CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pot_pet

ADAM DAN HAWA HANYA AKAN DITAYANGKAN MUSTIKA HD-134.

 Close [Copy link]
Post time 29-8-2012 12:56 PM | Show all posts
diana007 posted on 29-8-2012 11:56 AM
Kan, segelombang kita

hihi ske watak2 diorg dlm nih very natural... xperlu nmpk cam terpaksa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2012 12:57 PM | Show all posts
diana007 posted on 29-8-2012 11:58 AM
Kan, ramai setuju dgn Wan Syarmila, I suggested her because J suka Wan Syarmila punya lakonan in N ...

mmg setuju dgn wan sharmila... tp agaknye nk develop pelapis utk watak gedix kot hihi
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 12:59 PM | Show all posts
Lavender_Violet posted on 29-8-2012 12:16 PM
Wpun tak cantik tp Nadiya Nisaa ni pernah menang award wpun tu first time berlakon filem. Kira ok la ...

ske plak tgk nadiya nih... sbb maybe cara lakonan dia kot...
dlu iols pon pertikaiankn pemilihan dia... tp pas 2 episode nmpk best!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 01:04 PM | Show all posts
nana97 posted on 29-8-2012 12:57 PM
mmg setuju dgn wan sharmila... tp agaknye nk develop pelapis utk watak gedix kot hihi

Maybe, atau bayar murah sesdikit..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 01:15 PM | Show all posts
watak AA ni kalau   pilot umur  30an kira ok juga....ni nampak umur sangat la..may b Aiman Hakim as pilot at 27 lagi ok
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 01:56 PM | Show all posts
aQuA_dIaMoNd posted on 29-8-2012 12:31 PM
Oii apesal.si betty dlm cite ni agak menyeramkn muke dia giler diff ngn pic dlm instagram yg org ckp ...

Mmg itu la ghopa sebenar Betty. First aku tengok dia masa gossip dia couple ngan Awal Ashaari dolu2. Masa tu dlm hati aku ckp Awal ni x de org lain ke nak amik buat gf

Gigi dia mmg mancung & panjang2. Dia banyak iras Erma Fatima. Umie Aida lain sket mukanya. Kalau dia bukan adik Erma aku tak rasa dia dpt peluang berlakon dgn rupa yg tak capai piawaian jd pelakon kat Mesia nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2012 02:00 PM | Show all posts
diana007 posted on 29-8-2012 01:04 PM
Maybe, atau bayar murah sesdikit..hehehehe

hihi maybe le kot... tp rse cam oke ckit lakonan si anzalna nih dlm drama nih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 02:01 PM | Show all posts
sherry70 posted on 29-8-2012 01:15 PM
watak AA ni kalau   pilot umur  30an kira ok juga....ni nampak umur sangat la..may b Aiman Hakim as  ...

tp nnt klu ikot buku cam pas 8 thn diorg jumpa blk kn? mse tuh kiranye adam dh 30 an dh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2012 02:05 PM | Show all posts
Lavender_Violet posted on 29-8-2012 01:56 PM
Mmg itu la ghopa sebenar Betty. First aku tengok dia masa gossip dia couple ngan Awal Ashaari dolu ...

Kannnn aku cm peliks gler tgk dia smlm··lain bebenorr yg pic dlm instagram··ade sesiapa yg leh tepekkn pic dia dlm instagram kt cni··mmg cntik sungguh cm puteri kayangan u··pastu lakonan x best pungg··hrp rambutttt jer cntik hah tang rambut mmg sama cm kim.kuikui··yg len mmg bezaaaa··ader org ckp ngn dia kt instagram··kta muke dia x sama lgsung ngn dlm instagram n dia reply tu bukan dia tp twins dia··huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 02:50 PM | Show all posts
wirazam posted on 29-8-2012 06:50 AM
kalaular lofa yg jd ain...mesti best..

wirazam posted on 29-8-2012 06:50 AM
kalaular lofa yg jd ain...mesti best..



klu lopa yang jadi.....200% iouls tak kan tgk drama nie...

walaupun lopa ni lawa...tp iouls x minat dia berlakon.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 02:59 PM | Show all posts
achik2009 posted on 29-8-2012 12:48 PM

wow! enchem dowh abe heron......
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 03:00 PM | Show all posts
achik2009 posted on 29-8-2012 12:10 PM
Produser Jawab Kenapa Nadiya Nisaa Jadi Ain Hawani!

Nadya nampak lembut dan sweet dlm Adam & Hawa.....I loike....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 03:02 PM | Show all posts
sherry70 posted on 29-8-2012 01:15 PM
watak AA ni kalau   pilot umur  30an kira ok juga....ni nampak umur sangat la..may b Aiman Hakim as  ...

citer ni kan sampai 8 tahun baru jumpa semula....sesuai la AA berlakon utk scene 8 years later.....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 03:22 PM | Show all posts
Along_XX posted on 29-8-2012 03:00 PM
Nadya nampak lembut dan sweet dlm Adam & Hawa.....I loike....

dia mmg sgt sesuai jadi ain hawani kan..suka sgt tgk dia dlm cite nih..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 03:36 PM | Show all posts
Antara kita semua ni, siapalah yang bertahan sampai Episode ke 80? January 2013 mungkin baru khatam chapter Adam & Hawa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 03:42 PM | Show all posts
diana007 posted on 29-8-2012 03:36 PM
Antara kita semua ni, siapalah yang bertahan sampai Episode ke 80? January 2013 mungkin baru khatam  ...

