CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 3245|Reply: 23

Sekadar bertanya...

[Copy link]
Post time 16-5-2012 09:18 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Lembaga at 16-5-2012 21:43

assalammualaikum..
1) Apakah hukumnya jika seorang isteri menjawab  kata- kata suami bagi mempertahankan maruah dirinya serta keluarga?

2) Apakah dibolehkan serang isteri itu mempertahankan dirinya dari dipukul oleh suami?
cth : kalau si suami menunjal kepala si isteri ke dinding, lalu si isteri menendang@memukul  si suami untuk mengelak dari kepala kena tunjal lagi..


sekadar bertanya...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 16-5-2012 09:28 PM | Show all posts
Reply 1# Lembaga


   1) Apakah hukumnya jika seorang isteri menjawab  kata- kata suami bagi mempertahankan maruah dirinya serta keluarga?

Boleh.Isteri mempunyai hak terutama dalam membabitkan maruah.




2) Apakah dibolehkan serang isteri itu mempertahankan dirinya dari dipukul oleh suami?
cth : kalau si suami menunjal kepala si isteri ke dinding, lalu si isteri menendang@memukul  si suami untuk mengelak kenapa tunjal lagi..


isteri boleh mempertahankan diri.Walaupun dalam Quran ada ayat mengharuskan suami pukul isteri namun Baginda saw tidak pernah memukul isteri.Jika Nabi saw tidak suka isterinya,Baginda saw menceraikan sahaja.


Setakat ni belum pernah bertemu hadis Nabi saw memukul isterinya...


Menurut  Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi, seorang suami harus berlaku sabar terhadap isterinya jika ada sesuatu pelayanan isteri yang kurang menyenangkan, sedang dia telah mengetahui kelemahan isterinya sebagai seorang perempuan di mana dia sebagai manusia biasa juga tidak luput dari kekurangan. Sedang di balik kesalahan dan kekurangan itu, isteri juga mempunyai kebaikan-kebaikan dan kelebihan-kelebihan.

Di dalam salah satu hadisnya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seorang mukmin (suami) tidak boleh membenci seorang mukminah (isteri), jika dia tidak menyukai lantaran sesuatu perangainya, maka dia akan senang pada perangainya yang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan pergaulilah isterimu dengan cara yang baik maka jika kamu tidak menyukainya barangkali sesuatu yang kamu tidak sukainya itu justeru Allah akan menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.” (Surah an-Nisaa, 19)





. Baginda SAW bersabda sebagai berikut, “Mengapa salah seorang di antara kamu suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal barangkali dia akan menyetubuhinya di hari lain?!” (Riwayat Ahmad, dan dalam Bukhari ada yang mirip dengan itu)

Terhadap orang yang suka memukul isterinya ini, Rasulullah SAW mengatakan, “Kamu tidak jumpai mereka itu sebagai orang yang baik di antara kamu.” (Hadis ini dalam Fathul Bari dihubungkan kepada Ahmad, Abu Daud dan Nasa'i dan disahkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim dari jalan Ayyas bin Abdillah bin Abi Dzubab)


Imam Nasa'i meriwayatkan dalam bab ini dari Aisyah r.a. sebagai berikut, “Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri maupun khadamnya sama sekali; dan baginda sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah) atau kerana larangan-larangan Allah dilanggar, maka Baginda menghukum kerana Allah.”




Kita boleh belajar daripada teladan rumahtangga Rasulullah SAW. Antaranya :

