CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8407|Reply: 10

Hadith Thaqalayn: mana satu yg betul ni?

[Copy link]
Post time 11-8-2012 03:57 PM | Show all posts |Read mode
saya ada kekeliruan dengan satu hadis ni..

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian dua perkara yang amat berharga, yaitu kitab Allah dan Ahlul Baitku” (Shahih Muslim Juz 4 hal 123 terbitan Dar al-Ma’rif Beirut Lebanon )

atau,

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (HR Malik bin Anas

mne satu satu yg betul sebenarnya?ini boleh menjadi punca perpecahan umat islam..
atau memang Nabi ada beritahu kedua-dua hadis ni..
hadis pertama selalu digunakan/dipegang oleh org syiah..


Last edited by mnm77 on 10-9-2012 09:16 AM

Comments

Saya edit tajuk supaya lebih khusus persoalan tu  Post time 10-9-2012 09:17 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2012 09:00 AM | Show all posts
Hadith ni bukan menjadi punca utama perpecahan orang Islam, sebaliknya kaedah pegangan Ahli Sunnah dan Syiah tentang hadith tu memang berbeza. Hadith tersebut dikenali sebagai *Hadith Thaqalayn.

Kalau dah faham asas pegangan Ahli Sunnah, dan asas pegangan Syiah, maka masing-masing ikut lah cara masing-masing. Kalau tak faham ilmu hadith bagaimana Ahli Sunnah istinbat hadith, dan bagaimana Syiah istinbat hadith, maka sebab tu boleh mudah keliru!

Dari segi lafaz hadith semata-mata, memang boleh nampak percanggahan, apabila tidak ditelitikan faktor-faktor lain seperti tempat, masa, keadaan, mengapa .... hadith itu diucapkan...

Hadith Thaqalayn dari perspektif Ahlussunah boleh rujuk di link:
http://www.schiiten.com/backup/A ... tals/thaqalayn.html

*Perbincangan dan perbahasan pasal hadith ni sangat berat, sebab tu lebih sesuai di sub board.

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 13-8-2012 08:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 06:27 PM | Show all posts
ahlul bait tu
cam orang2 yg ikut nabi lah kannn
sunnah tu
mereka yg ikut perjalanan nabi jugak

sama je
cuma manusia.....biasa leeee
tafsirkan ikut pegangan/ilmu masing2
ok kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 09:55 AM | Show all posts
mnm77 posted on 12-8-2012 09:00 AM
Hadith ni bukan menjadi punca utama perpecahan orang Islam, sebaliknya kaedah pegangan Ahli Sunnah d ...

kalau tak silap dari artikel tu penulis kata hadis 'quran dan sunnahku' tu lemah kan..
dari segi sanad hadis 'quran dan itrahku' nampak lebih lengkap.
memang berat bincang pasal hadis ni..saudara mnm77 lebih berpegang pada yg mne?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 10:02 AM | Show all posts
dan lagi satu jika nabi suruh berpegang pada 'quran dan sunnahnya' maka perlulah kita mengikut quran dan cara hidup nabi (sunnah) spt dlm hadis2..
tapi kalau nabi suruh berpegang pada 'quran dan itrahku' mcm mne kita nk berpegang pada ahlul bait? apa maksudnya berpegang pada ahlul-bait?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 10:23 AM | Show all posts
jjx597 posted on 13-8-2012 09:55 AM
kalau tak silap dari artikel tu penulis kata hadis 'quran dan sunnahku' tu lemah kan..
dari segi  ...
dan lagi satu jika nabi suruh berpegang pada 'quran dan sunnahnya' maka perlulah kita mengikut quran dan cara hidup nabi (sunnah) spt dlm hadis2..
tapi kalau nabi suruh berpegang pada 'quran dan itrahku' mcm mne kita nk berpegang pada ahlul bait? apa maksudnya berpegang pada ahlul-bait?


Salam...

Dah banyak perbincangan pasal ni, kalau anda boleh search balik...

