|
|
Post Last Edit by daiman at 8-5-2012 11:17
Membaca beberapa keterangan Jimmy Shanley semasa perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah semalam di akhbar Sinar Harian mengenai kemelut rumahtangganya bersama Nursuhaila Eliani Suhaimy benar-benar mengejutkan kami.
Sehingga kini, beberapa punca utama telah didedahkan sendiri oleh Jimmy Shanley mengenai sikap isterinya, Nursuhaila. Antaranya ialah Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari dan bercuti di China tanpa izinnya.
Perkara yang paling mengejutkan ialah pada 24 Januari 2011, Nursuhaila telah menghantar mesej (SMS) kepada Jimmy Shanley dan mengugut untuk menggugurkan kandungannya walaupun ia adalah zuriat Jimmy Shanley selepas mengaku bahawa anak yang dikandungnya adalah anak luar nikah.
Antara kandungan mesej yang telah dihantar oleh Nursuhaila kepada Jimmy ialah, “Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.”
Jimmy kemudiannya membalas mesej tersebut dan bertanya anak siapakah yang Nursuhaila kandungkan, namun dijawab, “Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah.”
Menurut laporan Sinar Harian lagi, Jimmy Shanley mengaku pernah menghantar SMS dan merayu kepada isterinya, Nursuhaila agar berubah dan meminta ampun pada ibu-bapanya.
kalau dah ada thread ni humban kan aje ok |
|