CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25102|Reply: 9

Gaut... Pantang dan Amalan...

[Copy link]
Post time 25-7-2012 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Pendek cerita, beginilah... apa makanan yg pantang bagi orang yg kena gaut?... kata pantang makan makanan laut... tokwan cuma makan ikan saja, kena jugak lah... ada lagi kata, makan kacang2... tak makan pun kena jugak... lama2 tak kena, mai bulan posa ni kena... adui!!!... selain makan ubat klinik, apa lain amalan pemakanan yg kena orang kena gaut ni ambik? boleh bagi cadangan apa2 suplemen ka, jamu ka, makjun ka, herba/singseh ka... yg boleh dimakan utk mengawal gaut (doktor kata, utk turunkan asid urik...)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 03:31 PM | Show all posts
organ dalaman, rebung antara yg takleh mkn....yg elok makan fish oil..insyaallah nnt saya jumpa list yg dr bagi tu saya sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 04:37 PM | Show all posts
Pantang besar dia sebenarnya nasi,mee,mihun,roti canai,kuih muih dan sebagainya?

Kenapa pulak?

Gout terjadi sebab biasanya di sebabkan berlebihan berat badan. Bila ini terjadi,badan tak boleh nak keluarkan asid urik dlm makanan2 seperti daging,seafood kekacang dan sebagainya.Bila uric acid ni x boleh dikeluarkan oleh badan ianya akan buat sendi2 kat jari tu jd bengkak n amat2 sakit.

Saya tahu sebab dulu berat saya 93.5kg dan selepas diet x makan nasi selama 4 bulan dan ambil diet supplement dari New Image (sila lihat thread saya ttg New Image) saya dapat turunkan berat badan saya ke 73kg je.Dah sebulan saya turunkan ke 73kg ni n sekarang,Alhamdulillah dah tak kena gout dah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 12:04 AM | Show all posts
saya tambah lagi... selain itu ikan bilis, ikan kembung/temenung, ikan tamban pantang.  Makan beras perang seperti beras herba ponni utk gantikan beras biasa. Minum air banyak2 sekurang-kurangnya 1 1/2 liter sehari (orang sihat pun kena banyak minum air). Nak bagus lagi letak dalam 3 - 4 biji limau nipis dalam air kosong tersebut. Nak senang beli flask air besar, letakkan air peti sejuk dan jus limau nipis sekali, jadi dalam satu hari tak payah susah-susah nak perah limau masuk dalam air minuman.

Amalkan minum jus epal hijau, timun, limau nipis, nak lagi khasiat tambah buah kiwi segar. Labur duit sikit beli juicer yang elok. Saya guna juicer Omega Vrt 332  dan Philips HR1861. Pakai blender biasa pun boleh tapi buah2an dan sayuran kena ditambah dengan air, kalau tak tak gerak blade blender.

Elakkan makanan yang mempunyai perasa dan pewarna tiruan. Makan makanan organik. Kalau tidak dapat sayur/buah organik boleh juga guna Fruit & Vegetable washer untuk membersih sebahagian besar racun. Tapi sebaik-baiknya makan sayur /buahan organik. Kalau dapat tembikai organik (yg organik sahaja), mamahlah banyak2... jangan kencing malam sudah...

Air bergas pantang begitu juga rokok.

Banyakkan makan ulam-ulaman / salad mentah.

Naikkan sikit pH badan Tokwan. Badan berpH rendah (berasid) bukan saja kena gout tapi sakit-sakit yang lain.

Note: limau nipis, grapefruit, cider vinegar, nenas walaupun masam/asid tapi bila sudah masuk badan kita jadi alkali. Saya bukan pakar pemakanan atau doktor, hanya kongsi serba sedikit pengetahuan yang saya ada.

Suami saya ada gouty athritis keturunan. Gout selalu serang lutut dan buku lali. Pernah juga serang bahu. Bila dia berpantang  makan (untuk sembuhkan penyakit lain),  alhamdulillah secara tidak disangka gout dia pun dia jarang menyerang, kalau ada pun sipi-sipi sahaja. Semoga tips yang diberikan dapat membantu. Hanya orang yang kena gout sahaja tahu betapa sakitnya penyakit ini.

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 12:07 AM | Show all posts
Supplement saya cadangkan vitamin C dan Kalsium. Kalau ada Coral Calcium lagi baguih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 10:08 AM | Show all posts
traed yg bgs
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2012 01:00 PM | Show all posts
tq.. good info.. bleh bagitau kat mak yg baru kena sakit gaut..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 03:29 PM | Show all posts
Youngarif posted on 27-7-2012 12:04 AM
saya tambah lagi... selain itu ikan bilis, ikan kembung/temenung, ikan tamban pantang.  Makan beras  ...

terima kasih bagus info nie..saya tak tahu plak limau nipis nie bagus...saya mmg suka minum.
.nk cuba la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2012 08:30 PM | Show all posts
@ Mizela, yelllowfish
Ni saya tambah lagi. Batang celery juga bagus untuk gaut - boleh buat juice atau makan mentah. Bapa mertua kenalan saya hanya amalkan meminum jus batang celery untuk mengatasi masalah gaut beliau.

Kalau dapat buat strawberry dan buah cerry makan banyak2 terutamanya ketika kena gaut. Di Malaysia, cerry susah nak dapat yang segar, yg dlm tin dalam syrup gula pun kira OK.

Jangan lupa air kena minum banyak2... bulan puasa ni kalau malas sahur sekalipun bangunlah walau untuk minum air. Minum 2 gelas air dah 500ml!

Ramadhan Kareem!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 02:06 AM | Show all posts
Mungkin ramai yang belum mengetahui kehebatan produk SNE dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan individu, dan Kapsul SNE telah membantu beribu-ribu individu berpenyakit kronik mendapatkan kembali kesihatan mereka dan pesakit-pesakit ini membina kembali kehidupan mereka.Berasaskan Buah Seabuckthorn yang mengandungi lebih dari 200 vitamin & mineral yang digabungkan bersama 27 makanan berkhasiat. 100% bahan semulajadi, rawatan selamat, berkesan, tempoh pemulihan yang singkat, tiada kesan sampingan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan HALAL.Ikhtiar kepada penyakit anda atau ahli keluarga hadapi..........

berminat atau sebarang pertanyaan boleh terus ke:
www.produksne.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.090142 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list