Hadith Al-Quran dan Sunnah bertepatan dengan Al-Quran itu sendiri: Taat Allah & Rasul

Sekalipun jika kesimpulan akhir sanad hadith Al-Quran & Sunnah tu lemah, oleh sebab banyak kali dalam Al-Quran disebut Taat Allah & Rasul, maka Al-Quran (Taat Allah)  & Sunnah (taat Rasul) tetap SAHIH menurut Al-Quran itu sendiri.

Sebaliknya, Hadith Al-Quran & Alhul Bait ada versi yang lemah dan ada versi yang sahih. Jika dipakai versi yang sahih, ia sebagai penghormatan dan kemuliaan terhadap Ahlul Bait.

Nota: Hadith Al-Quran & Ahlul Bait diterima oleh Ahli Sunnah sebagai hadith untuk menghormati Ahlul Bait dalam tragedi Ghadir Kumm di mana tentera Ali yang mengkritik tindakan Saidina Ali (RA) sendiri. Lantaran itu keutamaan ahlul bait disebut oleh Nabi SAW. Hadith ini bukannya sebagai bertentangan dengan hadith Al-Quran dan Sunnah, kerana ketaatan kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul  (Sunnah) itu dari Al-Quran sendiri sudah SEDIA MAKLUM diterima oleh orang Islam.

WAllahu a'lam


Last edited by mnm77 on 13-8-2012 10:24 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2012 11:07 AM | Show all posts
حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَشُجَاعُ بْنُ مَخْلَدٍ جَمِيعًا عَنْ ابْنِ عُلَيَّةَ قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنِي أَبُو حَيَّانَ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ حَيَّانَ قَالَ انْطَلَقْتُ أَنَا وَحُصَيْنُ بْنُ سَبْرَةَ وَعُمَرُ بْنُ مُسْلِمٍ إِلَى زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ فَلَمَّا جَلَسْنَا إِلَيْهِ قَالَ لَهُ حُصَيْنٌ لَقَدْ لَقِيتَ يَا زَيْدُ خَيْرًا كَثِيرًا رَأَيْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَمِعْتَ حَدِيثَهُ وَغَزَوْتَ مَعَهُ وَصَلَّيْتَ خَلْفَهُ لَقَدْ لَقِيتَ يَا زَيْدُ خَيْرًا كَثِيرًا حَدِّثْنَا يَا زَيْدُ مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا ابْنَ أَخِي وَاللَّهِ لَقَدْ كَبِرَتْ سِنِّي وَقَدُمَ عَهْدِي وَنَسِيتُ بَعْضَ الَّذِي كُنْتُ أَعِي مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَا حَدَّثْتُكُمْ فَاقْبَلُوا وَمَا لَا فَلَا تُكَلِّفُونِيهِ
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 11:07 AM | Show all posts
ثُمَّ قَالَ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فِينَا خَطِيبًا بِمَاءٍ يُدْعَى خُمًّا بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَوَعَظَ وَذَكَّرَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ أَلَا أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ثُمَّ قَالَ وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي فَقَالَ لَهُ حُصَيْنٌ وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ يَا زَيْدُ أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ قَالَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِمَ الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ قَالَ وَمَنْ هُمْ قَالَ هُمْ آلُ عَلِيٍّ وَآلُ عَقِيلٍ وَآلُ جَعْفَرٍ وَآلُ عَبَّاسٍ قَالَ كُلُّ هَؤُلَاءِ حُرِمَ الصَّدَقَةَ قَالَ نَعَمْ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 11:08 AM | Show all posts
Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb dan Syuja' bin Makhlad seluruhnya dari Ibnu 'Ulayyah, Zuhair berkata; Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ibrahim; Telah menceritakan kepadaku Abu Hayyan; Telah menceritakan kepadaku Yazid bin Hayyan dia berkata: Pada suatu hari saya pergi ke Zaid bin Arqam bersama Husain bin Sabrah dan Umar bin Muslim. Setelah kami duduk, Husain berkata kepada Zaid bin Arqam. Wahai Zaid, kamu telah memperoleh kebaikan yang banyak. Kamu pernah melihat Rasulullah. Kamu pernah mendengar sabda baginda. Kamu pernah berperang menyertai baginda. Dan kamu pun pernah solat jama'ah bersama baginda. Sungguh kamu telah memperoleh kebaikan yang banyak. Oleh kerana iitu wahai Zaid, sampaikanlah kepada kami apa yang pernah kamu dengar dari Rasulullah SAW. Zaid bin Arqam berkata; Wahai anak saudaraku, demi Allah sesungguhnya aku ini sudah tua dan ajalku sudah semakin dekat. Aku sudah lupa sebagian dari apa yang pernah aku dengar dari Rasulullah SAW. Oleh karena itu, apa yang aku sampaikan, maka terimalah dan apa yang tidak aku sampaikan, maka janganlah kamu memaksaku untuk menyampaikannya.

