CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28458|Reply: 201

Abang Aku Kahwin Rahsia. [Update Page 8]

[Copy link]
Post time 12-10-2012 12:08 PM | Show all posts |Read mode
As'salam, aku nak minta pendapat korang semua mengenai apa tindakan-tindakan yang perlu aku lakukan sekarang ni sebab aku dah tersepit kat tengah-tengah dalam permasalahan orang lain. Orang lain aku maksudkan tu ialah abang sulung aku, dia meletakkan beban dia pikul tu kat aku pula sekarang buatkan aku jadi serba salah.

Kisahnya macam ni, 13 tahun lepas abang sulung aku berkahwin dengan wanita pilihan dia yang sama-sama bekerja di kilang. Abang aku tu engineer kilang dan kakak ipar aku tu hanya pekerja biasa, abang aku boleh tahan juga rupanya sebab tu dan boleh kata banyak awek sana sini tapi terkejut bila nak kahwin tu dia pilih kakak ipar aku tu. Kakak ipar aku tu tak lah cikai sangat tapi kalau di bandingkan dengan awek dia sebelum ni memang jauh beza lah, untuk pengetahun kakak ipar aku ni berkulit gelap sebab berdarah mamak (tapi masa kahwin dia anak yatim piatu). Dah jodoh kan walaupun keluarga kitorang tekejut pilihan dia tapi mesti ada kelebihan dia dimata abang aku, selepas berkahwin kakak ipar aku tu berhenti kerja sebab abang aku tak suka dia bekerja dan perlu jaga anak kat rumah (dia ni sawan politik kuat sampai tak bagi isteri keluar bekerja).

Alhamdulillah bahagia saja hidupnya, rumah dia pun tak jauh dari family aku jadi rajinlah juga diorang bawak anak-anak datang ke rumah jumpa datuk nenek dia. Kakak ipar aku ni boleh kata rajin tulang dan sangatlah baik perangainya, semua kerja dia buat dan family aku memang sayang lah kat dia dan kakak-kakak aku semua hormat kat dia. Dipendekkan cerita pada awal 2005 kilang abang aku bekerja tutup dan dia dapat VSS sebab jawatan dia tinggi jua masa tu maklumlah dah 8 tahun kerja, aku tak tau berapa jumlah pampasan dia dapat tapi selepas tu dia berniaga sendiri menjual barangan kraftangan.

Masa tu aku dah bekerja di Selangor, tapi disebabkan tengok abang aku susah dan tak ada pembantu maka sesekali aku balik kampung (negeri selatan) aku pun turun padang sekali buat benda tu dan sesekali ikut dia buat pameran ke sana sini (dulu balik sebulan 2 kali sebab naik bas). Nak kata aku rapat sangat dengan dia tak juga, tapi tak pernah bergaduh dan konfrantasi. Masa tu abang aku ada 3 orang anak dah, tahun 2006 perniagaan abang aku mula berkembang dah mampu menjual mengupah beberapa orang pekerja.

Tahun 2006 abang aku call kata nak buat kenduri keluarga sedikit dan suruh aku balik minggu tu, berkumpulah semua adik beradik aku kat rumah dia masa tu dan masa tu dia berlawak cerita mengenai poligami. Tapi masa tu dia tak cakap lagi nak kahwin baru mungkin dia tak yakin kot penerimaan kakak ipar aku dan family aku, tapi akhirnya terkantoi juga bila adik lelaki aku yang kebetulan masa tu rajin ikut dia buat pameran nampak abang aku tu berdua-duan makan dengan seorang perempuan muda (katanya pelajar U kat Skudai). Masa adik aku cakap tu aku tak hairan, sebab aku pernah tolong masa pameran dan aku tengok abang aku tu memang rajin melayan budak-budak muda tu ialah nak jual produk kan?.

