CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36227|Reply: 93

[Cadangan] Groupon/Groupon Malaysia

  [Copy link]
Post time 28-9-2011 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Mcm mane ianya berfungsi?










salam otomen taro.. gen mergedkan dengan trid yg sedia ada taww... sini pun mcm2 komen ada.. so boleh rujuk2 juga... Last edited by genchi on 19-12-2012 09:59 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 11:49 AM | Show all posts
apo nih??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 11:50 AM | Show all posts
apo nih??
lurve82 Post at 28-9-2011 11:49


laaa.. tak tahu ke?
sila rujuk web ni.. http://www.groupsmore.com/
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 11:52 AM | Show all posts
kutip kredit dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 11:52 AM | Show all posts
baca ajelah terma dan kondisi nyer
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 11:53 AM | Show all posts
aku agaknya register rajin tul dpt email mcm2 offer tapi tak amik pot pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2011 11:55 AM | Show all posts
nak tau le.. mcm mane ianya berfungsi.. ada org pernah guna tak..
kalau pernah guna.. bagus ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 11:59 AM | Show all posts
Apa ini? saya tidak boleh otak ini :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2011 12:02 PM | Show all posts
Apa ini? saya tidak boleh otak ini
Omong Post at 28-9-2011 11:59


http://www.groupsmore.com/
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 12:17 PM | Show all posts
aku agaknya register rajin tul dpt email mcm2 offer tapi tak amik pot pun
NonaNaga Post at 28-9-2011 11:53


Sy pon sama.. bila register hari2 dpt email notified discount coupon..
Agak2 x diperlukan just delete without baca pon..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:28 PM | Show all posts
Mcm mane ianya berfungsi?
naznav Post at 28-9-2011 11:45


Sangat bagus sebenarnya kamu membuka thread berkaitan tawaran voucher online ini, aku adalah salah seorang yang fanatik dengan pembelian voucher ini. Mereka (syarikat-syarikat) menawarkan harga yang lebih murah, dengan tawaran harga runtuh diskaun sehingga 90% ada ketikanya. Bukan hanya terhad pada Groupon, tapi aku juga ketagih menggunakan servis Everyday, Mydeal, Groupego, Juzdeal, Milkadeal, Hahaha dan banyak lagi. Boleh kata aku dah pernah berusan dengan semua jenis syarikat yang serupa, dari tawaran dari diskaun makanan, hotel, penjagaan kereta sehinggalah barangan rumah banyaknya aku beli melalui voucher ini saja.

Kembali pada soalan kamu di atas, macam mana menggunakan service Groupon ini bukan?. Mudah saja sebenarnya, berikat cara-caranya :

1. Sebaiknya ada akaun facebook, lebih memudahkan kerana bila kamu masuk laman sesawang mereka iaitu http://www.groupsmore.com/ maka kamu hanya perlu login dengan butang yang ada ikon 'f' merujuk pada facebook.

2. Kamu 'Like' laman sesawang mereka, ini memudahkan kamu untuk melihat service dan tawaran terkini yang mereka update.

3. Pilih lokasi tawaran yang kamu hendak, sama ada 'Klang Valley' atau 'Penang'. Sekiranya kamu pilih 'Klang Valley', ia akan memaparkan semua tawaran di sekitar lokasi yang dipilih.

4. Kamu berkenan dengan satu diskaun yang di tawarkan, contohnya tawaran dari The Manhatten Fish Market  http://www.groupsmore.com/cities ... ttan-fish-market--2 jadi kamu hanya perlu klik butang 'Buy Now'.

5. Pilih berapa kuantiti voucher yang kamu hendak, kalau nak beli 1 tulis 1 dan berikutnya. Contoh kamu dah beli 1 voucher, jadi jumlahnya adalah Total price: RM41.50 kemudian pilih jenis bayaran untuk pembelian kamu.

