Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Abangcute Lv.9

Fav
Adventurer | Credits 4007   
1.1K

Browse the number

12

The number of votes

12

Cumulative votes

Assalammualaikum semua.

Marilah kita renungkan dari mana kita kenal Islam. Kalau dah terjawab, bagaimana kita LAKSANAKANNYA? Itulah jawapan bagi setiap permasaalahan. Wallah Hualam.

This is aSingle Polls

Voting project
1Ticket 1. Melalui Ibu Bapa/Saudara Mara
1Ticket 2. Melalui Guru-guru/Rakan-rakan
2Ticket 3. Melalui Al-Quran
1Ticket 4. Melalui Sunnah Rasullullah
1Ticket 5. Melalui Al-Quran dan Sunnah Rasullullah
5Ticket 6. Melalui Peristiwa/Kejadian Penting Dalam Kehidupan
1Ticket 7. Tiada suatu pun di atas
You need to Login for vote the poll
Rate
There are 1 People reward the building owner
1.1K Views

ADVERTISEMENT


ct_og Lv.9 54#

Adventurer | Credits 4609   
Quote: Abangcute posted on 10-12-2013 11:14 AM
saya bersetuju dengan pandangan dan nasihat anda

saya tambah dari pandangan alim ulama yg saya  ...

"Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka)." (Al Israa'  : 65)

Beristiqomahlah dengan ikhlas dan bersyukur kepada Nya,insyaAllah Allah bantu di dunia dan akhirat... semoga Allah terima kita dikalangan hamba-hamba Nya yang beriman dengan ikhlas dan bersyukur... Aamiinn...

Abangcute Author 53#

Adventurer | Credits 4007   
Quote: ct_og posted on 7-12-2013 08:47 AM
betul tu.. perlu istiqomah sedangkan iblis itu musuh manusia yang nyata sentiasa mengganggu dan ta ...

saya bersetuju dengan pandangan dan nasihat anda

saya tambah dari pandangan alim ulama yg saya baru berjumpa. mereka berkata, cara mengatasi masaalah syaitan itu adalah dengan bertaqwa kepada Allah. istiqomah itu cara untuk mengenalpasti kesilapan yg kita lakukan berdasarkan ilmu dan amal. Alquran dan Sunnah itu cara untuk kita menghadapi kesilapan yg dilakukan dalam kehidupan. peringatan di dalam Alquran dan Sunnah dijadikan sebab untuk kita takut pada apa yg dijanjikan atas maksud kemungkaran yg dilakukan oleh diri kita.

contoh mudah. kerana ada manusia dirasuk oleh syaitan? jawapan : pengambil riba
bagaimana pula jika kita diganggu oleh syaitan? jawapan : ikutlah petunjukNya (Alquran dan Sunnah) maka terpeliharalah harta, jiwa dan yg berkaitan dengannya.

insya'allah, sama2lah kita amalkan berdasarkan ilmu yg kita dapati (Alquran dan Sunnah). nanti saya bagi tip sesudah saya amalkan. insya'allah tengah usahakan.

ct_og Lv.9 52#

Adventurer | Credits 4609   
Quote: Abangcute posted on 6-12-2013 11:21 PM
mengenal agama Islam itu adalah dengan mengenal makna istiqomah. orang yg senantiasa dalam keadaan ...

betul tu.. perlu istiqomah sedangkan iblis itu musuh manusia yang nyata sentiasa mengganggu dan tak pernah mengenal erti putus asa... semuanya dari Allah jua... semoga Allah menerima kita dikalangan hamba Nya yang bersyukur... bukan senang nak dapat 1 sebab yang beri 1 itu pun dari 1 jua...
Follow Us

Abangcute Author 51#

Adventurer | Credits 4007   
Quote: ct_og posted on 6-12-2013 11:22 AM
Untuk dapatkan 1, perlukan 0... untuk dapatkan 0, perlukan 1... dengan izin Nya, bila dah dapat 1  ...