Adik aku simpan cerita tu sebab tak mau family dan kakak ipar aku tau, sehinggalah akhirnya kantoi dengan sepupu aku dan bila mak bapa aku tau jadinya meletop lah orang tua tu. Ia lah kakak ipar aku tu boleh kata kesayangan diorang, kena pula dah ada 3 orang cucu sebab masa tu cucui ke-4 masih dalam perut. Minggu tu aku terpaksa balik sebab bapa aku nak aku ada sebab aku kan anak lelaki, jadi abang aku pun di panggil sekali tanpa ada kakak ipar aku. Panjang juga lah syarahan bapa aku dan mak aku biasalah emosi telebih siap menangis-nangis bagai dan siap berfikiran jauh kata nanti cerai dia dah tak boleh jenguk cucu dia etc.

Abang aku senyap je masa tu tak kata apa, tapi aku tau dia seakan memendam dan nampak muka dia merah sebab dia ni berkulit cerah. Aku pula senyap je masa tu sebab aku tak tau apa-apa, keesokkanya kakak ipar aku yang baru tau sebab saudara aku tu pergi sampaikan rasanya menangis-nangis kat rumah. Aku masa tu dah nak balik sebab ambil bas petang terpaksa tangguh sebab drama air mata kat rumah, siap kakak-kakak aku yang baru tau masuk campur sekali pergi bising-bising kat abang aku siap ada perkataan ugutan contoh nak pulaukan, tak terima dan sebagainya lagi.

Aku dari dulu sentiasa berkecuali jadinya aku tak ambil port sangat, jadi aku tengok abang aku pun seakan mengalah dan tak redha. Selepas kes itu alhamdulillah tak ada perkara berbangkit timbul, kakak ipar aku pun mengandung tahun 2008 dan 2010 dan ada 5 orang anak semuanya dan memang nampak sangat bahagia. Perniagaan abang aku pun dah pelbagai dan mampu mengupah ramai pekerja serta selalu outstation sana sini, rajin juga bawa familnya melancong.

Sehinggalah......

Hari raya aidilfitri tahun ni, abang aku ajak aku keluar dan lepak kat kopitiam ni (harian juga sebab jauh dari rumah aku dalam setengah jam). Tak silap aku raya keempat, masa tu abang aku kata nak cakap sesuatu dan harap aku tak cakap kat family aku sebab dia percayakan aku. Aku dah berdebar dah masa tu, tapi dalam hati aku dah jangka mesti dia nak bagi tau yang dia nak kahwin baru ni maklumlah dah pernah berlaku sebelum ni kan. Tapi lain aku duga lain yang berlaku, masa tu abang aku call seseorang dan masuklah seorang perempuan bertudung dengan 2 orang anak berusia 4 dan 1 tahun.

Lepas dah salam-salam terus aku tak terkata, aku macam terkedu dan abang aku pun macam terkejut tengok respone aku. Susah juga dia nak mulakan cerita, aku tengok dia berpeluh-peluh la juga dan aku tengok perempuan tu dah pegang bahu abang aku seakan mengurut ke mengosok barulah dia bercerita. Dia cakap 2 orang ni anak buah aku juga, diorang dah kahwin 6 tahun lepas masa dah kecoh-kecoh dulu. Masa diorang kahwin kakak ipar aku tu masih belajar lagi dan tahun 2007 habis belajar terus bekerja dan dapat seorang anak, aku pun senyum je lah walaupun dalah hati memang terkejut sebab abang aku membelakangkan keluarga aku.

Lama lah juga kami berborak kat situ, aku pun tak banyak tanya sebab dalam kepala aku sarat bermacam-macam aku pikirkan. Tapi aku dah berjanji tak ceritakan hal ni kat family aku, tapi dalam masa sama aku rasa sangat bersalah dengan family dan kakak ipar aku sebab seakan berkomplot dan bersetongkol pula. Kesihan juga aku pada anak-anak buah aku yang 5 orang tu, semuanya aku rapat dan aku seakan menyampah pula tengok abang aku berlakon depan anak-anak macam tu (tapi bila aku tengok fikir anak dia semuanya terjada cukup serba serbi jadi aku buangkan perasaan tu jauh-jauh). Mak aku pula tak berapa nak sihat sebab ada masalah jantung, duduk pun dengan kakak aku sekarang dan memang aku tak mau dia tau hal ni sebab aku dah tengok macam mana dia kecewa sangat dulu bila abang aku buat hal.

