CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3497|Reply: 33

[Tempatan] Baru 4 hari RM8 juta..... METRO

[Copy link]
Post time 27-11-2012 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel


PASIR MAS: Selepas empat hari mengambil alih semula tugas mengawal sempadan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat rampasan terbesar membabitkan 398,000 pil kuda dianggarkan bernilai RM8 juta, kelmarin.

Rampasan itu dilakukan sepasukan anggota Batalion Keempat Rejimen Sempadan (RS) berhampiran sebuah pangkalan haram di Rantau Panjang jam 11.15 malam.


Panglima 8 Briged, Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata, kegiatan itu dapat dikesan selepas dua anggota yang melakukan rondaan terserempak dengan seorang lelaki berhampiran pangkalan haram Ibrahim Pencen, di sini.

Katanya, lelaki itu dikatakan memikul dua kotak dan satu guni menuju ke arah sebuah motosikal menggunakan nombor pendaftaran negara jiran.


“Anggota RS yang ternampak pergerakannya mengarahkan dia berhenti serta merta namun lelaki terbabit secara tiba-tiba membuang barangan dibawa lalu terjun ke dalam Sungai Golok.


“Kami tidak memastikan sama ada lelaki terbabit penduduk tempatan atau negara jiran kerana dia terus melarikan diri bagi mengelakkannya ditahan,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kotak dan 49 bungkusan plastik diisi dalam guni berkenaan yang mengandungi pil berwarna hijau dan merah disyaki pil kuda.


Mohamad Zaki berkata, sebanyak 398,000 pil dirampas dan semua dadah itu dipercayai dibawa ke sini untuk diedarkan dalam pasaran tempatan.

“Ini rampasan terbesar berjaya dilakukan sejak mengambil alih tugas Ops Wawasan empat hari lalu.


“Kami turut merampas motosikal digunakan lelaki terbabit. Semua hasil rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya.

mykomen: adakah ini bukti, selama ini PDRM mempraktikkan rasuah????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2012 02:11 PM | Show all posts
sori la klu thread ni dah ada.... dh search sblum ni, x nampak pun.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:13 PM | Show all posts
dh tu, ape keje polis yang kawal selama ni? jahanam rakyat kalau dibiarkan.....hadei
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:34 PM | Show all posts
baguslah tu atm dah jaga sempadan. lama sangat dah dok kem goyang telo jer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:38 PM | Show all posts
dadah2 tu lepas dirampas diagih kepada sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:41 PM | Show all posts
ahahah...

selama nie 'bayar tol' ingat dah blh lepas...

rupa2nya dah ada peralihan takhta...sebab tu lah tak blh biarkan org yang sama jaga tempat yang sama pada masa yang lama....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2012 02:43 PM | Show all posts
batuk2
so selama2 ni takde rampasan semua lepas la eh??
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:48 PM | Show all posts
ade member aku dulu kerja dekat agensi antidadah kebangsaan cakap waktu diorang nak take over urusan daripada bahagian narkotik pdrm kepada diorang, banyak daripada orang2 kat narkotik tu melenting dan tak setuju.agak2nye kenapa ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 02:55 PM | Show all posts
ada orang lagi dok maen forum pegang telo pastu gungkit pasal orang laen tak buat keje
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:55 PM | Show all posts
mmg patut sekali sekala btukar tugas ...kalau lama sgt menjaga satu2 kawasan..tak mustahil rasuah berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:57 PM | Show all posts
sama mcm kes imigresen yg jaga kat pelabuhan. bila ada ura2 nk tukar2 org yg bertugas setiap 2-3 tahun. ada yg melenting..kenapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 03:02 PM | Show all posts
rasa2nya bagus jugak dibuat pertukaran bidang tugas nih... tp malang la bagi mereka yg sudah berada di comfort zone..... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 03:06 PM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 27-11-2012 02:38 PM
dadah2 tu lepas dirampas diagih kepada sapa?

hilang dalam simpanan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 03:07 PM | Show all posts
knp diorg x jual je hasil rampasan tu kt negara yg menghalalkan barang rampasan tsbt dan dpt la income tambahan......
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:12 PM | Show all posts
unhas posted on 27-11-2012 02:48 PM
ade member aku dulu kerja dekat agensi antidadah kebangsaan cakap waktu diorang nak take over urusan ...

mudah aje... tu la antara dept polis yg tak pernah mengeluh pasal gaji tak naik...pasal income sebulan dah cukup... p/s- kat kawan aku nyer kg ada satu orang kg dia pangkat DSP bahagian narkotik suka pakai kereta baru dok tayang kat orang kg..pastu baru2 ni beli merc C class dok tayang kat orang kg..plet WX* lagi..baru tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 04:28 PM | Show all posts
apa lagi... jalankan tanggungjawab anda dgn membuat laporan kepada SPRM.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 04:53 PM | Show all posts
tolak kat kilang buat obat.. kuar la pil kuat dengan lesen... huhuhu

(ini hanya andaian jahat semata2...ampunnn)
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:53 PM | Show all posts
tolak kat kilang buat obat.. kuar la pil kuat dengan lesen... huhuhu

(ini hanya andaian jahat semata2...ampunnn)
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 05:05 PM | Show all posts
Syabas atm. Harap cara keje mcm ni berterusn. Kalu asyik rasuah sana sini negara x kemana. Org yg tertindas akan terus tertindas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 05:11 PM | Show all posts
ya syabas & bagus atm sudah membuktikan yg dorang mmg bagus
dlm menjalankan tugas dorang yg sebnarnya...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.071717 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list