Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

UdiNo This user has been deleted

Fav
| Credits    
Page: 1

Adakah Para Sahabat Nabi SELURUHNYA Benar?

Kita sekarang berada menghadapi sebuah permasalahan yang besar dimana sejarah berdiri dihadapannya di dalam keadaan terbelenggu. Kebenarannya tersembunyi disebalik dakwaan-dakwaan yang Palsu. Perkataan-perkataan yang kosong menutupi jalan-jalan yang membawanya kepada kebenaran. Disekitarnya pula diukir dengan berbagai-bagai kekaburan dan kesamaran. Ianya Tidak Dikaji Secara Ilmiyah supaya pokok persoalan menjadi terang dan kebenaran itu akan lahir dengan sewajarnya.

Sebahagian ahli sejarah mencela Syiah Imamiyah dan mengaitkan perkara-perkara tertentu kepada mereka Tanpa Penelitian. Mereka menulis tanpa sebarang ikatan dan syarat. Menuduh Syiah Imamiyah tanpa perasaan keagamaan atau pendinding sentimen. Tuduhan yang terpenting adalah mengenai persoalan bahawa golongan Syiah Imamiyah mengkafirkan kebanyakan para sahabat hingga mewajibkan hukuman Kafir keatas mereka.

Tetapi pernahkah golongan Ahlus Sunnah meneliti setiap baris hujjah-hujjah Syiah Imamiyah mengenainya?. Apakah mereka membuat dakwaan tanpa-bukti-bukti yang kukuh atau sekadar hanya dakwaan palsu-palsu sahaja?!

Sebelum saya menghuraikan tajuk di atas, ingin sekali saya nyatakan bahawa golongan Syiah Imamiyah bukan sengaja mencari ‘pasal’ atau mencari-cari kesalahan para sahabat kerana berniat mahu memecah belahkan umat Islam. Demi Allah, bukan itu niatnya. Tetapi apa yang akan saya bentangkan dibawah ini adalah satu kenyataan dan realiti satu zaman dimana kesan dan pengaruhnya kekal hinggalah sekarang.

Umat hari ini berpegang kepada aqidah, hukum-hukum feqah dan seluruh cara hidup ‘beragama’ mereka dipengaruhi oleh para sahabat khususnya mereka yang saya sebutkan di atas. Pendek kata agama mereka adalah agama sahabat bukan agama Allah dan Rasul-Nya serta yang diwarisi oleh para Ahlul Bait Nabi yang suci. Kerana apa?. Kerana mereka khususnya golongan Ahlus Sunnah terlalu mengagung-agungkan para sahabat khususnya Abu Bakar, Umar dan Utsman hingga kesalahan mereka ditutup dan segala tingkah laku mereka yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah cuba ditakwilkan hingga nampak pada zahirnya macam satu kebaikan dan syariat demi menjaga kedudukan dan taraf mereka yang digelar ‘Sahabat Nabi’. Seterusnya segala amalan-amalan mereka dijadikan contoh dan digunapakai oleh umat Islam sebagai satu sunnah…syariat.

Bukankah kita sering mendengar orang-orang Ahlus Sunnah membuat dakwaan apabila peribadi sahabat-sahabat Nabi dipertikaikan, mereka akan berkata: Mengapa kita mahu mempertikaikan peribadi mereka? Bukankah Allah yang mengatakan bahawa para sahabat Nabi adalah adil, maka tidak patut kita mempertikaikannya lagi. Tambahan pula, kita tidak akan mengenal Islam (kononnya) kalau tidak kerana para sahabat.

Apakah ada kebenaran membuat dakwaan begini?