mengenal agama Islam itu adalah dengan mengenal makna istiqomah. orang yg senantiasa dalam keadaan istiqomah tidaklah sama dengan orang yg tidak pernah sama sekali berada dalam keadaan istiqomah kerana istiqomah itu memerlukan pengorbanan jiwa.

saya beri contoh mudah,

dalam kehidupan kita, yg kita tahu dan tidak tahu itu hanya ciptaanNya kerana wujudnya diri manusia itu atas tajuk makhluk ciptaanNya. orang yg memahami makna ciptaanNya maka dirinya pasti mengenal hakikat kehidupan yg merujuk pada maksud istiqomah.

istiqomah itu merupakan suatu bentuk ujian/rahmat yg datang dariNya kepada hamba-hambaNya yg Dia pilih untuk menuju kesyurga. seseorang yg beristiqomah itu senantiasa berada dalam keadaan kebenaran dan kebatilan yg memerlukan hala tuju untuk menentukan apa yg disyariatkan olehNya. maka kepada yg beriman dalam erti kata istiqomah, perlulah menjadikan Alquran dan Sunnah sebagai sumber rujukan supaya apa yg dimaksudkan istiqomah itu sentiasa kekal dan berterusan. dan orang2 yg tidak berjaya di dalam keadaan istiqomah, pasti akan menjadi zalim dan kesesatan nyata(gila pada maksud sangkaan semata-mata yg disebabkan oleh bujukan2 syaitan).

kenapakah terdapat orang2 yg menjadi gila bila melalui keadaan istiqomah? kerana mereka lalai dari mengingati apa yg dimaksudkan olehNya berdasarkan Alquran dan Sunnah. orang2 yg bijak sahaja yg mampu menangani keadaan istiqomah kerana di dalam maksud istiqomah itu terdapat pelbagai dugaan yg berselisih ganti yg memerlukan kepada petunjuk yg datang dariNya untuk mendapatkan keredaanNya.

saya beri contoh mudah, seseorang yg beristiqomah itu PASTI akan senantiasa berada dalam keadaan mengigatiNya. maka keadaan sekitar yg diwujudkan olehNya pastinya untuk memantapkan keimanannya dalam erti kata yg sebenar-benarnya. dan apa yg dirinya dapati dari istiqomah itulah apa yg dinyatakan di dalam Alquran untuk diterjemahkan dalam kehidupanNya.

katakanlah, anda berjumpa dengan seorang rakan, di dalam dada orang2 yg beristiqomah, sudah menyediakan pelbagai persediaan yg secukupnya untuk menghadapi sebarang bentuk kerosakkan yg akan dinyatakan oleh rakan itu. jika anda dalam keadaan istiqomah, rakan anda itu akan menjadi ujian kepada kamu sepanjang masa termasuklah ketika kamu mula mengerjakan solat. dan istiqomah ini bukan dalam bentuk akal yg kita sering perkatakan kerana jika Dia berkehendakkan seseorang itu dalam keadaan istiqomah, maka perkara dunia itu hanyalah suatu sebab untuk dirinya melaksanakan tanggungjawabnya selaku hambaNya yg mendengar dan mentaati perintah Allah.

orang2 yg beristiqomah itu bukanlah wali Allah, akan tetapi Allahlah wali (pelindung) kepada dirinya. maka tiada seorang manusia pun boleh mendustakan apa yg dirinya nyatakan kerana mendustakan apa yg Allah lindungi terhadap diri seorang hamba samalah maksudnya mendajjalkan diri sendiri.

orang yg diredaiNya adalah hamba2Nya yg memahami hakikat dunia itu atas maksud sangkaan yg merupakan ciptaanNya. dan orang2 yg berkehendakkan redaNya, sewajarnya memahami hakikat dunia itu pada apa yg Dia maksudkan dalam erti kata yg sebenar-benarnya.

saya menjelaskan ilmu ini supaya anda jelas, untuk menjadi benar2 Islam dan Istiqomah amat2lah sukar kerana kamu semua belum tentu lagi boleh berjaya untuk mengatasi bisikan Iblis dan sekutu2nya. semua itu merupakan ciptaanNya dan hanya Dia sahajalah tempat kita bergantung harap untuk mendapatkan keredhaanNya.

ct_og Lv.9 50#

Adventurer | Credits 4609   
Quote: Abangcute posted on 1-1-2013 02:06 AM
Okey ler tu dari saya.

