"Sesungguhnya aku tidak menangisi dunia ini, tetapi aku menangis apabila memikirkan perjalanan yang panjang dan bekalan diri yang sedikit ke alam barzakh. Aku berada antara dua jalan. Tinggi dan rendah, syurga dan neraka. Aku tidak tahu ke arah mana kakiku ini melangkah. Fikir-fikirkan, saudaraku."
Saidina Omar al-Khattab adalah seorang sahabat saw yang banyak menangis...hatta ketika membanting tulang menuai gandum....air matanya berlinangan...dan terus berlinangan...
1 hari beliau r.a melihat alas kaki lantas menangis...para sahabat r.a bertanya "Wahai Omar..kamu telah dijamin Syurga oleh Rasulullah saw..mengapa kamu menangis?"
jawab beliau r.a "Alangkah beruntungnya alas kaki ini..ia akan buruk,lantas dibuang dan dibakar..namun aku akan berdepan dengan kubur dan akhirat....alangkah beruntungnya aku jika menjadi alas kaki..."
Para sahabt menangis mendengar jawapan Omar r.a...........................
crankshaft posted on 10-1-2013 08:40 AM
Hmmmm......
Jika sebagai seorang muslim, kita yakin bahawa sebaik baik ciptaan itu adalah manusia...kenapa Omar RA masih mahu menjadi alas kaki?
Adakah kerana dia tidak bersedia untuk menghadapi mati dan takut dipersoalkan segala amal kebajikannya didunia, disana nanti?
Anyone?
Salam...
Saya tak pasti persoalan yang ditanya ini kerana ingin tahu, atau dah tahu tapi nakkan penjelasan supaya lebih jelas, atau betul-betul keliru?
Apa yang disebut Umar RA merupakan qiyas tentang kerisauan beliau akan beratnya yang akan dihadapi setiap manusia - alam kubur dan akhirat. Dia bukannya takut menghadapi maut sebaliknya dia percaya kepada akhirat dan hari pembalasan yang bakal dilalui, sedangkan alas kaki tak akan masuk alam barzakh dan pembalasan di akhirat. Namun, sekalipun dijamin syurga, dia tetap memandang soal kubur dan pembalasan di akhirat merupakan suatu yang berat.
Rasulullah SAW beribadat malam hari sampai kakinya bengkak. Sekalipun baginda dijanjikan syurga, baginda masih beribadat dengan bersungguh-sungguh dan cukup sempurna, bukannya bermaksud yang baginda tak percaya yang baginda dah dijanjikan syurga maka buat apa lagi bersusah-payah beribadat (kalau ikut logik kita la). Begitulah sifat dan sikap manusia yang tertinggi darjat di sisi Allah, yang mana Allah Maha Mengetahui setiap hamba-hamba-Nya.
Manusia-manusia yang darjat mereka tinggi di sisi Allah, mereka itu lebih-lebih bertaqwa kepada Allah dan takut kepada Allah, sekalipun mereka dah dijamin Syurga di dunia lagi.
Manusia umumnya semua nak mudah, nak masuk syurga pun nak mudah. Kalau dijamin syurga kepada kita, tentu ramai yang dah seronok sampai tinggal tanggungjawab... tak macam manusia yang betul-betul bertaqwa kepada Allah... Allah Maha Mengetahui
WAllahu a'lam Last edited by mnm77 on 10-1-2013 11:49 AM
itu linangan aitmatanya Rasulullah
hingga dia menunggu umatnya yg terakhir keluar dr neraka
hang nak kata air mata boya...terpulanglah
org yg dok cerita bab MAKRIFAT
tapi akhlak camni...............
sesat je lah jawapannya
tak tau yg mana UTUSANNYA yg mana manusia....................