Assalammualaikum ibu bapa sekalian..
Saya ni seorang ibu, buat masa ni baru ada seorang anak.. lelaki…. Umur dia 4 tahun.. Masalah yang melanda saya sekarang ni pasal perkembangan budak2 lelaki sekarang..
Cerita nye begini..
Semalam, saya tengok tv berdua jer dengan anak saya ni, suami saya takda, dia kerja.. Sambil tengok2 tv (ulangan maharajalawakmega) tu, anak saya dok pelok2 dan baring atas saya.. kira manja2 gitulah.. Saya pada mulanya tak kisah, cuma bila tiba2 saya terasa yang anunya keras dan dia pun bangun dari saya sambil kata… “mama2, tote ni… taknak besar… nak kecik balik” Terkejut betul saya, bila saya pegang, memang sah totey dia keras… Saya tanya kenapa totey boleh besar… dia kata sebab “amar peluk mama”……..
Saya cerita kat asben dan2 mlm tadi kami pisahkan tempat tidur dengan dia..
Saya cakap elok2 dengan anak saya yang dia dah besar dan malu kalau tidur dengan mama dan papa.. Anak saya seakan boleh faham, dan malam tadi mmg dia tidor berasingan dengan kami…
Soalan saya..
- Normal ke budak lelaki yang hanya baru umur 4 tahun dah boleh rasa stim … ? - Apa yang perlu saya buat ? - Apa kah langkah berjaga2 yang perlu saya ambil ? - Macammana nak terangkan dekat anak saya ni tentang semua tu ?
Tolong sangat2 kat pembaca lelaki/bapa (tak kiralah muda ke tua ke) beri pendapat dan pandangan dalam permasalahan saya ni…
Saya tak reti mcm mana nak handle…
Kalau2 ada former yang mungkin awal tahap kematangannya dan pernah mengalami masalah sedemikian, ceritalah dengan saya, dan cara2 mengatasi atau mengawalnya….
Terima kasih sangat…..
|