOSA YANG BERSANGKUT-PAUT DENGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN TUBUH BADAN KITA #

# DOSA DISEBABKAN  ...

The first step to getting what you want is having the courage to get rid of what you don't.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:47 AM | Show all posts
sajali posted on 11-1-2013 08:41 AM
# DOSA-DOSA YANG BERSANGKUT-PAUT DENGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN TUBUH BADAN KITA #

# DOSA DISEBABKAN  ...

"If you want to achieve excellence, you can get there today. As of this second, quit doing less than excellent work." - Thomas Watson
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 08:48 AM | Show all posts
Allah swt. berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menuaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapapun), kecuali kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yg mendapat petunjuk."

(QS. 9:18)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 08:55 AM | Show all posts
BAU WANGI BAYI : ADAKAH ANDA PERASAN?

Perasan tak setiap kali kita cium bayi, ada satu bau yang amat wangi dan mendamaikan. Akan tetapi, bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar bulan ke bulan. Tahukah anda bau apa itu?

Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW pernah bersabda : "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani : Rasulullah SAW pernah bersabda: "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"

p/s : Allah Allah Allah... Indahnya ciptaan-MU ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 09:01 AM | Show all posts
Berdoa dengan Al Asmaa ul Husna

Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan segala isinya ini mempunyai nama-nama yang banyak. Nama-nama itu bukan hanya sekadar nama, tetapi nama-nama yang bagus lagi indah yang sesuai dengan penyataan yang diberikan. Nama itu disebut “Al Asmaaul Husna”. Terdapat 99 yang apabila disebut nama itu akan mempunyai pengaruh dan manfaat yang besar dan hebat sekali terhadap pekerjaan yang sedang kita lakukan dan juga bagi orang yang telah melakukan sesuatu tugas itu. Maka kita dianjur dan digalakkan untuk berdoa dengan “Al Asmaa’ul Husna” tersebut.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Dan bagi Allah itu nama-nama yang Indah/Baik, berdoalah dengannya (dengan menyebut nama-nama yang baik itu – Asma ul-Husna).”   Surah al-A’raf 7:180

Berikut adalah doa-doa daripada Asmaa’ul Husna, iaitu doa-doa yang diawali dengan nama nama Allah yang baik. Allah SWT telah menggalakkan agar hamba-Nya berdoa dengan menggunakan nama-nama-Nya, kerana dengan nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah dikabulkan.

Apabila seorang hamba berdoa dengan menggunakan “Asmaa’ul Husna”, Allah SWT akan merasa senang hati untuk memakbulkan permintaan hamba-Nya itu. Maka janganlah kita lepaskan peluang yang baik ini. Kita boleh gunakan kesemua 99 nama Allah atau kita boleh memilih mana-mana nama Allah yang sesuai dengan doa yang akan diminta.

Alhamdulillahi rabbil a’lamin, Allahuma solli a’la Muhammad wa a’laa aalihi wa ashaabihi ajamaiin.

Ya Allah! Dengan menadahkan tangan-tangan kami ini kepada-Mu, kami mengharapkan Rahmat-Mu; Sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasi segala sesuatu.

Ya Allah! Kami beriman kepada-Mu, kewujudan-Mu dan Kebesaran-Mu; Dikaulah Yang Maha Agung dan Maha segala-galanya.


1.  Ya Allah! Ya Rahman, Ya Rahim, Dikaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya melainkan hanya Dikau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.

2.  Ya Allah! Ya Malik, Raja kepada segala raja, kepimpinan-Mu adalah yang terbaik dan akan membawa kepada kebaikan, tidak ada yang lebih baik kepimpinannya melainkan hanya Dikau. Kami redha menjadikan-Mu sebagai Pemimpin kami, yang lebih berhak dipatuhi daripada segala pemimpin yang lain.

3.  Ya Allah! Ya Quddus, yang Maha Suci, Dikaulah Tuhan yang bersih daripada segala kelemahan, menyembuh dan mentaati hanya kepada-Mu tidak akan merugikan kami. Sesungguhnya segala pengharapan yang dicurahkan kepada selain Dikau selalu mengecewakan; Kami redha mempertuhankan Dikau Zat yang Maha suci.

4.  Ya Allah! Ya Salam, yang Maha Selamat, berikanlah keselamatan kepada kami dan ahli keluarga kami. Peliharalah kami semua daripada segala macam kejahatan dan keburukan. Selamatkanlah kami dengan kebesaran nama-Mu ini daripada segala bencana dunia dan akhirat.

