CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12286|Reply: 32

Tahniah TUDM - terima helikopter baru

[Copy link]
Post time 24-7-2012 06:45 AM | Show all posts |Read mode
TUDM terima helikopter baru

•Nasional •Nasional •2012-07-19 23:43 •Disediakan oleh Berita Harian






■ Sebahagian daripada 41 juruterbang yang menamatkan kursus Asas Penerbangan Siri 73 dan kursus Asas Helikopter Siri 53/11, di Butterworth, semalam.

Cougar ambil alih khidmat Nuri tahun depan

Butterworth: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima dua helikopter Eurocopter Cougar jenis EC725 pada Disember ini atau selewat-lewatnya Januari tahun depan. Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata penghantaran Cougar EC725 yang dibangunkan khusus bagi misi mencabar seperti tugas taktikal mencari dan menyelamat untuk menggantikan Sikorsky S61-A4 Sea Kings atau Nuri akan dilaksanakan mengikut jadual.

Baki 10 helikopter dijangka diserahkan secara berperingkat dengan pesawat terakhir bakal sampai pada Januari 2014.

“Selain itu, pesawat pengangkut jenis Atlas Airbus A400 yang dibeli kira-kira RM600 juta akan tiba menjelang Januari 2015 seperti yang dijadualkan,” katanya selepas menganugerahkan Sayap dan Sijil Penerbangan di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, di sini, semalam.

Beliau berkata, juruterbang TUDM kini berada di Perancis untuk mengikuti latihan sebelum penghantaran pertama dua daripada 12 helikopter itu.

Katanya mereka sudah tiba di kilang Eurocopter di Marseille, dua hari lalu untuk mengikuti kursus latihan mengendali dan mengetahui ciri pesawat itu supaya dapat digunakan secepat mungkin.

Sementara itu, Rodzali berkata, TUDM berharap kerajaan meluluskan peruntukan menggantikan pesawat Pilatus PC-7 yang diminta ketika Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) selain menggantikan helikopter latihan Alloute yang memasuki usia 50 tahun perkhidmatannya dengan TUDM tahun depan.

Penggantian Pilatus PC-7 dan armada Alloute itu memastikan juruterbang muda dapat meneroka kemajuan teknologi pesawat moden di seluruh dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2012 01:17 PM | Show all posts
alhamdulillah..akhirnya berganti jgk nuri tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 01:44 AM | Show all posts
those lucky pilots,,
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 02:00 PM | Show all posts
tahniah.. and berbaloi...akhirnya nuri sekejap lagi almarhumah  hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 04:07 PM | Show all posts


Kepada Sikorsky S-61A-4 Nuri, jasamu kepada warga ATM serta warga Malaysia, ketika era insurgensi PKM, hingga ke era kini, dari penenrbangan misi COIN (counterinsurgency), SAR (search & rescue) & penerbangan ihsan bagi masyarakat luar bandar amatlah dihargai, dikenang & diingati selama2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 04:11 PM | Show all posts


Ohhh yeahhh Cougar EC 725, welcome to family, bebeh! My TUDM sexay lady .....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2012 06:20 PM | Show all posts
wah...lepas nie leh usha la helikopter nie lalu kat kawasan rumah aku
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 10:40 PM | Show all posts
terbaik la heli baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 08:28 AM | Show all posts
tapi hujung minggu lepas aku temgok helikopter jenis ni berlegar legar dikawasan balakong..tak sure samada memang kepunyaan tentera atau syarikat minyak..banyak kali juga la duk pusing pusing kat udara tu... siapa leh confirm.. memang sah dia landing kam kem sungai besi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 04:10 PM | Show all posts
Nampak warna apa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:17 AM | Show all posts
malaysia tak kurang orang bakat tapi kurang helikopter.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 10:40 AM | Show all posts
alphawolf posted on 7-8-2012 04:10 PM
Nampak warna apa?

Colurful.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 11:33 AM | Show all posts
Kalau colourful bukan TUDM la kot.....rasanya diaorang nak guna warna kelabu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 03:29 AM | Show all posts
Aku nak tanya pada skuad TUDM..

Kita tak dak battle chopper ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 12:37 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 23-8-2012 03:29 AM
Aku nak tanya pada skuad TUDM..

Kita tak dak battle chopper ke?

bukan tak nak beli tapi kau tau aje lah mulut-mulut politikus pembangkang dalam malaysia ni

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 05:51 PM | Show all posts
penggali posted on 23-8-2012 12:37 PM
bukan tak nak beli tapi kau tau aje lah mulut-mulut politikus pembangkang dalam malaysia ni

Itu tujuan pembangkang. Tidak ada salah. Apa yang penting ialah pembangkan memastikan pembelian itu berbaloi, dan jerung-jerung tidak mendapat sebarang habuan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2012 06:55 PM | Show all posts
Semoga TUDM berjaya mencapai visionnya utk menjadi next gen air force yg lengkap dgn 6 skdn MRCA dan sekurang2nya 27 buah Cougar sikit masa lagi berserta pesawat2 angkut dan latihan yg lebih moden dan banyak utk support operasi ATM di serata dunia dan dalam apa saja konflik dan senario.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 04:24 PM | Show all posts
not handsome looking helicopter.......tapi bolehlah....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 05:22 PM | Show all posts
yeay..finally...sudah lama ku tunggu saat ini...akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:24 PM | Show all posts
perggghhh msia power......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.187334 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list