6. Boleh bayar menggunakan service 'credit card' atau 'online bank trasfer' seperti maybank2u atau cimbclicks.

7. Masuk akaun kamu, kemudian klik pada 'My Coupon' dan akan terpapar pembelian kamu. Tapi voucher itu belum lagi aktif, bila tawaran ini tamat contoh 30 Septermber 2011 maka 1 Oktober kamu masuk balik akaun kamu dan print voucher kamu tu.

8. Pada voucher tu akan di paparkan tarikh sah laku voucher itu nanti, contohnya untul voucher tadi adalah "Redemption period: Oct 3, 2011 – Nov 3, 2011" maka kamu boleh saja tebus voucher kamu pada tarikh yang disertakan.

9. Sebelum kamu menebus voucher tu nanti, kamu baca betul-betul syarat yang disertakan. Sebab banyak tawaran diskaun adalah bergantung pada terma dan sayaratnya, contohnya voucher termasuk cukai dan ada pula tanpa cukai. Ada pula yang perlukan tempahan 1-3 hari terlebih awal dan ada juga yang tanpa perlu tempahan dan hanya terus datang saja ke outlet mereka.

Harap dapat membantu, topik ini sangat bagus dan di harap tidak ditutup. Kalau kamu berminat untuk nak tahu tawaran-tawaran terkini berkaitan makanan halal dan pork-free yang di tawarkan, ada halaman di facebook yang menyenaraikannya dan boleh lah klik di sini Tawaran Online Terbaik (T.O.T)

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:35 PM | Show all posts
Aku selalu menggunakan servis 'deal discount' seperti ini, boleh kata aku ada folder khas untuk menyimpan dan menyusun voucher yang aku dah beli. Harga sangat berbaloi, aku tak terhad untuk tawaran makanan saja tapi banyak juga tawaran penjagaan kereta yang jauh lebih murah. Contohnya untuk 'wax' kereta untuk 3 lapisan + polish + percuma cuci kereta selama sebulan yang hanya berharga rm80 sahaja, sebelum ini rakan serumah aku pernah mendapatkan perkhidmatan yang sama dengan harga lebih dari rm200++ di outlet yang sama dengan produk yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:37 PM | Show all posts
ape groupon neh??

kupon aku taw lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:38 PM | Show all posts
aku agaknya register rajin tul dpt email mcm2 offer tapi tak amik pot pun
NonaNaga Post at 28-9-2011 11:53


Sekali kamu subscribe email kamu, maka ia akan sentiasa hantar update kepada kamu setiap hari bergantung pada syarikat yang menawarkannya. Contohnya seperti Groupon ini akan ada update tawaran terkini setiap hari, jadi kamu akan menerima email setiap hari. Sekiranya kamu rimas dan rasa email-email itu menganggu kamu, kamu hanya perlu 'claim' ia sebagai 'spam' dan secara automatiknya email mereka akan terus masuk ke dalam folder spam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:40 PM | Show all posts
ape groupon neh??

kupon aku taw lah
genchi Post at 28-9-2011 13:37


Konsepnya tetap sama, ianya adalah kupon yang kamu perlu cetak sendiri saja dengan kertas bersize A4. Fungsinya tetap sama, boleh di tebus di outlet yang menawarkannya berdasarkan pada nombor siri pada voucher yang kamu cetak itu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:43 PM | Show all posts
Reply 15# dr.R

Tapi perlu di ingat, sekiranya kamu dah cetak sekali voucher tersebut maka pastikan ianya tidak hilang sebab ia boleh di gunakan oleh siapa-siapa saja sama konsep juga dengan voucher tunai KFC, Pizzahut yang berharga RM10 itu. Jadi sekiranya hilang, kamu pergi balik pada akaun di mana kamu cetak voucher tu dan telefon pekedai tersebut dan tanya sama ada voucher itu sudah di tebus atau tidak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 01:53 PM | Show all posts
website2 yang ada promosi diskaun ni memang bagus untuk company2 promote perniagaan mereka.