5.  Ya Allah! Ya Mukmin, yang Maha Aman, amankanlah kami daripada segala yang kami takuti. Amankanlah ahli keluarga kami daripada segala sengketa, amankanlah kejiranan kami, amankanlah kawasan kami dan amankanlah negara kami daripada segala kejahatan dan keburukan. Kami sedar bahawa, tidak ada nikmat yang lebih baik daripada hidup dalam keadaan aman sentosa, rukun dan damai.

6.  Ya Allah! Ya Muhaimin, yang Maha Memelihara, peliharalah kami daripada segala yang tidak kami kehendaki. Peliharalah kami daripada segala yang keji, peliharalah kami daripada segala penyakit dan iri, peliharalah kami daripada hasad dan dengki. Sesungguhnya sesiapa yang dipelihara oleh-Mu akan selamatlah daripada segala yang tidak baik.

7.  Ya Allah! Ya Aziz, yang Maha Mulia, Dikaulah yang termulia, agama-Mu adalah mulia, Nabi-Mu adalah mulia, kitab-Mu adalah mulia, maka masukkanlah kami di kalangan yang mulia.

8.  Ya Allah! Ya Jabbar, yang Maha Perkasa bantulah kami yang lemah ini, mengatasi segala muslihat mereka yang memusuhi kami. Berikanlah kekuatan-Mu kepada kami.

9.  Ya Allah! Ya Mutakabbir, yang Maha Megah, Dikaulah berhak untuk memiliki sifat ini, kerana tidak ada yang lebih hebat daripada Dikau, maka jauhkanlah kami daripada sifat bermegah-megah hingga menyebabkan kami berhak menerima kemurkaan-Mu.

10.  Ya Allah! Ya Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau cukuplah sudah anak-anak yang telah Dikau berikan kepada kami. (mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami.

11.  Ya Allah! Ya Bari’, Yang Maha Pembuat, buatkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan membinasakan kami.

12.  Ya Allah! Ya Mushawwir, yang Maha Pembentuk, bentuklah untuk kami apa yang kami kehendaki, bentuklah untuk kami zuriat lelaki/perempuan, kembalikanlah kesempurnaan kami, hanya Dikau sahaja yang berkuasa untuk membentuk dan mengubah segala bentuk.

13.  Ya Allah! Ya Ghaffar, kami meminta keampunan-Mu, ampunilah kami ya Allah, seandainya Dikau tidak mengampunkan kami, pastilah kami akan sengsara dunia dan akhirat.

14.  Ya Allah! Ya Qahhaar, yang Maha Pemaksa, kasihanilah kami, dan jangan Dikau paksa kami melakukan sesuatu yang kami tidak mampu melakukannya, janganlah Dikau paksakan kepada kami ujian yang terlalu berat untuk kami, sebaliknya Dikau paksalah mereka, fulan bin fulan (sebut nama-nama) atau sesiapa sahaja untuk menerima kami dan apa-apa daripada kami. Dikaulah maha segala-galanya, dan paksakanlah musuh-musuh kami untuk melakukan sesuatu yang baik untuk kami.

15.  Ya Allah! Ya Wahhab, wahai Tuhan yang Maha Pemberi, berikanlah kepada kami apa sahaja yang kami perlukan, (sebutkan apa yang diperlukan), sesungguhnya apa yang Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat menghalang, dan apa sahaja yang tidak Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat memberinya.

16.  Ya Allah! Ya Razzaq, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, berikanlah kepada kami rezeki-Mu yang banyak, cukukanlah keperluan kami, cukupkanlah keperluan anak-anak kami, cukupkanlah keperluan ahli keluarga kami, janganlah sampai kami terpaksa meminta-minta akibat daripada kekurangan rezeki.

17.  Ya Allah! Ya Fattaah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesukaran kami.

18.  Ya Allah! Ya A’liim, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Dikau mengetahui sesuatu yang kami tidak ketahui, Dikau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu, berikanlah kepada kami apa yang Dikau ketahui baik untuk kami dunia dan akhirat, jauhkanlah dari kami apa-apa yang Dikau ketahui tidak baik untuk kami dunia dan juga akhirat.

