|
Post Last Edit by kambeng_masam at 12-7-2012 08:58
Kuantan: Pahang bakal menjadi negeri pertama melaksanakan kutipan zakat pendapatan peneroka FELDA menerusi potongan gaji.
Apabila kaedah itu dilaksanakan, Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) dijangka mengutip zakat RM8 juta setahun daripada 43,887 peneroka dari 115 tanah rancangan FELDA di seluruh negeri itu. Jalin kerjasama
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata MAIP sedang bekerjasama dengan pengurusan FELDA bagi tujuan berkenaan.
Tahun lalu, hanya enam peratus atau 2,663 peneroka di Pahang yang membayar zakat pendapatan.
“Menjadi harapan MAIP kaedah potongan ini akan memudahkan mereka membayar zakat, sekali gus meningkatkan jumlah bantuan kepada lapan asnaf ditetapkan,” katanya.
Baginda berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Zakat Al-Barokah FELDA dan Majlis Ramah Mesra Bersama Asnaf Zakat di sini, semalam.
Turut hadir, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua (YDP) MAIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Beri peneroka penerangan
Tengku Abdullah yang juga YDP MAIP, berkata pelbagai pendekatan akan diadakan bagi memberi penerangan kepada warga peneroka termasuk menerusi taklimat, ceramah dan khutbah solat Jumaat mengenai kaedah potongan gaji itu.
Baginda juga berharap petugas Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang berusaha lebih gigih dalam melakukan promosi berkaitan pelaksanaan kaedah berkenaan.
Selain itu, pengurus FELDA juga akan diberi maklumat lengkap mengenai kaedah pelaksanaannya.
Ditanya kemungkinan MAIP akan bagi mengheret mereka yang gagal menunaikan zakat ke mahkamah, Tengku Abdullah berkata, MAIP belum berhasrat menggunakan saluran itu. |
|