Hujjah Ahlus Sunnah yang sering digunapakai bagi memperkukuhkan dakwaan tersebut adalah seperti surah at-Taubah: 100 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang terdahulu dari kalangan orang-orang Muhajirin dan Ansar (Para sahabat) dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Allah, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai. Mereka kekal didalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar"

Secara keseluruhan jika dipandang ayat ini memang seakan-akan membuktikan keadilan dan kebenaran para sahabat keseluruhannya. Tetapi sayangnya mereka tidak menghabiskan ayat tersebut iaitu ayat yang 101 didalam surah yang sama yang berbunyi:

"Dan di antara orang-orang disekeliling kamu dari orang-orang arab ada yang bersifat Munafik! Dan demikian juga sebahagian dari penduduk Madinah, mereka keras (tebal) dengan sifat kemunafikan. Engkau tidak mengetahuinya bahkan Kami-lah yang mengetahui mereka. Kami akan azab mereka berulang-ulang kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar"

Jelas bukti wujudnya sahabat yang MUNAFIK kerana tiada lain tinggal di Madinah melainkan ada ramai sahabat disana.

Perasaan golongan Ahlus Sunnah terhadap para sahabat seperti kata pujangga arab:

“`Ainur Ridha `An `Aibin Kalilatin, Walakin `Ainus Sukhti Tubdil Masawiya”

“Kesalahan Dan Keaiban Akan Kabur Menerusi Mata Cinta, Tetapi Keburukan Akan Terbongkar Menerusi Mata Kebencian”

Jika mereka membuat hujjah kerana para sahabatlah kita dapat menerima kenikmatan Islam maka ini adalah hujjah yang lemah. Jika anda melihat dari sudut yang positif pada zahirnya memang nampak para sahabat ini hebat. Meskipun begitu, tidak dinafikan bahawa pada zaman pemerintahan sahabat banyak negara-negara yang ditawan dan dijajah. Tetapi tidak terfikirkah anda yang mereka juga mahu meluaskan jajahan mereka dan mengaut keuntungan dari hasil-hasil setiap negara yang mereka jajah demi kepentingan diri sendiri.

Setiap pemerintah sememangnya tidak lari dari bersikap mahu menjajah agar kekuasaan pemerintahan mereka akan menjadi luas dan segala hasil-hasil negara akan dimiliki. Golongan kafir zimmi akan membayar jizyah (wang keselamatan) kepada pemerintah sementara raja-raja yang kurang upaya terpaksa membayar ufti agar hubungan negara mereka baik dan aman manakala setiap negara dibawah jajahan perlu membayar berbagai jenis cukai. Maka persoalannya, apakah pada zaman pemerintahan sahabat tidak ada langsung niat mahu menjadi kaya raya dengan cara yang cepat? Mereka maksum? Tiada lansung terlintas di hati untuk melakukan kejahatan?

Dalam membuat penjajahan tersebut secara tidak langsung Islam juga masuk ke dalam setiap negara yang dijajah tetapi syariatnya adalah syariat para sahabat. Syariat yang sudah digubal dan diselewengkan oleh mereka hingga ‘sunnah’ para sahabat bagaikan satu syariat Islam. Apakah segala ‘sunnah’ mereka itu dari Allah dan Rasul-Nya? Tidak mungkin bahkan mustahil ia sebuah ilham dari Allah jika ianya bertentangan dengan syariat Allah yang diturunkan kepada Rasul-Nya!! Bila mereka bertindak diluar kawalan al-Quran dan as-Sunnah, maka apakah mungkin mereka menjalankan hukum Islam yang sebenar?!. Secara langsung mereka telah melaksanakan hukum Thagut atau lebih jelas lagi hukum Jahiliyyah dan berlaku zalim ke atas umat dan diri mereka sendiri. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Maidah: 45 yang berbunyi:

“Barangsiapa yang tidak melaksanakan hukum yang diturunkan Allah, maka sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang zalim”

Pendek kata: “Menjajah atas nama Islam kerana kepentingan peribadi”

Para sahabat bukan golongan yang maksum. Dan bila mereka bukan maksum maka segala tindak tanduknya akan di awasi dan dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan durjana. Tidak dinafikan juga bahawa ada di antara sahabat yang soleh dan bertaqwa, tetapi itu juga masih tidak menjamin sebuah kebenaran. Perhatikan ayat berikut yang difirmankan oleh Allah di dalam surah al-A`araf: 201

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was (bisikan jahat) dari syaitan, mereka ingat pada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (nampak) segala kesalahannya"

Ayat ini jelas membuktikan bahawa mereka yang bertaqwa juga masih mampu diganggu dan diragukan oleh syaitan durjana lalu membuat kesalahan. Jadi bagaimanakah kita umat Islam mahu mengikut seseorang
18.6K Views

ADVERTISEMENT


mnm77 Lv.13 58#

Challenger | Credits 16681   
Syiah always reject any reference made by sunni from even syiah source as being wrongly understood.