Saya kenal Islam (secara suka rela pilih) tahun 2011 hari ke 5 selepas r ...

Untuk dapatkan 1, perlukan 0... untuk dapatkan 0, perlukan 1... dengan izin Nya, bila dah dapat 1 maka akan dapat 0.. dikala itu semuanya 0 kecuali 1... selamat beramal...

Abangcute Author 49#

Adventurer | Credits 4007   
Quote: PitMie posted on 31-12-2012 02:57 PM
Pd aku, aku mula benar2 kenal ttg Islam adalah setelah masuk ke sekolah agama asrama penuh...di situ ...

Okey ler tu dari saya.

Saya kenal Islam (secara suka rela pilih) tahun 2011 hari ke 5 selepas raya puasa. Hati saya TERGERAK atas sebab yang saya TAK TAHU NAK JAWAB. Sebelum tahun 2011 saya tidak tahu baca Al-Quran malah tak tahu nak melagukan bacaan Al-Quran.Yang saya tahu jadi PAK TURUT (itupun saya baru tahu BACAAN SAYA SELAMA INI TAK BETUL RUPANYA). Bayangkan, tiba-tiba saya tahu macam mana nak baca Al-Quran. Tiba-tiba saya belajar sesuatu dari Al-Quran berdasarkan SESUATU KEJADIAN. Tiba-tiba saya jadi seorang yang TAKSUB dengan agama. Akhirnya dari tahun 2011 sudah banyak benda baru belajar dan perubahan yang telah terjadi dan berlanjutan perubahan demi perubahan terhadap diri saya sehingga kini.

Alhamdullillah saya sudah lihat, dengar, rasa dan faham maksud KUN FAYAKUN di dunia nyata (BUKAN MIMPI) pada maksud PERBUATAN, KATA-KATA dan NIAT pada setiap surah yang berkaitan di dalam Al-Quran dengan JELAS lagi NYATA tanpa GURU/MURSYID/SHEIKH/Ulama. Kalau tanya perihal JIN, sesungguhnya BENARLAH apa yang disampaikan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah. Sesungguhnya Al-Quranlah Imam saya. Semuanya dengan izin Allah. Sesungguhnya SEMUA PERKAKASAN disediakanNYA TANPA BELI melainkan yang saya MAHUKAN sahaja semata-mata untuk meyakinkan apa yang dipelajari walaupun tanpa guru. Nak buat macam mana, GURU TAK MAU AJAR SAYA kerana saya tidaklah sama macam diri TUAN.

Perihal solat saya, tahun 2011 antara tahun yang paling ISTIMEWA kerana 6 kali saya MENITISKAN AIR MATA di dalam solat WAJIB dan SUNAT tanpa ketahui sebab kenapa saya menitiskan air mata. 2 daripadanya ketika berada dalam solat berjemaah (solat jumaat) terutama bacaan surah Ad-Dhuha (apa pun sekarang saya sudah faham kenapa saya menangis), 2 lagi lagi ketika solat sunat Istikharah dan Hajat (Alhamdullillah Semuanya Dipenuhi Dengan IzinNYA- rahsia). Saya juga pernah menangis ketika jaga dari tidur tanpa mimpi, apa pun banyak perkara yang saya tidak ceritakan kerana bagi saya cukuplah untuk memperkenalkan saya.