siaran ulangn mesti bnyk nye... dapat la tgok kalo trtggl satu episod.. hehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2012 03:45 PM | Show all posts
pot_pet posted on 29-8-2012 03:42 PM
siaran ulangn mesti bnyk nye... dapat la tgok kalo trtggl satu episod.. hehe

Kan Terlalu lama.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 03:52 PM | Show all posts
suka tgk nadia nisa dlm cite ni sweet je n tak control cun brlakon.... 2 episod ni ok jugak.. wajib tonton ;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 03:58 PM | Show all posts
Bakat atasi rupa, Nadya Nisa bukti kemampuan

Wartawan Sinar Harian
29 Ogos 2012



NAMA Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin atau lebih mesra disapa Nadiya Nisa mungkin tidak sepopular dengan barisan pelakon seperti Tasha Shila, Siti Saleha mahupun Wawa Zainal, namun bakat lakonan yang dimiliki pelakon ini ternyata mampu memberi saingan hebat dalam industri hiburan tanah air kini.

Mula mencipta nama dalam industri hiburan setelah namanya diangkat sebagai Pelakon Pembantu Filem Terbaik di Anugerah Skrin  2011 (ASK2011) menerusi filem Cun yang menampilkan barisan pelakon seperti Maya Karin, Remy Ishak, Faezah Elai dan ramai lagi.

Pencapaian itu telah membuktikan penghayatan watak yang dilakonkan telah memberi kesan kepada penonton dan tidak hairanlah setiap lakonannya kini sering mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah penerbit dan pengarah tempatan. Malah Nadiya juga mampu membuktikan bakatnya mampu menyaingi pelakon-pelakon jelita di luar sana.

Menurutnya, kejayaan yang diperoleh tahun lalu sedikit sebanyak memberi dorongan buat dirinya untuk meneruskan karier sebagai seorang pelakon dengan lebih baik.

"Sebelum ini, saya pernah terfikir untuk berehat daripada karier ini. Tetapi semuanya berubah setelah memenangi anugerah itu, semangat saya untuk meneruskan bidang lakonan semakin menebal.

"Saya yakin dengan bakat yang ada. Lagipun saya tidak mahu menghampakan peminat yang banyak beri sokongan kepada saya untuk terus berada dalam karier ini," ujarnya.

Tambahnya, walaupun bangga dengan pencapaian tersebut, namun pelakon yang berusia 27 tahun ini mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam kariernya itu.

"Selagi termampu, saya akan terus berusaha memperbaiki tahap lakonan saya sebaik mungkin. Saya mahu orang ramai mengenali saya melalui bakat lakonan dan itu sudah cukup buat saya gembira," katanya.

Utama keluarga

Tentunya sukar buat seorang pelakon yang sudah bergelar isteri dan ibu membahagikan masa menguruskan rumah tangga dan karier yang tidak menentu masanya.

Turut merasai perkara yang sama, ibu kepada seorang cahaya mata, Omar yang berusia 11 bulan mengakui jadual kehidupannya agak padat, namun tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk meneruskan karier lakonan.

"Alhamdulillah, saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya mahu beri yang terbaik kepada keluarga saya dan pada masa yang sama karier saya juga tidak terabai.

"Pembahagian masa yang bijak amat penting supaya apa yang dirancang dapat berjalan dengan baik. Saya gembira suami turut memahami karier memandangkan dia juga orang dalam industri," katanya.

Walaupun keluarga memberi galakan terhadap kerjayanya, Nadiya mengatakan dia tidak pernah lupa batasan-batasan sebagai seorang yang sudah berkeluarga.

"Sekarang saya perlu memilih watak yang ditawarkan kepada saya kerana saya perlu menjaga nama baik keluarga yang telah beri kepercayaan sepenuhnya kepada saya," ujarnya.

Bintangi filem romantik

Menyentuh mengenai perkembangan karier lakonannya, Nadiya kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaru Pengapit arahan Wan Hasliza.

Dalam filem tersebut, Nadiya turut digandingkan bersama beberapa barisan pelakon popular seperti Farid Kamil, Rita Rudaini, Ann Ngasri, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Razak Ahmad dan ramai lagi.

"Dalam filem ini saya memegang watak Triz yang merupakan seorang gadis biasa yang bercita-cita menjadi seorang penulis. Ia juga mengisahkan mengenai  hubungan persahabatan yang terjalin sejak zaman persekolahan akhirnya ke jinjang pelamin.

"Filem ini mengetengahkan genre romantik komedi di mana ia sangat menghiburkan. Saya harap, penonton akan berpuas hati dengan lakonan saya kali ini," katanya.



Credits: sinarharian.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 04:15 PM | Show all posts
diana007 posted on 29-8-2012 03:36 PM
Antara kita semua ni, siapalah yang bertahan sampai Episode ke 80? January 2013 mungkin baru khatam  ...

What????? 80 Episodes????? Awat pjg sangat? Dah jadi mcm sinetron indon plaks. Jangan meleret2, sub plot yg tah hapa2 sekadar memanjangkan cerita dah la. Ada yg stop tengok separuh jln nnt nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.094052 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list