19.  Ya Allah! Ya Qaabidh, wahai Tuhan yang Maha Pencabut, cabutlah segala keburukan yang ada pada kami, dan janganlah Dikau cabut nikmat yang Dikau telah berikan kepada kami lantaran daripada kelalaian dan kesilapan kami, sesungguhnya akan binasalah kami tanpa nikmat daripada-Mu. Sebaliknya Dikau cabutkan sahaja kekuasaan yang ada pada musuh kami .

20.  Ya Allah! Ya Baasith, wahai Tuhan yang Maha Meluas, kuasa-Mu adalah luas, nikmat-Mu adalah luas, Rahmat-mu adalah luas, segala-gala kepunyaan-Mu adalah luas, luaskan Rahmat-Mu kepada kami, luaskan pemberian-Mu kepada kami, luaskanlah pemeliharaan-Mu kepada kami.

21. Ya Allah! Ya Khaafidh, wahai Tuhan yang Maha Menjatuhkan, Dikau akan menjatuhkan siapa yang Dikau kehendaki, maka jatuhkan mereka yang memusuhi kami, jatuhkanlah mereka yang berniat mengkhianati kami, Dikaulah maha segala-galanya dan kami tidak ada kuasa dan upaya.

22.  Ya Allah! Ya Rafi’, wahai Tuhan yang Maha Mengangkat, angkatlah darjat kami disisi-Mu, angkatlah darjat kami di dunia dan juga di akirat. Angkatlah darjat kami di sisi mereka yang menghina kami.

23. Ya Allah! Ya Mu’iz, wahai Tuhan yang Maha Memuliakan, Dikau memuliakan sesiapa yang Dikau kehendaki, maka muliakanlah kami di dunia dan akhirat, muliakanlah kami di sisi mereka yang memandang rendah kepada kami. Kalau tidak kepada-Mu, kepada siap lagi hendak kami berserah diri.

24. Ya Allah! Ya Mudzil, wahai Tuhan yang Maha Penghina, tidak akan mulia orang yang Dikau hina dan tidak akan hina orang yang Dikau muliakan, maka kepada Dikaulah tempat kami menaruh pengharapan kami; Sesungguhnya Dikau tidak akan mensia-siakan kami, janganlah Dikau masukkan kami di kalangan mereka yang hina.

25. Ya Allah! Ya Sami’, wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkan segala rintihan kami, dengarlah segala doa dan permintaan kami, janganlah Dikau palingkan diri-Mu daripada kami, lantaran daripada kederhakaan kami, ampunilah kami.

26. Ya Allah! Ya Basir, wahai Tuhan Maha melihat, Dikau melihat siang dan malam, Dikau melihat gelap dan terang, kepada-Mulah kami menyerahkan diri kami, kami lemah tanpa penglihatan-Mu, Dikau dengarkanlah untuk kami apa yang baik untuk kami, Dikau lihatkan untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami, siang dan malam, gelap dan terang.

27.  Ya Allah! Ya Hakam, wahai Tuhan yang Maha Penentu Hukum, segala hukum-hukum-Mu adalah yang paling adil, hukumkan yang baik untuk kami, dan hukumkanlah yang sebaliknya untuk mereka yang berniat jahat kepada kami. Dikaulah yang Maha Menghukum, dan hukuman-mu adalah dahsyat, jauhkanlah kami daripada mendapatkan hukuman yang buruk daripada-Mu.

28. Ya Allah! Ya A’dl, wahai Tuhan yang Maha Adil, tidak ada yang lebih Adil daripada-Mu, kepada Keadilan-Mu kami beriman, jadikanlah kami orang yang adil, jadikanlah kami ibu/bapa yang adil, jadikanlah kami di kalangan mereka yang sentiasa bersikap adil.

29. Ya Allah! Ya Latif, wahai Tuhan yang Maha Lembut, lembutkanlah kami, lembutkanlah hati kami, lembutkanlah hati fulan bin fulan (sebutkan nama) terhadap kami.

30. Ya Allah! Ya Khabir, wahai Tuhan yang Maha Berwaspada, kewaspadaan-Mu mencakupi segala perkara, peliharalah kami daripada segala mala petaka.

31.  Ya Allah! Ya Halim, wahai Tuhan yang Maha Penyantun, layanilah kami dengan kesantunan-Mu, kami berlindung diri dengan-Mu daripada segala kekerasan-Mu.