Jika bertanyakan kepada saya perkataan IKHLAS, saya boleh beri GAMBARAN yang cukup simple. Pergi tengok pokok, PASTIKAN faham IKHLAS dari keterangan saya perihal yang dinyatakan perihal pokok sebentar tadi. Kerana ikhlas itu TANPA DIMINTA. Dan di dalam dunia hari ini AMAT PALING SEDIKIT jumlah manusia yang IKHLAS termasuklah dari golongan yang bergelar ULAMA/MURSYID dan seumpamanya kerana IKHLAS itu dari kalangan orang-orang BIASA tapi BERJAYA dan kecil sungguh jumlahnya (1 kawasan kapasiti 2000 baru ada 1 atau 2 orang aje). Kalau nak khusyuk dalam solat cari saya kerana jika diri mahukan ALLAH sudah pasti maksud Unggas yang dikisahkan menerusi Al-Quran akan berkait rapat dengan solat yang khusyuk.

Wallah Hualam

Last edited by Abangcute on 1-1-2013 02:24 AM


ADVERTISEMENT


PitMie Lv.10 48#

Survivor | Credits 6933   
Pd aku, aku mula benar2 kenal ttg Islam adalah setelah masuk ke sekolah agama asrama penuh...di situ lah mula2 kenal ttg Islam sbb belajar sekolah rendah mcm terlalu basic....yg tau time tu solat & puasa je.... Tp pd aku SECARA PERIBADI, syarat utk benar2 kenal Islam mestilah tahu berbahasa Arab...faham sket2 bila dibacakan al-Qur'an sama ada dlm solat atau di luar solat....sbb bahasa itu adalah bahasa al-Qur'an, bahasa syurga & bahasa Nabi S.A.W.

Maka sekiranya ada mana2 yg merasakan diri 'alim & kenal agama tp tidak pandai berbahasa Arab, maka dia hanyalah 'bluffing'.......krana jika dilihat pakar2 dlm agama, kesemuanya LA BUDDA pasti pandai bahasa Arab....

orangbesi Lv.13 47#

Challenger | Credits 15311   
Quote: Nazrulism posted on 31-12-2012 01:24 PM
==>

Penyakit berat !

nak wat camna
sendiri cari pasal leeee

SUDAH DIMUDAHKAN AL QURAN...AGAR MENDAPAT PETUNJUK



orangbesi Lv.13 46#

Challenger | Credits 15311   
alamak....
aku sepatutnya tak keluarkan perkataan PERANG

maaf semua ya
berat sangat ................

Nazrulism Lv.11 45#

Highlander | Credits 7286   
Quote: orangbesi posted on 30-12-2012 01:03 AM
mungkin

kalu tak salah aku laaa

  ==>

Penyakit berat !



Nazrulism Lv.11 44#

Highlander | Credits 7286   
Quote: Abangcute posted on 30-12-2012 03:10 AM
Soalan kamu : cammana tu - kenal Islam dengan tiada permulaan ? ... sesuatu yg baru pada saya.

...

Anda keliru antara " permulaan " dan " bermula " .... kerana itu penjelasan anda bertentangan walau dalam perenggan yang sama !

skiz0 Lv.3 43#

Senior | Credits 399   
pasal bab perang tu,
bila dah Allah perintahkan, nabi nabi ikut saja
dan nabi nabi menyeru kpd umatnya....
tapi kebanyakan perag dlm Islam
lebih kpd mempertahankan akidah - itu bab no 1...tiada tujuan lain
yg kedua pula kpd menjaga agama itu sendiri....
kerana itu bantuan datang dari segala penjuru - dari Allah, dari Malaikat...dari segalanya
kebanyakan umat Islam berperang, pihak musuh berganda ganda...
kerana itu satu org Islam yg beriman, dpt memerangi 10 org kafir...
tetapi semua atas kehendakNya

dinsmann Lv.6 42#

Pioneer | Credits 1120   
hmm ...

perang n jihad berbunuhan
hamba n rampasan perang
bani quraiza
penyair tua
penyair wanita beranak lima
berkembangnya Islam dgn pedang...

Allah Maha Pengasih dan Penyayang....
kita insan adalah ciptaan-Nya termasuk nabi
dan rasul... Allah hanya menganjurkan kebaikan..


Ya Rahman Ya Rahim ..
Yang awal dan yang akhir, itu sahaja ..
insan berandai-andai ...
itulah fitrah Allah ...
kerana dunia sudah mula kiamat ...


