View: 7164|Reply: 22
|
Lagi-lagi kisah seram.. Misteri di Kg Burung
[Copy link]
|
|
Kisah 1
Pada malam itu cuaca agak mendung. Tanda-tanda hujan turun mula kelihatan. Angin seolah-olah ribut melanda kg burung dan daerah sekitarnya. Aku berseorangan di rumah papan yang baru nak siap. Malam itu aku terpaksa berjaga kerana minggu depan exam SPM akan bermula so kena study. 
Kisah seram bermula tepat pukul 11.30 malam. Bertemankan lampu pelita di atas meja, hujan renyai-renyai mula menitik. Konsentrasiku untuk menela'ah buku teks tingkatan 5 mula terganggu dengan bunyi ketukkan pada dinding rumahku.
"Alamak.. siapalah pulak yang main ketuk-ketuk ni?"
Lupakan saja mungkin ranting kayu atau dahan pokok di tiup angin lalu mengetuk dinding rumah ini. Perasaan takut itu tidak seberapa kerana aku ada alasan untuk melawannya. Kedua ibu bapa ku pada minggu itu kebetulan balik ke kampung yg jaraknya 70km dari pusat bandar. Rumah yg sedang aku duduki ini adalah satu penempatan baru di pinggir kota yang dulunya hutan belukar dan baru sahaja di buka untuk di jadikan sebuah kampung. Pada masa itu hanya ada 3 buah rumah sahaja yang baru siap dan di duduki. Tapi jarak antara rumah agak jauh jugak. Aku sudah biasa duduk seorang. Dalam gelap. Tanpa teman. Kerana matlamatku pada masa itu untuk menghabiskan pelajaran sekolah menengah di sekolah bandar. Bekalan elektrik belum ada pada masa itu yang ada hanyalah generator yg di hidupkan sekitar 6 ptg hingga 10 mlm sahaja.
Sedang aku membaca tiba-tiba berbunyi sekali lagi. Kali ini ketukan dinding rumah itu agak kuat. Bunyi desiran angin seolah-olah menghayunkan rumah papan yang ada hanya dua bilik dan ruang tamu yg agak besar. Tiba-tiba tumpuan terpaku pada cermin tingkap yang tidak berlangsir itu.
"Hantu mana pulak yg kacau malam-malam buta ni?" kataku dalam hati.
Kali ini kelihatan satu bayangan tangan sedang melambai-lambai di sebalik cermin tingkap bilik. Tiada kata-kata yang dapat ku katakan untuk menjelaskan betapa takutnya aku pada malam itu. Degupan jantung semakin kencang mengiringi angin kuat di luar sana. Bayang-bayang jari jemari tangan itu semakin jelas dan nyata kelihatan di cermin tingkap dari cahaya lampu jalan yang terletak beberapa puluh meter dari rumah.
"Ya Allah ini kah cubaan Mu" kata-kata pujukan ini cuba mententramkan jiwa ini yg sedang bergelut dengan alam realiti dan fantasi.
Ke mana aku nak lari? rumah jiran? rumah saudara? ini saja rumah tempat aku berteduh dari hujan dan matahari di kampung ini. Beberapa minit kemudian aku nekad untuk bersemuka dengan makhluk yang asyik mengetuk-ngetuk rumah ini dan menari-nari di luar cermin tingkap. Apa nak jadi.. jadilah. Untung-untung kalau terjumpa hantu pada malam itu boleh pengsan so tak payah nak lari rumah. Nanti sedar-sedar hari dah pagi macam cerita-cerita drama kat tv.. 
Aku mula nak bangkit dengan gaya macho untuk membuka tingkap berlapis 10 itu. Tiba-tiba kaki ini rasa kebas.
"Waduh.. time-time ini lah pulak rasa kebas" bisik hati kecikku.
