Quote: crankshaft posted on 10-1-2013 08:40 AM 
Hmmmm......
Jika sebagai seorang muslim, kita yakin bahawa sebaik baik ciptaan itu adalah manusia...kenapa Omar RA masih mahu menjadi alas kaki?
Adakah kerana dia tidak bersedia untuk menghadapi mati dan takut dipersoalkan segala amal kebajikannya didunia, disana nanti?
Anyone?
Salam...
Saya tak pasti persoalan yang ditanya ini kerana ingin tahu, atau dah tahu tapi nakkan penjelasan supaya lebih jelas, atau betul-betul keliru?
Apa yang disebut Umar RA merupakan qiyas tentang kerisauan beliau akan beratnya yang akan dihadapi setiap manusia - alam kubur dan akhirat. Dia bukannya takut menghadapi maut sebaliknya dia percaya kepada akhirat dan hari pembalasan yang bakal dilalui, sedangkan alas kaki tak akan masuk alam barzakh dan pembalasan di akhirat. Namun, sekalipun dijamin syurga, dia tetap memandang soal kubur dan pembalasan di akhirat merupakan suatu yang berat.
Rasulullah SAW beribadat malam hari sampai kakinya bengkak. Sekalipun baginda dijanjikan syurga, baginda masih beribadat dengan bersungguh-sungguh dan cukup sempurna, bukannya bermaksud yang baginda tak percaya yang baginda dah dijanjikan syurga maka buat apa lagi bersusah-payah beribadat (kalau ikut logik kita la). Begitulah sifat dan sikap manusia yang tertinggi darjat di sisi Allah, yang mana Allah Maha Mengetahui setiap hamba-hamba-Nya.
Manusia-manusia yang darjat mereka tinggi di sisi Allah, mereka itu lebih-lebih bertaqwa kepada Allah dan takut kepada Allah, sekalipun mereka dah dijamin Syurga di dunia lagi.
Manusia umumnya semua nak mudah, nak masuk syurga pun nak mudah.
Kalau dijamin syurga kepada kita, tentu ramai yang dah seronok sampai tinggal tanggungjawab... tak macam manusia yang betul-betul bertaqwa kepada Allah... Allah Maha Mengetahui
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 10-1-2013 11:49 AM