(my seposen - dont bother to judge or misjudge me)

orangbesi Lv.13 41#

Challenger | Credits 15311   
Quote: skiz0 posted on 30-12-2012 04:48 PM
sesunguhnya dakwah itu adalah satu amal yang murni
tetapi tidak semua orang dapat berdakwah dengan  ...


cantik sekali

no komen laaaa
cuma
adakah sudah jauhari mengenal manikamnya..........tu je laaaa

oh ya....ada gak dakwah...sampai diperintahkan perang, iye kann


ADVERTISEMENT


skiz0 Lv.3 40#

Senior | Credits 399   
sesunguhnya dakwah itu adalah satu amal yang murni
tetapi tidak semua orang dapat berdakwah dengan baik kerana perlukan bekal ilmu serta hikmah
HIKMAH di sini bukanlah kerana tingi ilmu seseorang atau hebat dari segalanya
HIKMAH di sini adalah suatu kurnia dari Allah kepada hamba hamba yang dikehendakiNya

apa pon kita kena tengok kepada contoh contoh nabi nabi dan rasul serta para sahabat
yang dikatakan baginda Rasulullah itu sebaik baik contoh adalah kerana
dakwah yang belau sampaikan adalah sederhana
cara pendekatan beliau adalah sederhana
dan KESEDERHANAAN baginda adalah sesuatu yg ramai org tidak perasan
di situlah terletak kesempurnaan....
kerana sederhana itu tiada plus minus, tidak lebih tidak kurang
tidak tingi tidak rendah
kerana itu dakwah baginda adalah penuh HIKMAH
kerana berdakwah dgn hikmah itu, bermula dengan segala AJAKAN yang penuh dalam RAHMAT kasih sayang menuju kepada ALLAH sebagai arRAHMAAN dan arRAHIM....
dakwah tanpa hikmah hasilnya = benci, orang lari, tidak faham, tiada nilai kasih sayang, tidak dalam RAHMAT Allah, disertai jin dan syaitan, akhlak buruk, seruan keji, penuh dgn segala kekotoran jiwa dan hati, tiada KEMURNIAAN hati, tiada adil, dan semua adalah perkara perkara negatif

jadi di sini, saya juga mengajak kepada semua saudara seagama, sesunngguhnya umat Islam itu bersaudara tidak kira bangsa keturunan dan pangkat serta BANGSA mahupon bangsa jin sekalipon, sekiranya JIN itu ISLAM, mereka adalah jua saudara kita...
MARILAH KITA BERSAMAA SAMA memperbaiki diri kita, berhijrah, ke arah akhlak sepertimaana NABI NABI kita yg penuh sifat mulia ...buangkanlah segala lontaran kata kata di mulut yg menyakitkan hati manusia lain
tingalkanlah akhlak akhlak dan perangai buruk....
tinggalkanlah perasaan NIAT DI HATI dan sifat negatif yg tidak sepatutnya yg tidak mendatangkan KETENANGAN, KEDAMAIAN, DAN KASEH SAYANG ALLAH dari Allah

kerana adakalanya kita BERFORUM, tetai MATLAMAT tidak menuju kepada mencari dan membawa kepada jalan yang DIREDHAI ALLAH...
sebab contoh segala sesuatu yang paling baik ada pada NABI NABI, RASUL, SAHABAT, ORANG ORANG SLEH, tetapi tidak ramai dari kita yang mahu ikut dengan BERSUNGUH SUNGUH....walaupon diri manusia ni MENGAJI RAMAI GURU, BANYAK PENGALAMAN DAN ILMU tetapi ANDAI sifat DALAMAAN DAN LUARAN kita tidak ikut contoh contoh dari NABI NABI DAN RASUL....
sebab MANUSIA TIDAK AKAN MENJADI SETINGI GUNUNG....
kerana FITRAH manusia itu sendiri asasnya adalah lemah dan lalai....mahu melawan sikap malas untuk BERSOLAT MALAM juga ramai yg GAGAL...
maka, apa hebatnya kita berforum disini saling melibatkan kepentingan diri dan keegoan masing masing...
sedangkan setakat menjadi KEYBOARD WARRIOR saja....lain di dunia maya, lain pula hakikat di dunia realiti...

