CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17713|Reply: 29

Lagenda Budak Setan 2 Complimentary pass is valid at all cinemas in ...

 Close [Copy link]
Post time 14-11-2012 04:22 PM | Show all posts |Read mode
The Complimentary pass is valid at GSC and TGV cinema in Malaysia only!

Directed by          : Sharad Sharan
Producer             : Sharad Sharan (Lagenda Budak Setan, Ombak Rindu)
Starring               : Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae
Local Release      : 29 November 2012
Version               : Malay

Synopsis

Sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan
6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu.  Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya.

Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri.

Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.

Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.

Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah.

Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa saying yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam.
Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya..

Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya.

Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati. Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.

Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran.

Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar.

Masa berlalu…. Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi.., tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula……….

Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya…



Courtesy of GSC Movies, 25 pairs of "Lagenda Budak Setan 2 " complimentary passes will be given out to CARI members.To win the "Untuk Tiga Hari" complimentary passes, answer the following question creatively:

I want to watch "Lagenda Budak Setan 2 "because  ...... (Maximum 30 characters)

* Can answer in Malay or English








Complimentary Pass Terms & Conditions
Refer to the T&C written on the pass.

Contest Terms & Conditions
1. Only open for CARI members. If you are not, register <here>.
2. Tell us your story by replying the topic at below.
3. Winners will be selected and required personal information for us to post the complimentary pass.
4. Winner notification will be sent out via EMAIL (make sure your account email is valid, to update your email please click HERE) latest by 29 November 2012(Thursday) and will require a confirmation email to confirm winner information.
5. Any member invited not confirm their information before 1 December 2011(Sunday), the complimentary pass will be revoked and pass to other members in line.
6. CARI is not liable for prizes that are delayed or lost during transit.
7. Judges’ decisions are final and binding. No correspondence on winner selection will be entertained.

Special thanks to
GSC Movies.
Last edited by cef_admin2 on 29-11-2012 10:05 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2012 08:00 AM | Show all posts
I want to watch "Lagenda Budak Setan 2 "because I am a big fan of Kasyah as he teaches me the value of love in life. "LBS 2" is a beautiful start of his new love that lasts forever.

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 05:03 PM | Show all posts
Saya ingin menonton "Lagenda Budak Setan 2 " kerana saya peminat filem lakonan Maya Karin dan saya tidak sabar melihat persembahan Maya Karin di dalam filem  ini sebagai pendukung watak Katerina.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 10:43 PM | Show all posts
Saya ingin menonton "Lagenda Budak Setan 2 " kerana sudah tentu saya ingin menyaksikan kesudahan kisah cinta Kasyah yang sering dilanda dugaan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 08:59 AM | Show all posts
Saya ingin menonton "Lagenda Budak Setan 2 " kerana saya ingin mendalami novel Ahadiat Akashah dengan sepenuh hati dalam bentuk filem. Sudah pasti saya tidak sabar menyaksikan karya hebat beliau!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 10:33 AM | Show all posts
Saya ingin menonton "Lagenda Budak Setan 2 " kerana pengertian sebuah cinta yang suci, biar segala duka & musibah yang datang, "Aku tetap cintakan kamu".
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2012 10:49 AM | Show all posts
Saya ingin menonton "Lagenda Budak Setan 2 " kerana ingin mengetahui kesinambungan LSB1 yang telah saya tonton sebelum ini, disamping saya merupakan peminat Farid Kamil, Maya Karin dan penulis novel terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 04:57 PM | Show all posts
I want to watch "Lagenda Budak Setan 2 "because adaptasi kisah cinta yang penuh duka lara namun kemanisan menunggu dipenghujung jalan yang menjanjikan lakonan mantap Maya Karin dan Farid Kamil.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 02:18 PM | Show all posts
I want to watch "Lagenda Budak Setan 2 "because  .... this will be my first and the last Malay movie of year 2012
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 01:16 AM | Show all posts
I have never been so into Malay movie before but this movie's storyline is definately attracting me to watch it in cinema with my lover of course!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 01:58 AM | Show all posts
Maya Karin is always my favourite local actor, her prettiness and acting skill are among the best!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 02:00 AM | Show all posts
Kisah Cinta yang amat diharu, semoga ku dapat menikmatinya dengan awek saya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:28 PM | Show all posts
Saya ingin menonton "Lagenda Budak Setan 2" kerana - saya sudah menonton bahagian pertama. Sudah semestinya yang kedua juga hendak ditonton!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 08:22 PM | Show all posts
Saya ingin menonton "Lagenda Budak Setan 2" kerana saya ingin menontonnya dan mesti menontonnya untuk mengetahui kesudahan kisah cinta dan hidup Kashah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 10:01 PM | Show all posts
I want to watch "Lagenda Budak Setan 2"  because the plot of the movie very attractive and logical than other malay movie and I would like to see if the sequel is good as the LBS 1.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 03:06 AM | Show all posts
I want to watch "Lagenda Budak Setan 2 "because  ...... (Maximum 30 characters)
Read the synopsis and I feel that this could be a very romantic yet sad love story, really wich to know the ending whether Kate and Kasyah can be together or not...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 03:16 AM | Show all posts
A good love story movie to watch with a busy mind. Waiting for it.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:55 AM | Show all posts

Saya ingin menonton "Lagenda Budak Setan 2 " kerana saya meminati novel ahadiat akashah yang penuh dengan jalan cerita yang menarik dan drama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:06 PM | Show all posts
I want to watch "Lagenda Budak Setan 2 "because  ......saya dah mengikuti ceritanya dari novel yang saya beli tu masih baru sehingga dah lapuk novelnya kini..namun lagendanya terus menjadi pujaan saya dan sentiasa mengusik jiwa saya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2012 02:09 AM | Show all posts
Saya ingin menonton "Lagenda Budak Setan 2 " kerana saya meminati novel-novel karya Ahadiat Akashah & saya juga peminat Maya Karin. Saya nak tengok lakonan mantap beliau..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049119 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list