It seems, the syiah also did not understand the Hadith from Sahih Bukhari and Muslim, and therefore attacked sunni with sunni sources. This is also neverending accusation!

If Bukhari and Muslims believed the majority of sahabat are kafir, why they did not become syiah? They even criticised syiah of being liar instead. I do not like to continue this topic because it would be a neverending topic, because each party has thier own point to condemn the other party!

I definitely agree with Billionaire, he said:
Quote: Originally posted by billionaire at 1-10-2007 09:56 PM
Sesungguhnya pertikaian Syiah dan Sunni akan sentiasa terjadi shingga sampai ketentuan Allah padanya


Although Sunni and Syiah do not agree each other, we do not need to fight on the basis of difference in belief about the sahabah...

JieShiang Lv.3 57#

Senior | Credits 657   
To understand more, download, read and ponder this reading material.

Kekafiran Sahabat Mengikut Catatan Bukhari dan Muslim [23.8..2007][url=http://almawaddah.free-site-host.com/download_buku/download_file.php?id=63]

JieShiang Lv.3 56#

Senior | Credits 657   
Quote: Originally posted by tobby at 29-9-2007 08:17 AM
Syiah Imamiyah consider syiah yg paling soft pun tak mahu terima sahabat2 Rasulullah. kenapa jadi begini?


ShiaImamiyyah doesn't reject all sahabahs. Only those who followed theteaching of Muhammad sawa before and after his demise were consideredsahabah like Ammar, Abu Dzar, Salman, etc. Others who obeyed during hislife time but went astray ( followed their own desire/nafs/etcforworldly materials, etc and neglected his teaching) after his demisewere not considered sahabah like Abu Bakr, Umar, etc.

[ Last edited by  JieShiang at 29-9-2007 09:40 AM ]
Follow Us

tobby Lv.18 55#

Master | Credits 74081   

Reply #1's post

Syiah Imamiyah consider syiah yg paling soft pun tak mahu terima sahabat2 Rasulullah. kenapa jadi begini?

wysiwyg This user has been deleted 54#

| Credits    
Salaam...
Apa khabar semua?

Kalau Islam yg senenar boleh ke keluar masuk?
"..hai org2 yg beriman masuklah Islam secara keseluruhannya....".(al quran)
Tapi iye lah ye,iman seseorang ni mengikut tingkatan masing2.Tapi sampai bila?
Sampai tua ke?Gitu jee?

nagebben_yahya This user has been deleted 53#

| Credits    
wahai para pemuda  yg masih bermazhab sunni khususnye ahlilbait.........
ikutilah nasehat datuk nenek kita.... para ahlullah yg sgt hampir dgn Allahswt dan RasulNya saw, mrk pesan pd kite supaya menjauhi sebarang bentuk fahaman agama yg yg terseleweng drpd sunni........
kite mau pegang betul2  Quran dan Hadis.....
ikutilah segala bentuk ajaran yg disyorkan oleh Habib Abdullah Haddad.....
ade ke...bdk2 syiah ni kata Habib Adullah Haddad pun syiah gak..... dulu diorang kata habib tu kafir.....(inilah taqiyah si syiah yg bahallul tuu...)
bdk2 syiah yg ramai skang al haddad plak tu......
buat malu nama tuk nenek jer....


satu ari dahulu ade seorang murid bertanye pd Habib Abdullah Mohammed al habsyi al hadrhami di muar, seorang ahlullah yg kasyaf....
"Pak habeb.... Arqam amacam beb...bleh tak ana ikut?"
"huh... arqam itu harrat"
"kalo... PAS Habeb......?"
"lebih kurang sama juga..."
"tablegh Beb......?"
"aa..... ini a'la kullihal(bleh tahan aa)....."
"syiah.........?"
"syiah itu kaaaafir!!!.....aku haramkan ia drpd masuk dalam rumah ku ini"

(kisah diatas lebih kurang aa.....)