sekian saja dari saya, pesanan dari diiri saya sendiri UNTUK DIRI SAYA SENDIRI...DAN kepada sedara seagama...

orangbesi Lv.13 39#

Challenger | Credits 15311   
Quote: Abangcute posted on 30-12-2012 03:10 AM
Soalan kamu : cammana tu - kenal Islam dengan tiada permulaan ? ... sesuatu yg baru pada saya.

...

ooo rangkaian fitnah ya
cam hang dok buat ka

kasi tunjuk video baik punya dgn anak2
  bila depa tersalah, maka hang dgn terbeliak bijik mata dgn bengisnya
  allllaaaaaa cam hang buat kat sini leeeee
dan dgn penuh perasan ugut, herdik org kat sini
  allaaaaa tukan sifat hang kan-eehhh sebijik je cam setan pungkok tonggek yg aku jumpa tuuu
merepek2 jeee, org soal lain, hang pi melalut ke lainnnnn
perasannnnnn..............hang je dapat petunjukkkkk

betoii tu
rangkaian fitnah dr si lebai perasan

Abangcute Author 38#

Adventurer | Credits 4007   
Quote: Nazrulism posted on 29-12-2012 10:48 PM
Jika tiada permulaan.. bagaimana timbulnya pengakhiran, dan jika tiada kedua2nya... apa yang menja ...

Soalan kamu : cammana tu - kenal Islam dengan tiada permulaan ? ... sesuatu yg baru pada saya.

Jawapan sudah saya berikan. Jika merujuk kepada Al-Quran menerusi Akidah, syariat dan akhlak... Al-Quran merujuk kepada kehidupan dahulu, kini dan akan datang. Tiada perkara yang dikatakan permulaan kerana permulaan itu kepada mereka-mereka yang tidak mahu berusaha kerana ALLAH.

Manusia yang berjaya itu adalah manusia yang mengikut acuan Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Fahamkan maksud ini :
Rasulullah S.A.W bersabda, "Segeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gelita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu kafir di petangnya. Di petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu kafir di paginya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia". (Sahih Muslim, No:169)

Jika setiap hari hanya diletakkan dalam diri PERMULAAN, maka amat sesuai dengan hadis diatas. Kesempurnaan akal dan hati adalah dalam mengambil pelajaran menerusi isi kandungan Al-Quran sejak dahulu, kini dan akan datang. Itulah yang dimaksudkan BERTERUSAN kerana masa akan tetap juga berlalu sama ada kita sedar ataupun kita tidak sedar.

Sesungguhnya permulaan itu kunci kegagalan. Sebaliknya berterusan itu kunci kejayaan di dunia yang diakhirat.

Wallah Hualam.
Last edited by Abangcute on 30-12-2012 03:24 AM

orangbesi Lv.13 37#

Challenger | Credits 15311   
Quote: Nazrulism posted on 29-12-2012 10:48 PM
Jika tiada permulaan.. bagaimana timbulnya pengakhiran, dan jika tiada kedua2nya... apa yang menja ...

mungkin

kalu tak salah aku laaa
dia maksudkan............dia saja yg betulllll

Nazrulism Lv.11 36#

Highlander | Credits 7286   
Quote: Abangcute posted on 27-12-2012 01:51 AM
Kenal Islam tiada permulaan bermaksud kedatangan Islam itu datangnya dari Allah sebelum terciptany ...

Jika tiada permulaan.. bagaimana timbulnya pengakhiran, dan jika tiada kedua2nya... apa yang menjadi 'berterusan' ???

Islam itu sebagai agama yang telah Allah sempurnakan... kenapa nak dipecah2kan ??

Sebenarnya.... apa yang anda nak sampaikan ???
123Next