Berbekalkan ayat suci yg di hafal dan ucapan tasbih dan kalimah aku nekad menggerakkan tubuhku menuju tingkap untuk membukanya. Debaran semakin deras seperti hendak berjumpa dengan cikgu disiplin yg garang atas kesalahan rambut panjang. Aku melangkah longlai setelah berjaya berdiri dan menggerakkan tubuh kurus ku ini. Pendengaran telinga ku mula pekak, mulutku bisu seribu bahasa, mataku terpaku pada bayang-bayang di sebalik cermin itu dengan jari jemari panjang, tanganku terketar-ketar memegang tuil tingkap itu. Kini aku hanya satu sentapan sahaja masa terserlah misteri di balik tingkap itu. Aku mesti tabah dan berani menghadapinya.
" Prakkkk...!!!" bunyi cermin tingkap yang baru sahaja di buka.
Ya Allah makhluk apa kah ini? mata ku terbeliak melihat luar tingkap yang baru sahaja terbuka. Tiba-tiba debaran jantungku terhenti seketika. Makhluk misteri yang bermain-main di tepi tingkap itu bukanlah hantu tetapi bayangan dedaunan pokok kelapa yang terletak tepi rumah.
"Ceh pokok kelapa rupanya.." bikin suspen saja
Syukur tiada apa-apa yang berlaku. Aku sempat menghirup udara malam meskipun terkena tempias hujan di tepi tingkap.
"Ha ha ha mana ada hantu malam-malam ini" kata ku sambil tersenyum.
Lampu pelita tiba-tiba padam dek terkena tiupan angin dari tingkap yg baru saja aku buka untuk 'bertemu' makhluk misteri itu. Sedang aku perasan lampu pelita terpadam tiba-tiba bunyi seolah-olah ada orang sedang duduk atas katil saiz queen di belakang ku.
"prakkk..."
Aku yang dari tadi menghadap luar depan tingkap tiba-tiba di selebungi misteri baru pulak. Aku cuba menjeling dengan anak mata untuk memastikan punya bunyi sebentar tadi. Katil bilik aku berkelambu. Biasalah rumah kampung yg baru di buka banyak nyamuk dan agas-agas yang mengganas waktu malam.
"Kali ini aku tak boleh lari lagi. Senda gurau aku tamat setakat ini. Aku benar-benar terperangkap. Check-mate!!"
Aku berpaling perlahan-lahan melihat kalau-kalau ada 'sesiapa' sedang duduk atau berbaring di katil aku. Tanganku perlahan-lahan menutup tingkap. Desiran angin yang bunyi bising dari tadi tiba-tiba senyap. Aku memaksa kelingan mataku untuk melihat apa yg terjadi.
Tekaan ku tepat sekali. Sekujur seolah-olah tubuh manusia sedang berbaring di sebaik kelambu kelabu di ruangan bilik tidurku. Seolah-olah udara tidak cukup menampung ruang paru-paru ku sekarang. Aku ternganga melihat pandangan kabur di atas tilam empuk ku. Mayat ke? Macam pucong je?
"Allah hu Akbar" itulah kalimah yang terpancul di mulut ku pada masa itu.. 
Last edited by kelbey_bl on 8-8-2012 02:27 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi... ada x sambungan? |
|
|
|
|
|
|
|
cerpenkah? fantasi or realiti? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mcm novel je... Pandai plak TT mengarang |
|
|
|
|
|
|
|
what the??!! tgh layan ni. adui. tt where the story? |
|
|
|
|
|
|
|
saje je wat suspen...cepat la TT sambung balik citer...  |
|
|
|
|
|
|
|
arrowtotheknee posted on 8-8-2012 02:53 PM 
The End ke lepas tu?
akan ada kesudahannya...
|
|
|
|
|
|
|
|
black_santa8785 posted on 8-8-2012 03:09 PM 
nak lagi... ada x sambungan?
ada tapi nak cerita dulu kisah-kisah seterusnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
BabeYSHa posted on 8-8-2012 04:46 PM 
cerpenkah? fantasi or realiti?
yang benar... ini kisah benar yg berlaku di kampung itu. realiti yg di alami penulis sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
kelbey_bl posted on 9-8-2012 11:17 AM 
cuma mengarang apa yg terlintas dari imbasan lalu..