ADVERTISEMENT


kyas Lv.8 52#

Honour | Credits 2925   
kenapalah kita menuduh org tu kafir org ni kafir... org tu mulia org ni mulia... siapa kita nak tentukan semua tu... kan Allah yg Maha Mengetahui...

:hmm:

kenapa nak kecoh-kecoh... memburuk-burukkan org lain... sejak bila pulak begitu ajaran Islam? takkan siapa terlepas di akhirat nanti... jgnlah risau...



perbezaan pendapat mmg ada... kenapa nak tumpukan pada perbezaan... lepas tu bicara in public sebegini... yg pasti takkan ada penyelesaian...

:cry:

yg berbincang pun hebat-hebat... bukan sikit-sikit ilmu... saya nih mmg tak mencapai std... tapi tak nampak kemana akhirnya... selain perbalahan...

maafkan saya...

billionaire Lv.9 51#

Adventurer | Credits 5139   
Quote: nagebben_yahya
ada 1 pesanan org tua kan ana...."kalo kita berborak dgn org wahabi, kena hati2...sbb quran dan hadis yg diorang pakai sama ngan kita..... tp kalo borak ngan syiah...JGN SERIOUS!!!....sbb diorang taqiyyah(pembohong,putar alam pembelit lidah bercabang..dll)


org tua kan ana itu perlu terlebih dulu mengenali syiah daripada sumber2nya sebelum memberi pesan. Syiah tidak bertaqiyyah melainkan dalam perkara2 yg benar2 memerlukan seperti mengancam nyawa & harta. Selain daripada itu taqiayyah seperti juga hukum2 lain yg mempunyai makruh, haramnya sendiri. Taqiyyah yg ada di sisi kami ialah sama prinsipnya dengan taqiyyah Ammar apabila pura2 keluar dari Islam apabila diseksa, sedangkan Allah memuji imannya! begitu juga taqiyyah yg dijalanka oleh seorang ahli keluarga Firaun yg mukmin- seperti yg disebut di dalam al-Quran. Jauh daripada pegangan anda dan tuduhan 'orang tua kan ana' kepada anda itu daripada Syiah2 Keluarga Rasulullah saaw!

[ Last edited by billionaire on 4-1-2005 at 03:12 PM ]

Gravedigger Lv.11 50#

Highlander | Credits 8333   
Huk alaa...brother, Kita silap masuk lobang nie. Nanti marah pulak diaorang kat kita....tapi takper, teruskanlah aktiviti mentasykil ini. Sunnah jugak beb...kalau dapat bawak kutu-kutu lepak kat masjid pun kira orait juga. Nak buat kaji-mengkaji tu takyah lah kan?...lagi pun Tabligh ni mana boleh sentuh bab-bab mazhab nie.. sensisitif beb!! Diaorang boleh sembahyang kat masjid pun kira cukuplah kalau ikut Tabligh ni.....eleeh nanti diaorang dapatlah hidayat.
Eeeehhh melalut pulak wa....jangan marah! Orang Tabligh tak boleh marah nanti jadi cam orang politik lak !!

nagebben_yahya This user has been deleted 49#

| Credits    
hekeleh... beb..
inte baca dulu betul2 ape yang ana tulis......
ana bukan tasykil diorang suruh keluar tabligh bodoh2... tp ana suruh diorang kaji apa itu tabligh yang sebenar........
kaji setiap perkataan alim ulama tabligh.... khususnye mawlana ilyas, yusuf, mostaqim, saad... ulama tabligh tak sama ngan kebanyakan org tabligh!!!
kalo inte kaji betul2 kata ulama tabligh.....hampir2 sama meyerupai kata para habaib kita yang tercinta.....
ana suruh inte kaji..bukan suruh inte ikut bodoh2...okbeb...

