CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2607|Reply: 5

Boleh kah seorang ibu menjadi sbb anak tidak masuk syurga?

[Copy link]
Post time 16-7-2012 04:47 PM | Show all posts |Read mode
forumer,
aku pilih untuk lanjut kan 1 masalah ni di sini bukan di PP
sbb aku ingin kan pandangan dr sudut agama
seorang anak telah mendirikan rumahtangga
dr 1 salah faham isterinya sesama adik beradik si lelaki
perhubungan antara anak, ibu & adik beradik telah dingin
bila ditegur anak ini ttg hubungan dgn ibunya
dia jwb ibunya mmg suka cari psl dr dulu lagi
semmgnya ibu ini pun seorang perempuan yg sgt ssh untuk difahami
ada2 saja pertelingkahan yg sering terjadi di kalangan keluarga mereka
disebabkan seorang ibu ini
baru2 ini terjadi lagi pertelingkahan sehingga ibu telah
keluarkan kata2 derhaka pd anak & tidak mahu jika dia mati sekali pun anaknya menziarahi
soalan: boleh kah seorang ibu menjadi sbb anak tidak masuk syurga walau atas sbb apa sekali pun?
kata si anak syurga neraka urusan Allah..ibu ayah pun ada dosa
tapi bila aku dgr kata2 fadzilah kamsah kat radio psl mak2 ni aku teringat anak ini
mohon pandangan kalian ya..jzkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 12:17 AM | Show all posts
well...mohon maaf lebih baik...bagi si anak ni, cubalah ...mohon maaf ...sewlagi boleh...

kalau acapkali macam ni , may be anak ni kena belajar untuk sabaq dan mengendalikan perasaan marah  walaupun ibunya complicated nampak gayanya


sesiapa mahu jawab soalan ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 08:18 AM | Show all posts
baru2 ini terjadi lagi pertelingkahan sehingga ibu telah
keluarkan kata2 derhaka pd anak & tidak mahu jika dia mati sekali pun anaknya menziarahi
soalan: boleh kah seorang ibu menjadi sbb anak tidak masuk syurga walau atas sbb apa sekali pun?
kata si anak syurga neraka urusan Allah..ibu ayah pun ada dosa
tapi bila aku dgr kata2 fadzilah kamsah kat radio psl mak2 ni aku teringat anak ini
mohon pandangan kalian ya..jzkk
chandrahusin Post at 16-7-2012 16:47


Salam..

Anak mesti menghormati ibu, sekalipun jika ibu itu seorang yang kafir atau musyrik. Cuma tidak boleh mentaati ibu dalam hal yang melanggar hukum syarak.

Dalam isu rumah tangga yang tidak dikisahkan secara spesifik di sini, maka sukar nak tentu adakah ibu itu berbuat sesuatu yang melanggar hukum syarak, atau sememangnya anak itu derhaka?

Jika benar ibu itu kecil hati kerana anak sengaja menderhaka dengan alasan yang tak munasabah, memang betul si anak boleh diazab atas sebab tersebut. Memang benar urusan syurga neraka itu urusan Allah, dan Allah juga perintah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa sehingga jangan sesekali ucap 'uff' (ucapan tidak hormat) kepada mereka.

Jika si ibu yang sengaja membuat masalah, si anak berdoa lah untuk si ibu dan elak dari bercakap kasar dengan ibu, itu lebih baik.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 09:10 AM | Show all posts
Reply 2# mbhcsf


    tq mod
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 09:18 AM | Show all posts
Reply 3# mnm77


    wa'alaikummussalam..tq
apa yg saya lihat, nmpak & dgr si ibu ini mmg org nya yg selalu sengaja membuat masalah
seperti ada saja tidak berpuas hati dgn semua benda
walau pun jika si anak berbaik2 dgn org yg dia tidak suka, boleh membawa kpd kemarahan pdnya
tapi sehingga melakukan benda2 yg membawa kekufuran itu tidak ada bukti yg nyata
(contoh: yg saya dgr dr salah seorang anak2nya ibu ini ada berkawan dgn bomoh
& si anak pnh mengubati suaminya melalui bomoh tersebut)

apa pun saya setuju berdoa lah yg paling baik..insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 12:50 PM | Show all posts
Antara sikap manusia moden adalah ayah atau ibu berasa mereka mempunyai autoriti dan autokrasi dalam menentukan segalanya.Mereka mudah cop anak derhaka dan sebagainya..

Bagi pendapat aku,seorang ibu sepatutnya menjadi pendamai dan contoh yang baik kepada anak-anak.Jika berlaku perselisihan,ibu patut berusaha mendamaikan dengan baik kerna ibu adalah contoh dan doanya pula makbul.

Teringat satu kisah seorang Ayah mengadu kepada khalifah Omar Al-Khattab ,lantas anak itu pula bertanya kepada Khalifah tentang hak dan kewajipan seorang ayah....

Bila anak itu menceritakan ayahnya tidak menunaikan hak dan kewajipan sepatutnya,maka Khalifah pula memarahi ayah yang datang mengadu mengenai anaknya itu...

Iktibarnya,kita sbg ayah atau ibu perlu muhasabah diri sendiri,jangan mudah memamnggil anak derhaka atau mendoakan keburukan kepada anak-anak walau apa pun pertelingkahan dan perselisihan berlaku...

Dalam kekeluargaan,pasti ada asam garam panis pahit kelat...carilah jalan penyelesaian dengan baik..Sebagai contoh kalau ibunya suka makan Tom Yam,masak je Tom Yam..jangan pula masak asam pedas...

Masalah ini banyak berlaku dalam masyarakat ,di mana ibu bapa mudah label anak derhaka...namun mereka x pernah fikir kelemahan diri dan tidak pernah muhasabah,adakah mereka menunaikan hak dan kewajipan sebaiknya kepada anak-anak...


Amat rugi seorang ibu mengandungkan anak,membesarkan anak namun melabelkan anak derhaka ....


Sepatutnya ibu mendoakan kebaikan buat anak-anaknya walau seburuk mana pun sikap dan perangai mereka...

Wallahua'lam.............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.722605 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list