Wakil dari CARI Malaysia berbesar hati menerima undangan ke sidang media terbuka Tonight with Lee Seung Gi in Singapore pada 24 Ogos 2012 yang diadakan di Marina Square Shopping Mall. Selain para media, peminat juga boleh mengikuti dan melihat Lee Seung Gi secara dekat. Ini adalah kunjungan pertama kali beliau ke Singapura yang dibawakan khas oleh Hook Enterntainment (Korea) dan Faith &D Entertainment Pte Ltd (Singapore) yang telah sekian lama menawan hati para peminat bukan saja di Asia Tenggara malahan dimata dunia juga.
Berada di dalam golongan A-List artis Korea Selatan yang berpengaruh, beliau bukan saja pelakon serba boleh malahan bukan saja terlibat banyak dalam dunia pengacara ‘TV Shows” dengan dunia iklan terbaik di Korea juga.
Tampil secara umum pada jam 5.35 petang dengan diiringi sorakan tanpa henti para peminat. Lee Seung Gi yang kelihatan tidak putus-putus menguntumkan senyuman membalas lambaian ke arah peminat yang membanjiri shoppingmall tersebut. . Tampil segak dengan berpakaian smart casual dengan bert-shirt putih dan jaket biru yang dipadankandengan seluar kelabu.
Seung Gi memulakan sidang media dengan mengucapkan hello kepada semua para peminat dan pihak media yang hadir pada acara tersebut. Walaupun nampak agak gemuruh namun beliau mampu bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik.
“Iniadalah kunjungan kali pertama saya ke Singapura dan saya amat berterima kasihdi atas kedatangan anda (peminat-peminat) pada hari ini. Sokongan anda amat saya hargai”
Ikutiwawancara terbuka beliau bersama media.
S: Apa pandangan anda mengenai Singapura? J: Saya merasakanSingapura adalah sebuah negara yang bersih dan tempat yang baik untuk didiami.
S: Di sebalikwatak lelaki sempurna yang anda lakonkan di dalam drama apakah perkara atauaksi nakal yang pernah anda dilakukan? J: (Sambil tersenyum) Adakah saya seorang lelaki yang sempurna? Saya gembira apabila peminat mengatakan begitu tetapi sebenarnya saya bukan seorang lelaki sempurna.
S: Kamu mempunya daya tarikan tersendiri yang menjadikan anda diminati oleh peminat-peminat muda. Tetapi anda juga terkenal di kalangan peminat-peminat yang lebih matang. Pada fikiran anda apakah yang menyebabkan mereka terdorong untuk meminati anda? J: Saya tidak mempunyai masalah diminati oleh peminat-peminat yang lebih matang malah merasakan penyebab utama mereka meminati saya adalah mungkin kerana senyuman saya yang menawan (pengakuan Seung Gi membuatkan peminat menjerit kesukaan)
S: Disebalik senyuman yang menawan dan berperwatakan menarik pernahkah anda merasa marah? J: Saya amat sukar untuk menunjukkan perasaan marah. Kebiasaannya saya hanya akan merasa marah apabila tidak mendapat cukup makanan (sambil menunjukkan aksi marah yang comel)
S: Anda mengatakan yang anda seorang yang romantik oleh yang demikian bolehkan anda nyatakan perkara yang anda akan lakukan untuk teman wanita kelak? J: Pada masa inisaya tidak mempunyai teman wanita oleh itu saya hanya akan bersiap sedia dengan perkara yang akan dilakukan untuk teman wanita kelak contohnya seperti memasak.
S: Anda telah meninggalkan pengacaraan rancangan hiburan Strong Heart untuk menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian. Bilakah album baru anda akan dilancarkan? J: Ketika ini saya sedang mengumpul bahan untuk album terbaru dan saya berharap album ini akan bakal diedarkan sebelum akhir tahunini.
S: Ketika mengendalikan rancangan hiburan Strong Heart para selebriti berkongsi cerita mengenai pengalaman suka duka dalam kehidupan mereka sehari-hari. Apakah pengalaman yang sukar dilupakan ketika mengacarakan rancangan tersebut? J: Secara amnya saya menyukai kisah berkisar kekeluargaan. Kisah sebegini mudah membuatkan hati saya tersentuh.
S: Anda telah membawa pelbagai watak dalam drama-dramayang anda bintangi. Apakah jenis watak yang anda ingin lakonkan? J: Saya ingin memegang watak yang lebih ‘manly’ dalam sesebuah drama.
