CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: InspekterZ

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi (Update 13-6-2012 00:04)

[Copy link]
Post time 13-6-2012 12:36 PM | Show all posts
Reply 152# ariapersanta


teringat pulak watak Laksamana Sunan dlm citer RAM....die pun berilmu kesufian. mungkin kisah Sunan Kalijaga ni sumber rujukan RAM kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 01:55 PM | Show all posts
laksamana sunan la pulak hehehee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 09:15 PM | Show all posts
Reply  ariapersanta


teringat pulak watak Laksamana Sunan dlm citer RAM....die pun berilmu kesufian. mungkin kisah Sunan Kalijaga ni sumber rujukan RAM kot....edoraixora Post at 13-6-2012 12:36



    tak faham, RAM tu apa ya? laksamana sunan tu siapa pula ye?

dvd ram saya tau lah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 09:41 PM | Show all posts
tak faham, RAM tu apa ya? laksamana sunan tu siapa pula ye?

dvd ram saya tau lah.
InspekterZ Post at 13-6-2012 21:15


Ramli Awang Murshid - RAM.. laksamana sunan watak dlm novel dia.. trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta..

sorry, me pong xde baca.. just come across the topic b4, kat mana ntah... lupa dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 09:50 PM | Show all posts
Ramli Awang Murshid - RAM.. laksamana sunan watak dlm novel dia.. trilogi Bagaikan Puteri, Cinta ...
halimi78 Post at 13-6-2012 21:41



    owh. begitu. mungkin saya agak kurang bacaan cerita seperti ini. terima kasih saudara halimi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:02 PM | Show all posts
wife saya fanatik cte2 macam tu,
tapi ramlee awang murshid ni banyak buat kajian dalam novel dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2012 09:56 AM | Show all posts
Reply 164# halimi78


    terima kasih halimi tolg jawabkannn...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 10:01 AM | Show all posts
Reply 165# InspekterZ


trilogi novel seperti yg disebutkan halimi tu sedikt sebanyak mendedahkan saya tentang ilmu kesufian...memang menarik novelnye. orang biase mungkin akan doubt tentang kelogikan ceritanya, tapi bagi saya x mustahil berlaku, semuanya dlm kekuasaan Allah SWT...


kalo tuan habib ade mase cube la bace....
memule adik saya bace, die cakap bosan tapi saya soh die habiskan jugak bace...at last die mengaku tentang ke'best'an citer tu & terkesan terus dgn watak laksamana sunan tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2012 10:03 AM | Show all posts
Reply 166# ariapersanta


satu perkara yg saya suka ngan novel Ramlee Awang Mursyid ni...novel2 die bukan sekadar fantasi semata2, tapi ade ilmu & pengajaran yg cube disampaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 10:50 AM | Show all posts
Laksamana sunan tu perfect sangat,
typical hero la,
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 10:52 AM | Show all posts
wali songo ni walaupon dah meninggal ratusan tahun...tapi ruh mereka ni masih leh berkomunikasi dgn manusia alam nyata...terutama sekali dengan keturunan mereka...........waAllahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:16 AM | Show all posts
Reply 171# kerisnaga


yang ni memang menjadi tanda tanye pada saye sejak dari dulu....
ade sesaper boleh bagi pencerahan????
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:37 AM | Show all posts
Reply 172# edoraixora


Saya pernah di beritahu oleh kawan yg moyang dia sunan bonang.....semasa dia melawat makam sunan bonang kat Tuban...dia cakap Sunan Bonang memang tengah tunggu dia......sebenarnye..Sunan Bonang ni tak berape gemar org g lawat makam dia....mungkin ramai yg pegi ni ada wat unsur2 pemujaan....tapi di beritau kepada kawan saya ni..kalo ada rezeki...disuruh wat pagar tinggi sekitar makam dia supaya org tak leh senang2 masuk lagik......  waAllahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:45 AM | Show all posts
Reply 173# kerisnaga


tu la...bebetul ke roh dia yg bercakap atopun bisikan2 syaitan@jin jer???
saya sendiri penah mengalami depan mata, tapi x tau nk percaya atau tidak...sbb takut boleh menyebabkan akidah terpesong lak nnti
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 12:01 PM | Show all posts
Reply 174# edoraixora


