CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6258|Reply: 2

OPS PASIR

[Copy link]
Post time 13-7-2012 12:22 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wbt.

        Nak minta pertolongan tuan-tuan yang ada dsini.tesis saya berkaitan dengan tajuk diatas.kalau ada sapa2 ada maklumat,risalah,buku2 dsb bolela share dengan saya.kat sini pun bole.ni sedikit info yang saya tahu berkenaan operasi ini:

"Ekoran pencerobohan dan penculikan di pulau-pulau peranginan di perairan Timur Sabah oleh anasir-anasir luar, Operasi PADAN telah dilancarkan pada 29 April 2000. Satu seksyen trup Tentera Darat (TD) telah ditempatkan di Pulau Sipadan bagi melindungi pulau tersebut daripada ancaman berulang disamping membantu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan undang-undang dan keselamatan. Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 13 September 2000 telah mengarahkan pasukan TD diaturgerakkan ke semua pulau dan Resort di Perairan Timur Sabah. Operasi ini dinamakan Operasi PASIR menggantikan Operasi PADAN mengambil singkatan lokasi insiden kes penculikan yang berlaku iaitu Pandanan And Sipadan Island Resort.

               Sehubungan dengan itu, Jemaah Menteri telah memutuskan Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Putrajaya untuk mewujudkan Sel Koordinasi Operasi PASIR (SKOP), di BKN Negeri Sabah untuk menyelaraskan tindakan yang akan diambil oleh pelbagai agensi penguatkuasa termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengatasi ancaman tersebut. Dengan pelancaran Operasi PASIR pada 18 September 2000, TD telah menempatkan anggota di beberapa pulau, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan rondaan maritim sepanjang masa dan Tentera Udara Diraja Malaysia ((TUDM) telah melaksanakan rondaan di ruang udara dari masa ke semasa serta menugaskan satu detasmen pesawat helikopter.

       

              SKOP telah dibubarkan pada 31 Julai 2003 di mana BKN tidak lagi menyelaraskan Operasi PASIR. Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-Panglima ke 374 pada 15 Mac 2006 telah menyerahkan tanggungjawab melaksanakan Operasi PASIR di bawah Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) sebagai pengawal kepada operasi tersebut. Semenjak pelancaran Operasi PASIR pada 18 September 2000, trup TD telah menduduki 21 penempatan di 19 buah pulau melibatkan satu batalion Infantri dan markas kawalan ditempatkan di Kem Sri Wangsa, Semporna. Pada 15 Okt 2001, setelah mesyuarat Kajian Semula Operasi PASIR diadakan keputusan diambil di mana Kawasan Tanggung Jawab (KTJ) dibahagikan kepada dua sektor utama iaitu Sektor Utara dan Sektor Selatan.

               Keputusan ini telah melibatkan penambahan satu lagi batalion Infantri dimana sebuah batalion ditugaskan mengawal 10 buah pulau di sektor utara dengan markas kawalannya di Pulau Berhala, Sandakan. Manakala sebuah lagi batalion di mana markas kawalannya kekal di Semporna menduduki beberapa buah pulau di Sektor Selatan.

               Pada masa ini, MK ATB 2 telah mengatur gerak trup TD menduduki dan menguasai beberapa penempatan strategik iaitu di pulau-pulau dan di persisiran pantai."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2012 04:49 PM | Show all posts
abang nak buat tesis kena pergi kat source la.takkan mintak kat forum kot..

Cuba cek ngan MINDEF punya PR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 03:44 PM | Show all posts
dah jumpa referance ke? @ dah siap tesis? bru tgk thread ni nk tolong  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.297933 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list