Quote: ct_og posted on 6-12-2013 11:22 AM 
Untuk dapatkan 1, perlukan 0... untuk dapatkan 0, perlukan 1... dengan izin Nya, bila dah dapat 1 ...
mengenal agama Islam itu adalah dengan mengenal makna istiqomah. orang yg senantiasa dalam keadaan istiqomah tidaklah sama dengan orang yg tidak pernah sama sekali berada dalam keadaan istiqomah kerana istiqomah itu memerlukan pengorbanan jiwa.
saya beri contoh mudah,
dalam kehidupan kita, yg kita tahu dan tidak tahu itu hanya ciptaanNya kerana wujudnya diri manusia itu atas tajuk makhluk ciptaanNya. orang yg memahami makna ciptaanNya maka dirinya pasti mengenal hakikat kehidupan yg merujuk pada maksud istiqomah.
istiqomah itu merupakan suatu bentuk ujian/rahmat yg datang dariNya kepada hamba-hambaNya yg Dia pilih untuk menuju kesyurga. seseorang yg beristiqomah itu senantiasa berada dalam keadaan kebenaran dan kebatilan yg memerlukan hala tuju untuk menentukan apa yg disyariatkan olehNya. maka kepada yg beriman dalam erti kata istiqomah, perlulah menjadikan Alquran dan Sunnah sebagai sumber rujukan supaya apa yg dimaksudkan istiqomah itu sentiasa kekal dan berterusan. dan orang2 yg tidak berjaya di dalam keadaan istiqomah, pasti akan menjadi zalim dan kesesatan nyata(gila pada maksud sangkaan semata-mata yg disebabkan oleh bujukan2 syaitan).
kenapakah terdapat orang2 yg menjadi gila bila melalui keadaan istiqomah? kerana mereka lalai dari mengingati apa yg dimaksudkan olehNya berdasarkan Alquran dan Sunnah. orang2 yg bijak sahaja yg mampu menangani keadaan istiqomah kerana di dalam maksud istiqomah itu terdapat pelbagai dugaan yg berselisih ganti yg memerlukan kepada petunjuk yg datang dariNya untuk mendapatkan keredaanNya.
saya beri contoh mudah, seseorang yg beristiqomah itu PASTI akan senantiasa berada dalam keadaan mengigatiNya. maka keadaan sekitar yg diwujudkan olehNya pastinya untuk memantapkan keimanannya dalam erti kata yg sebenar-benarnya. dan apa yg dirinya dapati dari istiqomah itulah apa yg dinyatakan di dalam Alquran untuk diterjemahkan dalam kehidupanNya.
katakanlah, anda berjumpa dengan seorang rakan, di dalam dada orang2 yg beristiqomah, sudah menyediakan pelbagai persediaan yg secukupnya untuk menghadapi sebarang bentuk kerosakkan yg akan dinyatakan oleh rakan itu. jika anda dalam keadaan istiqomah, rakan anda itu akan menjadi ujian kepada kamu sepanjang masa termasuklah ketika kamu mula mengerjakan solat. dan istiqomah ini bukan dalam bentuk akal yg kita sering perkatakan kerana jika Dia berkehendakkan seseorang itu dalam keadaan istiqomah, maka perkara dunia itu hanyalah suatu sebab untuk dirinya melaksanakan tanggungjawabnya selaku hambaNya yg mendengar dan mentaati perintah Allah.
orang2 yg beristiqomah itu bukanlah wali Allah, akan tetapi Allahlah wali (pelindung) kepada dirinya. maka tiada seorang manusia pun boleh mendustakan apa yg dirinya nyatakan kerana mendustakan apa yg Allah lindungi terhadap diri seorang hamba samalah maksudnya mendajjalkan diri sendiri.
orang yg diredaiNya adalah hamba2Nya yg memahami hakikat dunia itu atas maksud sangkaan yg merupakan ciptaanNya. dan orang2 yg berkehendakkan redaNya, sewajarnya memahami hakikat dunia itu pada apa yg Dia maksudkan dalam erti kata yg sebenar-benarnya.
saya menjelaskan ilmu ini supaya anda jelas, untuk menjadi benar2 Islam dan Istiqomah amat2lah sukar kerana kamu semua belum tentu lagi boleh berjaya untuk mengatasi bisikan Iblis dan sekutu2nya. semua itu merupakan ciptaanNya dan hanya Dia sahajalah tempat kita bergantung harap untuk mendapatkan keredhaanNya.