Persoalannya sekarang......

Kalau korang jadi aku, apa tindakan korang akan buat? sebab aku sekarang ni sejujurnya akan terus merahsiakan sampai bila-bila dan berharap abang aku sendiri yang memaklumkannya, mesti ramai orang akan kata aku ni hipokrit kan? tapi kalau korang rasa aku hipokrit maka apa cadangkan apa aku perlu lakukan untuk keadilan semua pihak?.

Last edited by dr.R on 10-4-2014 01:49 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 12:48 PM | Show all posts
sampai bila abg ko nak berahsia psl hal ni? lambat laun akan terbongkar jgk nti..tngok la klu tak percaya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 01:12 PM | Show all posts
kiranya ini la bini dia yg student dulu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 01:14 PM | Show all posts
wow...  rahsia yang sangat berbahaya...  aku takut kalo keluarga ko tau yang ko dah tau, kompem ko terjebak dalam drama airmata cam tahun2 sudah tu...

well, kalo ikutkan, memang la tak kisah dirahsiakan sebab elok je 5 orang anak n isteri pertama terjaga segalanya...  siap bleh melancong sana sini...

tapi, kalo dirahsiakan, seumpama menafikan hak 2 anak tu...  sedangkan mereka berhak dapat segalanya, termasuklah harta pusaka...  dan yang 5 dan 2 tu adalah adek bradek...  bukan tiri...  sebab ber'bin kan ayah yang sama...

takut juga kalo dirahsiakan, bila abang ko meninggal mengejut, dah jadik kelam kabut...  masa nak kebumikan, masa nak talkinkan, masa pengagihan harta...  dah jadik drama lagik trok...  

ada tak dalam adek bradek ko yang masih boleh dibawak berbincang?  kalo ada, mintak abang ko share skali ngan adek bradek tu...  aku rasa, yang paling senang, approach n pecahkan rahsia ni slow2...  sorang ke sorang dulu...  jangan dikumpulkan sume orang pastu pecahkan...  memang pecah ah rumah ko nanti...

kalo memang kompem takde, carik la pakcik makcik yang tak berat sblah...  yang neutral cam ko gak...  mintak diorang bantu dalam pecahkan rahsia ni...

~jangan tunggu bila abang ko dah takde baru nak pecahkan...  banyak sangat dah aku nampak depan mata, kes2 bila bapak meninggal baru tau bapak ada bini2 n anak2 lain...  kecoh satu kampung gado2...  kecoh dalam mahkamah gado2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 01:20 PM | Show all posts
ce tanya abg TT knapa dia nk rahsiakan perkahwinan tu..adakah family belah yg no dua tu tau mereka dh kahwin?

adakah mereka merelakan?

majlis kahwin dgn yg no dua mcm mn dulu? meriah? atau sekadar akad nikah dia pejabat. wife no.2 tu ada family ke x, kalau ada takkan laaa family dia merelakan aje jadi bini rahsia mcm tu..

kaji betul2 then blh tau mcm mana sifat abg you, apa kehendak dia, apa mslh dia sampai kena menikah lg satu..

ce TT tanya dia, tak penat ke sorok2 mcm tu? berani buat kenapa tak berani tanggung? walaupun kakak ipar u takde parents tak bermakna abg u blh buat dia mcm tu..kalau nk bermadu sekalipun kenapa tak mintak kebenaran.. ataupun kakak ipar you tergolong dlm golongan yg in denial-dah tau tp buat2 tak tau dan tak mau suami bgtau dgn mulut sendiri bahawa dia dh ada perempuan lain selain dirinya kerana bg mereka bl suami secara terbuka mengatakan dia dh ada isteri selain diri mereka, mereka rasa diri mereka telah jatuh pada tahap lowest of all n fall at the rock bottom, dan dgn itu suami tak perlu lg pura2 sayang 100% kt dia dan suami blh terang2 utk berpergian ke rmh yg muda..