yess!~ sambung arr TT
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 2
Kisah ini agaknya lebih seram dari kisah pertama. Ia berlaku semasa awal pembukaan kampung ini. Pada masa itu hanya ada sebuah rumah yg baru di bina di perkampungan misteri ini. Jika di imbas dan di imbas kisah silam kawasan perkampungan ini ternyata bertambah seramlah dan misterilah tapak perkampungan ini kerana kawasan ini pernah menjadi markas pendudukan tentera jepun. Terdapat banyak tanda-tanda peninggalan harta jepun seperti harta karun, pedang, topi, bom yg tak sempat meletup dan pinggan mangkuk. Tugu-tugu dan monumen-monumen misteri yg terdapat di sekitar hutan kampung ini menambah seri lagi untuk pemburu-pemburu harta karun yg aktif mencari sekitar awal 90-an hingga sekarang. Itu saya akan cerita kemudian.
Kali ini sy akan kisahkan jelmaan orang mati yg mayatnya belum di temui. Sungguh menyayat hati tapi itulah kehidupan. Kita tau di mana kita lahir tapi kita tak tahu di mana kita akan mati. Sempurnakah jasad kita?. Berkuburkah kita?. Semuanya kita tidak tahu. Begitulah nasib rakan abang iparku. Kakak dan abang ipar baru sahaja berkahwin. Setelah beberapa minggu berada di rumah mertua, kakak dan abang ipar kembali ke kampung untuk berkunjung balas sebelum menjalankan kehidupan masing-masing. Petang itu gempar abang iparku bercerita tentang rakan karibnya yang baru sahaja hilang di pelabuhan. Beliau di syaki terjatuh ke dalam laut bersama-sama punggahan kapal yg agak besar. Kemalangan itu berlaku tanpa di sedari sehinggalah ada rakan sekerja mula mengesyaki sesuatu terjadi pada rakannya apabila tiada bersama masa rehat. Lebih sadis lagi pada petang itu abang ipar ada menunjukkan gambar arwah yg berbadan besar, berkulit hitam manis dan rambut ikal dengan tangan bersilang ke bahu bersama abag iparku serta rakan-rakan yg lain. Sebelum gangguan bermula, rakan-rakan yang ada dalam gambar itu telah mengalami 'kunjungan' dari arwah sehinggakan ada yg deman tak bersebab seperti di sampuk hantu.
Seperti yang di jangka kunjungan arwah tiba selang beberapa hari kemudian. Sebelum itu tanda-tanda awal telah di berikan. Petang itu sewaktu abang ipar balik dari pekan beliau telah di sapa dengan balingan ranting kayu semasa melalui pokok mata kucing di tepi jalan. Orang kata jika roh belum sempurna, roh itu tidak akan di terima oleh bumi dan langit. Jadi 'dia' berada di awang-awangan. Jika roh itu menyentuh objek di bumi akan ada tindakbalas seperti objek melenting. Pokok yg agak besar itu terletak di laluan denai menuju rumah tunggal kami yang terletak hanya kurang 50 meter jaraknya. Sapaan itu sering terjadi setiap kali beliau melalui bawah pokok tersebut. Tapi atas dasar keberanian, cubaan itu hanya kecil sahaja baginya sehinggalah malam kejadian.
Pada malam itu aku masih ingat lagi bulan berada pada bulan penuh. Cahaya bulan terang menerangi halaman rumah. Setelah masing-masing masuk ke bilik, kini tibalah acara yang di nanti-nantikan iaitu kunjungan arwah yg tiba pada jam melewati pukul 1 pagi. Tanda-tanda awal gangguan itu ialah bunyian bising di rumah panggung yang di bina sebelah rumah semasa kenduri kahwin. Rumah panggung itu di bina untuk meja sementara bagi tetamu untuk menjamu selera semasa perkahwinan beliau.
"Nyet..nyet..." panggung itu di gorangkan perlahan-lahan.
Rupa-rupanya abang iparku masih belum tidur lagi semasa kunjungan sahabat karibnya pada malam itu. Dia pantas bangun dan mengintai di celah-celah jendela kayu. Seram sejuk mula melanda dirinya apabila dapat melihat panggung itu bergerak dengan sendirinya tanpa ada yg menolakknya. Tanpa angin, tanpa hujan, tanpa ribut yang ada hanya bulan terang. Semakin lama semakin ganas, panggung itu di tolak dengan rakus tanpa rasa bersalah. Dan tiba-tiba tarian panggung itu terhenti. Sepasang mata yg mengintai dari tadi seolah-olah terpukau dengan persembahan panggung menari dan kini kebas seluruh badan. Dengan kudrat yg ada beliau cuba merebahkan badannya kembali ke atas tilam untuk baring sebelah isterinya yang begitu lena.