32. Ya Allah! Ya A’zim, wahai Tuhan yang Maha Agung, Dikaulah yang paling agung, tidak ada yang lebih agung daripada-Mu, bantulah kami daripada segala pemimpin dan penguasa yang zalim, Dikaulah maha segala-galanya.

33. Ya Allah! Ya Ghafur, wahai Tuhan yang Maha Pengampun, ampunkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami, tukarkan kejahatan kami yang lalu dengan kebaikan. Hapuskanlah segala dosa-dosa kami, Kami berharap agar dapat mati dengan keadaan tiada dosa ya Allah, sesungguhnya azab-Mu menanti mereka yang berdosa.

34. Ya Allah! Ya Syakur, wahai Tuhan yang Maha Menghargai segala amalan kebaikan hamba-Nya, tatkala manusia tidak menghargai segala usaha kebaikan kami kepada mereka, maka Dikau hargailah segala kebaikan amalan kami, Dikaulah yang mengetahui akan kesungguhan kami, janganlah Dikau sia-siakan segala amalan kami, kami sedar amalan kami terlalu banyak cacat dan kekurangannya, maka dengan nama-Mu ini kami bermohon semoga Dikau terima segala amalan-amalan kami.

35. Ya Allah! Ya A’liy, wahai Tuhan Maha Tinggi, tiada yang lebih tinggi kedudukannya melainkan hanya Dikau, maka tinggikanlah juga kami dalam penghidupan ini dan janganlah Dikau merendahkan kami.

36. Ya Allah! Ya Kabir, wahai Tuhan yang Maha Besar, tiada yang memiliki kebesaran selain Dikau, jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang akan sentiasa membesarkan-Mu, janganlah Dikau jadikan kami di kalangan mereka yang membesarkan penghidupan dunia, membesarkan harta, membesarkan kedudukan dan pangkat, membesarkan manusia. Kami sedar sikap sedemikian hanya akan menyebabkan Dikau murka, maka jauhkanlah kami daripada segala yang menyebabkan kemurkaan-Mu.

37.  Ya Allah! Ya Hafiz, wahai Tuhan yang Maha Memelihara, peliharalah kami semua, peliharalah anak-anak kami daripada segala bencana keburukan, peliharalah kesemua ahli keluarga dan mereka yang kami sayangi daripada segala yang tidak diingini, bencana, wabak, penyakit, kemiskinan, perangai dan lain-lain keburukan.

38. Ya Allah! Ya Muqith, wahai Tuhan yang Maha Menepati Waktu, tiada yang lebih daripada-Mu, setiap ciptaan-Mu telah Dikau berikan tempoh dan masa, berikanlah kami waktu yang membolehkan kami berbakti kepada-Mu, sebaliknya Dikau matikan kami bilamana Dikau ketahui dengan waktu itu kami hanya akan menjauhi-Mu.

39. Ya Allah! Ya Hasib, wahai Tuhan yang Maha Penghitung, tiada siapa yang lebih tepat dan cepat menghitung daripada-Mu, dengan keimanan kami terhadap nama dan sifat-Mu ini, maka berilah perhitungan yang baik kepada amalan baik kami dan janganlah Dikau ambil kira keburukan dan kejahatan kami, ampunkanlah segala kesalahan kami yang lalu.

40. Ya Allah! Ya Jalil, wahai Tuhan yang memiliki sifat Keagungan, tiada yang lebih agung daripada-Mu, terimalah pengakuan ikhlas kami ini dan tetapkanlah kami dalam keimanan ini, bahawa tiada yang lebih agung dalam kehidupan kami melainkan Dikau.

41.  Ya Allah! Ya Karim, wahai Tuhan yang Maha Mulia, tiada yang lebih mulia daripada-Mu, maka muliakan kami yang beriman kepada kemuliaan-Mu, hinakanlah mereka yang tidak beriman kepada kemuliaan-Mu.

42. Ya Allah! Ya Raqib, wahai Tuhan yang Maha mengawas, pengawasan-Mu mencakupi setiap pelusuk alam ini, tiada satu pun yang terluput daripada pemerhatian-Mu, maka berikanlah pengawasan-Mu kepada kami, perhatikanlah anak-anak kami, ahli keluarga kami, harta benda kami semasa ketiadaan kami.