  • Nabi pernah jatuh tersungkur, ditolak isterinya. Isteri itu kemudiannya dimarahi ibunya (mertua Nabi), dengan dijawab Nabi, “Biarlah, dia akan berbuat lebih daripada itu.” Nabi tidak pula bertindak memukul isteri yang menolak Baginda hingga tersungkur.
  • Isteri Nabi pernah tepis pinggan madu yang menghantar makanan kepada Nabi, tapi Nabi tidak rotan tangan isteri yang menolak pinggan. Dendanya cuma menggantikan pinggan yang pecah.
  • Isteri-isteri Nabi pernah bertengkar (gaduh), berbalas-balas kata hingga keluar perkataan kotor, tapi Nabi tidak pula menampar muka isteri. Tidak pula Nabi tempelak isterinya sambil berkata, “Tak soleh guna perkataan kotor.”
  • Nabi pulang lewat dan pintu rumah berkunci dan Nabi tidur di luar rumah. Tidak pula Nabi menghempas-hempas pintu atau mengejutkan isteri supaya buka pintu.
  • Suatu hari Nabi tanya isteri, ada apa-apakah untuk dimakan pada hari itu, tetapi isterinya menjawab tiada apa-apa (untuk dimakan), lalu Nabi beritahu isteri yang baginda akan berpuasa saja. Tak adalah pula Nabi mengamuk-amuk marahkan isteri macam kes suami pukul isteri lambat masak mi maggi....
  • Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia.” “Aku tidak bertanyakan alasanmu,” sahut Nabi SAW. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
Wallahua'lam............
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:55 PM | Show all posts
baiknya rasulullah saw kat isteri dia... kalau suami zaman sekarang isteri buat camtu ..phewww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 09:45 AM | Show all posts
Adakah setiap perbuatan kita pada hari ini akan memberi kesan pada masa akan datang?
maksudnya pada anak- anak atau generasi akan datang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 09:47 AM | Show all posts
Adakah setiap perbuatan kita pada hari ini akan memberi kesan pada masa akan datang?
maksudnya pada ...
Lembaga Post at 17-5-2012 09:45



    yes...cara mak abah cakap to one another , cara depa 'bantering' , cara depa komunikasi sesama lain  yes definitely anak akan 'picl up' secara sedar dan bawah sedar tau...

nape ye  Puan,

you sounded macam ada something is not quite right with you ?
am I right ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 09:58 AM | Show all posts
yes...cara mak abah cakap to one another , cara depa 'bantering' , cara depa komunikasi se ...
mbhcsf Post at 17-5-2012 09:47



itu asas paling penting yg sy belajar sepanjang sy hidup..

tapi bukan itu maksud sy :

cth : seorang lelaki pernah mempermainkan seorang perempuan.. kelak apabila lelaki itu berkahwin..
       dan mempunyai anak.. anak itu akan menerima nasib yg sama.. cth paling sennag yg sy boleh fikirkan...

itu soalan mbhcsf
you sounded macam ada something is not quite right with you ?
am I right ?

... itu jer sy mampu nyatakan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 10:13 AM | Show all posts
itu asas paling penting yg sy belajar sepanjang sy hidup..

tapi bukan itu maksud sy :

ct ...
Lembaga Post at 17-5-2012 09:58



    oh well...oh ini sama laa org cakap : kalau  A buat kat anak orang macam ni so next time akan ada orang buat anak A macam tu


  well i dunno mealinkan ada hadith dan quran cakap yg Allah balas org macam tu

tapi saya lebih suka melihat sesuatu dalam perspektif / sudut pandangan yg lebih positif like

apa apa dalam hidup ni ujian ...kalau anak A dapat lelaki yg permainkan dia well..itu ujian bukan sebab dia kena tanggung balasan bapak dia buat kat someone ages ago sebab?
saya percaya ALLAH itu MAHA ADIL dan PENYAYANg dan APA APA yg berlaku dalam pengetahuan-Nya

malas lah you know dok latching on why am i having thsi and that sebab we can never know the exact answer just that kita apa apa pun bersyukur

ada brother cakap kat saya apa apa pun alhamdulillah ...which is deep down i realised at cognitive and emotional level , is the truth
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 10:20 AM | Show all posts
oh well...oh ini sama laa org cakap : kalau  A buat kat anak orang macam ni so next time a ...
mbhcsf Post at 17-5-2012 10:13



    thanks kak atas penerangan walaupun sy terpaksa membuka kamus english...
saya bertanya sebab org selalu kata kalau kita buat jahat dgn org pada hari ini..
tak mustahil satu hari nanti anak kita yg akan tanggung balasannya...

sy pun percaya ALLAH itu maha adil dan penyayang...

dan kadangkala org selalu bercakap kalau hari ini kita buat dosa mcm nie..
tak mustahil anak kita pun akan buat dosa yg sama..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 17-5-2012 10:28 AM | Show all posts
thanks kak atas penerangan walaupun sy terpaksa membuka kamus english...
saya bertanya se ...
Lembaga Post at 17-5-2012 10:20



    taubat jelah ...insya ALLAH...Allah kan banyak bagi peluang so tak payah fikir apa yg Allah nak balas aku ...just ingat apa apa pun ujian laaa....dah nama hamba kan ....hmm.....