"Kenapa pulak jadi macam ni?" keluhan abang iparku yang berusaha menggerakkan badannya.
Akhirnya beliau terlepas dari cengkaman itu dan berjaya membaring diri di atas tilam empuk itu. Bencana tidak terhenti di situ, bunyi cakaran dinding rumah yang di perbuat dari kayu mengganggu ruang halwa telingannya.
"Kreekkkkkk" sebuah cakaran panjang yang kuat itu semakin lama semakin suram bunyi.
Kali ini abang ipar tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Beliau seolah-olah telah di tindih. Beliau tidak dapat menggerakkan tubuhnya. Tanpa selimut anak matanya tersilau dengan sebuah bayang-bayang putih yang benar-benar berada di hujung kakinya. Tiba-tiba perasaan sayu dan kasihan menyelebungi hatinya.
"Inikah sahabatku?. Kau datang mengunjungiku. Ke mana kau menghilang?"
Komunikasi spontan itu melupakan perasaan takut dan seram beliau. Persoalan demi persoalan kini timbul. Apakah mesej yang arwah nak sampaikan ini. Adakah arwah perlukan bantuan aku atau ada apa-apa hajat yg belum di sempurnakan? Abang iparku berdialog sendiri. Tiba-tiba kakinya di sentuh. Sejuk rasanya. Macam di letak ais. Memang sejuk. Kesejukkan itu menyerap seluruh tubuhnya.
"Memang sah abang dah kena sentuh" bisik kakak ku yang tidur disampingnya.
Rupa-rupanya kakak tidak lena pada malam itu. Beliau masih teringat pesan mak mertuanya.
"Kalau badan laki kau rasa sejuk, itu bermakna ada roh sedang menyentuh dia" pesan mak mertua kakak aku.
Hanya seketika 'perhubungan' antara abang ipar dengan arwah sambil bersentuah-sentuhan gitu di sudahi dengan bayangan putih itu yg mula ghaib dari pandangannya. Aneh mengapa beliau tidah berasa cemas atau takut setengah mati apabila arwah menyentuhnya. Adalah arwah sedang menyalurkan satu perasaan atau energy kasihan pada beliau. Energy simpati, tangisan atau energy selamat tinggal. Atau jugak energy terima kasih. Sama ada itu adalah qarin atau roh si mati, pertemuan pada malam itu mengundang air mata yg tak di duga oleh abang iparku. Mungkin mereka ada memori terindah yang pernah mereka lalui bersama.
Keesokkan paginya, seperti rakan-rakan yang lain yang menerima kunjungan arwah, abang ipar tidak terlepas dari deman di sampuk hantu. Duduk diam tanpa suara tanpa keceriaan akhirnya terpaksa pakai ubat kampung untuk menghalau semangat jahat dan mengembalikan semangat jasad semula. Persoalan apa yang abang iparku alami itu adalah mimpi atau realiti.
Keesokan harinya abang ipar mendapar khabar berita jasad arwah itu telah di temui. Jasad beliau telah timbul di permukaan laut tanpa seurat benang pun di tempat kejadian. Sekarang bolehlah mayat beliau di semadikan dengan aman di dalam kubur. Semoga arwah aman dan sentosa di sisi-Nya. Hanya arwah dan Tuhan sahaja tahu apa hajat sebenar kunjungan-kunjungan beliau ke alam nyata.
Last edited by kelbey_bl on 9-8-2012 01:00 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
abang ipar takde citer pa2 ke .. apa yang berlaku sebenar nya .. semasa "bersentuhan" tu? |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 9-8-2012 04:55 PM 
abang ipar takde citer pa2 ke .. apa yang berlaku sebenar nya .. semasa "bersentuhan" tu?
Tiada. Tidak di ceritakan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jom kita sambung kisah 1. Tengah cari mood nak flashback apa yg berlaku.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|