btw mcm mana dorang kawin dulu?kawin kt siam kah? kalau kt malaysia takkan tak payah mintak kebenaran.. ke skrg tak payah mintak permission isteri tua kalau nk tambah cawangan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 01:35 PM | Show all posts
1) kenapa nak rahsia, kalau nak jaga hati isteri tua..isteri muda pun nak dijaga juga
2) esok kalau mati taklah surprise ada dua orang pompuan nak tolong tanam...ingat ni bukan lawak
3) awak tak payah cerita..kat keluarga..bukan tanggungjawab awak..abang awak yang awak patut desak beritahu keluarga , benda yang tak perlu rahsiakan ialah berkahwin..zina ye kena tutup agar mereka taubat...kahwin ni bukan untuk 2 orang sahaja
4) kalau tak cerita hari ini..lusa kalau dia orang tahu...lagi lah parah..
5) kalau abang saya yang kawin lain...saya akan cerita terus kat kak ipar...tapi kalau suami saya yang kawin..tak sanggup nak pikir pun..maksudnya..ngeri sungguh saya..
6) jika abang awak berpisah..anak anak buah awak tu tetap anak anak buah awak dan awak tu maksedaranya..tak putus kalau air dicincang..dan jangan lupa terus bantu jika abang awak yang mengabaikan..tanggungjawab terletak dibelah keluarga suami akan anak anaknya jika abang awak tidak membantu isterinya..ini ramai orang tak tahu...kena faham ini..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2012 01:56 PM | Show all posts
plasterhati posted on 12-10-2012 01:20 PM
ce tanya abg TT knapa dia nk rahsiakan perkahwinan tu..adakah family belah yg no dua tu tau mereka d ...

berani buat, berani tanggung.

aku suka ayat ini.

aku doakan abang ko kawin senyap2 buat kali ke-3. baru yang ke-2 tau camna rasa yang ke-1.

pengecut gila ok main kawin senyap2 gitu. seperti biasa, aku nak tuduh ini musti sudah beromen ini pasal tu la hati kuat sangat nak kawen walaupun takda restu mak pak dan isteri pertama.

kalau aku jadi ko, minta mahap la bro. aku akan pecahkan rahsia.

ko nak ka nanti abang ko mati, baru tiba2 keluarga ko tau dia ada sorang lagi bini?

pakcik sedara aku ada sorang camnih. sangat bodoh semasa hidup tak bagitau pun yang dia dah kawin lain. tengok2 masa mati bini kedua datang di majlis pengebumian beliau. yang buat lagi rumit tu sebab pakcik sedara aku tu bukan islam. dia pi kawin dengan pompuan islam. ha amik kau. sudah la family terkejut  engok bini kedua, terkejut tengok cucu semua dah besar2, tambah terkejut bila dengar dia dah masuk islam.

tapi memang selesai cara baik la. last2 dikebumikan cara islam juga bila isteri kedua bawa bukti seperti surat nikah segala. saudara yang islam juga tolong selesaikan. cuma yang kasian tu, isteri pertama dan anak2 la yang trauma hanya tau perangai apak tahap menyedihkan camtuh bila arwah udah mati. kalau belum mati, boleh la jugak luahkan perasaan tak puas ati. ni, dah masuk kubur nak cakap apa lagi? huh.

Last edited by chazey on 12-10-2012 01:59 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 02:22 PM | Show all posts
aku tatau nak ckp pe....aku mmg menentang poligami tanpa persetujui dua2 belah pihak...

so dari aku bg komen yg sgggggtttt kasar...rs nyer baik aku baca je laa komen2 org lain..

cume utk ko...aku nak ko pikir pe perasaan kakak ipar ko kalo ko ditmpt dier....tu sj...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2012 02:32 PM | Show all posts
Terima kasih sebab sudi respone, aku cuba reply pertanyaan dan kemusykilan kamu keutarakan sejujurnya ikut apa yang aku tau sebab aku pun di pihak ke-2 yang tak banyak info disebabkan abang aku sangat berahsia.

