Page: 2
sahabat itu adil dan boleh diterima pakai. Sila rujuk artikel dibawah tajuk “Persoalan Para sahabat”…dan seterusnya.
Manakala rujukan saya pula tidak terbatas dan secara keseluruhan kitab-kitab rujukan saya adalah kitab-kitab Ahlus Sunnah sendiri. Kitab hadits pula saya lebih mendahulukan Kutubus Sittah dan seterusnya kitab-kitab musnad dan sunan yang lain. Begitu juga kitab-kitab yang menentang ajaran Syiah seperti kitab Syeikh Ibnu Taimiyyah: Minhajus Sunnah”, “As-Sarim al-Maslul dan banyak lagi., Ibnu Hajar al-Haitsami: Sawa`iqul Muhriqah, Kitab-kitab tarikh dan lainnya. Kumpulan Hujjah imam Alusi yang dikumpulkan oleh Dr. Abdullah al-Bukhari dan sebagainya.
Sementara kitab-kitab Syiah terlalu sedikit dan rujukan mereka yang saya gunakan kebanyakan tulisan Ja`afar Subahni (Ma`a Syiah Imamiyah Fi Aqaidihim), Murthada al-`Askari (Ma`alim al-Madarasatain), Dr. Tijani as-Samawi dan lain lagi.
Tambahan disini. Kitab Dr. Tijani As-samawi (Syiie) yang bertajuk “Tsummah Tadaitu” telahpun dijawab oleh Khalid al-Asqallani (Sunni) yang diberi tajuk “Bal Dhalalta” sudahpun saya baca sanggahannya. Kemudian saya buat perbandingan dan cari satu point hujjah yang kukuh dan akhirnya saya dapati hujjah Khalid agak longgar kerana point yang cuba disampaikan oleh Tijani, dia tidak dapat menangkapnya.
Harap anda rujuk segalanya. Terima Kasih.
Ketiga: Mengenai pendapat ulama Ahlus Sunnah tentang keadilan majoriti para sahabat disisi mereka telah pun jelas dipampangkan didalam kitab-kitab muktabar sebagai contoh seperti: Al-Isabah karya Ibnu Hajar al-Asqallani: Jil 1 Hal 10 cetakan Darul Jil. Beirut. Teksnya berbunyi begini: “Telah bersepakat (Ittafaqa) Ahlus Sunnah bahawa seluruh sahabat (Al-Jami`) adalah adil (`Udul). Tiada yang berselisihan mengenainya melainkan yang menyendiri (Syuzuz) dari golongan bid`ah (Mubtadi`ah). Harap anda rujuk semula. Dan kalau boleh anda habiskan membaca hujjah-hujjah Ibnu Hajar dan huraiannya dalam bab keadilan para sahabat tersebut. Terima Kasih.
Jadi setelah itu saya simpulkan dari mafhumnya dan menjadikannya satu ayat yang mudah difahami oleh pembaca. Kesimpulannya jika para sahabat seluruhnya adil kerana Allah-lah yang menta`dilkan mereka maka tidak dinafikan lagi bahawa mereka menjadi sumber rujukan umat sesudah itu khususnya Ahlus Sunnah wal Jamaah. Buktinya imam Ibnu Hajar berkata: …(Ahlus Sunnah) beriktiqad ke atas kesucian mereka (Al-I`tiqad Li Nazahatihim) dan mereka adalah sebaik-baik (golongan) dari seluruh manusia yang datang kemudian setelah mereka…” (rujukan seperti diatas Al-Isabah) maka jelaslah para sahabat disisi Ahlus Sunnah adalah suci dan golongan yang terbaik maka golongan terbaik sudah tentu menjadi contoh buat umat yang terkemudian.
Syeikh Ahmad Al-Hukmi menerusi kitabnya “Ma`rijul Qabul” Jil 2 Hal 485. Cetakan Darul Hadits. Qaherah. Berkata: “ Ahlus Sunnah telah beriktikad bahawa seluruh sahabat adalah mujtahid, sekiranya benar maka baginya 2 pahala iaitu 1 pahala bagi ijtihadnya dan 1 lagi pahala bagi kebenarannya. Tetapi sekiranya salah maka baginya 1 pahala sahaja iaitu pahala ijtihadnya. Kami (Ahlus Sunnah) tidak mengatakan mereka itu maksum tetapi mereka adalah mujtahid samada benar atau salah..”
Jelaslah bahawa para sahabat itu tempat rujukan kerana mereka adalah mujtahid yang ditabalkan oleh Ahlus Sunnah. Mereka yang terawal dan terpenting dalam rujukan Islam tidak lain adalah seperti Umar, Ibnu Mas`ud, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Zaid bin Tsabit, Aisyah dan Ali a.s. Mereka ini dikategorikan mujtahid mutlaq oleh Ahlus Sunnah (Sila rujuk al-Isabah rujukan seperti di atas).
