CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
123
Return to list New
Author: yoei

Benefits Kompeni Paling Best

[Copy link]
Post time 4-3-2013 09:18 AM | Show all posts
abby_R posted on 2-3-2013 12:33 AM
kampeni ape ni?..best jugak benefit dia ekk...
masyukkk

sila la PM aku. rahsia ni. tapi skrang sejak dah revise macam2 benfits, HR amik semua pekerja kontrak aje. nak permanent dah susah sikit
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:40 PM | Show all posts
Najib umum bonus tambahan untuk petugas PNB
March 18 2013 11:45 AM

SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lebih 200,000 kakitangan syarikat kumpulan Permodalan Nasional berhad (PNB) akan menerima bonus tambahan sebulan gaji bagi tahun 2012.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada bonus tahun lepas akan menyuntik semangat warga PNB untuk meneruskan pencapaian kumpulan itu selama 35 tahun.

"Saya berharap dengan imbuhan ini seluruh warga kerja akan bekerja lebih kuat lagi, lebih tekun dan lebih gigih lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun PNB ke-35, di sini, hari ini.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Selain pemberian bonus, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa seramai 2,434 anak kakitangan PNB berumur 23 tahun ke bawah dan masih belum bekerja akan menerima RM1,000 seorang dalam bentuk unit Amanah Saham 1Malaysia bagi tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:43 PM | Show all posts
(Bonus) Kakitangan Telekom Malaysia (TM) Terima RM 500!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian sagu hati ‘one-off’ kepada kakitangan Telekom Malaysia sebanyak RM500 setiap orang bagi menghargai sumbangan mereka terhadap syarikat telekomunikasi itu.

Katanya, pemberian yang dianggap sebagai “hadiah istimewa” kepada kakitangan tetap, kontrak atau yang dipinjamkan itu akan dibayar sebelum cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mac ini.Telekom Malaysia mempunyai kakitangan seramai lebih 26,000 ribu orang di seluruh negara.

“Saya mengumumkan atas penghargaan, bakti, sumbangan, komitmen dan kesetiaan warga Telekom Malaysia, maka pengurusan Telekom Malaysia setuju untuk menganugerahkan pada setiap pekerja tetap, kontrak atau leasing bayaran one-off RM500 seorang, sebagai hadiah istimewa.

“Ini adalah anugerah khas Telekom Malaysia dengan doa supaya sumbangan kita (dapat) terus kemakmuran negara kita,”kata Najib yang disambut sorak gemuruh oleh pekerja Telekom Malaysia di ibu negara petang ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Najib dalam satu majlis ramah mesra beliau dengan kakitangan TM di ibu pejabat syarikat di Kuala Lumpur hari ini.Semalam, beliau turut mengumumkan buah tangan kepada kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam bentuk bonus tambahan sebulan gaji bagi tahun 2012.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 05:08 AM GMT+8 , Processed in 1.865118 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list