1. Mengenai siapakah isteri ke-2 dia?.
Jujur aku tak pernah nampak dan kenal sebelum ni tapi ikut apa yang aku ingat kisah 7 tahun lepas dan sesi perjumpaan di kopitiam tu memang sah itu lah budak U yang dia nak nikahi dulu. Siapakah awek tu?, dia pelajar masa tu dan ikut cerita abang aku semasa diorang bernikah yang isteri dia tu masih lagi belajar dan selepas habis belajar terus bekerja. Bekerja kat mana? tinggal kat mana? semua aku tak tau sebab aku baru sekali jumpa abang aku selepas hari raya tu sebab aku jarang balik kampung, kebetulan mak aku tak sihat dan buat sementara waktu tinggal di rumah kakak aku di Nilai dan bapa aku pun turut tinggal kat situ.
Dia tak ada keluarga ke? ni dari yang aku ingat cerita 7 tahun lepas semasa krisis tu berlaku, ikut abang aku dia nak tolong wanita tu sebab dia baru masuk Islam dan dia orang Sarawak. Macam mana penerimaan keluarga perempuan? tu semua aku tak tau, entah-entah keluarga perempuan tu pun tak tau yang anak dia dah kawin sama macam keluarga aku juga.
Kat mana diorang kawin? entah aku pun tak tau, belum berkesempatan nak tanya dan aku macam berat mulut je nak tanya perihal yang lepas-lepas kat diorang sebab aku memang bukan jenis suka tanya itu ini.

2. Kenapa abang aku berahsia sangat?.
Ceritanya macam ni, tapi dari apa yang berlaku dulu dia sangat takut mungkin untuk mendedahkan. Aku huraikan lagi cerita aku kat atas untuk kenyataan ni. 'Ia lah kakak ipar aku tu boleh kata kesayangan diorang, kena pula dah ada 3 orang cucu sebab masa tu cucui ke-4 masih dalam perut'. Kan aku ada cerita mengenai cucu ke-4 dalam perut?, masa tu kakak ipar aku mengandung 5 bulan tak silap dan bila dia dapat tahu kisah tu dia seakan stress dan seterusnya meroyan sampai sanggup rosakkan diri sendiri. Aku ingat lagi kata-kata dia masa dia menangis meraung tu, dia kata 'dia boleh jadi sebaik-baik manusia bila dicintai dan dia boleh jadi sejahat-jahat manusia bila dia dikhianati'. Aku rasa ungkapan tu sunggu menakutkan dan psiko, beberapa kali juga lah dia mengungut itu ini termasuk menyakiti diri sendiri dan akhirnya membuatkan kakak-kakak aku masuk campur sebab kesian.
Mana pergi kandungan tu? disebabkan aku bekerja isnin tu maka aku terpaksa ambil bas esok pagi dan masuk kerja petang, jadi apa berlaku kat rumah aku tak tau. Tapi apa yang aku tau kakak ipar aku meroyan dalam masa seminggu tu dan akhirnya mengakibatkan bayi dalam kandungan keguguran, memang menyedihkan dan abang aku pada kejadian tu sangat takut dan dah berjanji dengan dia. Apa janji? entah aku tak tau sebab aku tak ada, aku tau pun sebab kakak aku yang cerita tapi kalau aku tanya balik kat dia apa berlaku memang dia akan pelik nanti.
Lagi kenapa takut nak dedahkan sekarang sebab mak aku tak berapa sihat dengan penyakit jantungnya, tapi mak bapa aku memang sayang kakak ipar aku macam anak sendiri dan selepas kes lama tu memang diorang jaga hati dia baik-baik sebab dia tak ada siapa-siapa kan.