Kemudian Zaid bin Arqam meneruskan perkataannya. Pada suatu ketika, Rasulullah SAW berdiri dan berkhutbah di suatu tempat air yang di sebut Khumm, yang terletak antara Makkah dan Madinah. Baginda memuji Allah, kemudian menyampaikan nasihat dan peringatan serta bersabda; ketahuilah wahai saudara-saudara, bahawasanya aku adalah manusia biasa seperti kalian. Sebentar lagi utusan Tuhanku, malaikat pencabut nyawa, akan datang kepadaku dan aku pun siap menyambutnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dua hal yang berat kepada kalian, iaitu: Pertama, Al-Quran yang berisi petunjuk dan cahaya. Oleh karena itu, laksanakanlah isi Al Quran dan peganglah. Sepertinya Rasulullah sangat mendorong dan menghimbau pengamalan Al Quran. Kedua, keluargaku. Aku ingatkan kepada kalian semua agar berpedoman kepada hukum Allah dalam memperlakukan keluargaku. (diucapkan sebanyak tiga kali). Husain bertanya kepada Zaid bin Arqam; Wahai Zaid, sebenarnya siapakah ahlul bait (keluarga) Rasulullah itu? Bukankah isteri-isteri baginda itu adalah ahlul baitnya? Zaid bin Arqam berkata, isteri-isteri baginda adalah ahlul baitnya, (akan tetapi) ahlul bait yang dimaksudkan adalah orang yang diharamkan untuk menerima zakat sepeninggalan baginda. Husain bertanya, siapakah mereka itu? Zaid bin Arqam menjawab, mereka adalah keluarga 'Ali, keluarga 'Aqil, keluarga Ja'far dan keluarga 'Abbas. Husain bertanya; Apakah mereka semua diharamkan untuk menerima zakat? Zaid bin Arqam menjawab.Ya

(Sahih Muslim, Kitab Kelebihan Para Sahabat)


Last edited by mnm77 on 13-8-2012 11:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 11:28 AM | Show all posts
Hadith di atas dipetik secara penuh dari Sahih Muslim, mengisahkan rentetan semasa Nabi SAW berada di tempat Khumm, yang mana mengandungi 2 saranan (yang berat):

1) Saranan berpegang kepada Al-Quran dan laksanakan hukum di dalamnya
2) Saranan melaksanakan hukum Allah terhadap ahlul bait yang tak boleh terima zakat

Bagi kategori ahlul bait yang tak boleh terima zakat seperti keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Ja'far dan keluarga Abbas, maka sudah tentu amatlah wajar mereka tidak dianiayai oleh pemerintah.

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 02:24 PM | Show all posts
mnm77 posted on 13-8-2012 11:08 AM
Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb dan Syuja' bin Makhlad seluruhnya dari Ibnu 'Ulayyah, Zu ...

terima kasih saudara kerana bagi pencerahan..
betul juga taat Allah dan Rasul sememangnya dah ada dalam Quran sama maksud dgn hadis 'quran dan sunnahku'..
dan hadis 'quran dan ahlul-bait' mungkin sebagai pringatan utk menghormati ahlul-bait..

WAllahu a'lam
terima kasih kerana sudi melayan..Salam..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.071762 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list