Tetapi jika dikaji pada setiap peribadi secara khusus maka secara langsung hujjah tersebut dapat dibatalkan kerana sebagai contoh Umar yang banyak melanggar dan mengubah hukum Tuhan maka bagaimana ia boleh menjadi mujtahid Mutlaq…sebagai rujukan Umat?. Dia diangkat-angkat oleh Ahlus Sunnah begitu juga Aisyah dan sahabat yang lain hingga sunnah mereka bagaikan satu syariat. Sementara Ali a.s dimasukkan di antara mujtahid oleh Sunni tetapi saya yakin ini adalah salah satu cara mereka mahu mengambil hati orang-orang Syiah agar mereka tiada hujjah untuk menolak para sahabat lain kerana Ali diiktiraf juga oleh mereka sebagai mujtahid mutlaq. Dari itu, saya minta anda Nahzaluz kumpulkan berapa banyak hadits yang disandarkan kepada imam Ali di dalam kitab-kitab hadits Sittah. Saya pasti anda akan mendapatinya terlalu sedikit dibandingkan dengan para sahabat yang lain. Inilah juga salah satu psikologi Ahlus Sunnah untuk menghalang Syiah mempertikaikan kemampuan para sahabat yang lain sebagai Mujtahid. Apakan lagi sebagai mujtahid mutlaq.
Insya Allah..sikit hari lagi saya akan ‘posting’kan artikel tentang Aisyah dan beberapa orang sahabat-sahabat besar yang lain yang berani menentang hukum Tuhan dan mengenepikan hukum Rasulullah s.a.a.w.
Sila anda rujuk segalanya dengan tenang dan BERNIAT MENCARI AL-HAQ
Keempat: Mengenai pembahagian kategori para sahabat disisi Syiah pula adalah berdasarkan kesimpulan yang saya baca dari hujjah-hujjah menerusi kitab Dr. Tijani iaitu “Tsummah Tadaitu”. Pada awalnya saya memerhatikan pembahagian yang beliau simpulkan dari pengkajiannya kemudian saya bandingkan hujjah-hujjahnya maka saya dapat satu keyakinan bahawa inilah pembahagian sahabat yang sebenar. Meskipun begitu, saya membaca dalam kitab “Bal Dhalalta” yang menyanggah hujjah pembahagian 4 kategori tersebut yang mana penulisnya Khalid Asqallani mengatakan bahawa sebenarnya disisi Syiah ada tiga sahaja kategori iaitu 1- Yang benar-benar beriman, 2- Memeluk Islam kerana takut atau kerana kepentingan. 3- Munafik. Khalid memasukkan kategori 3 dan 4 disisi Syiah menjadi satu iaitu munafik yang terang seperti Abdullah bin Ubay bin Salul dan golongahnnya.
Saya Jawab: Bukan begitu. Syiah membuat pecahan dari golongan yang munafik yang jelas dengan yang tak jelas. Munafik yang jelas adalah seperti Abdullah dan kelompoknya, Mereka ini dikenali oleh para sahabat tetapi tiada alasan yang kukuh untuk menentang mereka bahkan Nabi pernah meriwayatkan bersabda ketika sahabat mahu membunuh Abdullah bin Ubay bin Salul: Aku tidak mahu nanti ada yang mengatakan Muhammad membunuh sahabatnya. (saya yakin anda pernah bertemu hadits ini. Sila rujuk) Manakala munafik yang tidak berapa kenal dan nampak adalah golongan yang ke 4 dan mereka itulah para sahabat yang menentang hukum Tuhan dan Nabi-Nya setelah kewafatan Rasululllah s.a.a.w.
Inilah pembahagian Syiah Imamiyah terhadap para sahabat.
Kelima: Menerusi soalan anda: “Boleh tak anda menyatakan dalam ayat yang jelas dan terang. Adakah mereka bertiga itu kafir atau tidak? supaya jelas kepada saya bahawa kalaulah mereka kafir, maknanya Rasulullah s.a.w sekarang dikuburkan bersama orang kafir.”
Jawapan saya: Saya katakan lagi bak kata pujangga arab:
“Lisanul Hal Afsah Min Lisanil Maqal”
Saya sendiri belum menghukum mereka itu kafir atau tidak. Tetapi saya hanya menimbulkan persoalan dan sekaligus mempertikaikan kredibiliti mereka kerana disisi Sunni para sahabat adalah adil khususnya mereka bertiga. Sementara bagi Syiah Imamiyah mereka adalah manusia biasa yang boleh dipertikaikan baik dan buruknya. Kiranya baik dijadikan teladan tetapi bukan sebaliknya.
Menerusi artikel saya yang lepas, saya telah pun menghuraikan tindakan Abu Bakar, Umar, Utsman dan para sahabat yang lain tentang penentangan mereka terhadap hukum Tuhan dan Rasul-Nya. Jadi saya minta sekali lagi anda baca sampai habis artikel saya, cuba fahami dan rujuk nota kakinya kemudian huraikan balik persoalan. Terima kasih
Sebagai tamabahan penting: Mereka kafir atau tidak bukan point-nya kerana ayat Allah menjelaskan orang-orang yang tidak menjalankan hukum Allah akan menjadi salah satu di antara tiga kategori: 1- Zalim. 2- Fasiq 3- kafir. Ayat-ayat tersebut sangat banyak di antaranya:
“Orang mukmin dan mukminah tidak sepatutnya apabila sesuatu perkara itu diputuskan oleh Allah dan Rasul-Nya (lalu mereka mahu) menentukan pilihan mereka sendiri. Barangsiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, nyatalah mereka itu sangat sesat” (al-Ahzab: 36)