3. Tak boleh bawa berbincang dengan orang lain?.
Buat masa ni aku tak tau nak bincang dengan siapa, adik beradik bapa aku semua dah meninggal dunia dan sebelah mak aku pula tak berapa rapat dan duduk jauh di pantai timur. Buat masa ni tak tau nak cerita kat siapa, kakak aku yang ke2, 3 dan 5 memang rapat dengan kakak ipar aku dan aku pasti diorang yang akan meletop dulu. Yang natural kakak aku ke4, tapi sayangnya sekarang ni mak bapa aku tinggal kat rumah dia pula dan aku takut-takut dia terlepas cakap.
Lagi pun macam aku kata kat atas yang aku tak berapa rapat dengan abang aku, bergaduh pun tak jadi natural saja. Jadi aku pun terkejut tindakan dia kenalkan anak-anak rahsia tu kat aku, itu yang aku sampai sekarang pening memikirkan mungkinkah dia nak bagi tau yang kalau apa-apa berlaku nanti contoh ada kematian mengejut macam korang cakap tu nanti aku boleh rungkaikan? entah lah memang aku stress memikirkan.


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 02:42 PM | Show all posts
okay apa yang ko rasa akan berlaku kalau ko pegi pecah rahsia nie?mesti ada pro and cons kan..
dalam hal nie aku xtaw nak kata mana satu yang lagi banyak tapi kalo ke bagitau jugak mungkin benda2 nie akan terjadi..
1-bini tua mungkin minta cerai???x puas hati pasal kena tipu hidup2 bertahun2..lepas tue anak2 pulak mungkin jadi benci kat bapak diorang - mostly memang pompuan melayu x suka poligami
2-family ko pulaukan abang ko..
3-abang ko jadi stress
4-bini muda kena serang lepas tue hidup x tenang..
5-abang ko benci ko seumor hidup pasal ko x amanah..xleh simpan rahsia..mungkin abang ko rasa ko antara yang paling spoting kat dalam family ko tuh sebab tue la dia bagitau kat ko..sambil2 tue dia nak juga ada family dia yang kenal bini muda dia tue..iyealah takut nanti ada apa2 yang x elok jadi kat dia time masa depan..ko boleh bantu bini muda dia tue..

kalau aku jadi ko aku simpan je rahsia nie..biarlah abang ko yg bagitau bile dia rase masa tue sesuai..
masalah nie x jadi rumit kalau time awal2 abang ko kenal budak pompuan tue and nak kawin xde orang nak halang..nielah jadinya bila family x kasi poligami..padahal abang ko mampu je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:05 PM | Show all posts
nak tambah sikit,

ms u jumpa kakak ipar sorok tu apa yg dia bgtau kt u? brp jarak usia abg u dgn kakak ipar br tu. cantik kah dia, mn tau kot2 itu taste abang u psl u ckp ms sblm kawen dgn kakak ipar yg tua tu abang u awek dia semua cantik2, putih mulus mungkin.. walau cantik mana pn dia, tak bermakna abang u blh belakangkan isteri yg ada, yg dh byk berkorban selama ni. ataupun dh ter... dl sbb tu kena kawen? harapnya tak lah ye.

1. rsnya TT kena paksa abang bgtau perkara sebenar walaupun pahit. bantu lah dua manusia ini (abang dan isteri tua) untuk berpijak di bumi yg nyata. abang u kena berpijak di bumi yg nyata bahawasanya dia dah ada dua isteri dan harus adil kepada keduanya. adil bkn dari segi material, tp juga masa dan perasaan. lain lah kalau yg no.2 tu jenis kayu jati - hati kering sanggup hidup mcm tu.