43. Ya Allah! Ya Mujib, wahai Tuhan yang Maha Memperkenankandoa, perkenanlah segala permintaan kami, janganlah Dikau biarkan tangan-tangan yang menadah ini dalam keadaan kosong dan sia-sia, kasihanilah kami, cukupkanlah segala keperluan kami, jauhkan kami daripada keterpaksaan meminta dan mengemis, hanya kepada-Mulah tempat kami meminta.

44. Ya Allah! Ya Wasi’, wahai Tuhan yang Maha Luas, kurniaan-Mu adalah luas, Rahmat-Mu juga adalah luas, maka luaskanlah kurniaan dan rahmat-Mu kepada kami.

45. Ya Allah! Ya Hakim, wahai Tuhan yang Maha Bijaksana, tiada yang lebih bijak daripada-Mu, kebijaksanaan-Mu meliputi ciptaan-Mu dan segala hukum penetapan-Mu, maka dengan keimanan kami terhadap kebijaksanaan_mu ini, berikanlah kebaikan daripadanya jadikanlah kami di kalangan mereka yang sentiasa menyanjungi ciptaandari hukum-hukum-Mu, termasuk juga hukum syariat-Mu, janganlah Dikau jadikan hati dan pemikiran kami meremehkan hokum-hukum-Mu.

46. Ya Allah! Ya Waduud, Dikaulah Tuhan yang Maha Menyintai, cinta-Mu adalah hakiki, cinta-Mu adalah sejati, maka cintailah kami, teruskan menyintai kami dan jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang menyintai-Mu, menyintai Nabi utusan-Mu, menyintai kitab-Mu, meyintai agama-Mu dan menyintai segala orang yang Dikau cintai. Jadikanlah harti kami benci kepada segala yang Dikau benci.

47.  Ya Allah! Ya Majiid, Dikaulah yang Maha Pemurah, murahkanlah kurniaan-Mu kepada kami, murahkan rezeki-Mu kepada kami.

48. Ya Allah! Ya Baa’ith, Tuhan yang Membangkitkan, kami beriman bahawasanya Dikau akan bangkitkan kami sesudah mati nanti, bangkitkanlah kami dalam kebaikan dan bersama orang-orang yang baik, bangkitkanlah kami untuk mendapatkan kebaikan, kemuliaan dan keindahan syurga-Mu. Janganlah Dikau bangkitkan kami dalam keadaan dosa yang tidak terampun, ingatkanlah kami kepada hari pembangkitan-Mu, janganlah Dikau lalaikan kami daripadanya.


Ya Allah! Ya Tuhan kami, dengan menggunakan sebahagian daripada nama-nama-Mu yang baik ini, kabulkanlah permintaan kami. Dikau telah menjanjikan akan mengkabulkan permintaan mereka yang berdoa dengan menggunakan nama-nama-Mu. Kabulkanlah permintaan kami ya Allah, janganlah Dikau sia-siakan doa kami ini.

Kami beriman kepada-Mu, beriman kepada nama-nama-Mu, dan beriman kepada sifat-sifat-Mu yang agung. Tiada Tuhan melainkan hanya Dikau, tiada yang berkuasa melainkan hanya Dikau.

Wa solallaahu a’laa nabiyyikal karim wa a’laa aalihi wasohbihi ajmain, wal hamdulillahi rabbil a’lamin.


Last edited by sajali on 11-1-2013 09:06 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 09:13 AM | Show all posts
KHASIAT DAN KEMANISAN BERZIKIR




Zikir bererti menyucikan dan memuji (Allah) seperti ingat mengingat, peringatan, menutur seperti menyebut dan melafazkan. Manusia ingat pada Allah, lalu lidahnya terus menyebut Allah.
Oleh kerana sentiasa ingat kepada Allah, hatinya juga terus ingat kepadanya.
Abdullah bin Busr berkata, “Ya Rasulullah , ajaran-ajaran Islam banyak aku ketahui, beritahulah aku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan.”
Rasulullah SAW menjawab, “Biarkan lidah kamu sentiasa basah dengan menyebut Allah,”(Hadis Riwayat Tirmizi) Dan Zikir yang lebih baik adalah La ilaha illallah
“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram,” (Surah ar-Ra’d ayat 28)
“Wahai orangyang beriman, janganlah harta-harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian , maka mereka itulah orang yang rugi,” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)
Rasulullah berkata, “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati,” (Hadis Riwayat Bukhari)

Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada amalan berzikir adalah seperti berikut:

    Menjauhkan diri daripada syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
    Menyebabkan seseorang cinta kepadanya
    Menjauhkan rasa kegelisahan dan kesedihan hati
    Menjadikan hati lapang, gembira dan berseri-seri
    Menguatkan tubuh dan hati
    Menjadikan cahaya dalam rumah dan hati
    Menarik Rezeki
    Mendapat kehebatan dan kegagahan (berkarisma dan berwibawa)
    Zikir adalah sarana bagi kembali kepada Allah, dan membuatkan seseorang itu berserahdiri kepada Allah.
    Mendekatkan seseorang pada Allah
    Zikir adalah pintu makrifat kepada Allah
    Dengan berzikir, kehebatan dan kebesaran Allah dapat masuk ke dalam hati.
    Zikir membuatkan kita ingat kepada Allah
    Zikir dapat menghidupkan hati
    Zikir adalah makanan bagi hati dan nurani
    Menjauhkan diri dari kesusahan dan kesalahan
    Menjauhkan diri dari perasaan takut dan was-was
    Apabila seseorang berzikir mengingat Allah, empat penjuru Arasy berzikir mengingatnya.
    Apabila seseorang berzikir mengingat Alah pada waktu senang, Allah mengingatnya pada saat dia berada dalam kesusahan.
    Zikir adalah sarana bagi menyelamatkan diri dari azab Allah.
    Dengan berzikir, lidah seseorang jauh daripada ucapan keji seperti mengumpat, memaki, berbohong, perkataan kotor dan juga perkataan sia-sia.
    Majlis zikir adalah majlis Malaikat, manakala majlis lalai dan sia-sia adalah majlis syaitan
    Dengan berzikir, seseorang akan menjadi lebih bahagia dan lebih baik
    Pada hari kiamat, orang yang berzikir terhindar daripada bencana dan penyesalan
    Zikir adalah pohon di Syurga
    Seseorang yang berzikir secara konsisten selamat daripada kealpaan yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat
    Dengan berzikir, seseorang dapat mencapai kejayaan dan kemajuan
    Nur zikir sentiasa bersama-sama orang yang berzikir
    Dalam hati manusia ada bahagian yang boleh subur hanya dengan zikir
    Zikir dapat mengumpulkan kembali apa yang sudah bercerai, menceraikan apa yang terkumpul, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat
    Zikir menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkan nya daripada kelalaian
    Zikir adalah pohon yang berbuah makrifat
    Zikir adalah sumber kesyukuran
    Yang paling mulia antara orang yang bertkwa di sisi Allah adalah orang yang asyik berzikir kerana balasan takwa adalah syurga, sedangkan balasan zikir adalah penyertaan Allah.
    Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah
    Allah menurunkan rahmatnya kepada orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.
    Sesiapa yang mahu menikmati syurga,sedangkan ia masih berada di dunia, dia perlu menghadiri majlis-majlis zikir kerana ini adalah taman syurga di dunia
    Allah membanggakan orang yang berzikir di hadapan malaikat
    Orang yang berzikir masuk syurga dengan tersenyum
    Zikir adalah pengganti dan pendorong bagi ibadat-ibadat nafilah
    Sekiranya seseorang berzikir atas gunung ataupun tanah datar, tempat itu pasti rasa bangga.
    Di dunia wajah orang berzikir kelihatan gembira dan bercahaya semasa di akhirat
    Zikir adalah nikmat pada hati dan kelazatan iman dalam jiwa
    Menimbulkan kejernihan , kemanisan pada hati dan wajah
    Zikir memurahkan rezeki
    Dapat merasakan betapa besar, agung , hebat dan berkuasanya Allah
    Mendapat pertolongan Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan
    Mendapat penghormatan dan doa daripada para malaikat
    Mendapat cahaya daripada Allah dalam kehidupan dunia, di alam barzakh dan juga titian sirath
    Menjadi perisai daripada neraka jahanam
    Mendekatkan diri kepada Allah bagi membuka pintu segala kebaikan
    Menghilangkan kegelisahan dalam hati
    Membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit
    Menjauhkan diri daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan
    Menghapuskan dosa-dosa kecil dan maksiat kecil
    Terhindar daripada sifat munafik
    Allah sentiasa mengingatnya seperti dalam penjelasannya,” Ingatlah Aku supaya Aku akan mengingatmu”


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.421397 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list