ada company yang betul2 nak bagi diskaun dan bila pergi ke tempat untuk redeem apa yang kita beli tu, dia bagi layanan baik tanpa apa-apa benda tersembunyi.

tapi ada juga yang ambil kesempatan je. konon harga lebih murah. tapi bila buat survey, harga tanpa voucher jauh lebih murah. macam promosi untuk spa atau rawatan kecantikan pula, harga yang ditawarkan nampak murah giler. tapi bila pergi ke tempat spa/ rawatan tu, kena tambah duit pulak kalau nak dapat service macam dipaparkan. ada pulak yang macam paksa2 suruh tambah rawatan itu ini.

kalau yang makanan pula, hidangan yang diberi tak berbaloi dengan voucher yang dah dibayar. terutamanya voucher buffet.

setakat ni saya cuma pernah beli voucher untuk subscribe magazine, dining kat restoren & rawatan spa. cuma yang pernah redeem, subscribe magazine dan dining kat sebuah restoren saja. yang restoren satu lagi saya beri pada kawan. ok kot sebab dia tak cakap apa-apa.

tapi yang rawatan spa tu, saya hadiahkan pada kawan. tapi malangnya asyik tak dapat buat reservation sebab full saja. sampailah voucher tu expired, tak dapat redeem. bila nak minta refund, spa tu suruh minta pada website yang jual voucher. tapi bila pergi pada website, skit pun tak de reply
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 02:05 PM | Show all posts
Sangat bagus sebenarnya kamu membuka thread berkaitan tawaran voucher online ini, aku adalah sal ...
dr.R Post at 28-9-2011 13:28


terima kasih banyak2 atas penjelasan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 02:08 PM | Show all posts
aku selalu beli jugak groupon ni.ok aje dah 3 kupon aku beli.tapi sume dine kat restoran je la.satu je kupon spa aku beli,tu pun sebab member aku punye spa tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 02:17 PM | Show all posts
website2 yang ada promosi diskaun ni memang bagus untuk company2 promote perniagaan mereka.

ada  ...
funz_universe Post at 28-9-2011 13:53


Pendapat kamu itu memang betul, ianya satu promosi buat peniaga untuk memperkenalkan produk mereka pada publik. Tapi ada juga peniaga yang mengambil kesempatan dengan servis yang sangat mengecewakan, aku pernah berdepan dengan keadaan ini 2 kali setakat aku aktif membeli voucher online ini sejak akhir tahun lepas.

1. Menu yang di tawarkan pada web tidak sama dengan menu yang di tawarkan peniaga, bila di tanya pekerja restoren mereka berkata atas arahan pihak atasan. Dari set spaghetti supreme di tukarkan menjadi set western seperti chicken chop yang harganya jauh lebih murah, disebabkan itu aku terpaksa akur dan makan saja. Tapi aku siap ambik gambar dan hantar email kepada pihak yang menawarkan tawaran tersebut iaitu Groupon, alhamdulillah selepas 3 minggu aku mendapat refund duit untuk tawaran itu disebabkan penipuan oleh peniaga tersebut.

2. Mengenai rawatan muka, aku hadiahkan buat adik perempuan aku dengan harga semurah RM120 dengan harga asal RM880 di Mid Valley. Ye mereka memaksa adik aku untuk membeli produk tambahan, selain ada khidmat konsultan yang memaksa selepas tawaran tersebut. Pada voucher tertulis akan memperolehi 'produk kit' untuk penjagaan muka, tapi adik aku tak dapat sebab hanya akan dapat sekiranya adik aku mengambil pakej seterusnya. Aku yang tau tentang hal itu terus menghubungi pihak yang menawarkan voucher itu Everyday, selepas perbincangan dan komplen itu aku mendapat balik duit tu seleruhnya. Penting perlu tahu hak kita, sekiranya mereka tak ambil tahu kamu melalui email kamu terus telefon mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.234757 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list