S: Dari masa ke semasa anda pasti mengalami tekanan untuk mengimbangi jadual kerja dan jadual belajar yang padat. Bagaimanakah anda menangani tekanan tersebut? J: Kebiasaannya saya akan bersenam di gimnasium dan jika masa mengizinkan saya akan ke luar bandar buat seketika. Saya juga meminati bola sepak dan ini adalah salah satu cara saya menangani tekanan.
S: Andasentiasa berhadapan dengan selebriti dan orang kenamaan. Adakah anda beranggapan diri sebagai orangbiasa atau seorang ‘superstar’? J: Saya tidak suka meletakkan jarak antara saya dan orang biasa. Saya gemar mengambil pendekatan mesra apabila bersama orang awam.
S: Adakah anda sudi keluar bersama teman wanita yang lebih tua dari anda dan berapakah maksimum umur teman wanita yang anda tetapkan? J: Saya berumur26 tahun dan tidak salah rasanya untuk keluar bersama teman wanita yang 10 tahun lebih tua dari saya. Jika saya menyukai seseorang umur tidak seharusnya menjadi penghalang.
S: Anda menyanyi, berlakon, mengacara dan menghadiri kuliah di universiti. Bagaimanakah anda mengimbangi kesemuanya? J: Secarajujurnya saya menyesali melakukan semua perkara dalam satu masa. Akan tetapi saya amat gemar menimba ilmu danbersedia menanti peluang untuk mempelajari perkara yang baru.
S: Bilakah masanya anda merasa berani dan takut? J: Selain mempunyai phobia kepada ketinggian saya juga amat takut kepada hantu. Tetapi apabila melakukan tugasan saya menjadiberani (merujuk kepada mengendali dan mengacarakan sendirian dalam rancangan hiburan Strong Heart)
S: Semasa andamasih kecil adakah anda mempunyai permainan kegemaran dan bagaimanakah anda semasa kecil dahulu? J: Sayamenggemari watak kartun Dooly The Little Dinosaur (animasi korea). Ketika saya kecil saya merupakan anak yang sangat degil dan nakal.
S: Anda menyatakan yang anda akan memasak untuk teman wanita dan seperti peminat semua sedia maklum anda sering memasak dalam rancangan hiburan 2D1N. Bagaimanakah caranya anda belajar memasak? Jenis masakan apakah yang andagemari? J: Ketika menjalani penggambaran 2D1N saya sedar yang saya tidak mempunyai kemahiran memasak oleh itu saya mendapatkan khidmat nasihat pakar masakan dan belajar bagaimana carauntuk memasak. Masakan khusus saya ialah pasta.
S: Selain dari bidang seni adakah anda mempunyaiminat lain yang anda ingin ceburi? J: Saya mendapat peluang mendalami bidang lakonan terutama drama akan tetapi saya berharap untukmenceburi bidang lakonan filem pula selepas ini.
S: Melihat kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada anda ianya lebih menjurus kepada kesempurnaan diri anda sendiri. Selain daripada soalan-soalan tersebut apakahjenis soalan yang anda ingin pihak media ajukan kepada anda? J: (Beliau mengambil masa yang agak lama untuk menjawab) Saya jumpa anda di fanmeet esokkerana saya harus berfikir mengenainya (jawapan spontan beliau diiringi gelaktawa para peminat dan pihak media)
Sidang media bersama Lee Seung Gi diakhiri dengan pemilihan 3 orang peminat bertuah yang dipilih secara rawak untuk menyampaikan pesanan dan kata-kata sokongan kepada beliau. Mereka yang terpilih antaranya adalah peminat dari Korea Selatan, Singapura dan juga Malaysia.
Acara fanmeet bersama Lee Seung Gi diadakan keesokan harinya di Kallang Theatre pada 25 Ogos2012. Fanmeet yang berlangsung selama 2 jam akan dipenuhi dengan persembahan dari Lee Seung Gi, sesi bergambar (khas untuk pemegang tiketkategori 1 dan sesi autograph (bagi100 peminat bertuah).
Berbekalkanperwatakan yang menarik, lucu, serba boleh, bersikap rendah diri dan senyumanyang menawan mampu meletakkan Seung Gi sebagai penghibur yang digemariramai. Semoga Seung Gi akan terusberjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan segala impian yang diidamkannya tercapai. Hwaiting!
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak penganjur Hook Entertainment (Korea) dan Faith & DEntertainment Pte Ltd (Singapore) yang telah mengundang wakil CARI Malaysia ke sidang media bersama Lee Seung Gi.
Artikeloleh: Nurul @ se7enstarz Editoroleh: isabel
Gambar oleh : Faith&D Entertainment
Last edited by isabel on 26-9-2012 12:16 PM
|