tp macam mana pun ana nak mintak maaf lah kalo ade sesepa yg tersinggung....ana pun ilmu kurang beb...cuma ana selalu bercampur gaul dgn alim ulama..tak kira lah ulama tabligh ker syiah ker wahabbi ker...sume ana campur... pegangan ana tetap aswj mazhab syafie berpandu kan ahlilbait hasil gabungan dgn tabligh.....

ada 1 pesanan org tua kan ana...."kalo kita berborak dgn org wahabi, kena hati2...sbb quran dan hadis yg diorang pakai sama ngan kita..... tp kalo borak ngan syiah...JGN SERIOUS!!!....sbb diorang taqiyyah(pembohong,putar alam pembelit lidah bercabang..dll)

Gravedigger Lv.11 48#

Highlander | Credits 8333   
Salam brother....

Lu datang dari mana nie?? Kali pertama masuk terus nak tasykil member kat sini...apehal? Elok juga kalo minta izin dulu kat member-member yang dah lama kat sini...wa ni nak kata lama idak ler tapi nak masuk sini pun segan juga. Ilmu-ilmu diaorang nie wa tengok hebat-hebat so wa tumpang baca ajer. Kalo tengok hujjah-hujjah AB (Ahlul-Bait) memang wa salut kat diaorang. Wa nie nak kata AB idak ler tapi wa berharap dapat jadi cam diaorang....mencintai dan mengenali sepenuh hati Ahli Keluarga Rasulullah SAW. Itu pun wa rasa cukup baik kerana selama ini kita kenal ker sapa dia AB ?? Kita cuma dengar cakap orang saja tanpa kita sendiri kaji dan alami !!

Wa dulu pun pernah keluar Tabligh juga...4 bulan kat India/Pakistan beb! Ijtima' kat M'sia wa memang tak pernah miss. Waktu tu baru habis study so sementara nak dapat kejer wa keluar dulu tapi masa wa keluar wa bukak dan telinga besar-besar. Wa selalu tanya dan inilah yang orang Tabligh tak suka...ikut jangan tanya!! Ishk...tak jelas takkan tak boleh tanya beb. Mula-mula dulu selalu gak bagi bayan tapi lama-lama diaorang tengok wa lain macam walaupun wa tak lari dari 6 prinsip, diaorang mula tak lantik wa bagi bayan lagi.

Jangan marah beb....wa sekarang ni pun masih respek kat Tabligh sebab Tabligh ni ada juga fekdahnya dalam ugama. Cuma sekarang ini karkun-karkun tak mau datang tasykil wa lagi....diaorang dtg rumah wa pun cerita pasal lain...cerita dunia.

Wa sekarang ikut juga apa yang selalu orang Tabligh sampaikan.....'Sahabat-sahabat Ku umpama bintang-bintang di langit dan jika kamu ikut salah seorang diantara mereka nescaya kamu akan dapat petunjuk...' (Al-Hadis).
Wa sekarang ingin berimamkan Ali....menantu, sahabat dan orang yang paling dikasihi oleh Nabi.  

