GHADIR KHUM 1
HADIS GHADIR KHUM
Pada Haji terakhir Rasulullah saaw, dalam perjalanan pulang, waktu panas terik, Baginda saaw telah bersabda di hadapan puluhan ribu sahabat
"Barangsiapa yg aku adalah maulanya (pemimpinnya), Ali adalah maulanya!"
kuatnya hadis ini tidak dapat disangkal. Pengumpul hadis sahih ASWj seperti Ahmad, Tirmidzi, Ibnu majah Abu Daud juga ulamak2 lain telah memperkuatkan hadis ini dalam kitab2 mereka). Umar selepas Rasulullah saaw mengumumkan kepimpinan Imam Ali a.s secara terang ini dihadapan puluhan ribu sahabat (ada yg mengatakan 120 ribu orang) telah mengucapkan tahniah atas perlantikan itu. (Kita akan lihat nanti) Banyak sekali jalur periwayat yg mencatatkan ucapan Umar ini dalam sedikit perbezaan lafaz. Antaranya ialah Barra' bin Azib, Ibnu Abbas, Zaid al-Arqam, Abi Said Khudri, Anas bin Malik.
dalil yang paling kuat tentang kebenaran dakwaan kami ialah Ali a.s sendiri berdiri memberi khutbahnya di atas mimbar di Rahbah sebagaimana telah disebutkan oleh semua ahli sejarah selepas beliau menjadi khalifah, lebih 30 puluh tahun selepas peristiwa Ghadir Khum:
Imam Ali a.s berkata:"Aku menyeru Demi Allah bagi setiap orang yang mendengar Rasulullah saaw bersabda di Hari al-Ghadir supaya berdiri dan mempersaksikan apa yang telah didengarinya. Dan tidak boleh berdiri melainkan orang yang melihatnya (Nabi saaw) dengan matanya dan mendengar dengan kedua telinganya." Maka tiga puluh sahabat berdiri termasuk dua belas orang yang telah mengambil bahagian di dalam peperangan Badr. Maka mereka telah menyaksikan bahawa beliau saaw telah memegang Ali dengan tangannya dan berkata kepada orang ramai: "Tidakkah anda mengetahui bahawa sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya. Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya."
(Ahmad b.Hanbal, al-Musnad , IV, hlm. 370; Burhan al-Din al-Halabi, Sirah al-Halabiah , Cairo 1340 H, III, hlm. 302; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 65 dan lain-lain)
Adalah diriwayatkan bahawa terdapat para sahabat seperti Anas b. Malik dan lain-lain yang enggan memberi penyaksian tersebut di mana `Ali a.s berkata kepadanya: Kenapa anda tidak berdiri bersama sahabat-sahabat Rasulullah (s.`a.w.) yang lain untuk memberi penyaksian kepada apa yang telah anda dengari daripadanya di hari itu?
Dia menjawab: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah tua dan pelupa pula. Lantas `Ali a.s berkata: Jika anda berbohong, nescaya Allah akan mengenakan anda dengan penyakit keputihan kulit yang tidak dapat ditutupi serban. Dia tetap dengan pendiriannya sehingga mukanya dihinggapi keputihan kanser. Selepas itu dia berkata: Aku ditimpa penyakit ini disebabkan berkat doa hamba yang soleh
(Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma`arif , Baghdad 1959, hlm. 251; Ibn `Asakir, Tarikh, Damascus ,1949, III, hlm. 150; Syaikh Muhammad al-Mar`i al-Amiri al-Antaki, Li madha akhtartu madhhab Ahl al-Bait AS?, Syria 1402 H, hlm. 81-82.)
Ahmad bin Hanbal di dalam al-Musnadnya telah mengambil sanadnya daripada al-Barra' bin 'Azib dia berkata: Kami bersama Rasulullah saaw di dalam satu perjalanan. Maka kamipun sampai di Ghadir Khum. Kami 'diseru' supaya melakukan solat secara berjamaah dan dibersihkan untuk Rasulullah saaw satu tempat di bawah dua pokok. Maka beliau mengerjakan solat Zuhr kemudian memegang tangan Ali a.s sambil bersabda: Tidakkah kalian mengetahui sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya! Beliau bersabda lagi: Tidakkah kalian mengetahui bahawa aku lebih aula daripada setiap mukmin daripada dirinya? Mereka menjawab: Ya! Maka beliau memegang tangan Ali a.s dan bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya...Maka Umar menemuinya selepas itu dan berkata: Tahniah kepada anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda adalah maula setiap mukmin dan mukminat (al-Musnad, IV, hlm. 382.)