2. perihal harta pusaka - abg u dh uruskan ke? mn tau kot2 blm sempat bgtau dia berkahwin lg sorang dia dh gol dl, tak ke naya..kesian kakak ipar u br tau dia tiba2 ada madu lps jadi balu..itu pn kalau dia mmg br tau.. pengurusan harta pusaka sgt penting terutamanya bg yg beristeri lebih seorang, atau yg pernah bercerai dan ada anak bersama bekas isteri tsbt..jgn nnt anak2 dan isteri turun naik mahkamah kerana kecuaian si suami yg menyelesaikannya sblm dia meninggal.. TT pn ada bgtau yg dgn isteri rahsia tu abg u ada 2 org anak. anak tu tetap tak bersalah walaupun mak bapak yg ambil jln salah. kalau halal kenapa nak sorok, kalau tak salah kenapa takut..
anak yg dua orang tetap status anak sedara TT. bantu anak2 sedara TT utk masa hadapan, supaya nasib anak dr kedua2 isteri terbela..

3. TT konpem ke yg abg u hanya ada dua isteri, bukannya tiga ataupun empat?

4. saya tau wpun TT tak nak pening2 pikir tp sbb dh terbabit, secara otomatik akan berfikir. biar abg u selesaikan mslh yg dia cari sendiri. tp silalah push abg u utk berhadapan dgn masalah..bukannya lari dr masalah. kalau takut nnt jadi perang dunia ke-3, solat hajat byk supaya tak terjadi perang dunia ke-3.minta bg ketenangan kpd yg memberitahu dan yg menerima berita. baca ayat2 pelembut hati dan penenang hati, tiuplah kt family ms nk bgtau berita..ada byk ayt2 utk tujuan ni. kita pn tak nak nnt ada yg kena heart attack, ada yg pengsan maupun berlaku kekecohan ms tu.. igt lah, abg u sedang dlm dlm situasi time-ticking bomb. xtau bl akan meletup.. pd ms tu nnt bawalah seorang mediator atau pengantara yg rapat dgn family dan dihormati oleh family supaya ada yg jadi penenang keadaan nnt. sy doakan semoga keluarga TT sentiasa aman hendaknya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:08 PM | Show all posts
berapa patah perkataan karangan ko ni dik...???..
berpinau mata kaka pasu baca..
bahasa, kaka pasu bagi 50/50
kekemasan karangan kaka pasu bagi 50/50 jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:15 PM | Show all posts
Kalau korang jadi aku, apa tindakan korang akan buat? sebab aku sekarang ni sejujurnya akan terus merahsiakan sampai bila-bila dan berharap abang aku sendiri yang memaklumkannya, mesti ramai orang akan kata aku ni hipokrit kan? tapi kalau korang rasa aku hipokrit maka apa cadangkan apa aku perlu lakukan untuk keadilan semua pihak?.

kalau pasu jadi tt..
pasu dalam dilema juga..

cuma, dalam keadaan rasional,
pasu nak pesan kat tt:

abang tt ada kehidupan dia sendiri...
dan tt...pun ada kehidupan tt sendiri..

ada part yang tt boleh masuk campur..
ada part yang tt just biarkan abang tt yang setelkan urusan dia..

tak banyak yang boleh tt buat..
yang berlaku dah berlaku..

kalau dia belum kawin..boleh la menyelit nak menghalang..
tapi, tt dah ada anak buah extra pun yang tt tak pernah tahu kewujudan mereka sebelum ini.
so, takde apa pun yang tt boleh buat sebenarnya..

cukupla dia bagi tahu...dan tt tahu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:20 PM | Show all posts
biar lah rahsia
biar abang tt sendiri yg setelkan..

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:24 PM | Show all posts
mungkinkah dia nak bagi tau yang kalau apa-apa berlaku nanti contoh ada kematian mengejut macam korang cakap tu nanti aku boleh rungkaikan?  


dia nak bagi tahu kewujudan mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:33 PM | Show all posts
Persoalannya sekarang......