nagebben_yahya This user has been deleted 47#

| Credits    
salam aleik..... ya habib.. apa fasal inte org sibuk2 pasal syiah nii..sekarang pegangan kite adalah quran sunnah... sama kannn.. so what is the problem?
sahabat nabi itu kafir ke hantu ke syaitan ke... itu urusan Allah Taala.  Allah swl blh bg hidayah dan tarik hidayah dari sesepa yg Dia suke... dan mengazab sesepa yg Dia suka......... takde sape leh kondem Allah Taala..... tak adil ke ape ke... sbb Allah swt Maha Kuasa atas segala sesuatu.... TAPI ketahuilah ... bahawa Allah swt megasihi hambaNya 70 kali lebih drpd 1 org ibu sayangkan anak.... inte pernah tgk tak ibu yg baru lps tukar lampin ank dia , pastu pakai kan bedak... then jirus air panas kat anak dia.... Allah swtMaha penyayang.... pintu taubat masih terbuka utk kita semua.... skarang cuba inte follow tabligh dgn hati yg terbuka... dan fikiran yg terbuka ... inte tengok dalam2.. inte ade ilmu... inte jgn jd mcm org lain.... nampak tabligh tu jahil pi kutuk tabligh... tp tak kenal apa itu tabligh... Habib Umar bin Hafiz faham ttg ini... ana makan masa 3 tahun beb.. baru ana nampak apa yg dibawa oleh tabligh sbnrnye...... tp 1 perkara inte musti ingat.... kalo inte nak kaji tabligh, inte kene tgk ato dgr apa yg ducapkan oleh ulama diorang... bukan apa yg diucap oleh org tabligh..sbb org tabligh ni jahil.. di orang pakai kutip je apa yg diorang dgr drpd org2 tabligh yg lain.. so kat situ wujud tokok tambah...... k beb.... mudah2an Allah swt beri hidayah pada inte..... rugi beb... ahlil bait cam inte leh ikut syiah plak..... mufti malaysia kata.. syiah itu kafir sbb diaorang laknat sahabat.....abu bakar..omar.. osman....Radiallohuanhum ajmaien.... bukan sbb diorang cintakan Ali krw..... kalo stakat cinta kan ahlilbait..syiah...maka aku adalah rawafidh------kata imam syafie---------
kata org.....syiah benci omar sbb.... dia yg jatuh kan kerajaan parsi bawah arab....tu pasal iran benci gile kat arab........
tu kata org laaa................

seek1u This user has been deleted 46#

| Credits    
Quote: Originally posted by KIlop at 2-10-2003 06:33 PM:
Well.. first skali saya ni bukan lar baik sangat pun...skolah pun tak habis lagi..tapi sebagai umat Islam saya cume nak cakap,berhati - hati dalam pertuturan kita ketika mendebatkan sesuatu.Sala ...

Sokong

KIlop This user has been deleted 45#

| Credits    
Well.. first skali saya ni bukan lar baik sangat pun...skolah pun tak habis lagi..tapi sebagai umat Islam saya cume nak cakap,berhati - hati dalam pertuturan kita ketika mendebatkan sesuatu.Salah cakap lain fakta lari akidah..Itu saje larrr...

ADVERTISEMENT


Terong Pipit This user has been deleted 44#

| Credits    
Quote: Originally posted by matsapintasss at 2003-9-28 04:32:
salam ..... geng...

Tgkkan tajuknya pong kite dah hangin satu badan.........
So kite nakkan die punye fact......
Rendah betui gasenye peribadi para sahabat yg ade tittle RA dgn dawaan-nye. OR  ...


Yang kelakar seramya.. ialah mereka yang berhempas-pulas mengkafirkan para sahabat Nabi saw... tup..tup depa kata ASWJ yang buat.. tak ke haru mamat sekoq ni...

Siapa dia? ...dialah UdiNo!!...:nana:

[ Last edited by Terong Pipit on 30-9-2003 at 06:42 AM ]

kelakar This user has been deleted 43#

| Credits    
perkara yg telah lalu....usah diungkit, dah ribu2 tahun.

KIta sekarang, brgulamang ngan masalah yg lum selesai...

undark Lv.8 42#

Honour | Credits 2454   
alim ulama jek yg boleh debat isu ni.. kalau silap cakap dah lari syahadah...

~lebih baik senyap dari cakap~

seek1u This user has been deleted 41#

| Credits    
Quote: Originally posted by matsapintasss at 28-9-2003 12:32 PM:
salam ..... geng...

Tgkkan tajuknya pong kite dah hangin satu badan.........
So kite nakkan die punye fact......
Rendah betui gasenye peribadi para sahabat yg ade tittle RA dgn dawaan-nye. OR  ...

:stp:

matsapintasss This user has been deleted 40#

| Credits    
[quote]Originally posted by 蝯z坞悬
123Next