Ibn Majah di dalam Sunannya, I, hlm. 55 -56; Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Aqd al-Farid, III, hlm. 38; Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa, hlm. 65 dan berkata al-Tirmidzi telah meriwayatkannya daripada Abu Sarihah atau Zaid bin Arqam daripada Nabi saaw beliau bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya...Dia juga meriwayatkan perkara yang sama di dalam Kunuz al-Haqa'iq di Hamish al-Jami' al-Saghir, II, hlm. 117. "Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya"
Di dalam Is'af al-Raghibin, Hamisy Nur al-Absar, hlm. 51; Al-Baghawi di dalam Masabih al-Sunnah, II, hlm. 220; Abu Nu'aim Al-Isfahani di dalam Hilyah al-Auliya, IV, hlm. 23; Nathr al-Li'ali, hlm. 166; Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 10; Syaraf al-Muabbah, III; Al-Khatib di dalam Tarikh Baghdad, VII, hlm. 377; Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul. Asbab al-Nuzul, hlm. 150; Muhammad bin Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul, hlm. 100; Fakhruddin, Mafatih al-GhaibXII, hlm. 50; Imam Al-Tha'labi di dalam Tafsirnya,Tafsir al-Tha'labi, III, hlm. 120.; Al-Suyuti al-Durr al-Manthur; Ibn Sibagh al-Maliki Fusul al-Muhimmah, hlm. 23; Ibn Kathir al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 208 dll
Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah berkata: "Abu Ja'far Muhammad bin Jarir al-Tabari pengarang al-Tafsir dan al-Tarikh telah mengumpulkan dua jilid riwayat dan lafaz-lafaznya. Begitu juga al-Hafiz Abu l-Qasim bin 'Asakir telah meriwayatkan hadis-hadis yang banyak di dalam khutbahnya."al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 208.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah telah menceritakan daripada Abu l-Ma'ali al-Jawaini yang dikenali dengan Imam al-Haramaini, guru kepada al-Ghazali, bahawa dia menjadi hairan dan berkata: "Aku melihat satu jilid buku mengenai hadis Ghadir Khum tertulis di atasnya jilid yang kedua puluh lapan. Ianya mengandungi berbagai riwayat tentang sabda Nabi saaw: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....dan ianya akan disusuli dengan jilid yang kedua puluh sembilan"Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 30.
UCAPAN TAHNIAH DARI PARA SAHABAT DAN UMMUL MUKMININ ATAS PERLANTIKAN IMAM ALI A.S SEBAGAI AMIRUL MUKMININ (pemimpin orang2 yg beriman)
Al-Tabari di dalam bukunya al-Wilayah telah meriwawatkan hadis dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam dan diakhirnya dia berkata: "Orang yang pertama berjabat tangan (salam) dengan Nabi saaw dan 'Ali ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Muhajirin, Ansar, dan lain-lain sehingga beliau mengerjakan solat Zuhr dan 'Asr berjama'ah di dalam satu masa dan berpanjangan sehingga beliau saaw mengerjakan solat al-'Isya'in (solat Maghrib dan Isyak) di dalam satu masa. Para sahabat meneruskan bai'ah dan bertepuk tangan tiga kali." ( Kitab al-Wilayah, hlm. 18 dan seterusnya. )
Al-Darruqutni menyatakan bahawa Ibn Hajr telah meriwayatkan daripadanya di dalam fasal kelima, bab pertama al-Sawa'iq al-Muhriqah bahawa Abu Bakar dan Umar manakala kedua-duanya mendengar hadis al-Ghadir, mereka berkata kepada Imam Ali a.s: "Andalah maula bagi setiap mukmin dan mukminah." Dikatakan kepada Umar: "Sesungguhnya anda melakukan sesuatu kepada 'Ali di mana anda tidak melakukannya kepada orang lain daripada sahabat-sahabat Rasulullah saaw. Dia menjawab: Sesungguhnya beliau adalah maulaku."
Kuand Amir di dalam Habib al-Siyar berkata: "Kemudian Amirul Mukminin Ali a.s duduk di khemah khas. Para sahabat Rasulullah saaw datang kepadanya dan mengucap tahniah kepadanya. Di antara mereka ialah Abu Bakar dan Umar. Umar berkata: 'Alangkah beruntungnya anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda telah menjadi maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminah!'. Kemudian Baginda saaw memerintahkan Ummahat al-Mukminin (para Isteri Nabi saaw) supaya datang kepada Ali a.s dan mengucap tahniah kepadanya. (Habib al-Siyar, III, hlm. 144. )
lain2 yg telah mencatatkan ucapan tahniah ini termasuklah:
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya,al-Musnad, IV, hlm. 281; al-Tabari di dalam Tafsirnya, Jami' li Ahkam al-Qur'an, III, hlm. 428; Ibn Mardawaih di dalam Tafsirnya,Tafsir al-Mardawaih, hlm. 58; al-Tha'labi, Tafsir al-Tha'labi, III, hlm. 428; al-Baihaqi di dalam al-Sunan I, hlm. 55-58; al-Khatib al-Baghdadi Tarikh al-Baghdad, VIII, hlm. 378; Ibnu al-Maqhazali, Manaqibnya, hlm.48-50. ; al-Ghazali di dalam Sirr al-'Alamain,hlm. 9; al-Syarastani di dalam al-Milal wa al-Nihal,hlm. 9-14; Abu l-Faraj Ibn al-Jauzi al-Hanbali dalam Manaqibnya hlm. 49.-60; Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib,III, hlm. 636; Muhibuddin al-Tabari di dalam Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 169; al-Hamawaini, al-Fara'id al-Simtin bab ketiga belas; al-Muqrizi di dalam al-Khutat, al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal, IV, hlm. 397; al-Samhudi di dalam Wafa' al-Wafa bi Akhbar Dar al-Mustafa II, hlm. 173.
dan lain-lain yang terdiri daripada ulama-ulama hadis, Tafsir, dan sejarah ASWJdi mana kami tidak dapat menyenaraikan kesemua nama-nama mereka di sini.