Kalau korang jadi aku, apa tindakan korang akan buat? sebab aku sekarang ni sejujurnya akan terus merahsiakan sampai bila-bila dan berharap abang aku sendiri yang memaklumkannya, mesti ramai orang akan kata aku ni hipokrit kan? tapi kalau korang rasa aku hipokrit maka apa cadangkan apa aku perlu lakukan untuk keadilan semua pihak?.

persoalannya sekarang:
apa motif abang tt bukak rahsia yang dia telah berkahwin lain?
sebab dah tahan nak simpan rahsia lagi dah..?

orang, kalau takut..tak nak buat dan takkan buat..
tapi, kalau dah buat..baru datang takut..
nak tak nak..kene hadaplah dengan kenyataan..
sapa suruh buat..?

pada pasu, tt tak salah apa pun..
tt hanya tahu..
bukan tanggungjawab atau amanah tt pulak nak bagi tahu perkara ni kat ahli kuarga yang lain..
tanggungjawab yang sepenuhnya tetap terletak pada ABANG tt..
berani buat..berani tanggung..
dia kena adil kepada isteri pertama dan anak-anaknya..
dan..dia kena adil juga pada isteri kedua dan anak-anaknya..

dia yang kena bertanggungjawab untuk menjernihkan keadaan..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 03:39 PM | Show all posts
bahaya simpan rahsia macam ni. manalah tau abg TT meninggal suatu hari nanti (aku tak doa, cuma buat andaian situasi sahaja),
macam2 masalah boleh timbul.
macam kes Naza tu, tetiba muncul bini kedua tak tahu dtg dr mana.
rupanya mmg ada 2 bini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:39 PM | Show all posts
Tahun 2006 abang aku call kata nak buat kenduri keluarga sedikit dan suruh aku balik minggu tu, berkumpulah semua adik beradik aku kat rumah dia masa tu dan masa tu dia berlawak cerita mengenai poligami.

ni, tahun 2012...
ce tanya dia..."sekarang, poligami abang ni..boleh buat lawak tak..?"

aishhh..pasu lak yang panas hati ngan pangai abang tt nih..menyusahkan orang betul..!..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:41 PM | Show all posts
TT pada aku lah ko tak boleh masuk campur, tu urusan rumah tangga abg ko. Pandai2 la dia settle kan sendiri.
Aku rasa dlm soal ni tak boleh nak salahkan abg ko 100%. Cuma silapnya dia tak berani terus terang je, takut melukakan hati keluarga, 1st kakak ipar ko tu.
Biar nangis sampai kuar air mata darah sekali pn family ko tu frust dgn tindakan abg ko tu, ni semua tak kan mengubah apa2, benda dh jadi, nk buat camne, sepatutnya seluruh family ko tu kena la terima hakikat yg abg ko tu dh kawin satu lagi.
Kakak2 ko tu kena lah happy dpt kakak ipar baru, dh la tu muda lagi, dpt anak saudara baru. Patutnya kena gembira terima mereka  bertambah bilangan ahli kelurga. Bukan terima mereka dgn bermasam muka lagi la tambah masalah.
Pada kakak ipar ko yg tua tu kenalah bersabar, terima hakikat sebenar. Dh ditakdirkan nak bermadu, mungkin ada hikmah di sebaliknya.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:44 PM | Show all posts
Tt nasihatkan la abg tu supaya berterus terang.
Ceritakan dgn dia apa masalah yg mungkin timbul dimasa depan
Mcm y forumer lain ckp, mana tau ajal x panjang
X timbul kekecohan di kemudian hari.
Yg penting biar abang tt sndiri yg buka mulut.
Sbb masalah berpunca dr dia.
Bg pihak isteri pertama, mgkin ok sbb family tt baik dgn dia
Tp bg pihak isteri kedua?
Kalo keluarga dia yg jauh tu x amik tau lg pasal dia
Apa akan jd pd dia kalo abg tt dah xde?
Sape akan bela nasib dia?
Suruh abg tt fikirkan kesan yg akan dia tinggalkan kemudian hari.
Lagi lama disimpan, makin susah nak selesaikan tt.
Masalah akan betambah rumit kemudian hari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.093634 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list