you jgn panggil i akak  heheheh orthodox hahahahah


tapi , kalau ambik citer Nabi Ibrahim well...bapak pembuat berhala tapi anak wow man rasul dan bijak comel pulak waktu kecil sebab dah boleh fikir soal abtract macam ketuhanan waktu umuq 5 years , kan?

so ...u know...ingat yg terbaik kat ALLAH je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 10:37 AM | Show all posts
taubat jelah ...insya ALLAH...Allah kan banyak bagi peluang so tak payah fikir apa yg Alla ...
mbhcsf Post at 17-5-2012 10:28


sorrylah kalau tak suka.. sebab sy dh terbiasa panggei org yg lebih tua "kakak" ..
yg muda pun sometime sy panggei juga kaka

rasanya kalau benda tu sesenang yg disangka... alhamdulillah..
tapi entahlah ujian hidup seseorang itu berbeza kan... kdgkala tak terjangkau akal...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 10:43 AM | Show all posts
sorrylah kalau tak suka.. sebab sy dh terbiasa panggei org yg lebih tua "kakak" ..
yg muda pun ...
Lembaga Post at 17-5-2012 10:37



    well u cakap ujian hidup , eh? hehehehehehehehehe well.....well.............................


   well...do not worry apa apa pun I and you ada ALLAH , kan?  that 's enough.


kan? apa apa pun syukur alhamdulillah ....  dan doa la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 10:58 AM | Show all posts
Reply 11# mbhcsf


    sekadar bertanya...sebab sedia maklum kite ni cetek ilmu agama...
bila org tua kata jgn wat jahat nanti anak kite yg terkena balasan...
takut gak..

jgn sangka apa2 yer kak...
lgpn sy baru bertatih nak belajar agama
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:38 AM | Show all posts
Reply 1# Lembaga


   salam
hang suka baca buku tak
cuba baca bab Asiah tu, alllaaaaa bini nya firaun tu
yeeeee, firaun yg bengis cam rimau tuuuu
yg mengaku tuhan tuuuu

tapikan bininya si Asiah tu
adalah salah seorang dr yg dirindui dek syurga
eeemmmmmmpphhh syok tauuuuuu
dapat kawan cam asiah tuuuu
atau jadi lakinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 02:41 PM | Show all posts
Reply 13# orangbesi

mestilah pernah baca.. Asiah... kisah isteri firaun yg dijanjikan syurga oleh ALLAH..
doa2 kanlah untuk sy....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 05:38 PM | Show all posts
pergi je Pej Agama.
geram lak sy dgr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 05:50 PM | Show all posts
Reply 15# mix_chinese

jgnlh emosi sgt..
takder per...
kan dh tulis tajuk
" sekadar bertanya"
xder per per pun...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
 Author| Post time 18-5-2012 11:14 PM | Show all posts
Reply 13# orangbesi


Siti Asiah isteri kepada Firaun yang terkenal kerana derhakakan Allah. Siti Asiah berbuat  baik kepada Firaun bukan kerana mengharapkan balasan Firaun tetapi hanya semata-mata taatkan perintah Allah yang menyuruh seorang isteri taatkan suaminya walaupun suaminya seorang penderhaka. Hanya apabila menyentuh soal akidah, Siti Asiah bangun melawan dan akhirnya terbunuh sebagai syuhadak. serba sedikit kisah siti asiah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 01:36 AM | Show all posts
Reply 12# Lembaga


   err cuba jugak nak menjawab walaupun tak berapa paham apa masalahnya.. bagi saya, kalau kita sebagai ibu/bapa pernah membuat apa2 kesilapan, yg penting kena la bertaubat..  dan sebagai ibu, berdoa la banyak2 pada Allah semoga anak kita dilindungi Allah dari perkara2 yg tidak baik.. doa ibu kan makbul.. kalau berlaku juga sesuatu yg kurang baik dikemudian hari, redha lah.. sebab mungkin itu untuk kebaikan dia juga, Allah Maha Mengetahui.. berserah lah padaNya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 09:30 AM | Show all posts
Reply 16# Lembaga

hahaha. tak emosi. geram
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 10:28 AM | Show all posts
Reply 14# Lembaga


   kannnnn  dah terbuka..............
yg tertutup n terhijab
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

15-8-2022 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.225836 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list