View: 2806|Reply: 0
|
AFA 2012 : Bersama Moe Moe Kyun Maid Cafe & Atelier Royale Butler Cafe
[Copy link]
|
|
PWTC KL. 2012, 9 Jun - Pernahkah anda merasa dilayan santai oleh gadis comel yang cantik memikat atau merasai layanan diRaja oleh pemuda yang tampan?. CARI.com telah berpeluang menemui para pelayan Moe Moe Kyun Maid Café dan Atelier Royale Butler Café dimana mereka dalah merupakan salah satu tarikan untuk Anime Festival Asia (AFA2012) yang pertama kalinya diadakan di Malaysia. Temubual exclusive bersama mereka ini diadakah di dalam Café mereka.
Baiklah mari kita mulakan dulu temubual CARI.com bersama Moe Moe Kyun Maid Café dahulu. Disebabkan kesibukan CARI.com cuma sempat menemubual dua daripada pelayan untuk café ini iaitu Kiyomi dan Mio. AFA 2012 kali ini adalah merupakan penampilan kali ke-2 buat Kiyomi yang berasal dari Singapura selepas bermula dari tahun lepas di Anime Festival Asia Singapore 2011 manakala bagi Mio yang berasal dari Sabah, Malaysia pula, ini adalah merupakan penampilan pertama beliau selepas terpilih tahun lepas menjadi salah seorang anggota Moe Moe Kyun Maid Café.
Menyentuh mengenai permulaan penglibatan mereka di Maid Café, walaupun mereka menyertai Maid café pada masa yang berlainan,tapi kedua-duanya melalui proses yang sama. Semuanya bermula apabila mereka terlihat iklan pencarian untuk menyertai sebahagian daripada Moe Moe Kyun Maid. Mereka mengambil kesempatan ini untuk dan menghantar permohonan masing masing. Seterusnya calon yang terpilih akan melalui proses temuduga sebelum diterima. Untuk menjadi seorang pelayan yang terlatih bukanlah proses yang mudah dan mereka perlu melalu proses latihan yang berterusan. Latihan yang diterima adalah berpandukan manual yang disediakan oleh pelayan yang terlatih demi memastikan semua calon memenuhi standard yg tinggi. Manual yang sama digunakan untuk melatih semua pelayan untuk memastikan para pelawat menerima layanan istimewa pada AFA kali ini seperti Moe Moe Kyun Maid Café pada AFA yang lepas.
Keistimewaan Moe Moe Kyun Maid Café ini adalah mereka bukan sahaja menghidangkan makanan tapi turut menunjukkan cara hidangan yang istimewa dan bermain dengan para pelanggan. Dalam temubual ini kelihatan Kiyomi yang banyak bercakap dari Mio yang kelihatan agak pendiam, Kiyomi juga sempat menunjukkan cara mereka menyapa pelanggan yang datang dan menghidangkan kek kepada pelanggan. Mereka berkata dengan menunjukkan personaliti yang ceria, pelanggan sudah pasti akan merasa gembira dan pada masa yang sama akan menjadiakn makan tersebut lebih sedap.
Di akhir sesi temubual, mereka berharap agar para pelanggan akan berpuas hati dengan layanan di Moe Moe Kyun Maid Café. Bagi Kiyomi , beliau cukup teruja dan tidak sabar untuk menghidangkan makanan kepada para pelanggan Moe Moe Kyun Maid Café dan berharap akan dapat mengembirakan hati semua pelanggan dan bagi Mio pula, disebabkan ini kali pertama, beliau agak gementar tapi tetap akan melakukan yang terbaik untuk menghiburkan pelanggan.
Di Moe Moe Kyun Maid Café, para pelanggan dapat menikmati makanan yang dihidangkan oleh gadis gadis comel yang menghiburkan, manakala di Atelier Royale Butler Café pula menawarkan pengalaman dilayan oleh pelayan lelaki yang penuh dengan protokol istana. Para pelanggan akan dilayan bagaikan puteri dan semua ini cuma anda boleh rasa dan alami bersama Atelier Royale Butler Café .
Untuk Anime Festival Asia Malaysia 2012, pelayan bagi Atelier Royale Butler Café adalah terdiri daripada 5 jejaka iaitu Hiroshi, Ren, Haru, Shin dan Kenta. Seperti juga AFA pada tahun lepas, Hiroshi, Ren dan Haru yang berasal dari Singapura berazam akan memberikan khidmat yang berbaik kepada pelanggan. Manakala bagi Shin dan Kenta dari Malaysia pula berkata ini adalah merupakan penampilan kali pertama mereka bersama AFA. Kedua-dua mereka ini juga dipilih melalui permohonan pada iklan pencarian ahli baru awal tahun ini.
Demi untuk menjadi seorang pelayan bagi Atelier Royale Butler Café, mereka juga telah melalui latihan dari segi penghidangan makanan serta bagaimana memberi layanan kepada pelanggan. Walaupun mereka semua memastikan semua pelanggan mendapatkan layanan yang sama, mereka tetap diberi kebebasan bagimana menghiburkan pelanggan menurut cara masing masing. Kesemua mereka mempunyai kelebihan tersendiri untuk memikat hati pelanggan. Ini membolehkan para pelanggan dapat mengalami layanan peribadi berdasarkan permintaan mereka bagi membuatkan pelanggan berasa seperti dihargai. Sebagai contoh Haru, dia lebih cenderung untuk membuat pelanggan untuk ketawa bagi menghiburkan mereka.
Kesemua ahli Atelier Royale Butler Café berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berharap agar para pelanggan berpuas hati terhadap layan mereka .
CARI.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dentsu Malaysia diatas peluang untuk bertemu mengenali secara dekat kesemua ahli Moe Moe Kyun Maid Café dan Atelier Royale Butler Café ini.
Selesai sahaja temubual kami bersama Moe Moe Kyun Maid Café dan Atelier Royale Butler Café, kami sempat meninjau disekitar kawasan Café yg terletak bersebelahan antara satu sama lain. Kelihatan sudah ramai peminat yang telah beratur di kedua-dua cafe berkenaan. CARI.com adalah merupakan media yang terakhir menemubual mereka, dan sebaik sahaja kami beredar, pintu cafe terus dibuka kepada pelanggan. Cafe yang dibuka pada pukul 10.00 pagi. Seperti yang telah diberitahu bahawa sebelum mereka memasuki cafe, mereka kena memilih dan membayar terus menu tersebut sebelum duduk di meja makan. Tujuan ini adalah untuk memastikan keadaan terkawal, pelanggan tidak akan lama menunggu dan makanan yang dipesan telah siap disediakan.
Artikel oleh: linOme
Editor oleh: isabel
Gambar oleh : isabel |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|