WaAllahualam...saya tak pasti...tapi kalo bisikan syaitan @ jin...takkan nak  wat pagar suruh org jgn dtg makam dia....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 07:16 PM | Show all posts
Reply 159# InspekterZ

kisah yang menarik, tapi sedikit kurang faham kerana berbunyi indonesia... biler lagi tuan nak update lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2012 11:35 PM | Show all posts
wife saya fanatik cte2 macam tu,
tapi ramlee awang murshid ni banyak buat kajian dalam novel dia
ariapersanta Post at 13-6-2012 22:02



    orang berilmu memang semacam itu
suka mengkaji, mengaji dan merenung kebesaran Allah.

dari sipnosis yang saya baca, ramai wanita menggilai jejaka seperti laksamana sunan.
salah seorangnya tuan ariapersanta lah.

memang manusia ini lemahnya dua macam saja. cinta dan harta.

jika kita berjaya melucutkan sebarang kehendak keduanya secara minima,
insyaallah akan ada ganjaran yang lebih besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 11:56 PM | Show all posts
Reply  ariapersanta


satu perkara yg saya suka ngan novel Ramlee Awang Mursyid ni...novel2 die  ...
edoraixora Post at 14-6-2012 10:03



    ilmu dan pengajaran.

suatu kejadian atau pengalaman akan mematangkan dan menajamkan minda kita jika kita merenung dari sudut yang lebih halus.

ini terpulang kepada individu. sedalam mana ia dapat mentafsirkan ilmu yang hendak disampaikan.

kadangkala kita hanya faham sekadar tingkat akal kita. tetapi bagi yang merasai sendiri,ianya lebih menangkap makna asal yang hendak disampaikan.

pembacaan adalah bagus untuk menajamkan minda kerana ianya mentafsirkan dengan sendirinya kelogikan itu padahal ianya adalah alam separa sedar yang wujud tanpa kita sedar.

seperti juga kita membaca dan memahamkan ayat ayat Allah swt didalam Al Quran.

seperti juga kita membaca dan mendengar cerita cerita tentang Rasulullah SAW.

tidakkah anda membayangkan betapa Rasulullah saw adalah jejaka idaman setiap wanita pada zaman beliau?

saya sendiri jatuh cinta dengan beliau, apatah lagi gadis.

kelembutan dan keramahannya amat menyentuh hati.

tidak hairanlah saydina umar yang bengis juga tunduk pada beliau SAW.

Inilah yang ingin diterapkan penulis (RAM). Menjiwai seorang yang tinggi keperibadiannya.

mendalami agama secara lemah lembut dan bersederhana.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 12:06 AM | Show all posts
Reply 173# kerisnaga


Betulah tu wali mana suka orang gi puja2 kubur dia hatta Nabi sekalipun tak suka orang gi puja sepertimana orang yahudi dan nasoro menjadikan kuburan ahli ibadah mereka sebagai sembahan. Lihatlah sebahagian orang2 disana duk melawat makam, duduk bersila, bersemedi depan kubur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2012 12:44 AM | Show all posts
wali songo ni walaupon dah meninggal ratusan tahun...tapi ruh mereka ni masih leh berkomunikasi dgn manusia alam nyata...terutama sekali dengan keturunan mereka...........waAllahualam....
kerisnaga Post at 14-6-2012 10:52



    Itu bukan hal yang mustahil.
Kadang kala, seorang murid juga boleh menemui gurunya (yang mursyid).

Banyak guru yang telah pon bertemu dengan Rasulullah SAW.

Sejauh mana kebenarannya? Cuba lihat amalan guru tersebut.

Dari amalannya, bagi orang yang kasyaf, ada bezanya dari amalan orang biasa.

Bertemu dengan para wali Allah juga adalah tidak mustahil terjadi dan ianya benar.

Ada syarat dan garis panduan yang kita belum capai. Atau mungkin kita bukan yang terpilih menemui khalifah pilihan Allah ini.

Semuanya mesti ada sebab musabab pertemuan. Mereka tidak mungkin melakukan atau berbicara hal yang sia sia. Kerana mereka tidak boleh mengatakan hal yang sia sia. Ada rahsia didalam pertemuan itu yang kita tidak diberitakan.

Jadi, saya simpulkan disini, bagi mereka yang 'celik' matahatinya adalah rahsia Allah SWT. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah,“Katakan, ‘Ruh itu termasuk urusanKu.”‘(QS. Al Isra: 85).

Manakala Allah swt beri anugerah dan kelebihan kepada siapa yang dikehendakiNya.
Firmannya, “Dan barangsiapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah, maka ia tidak mempunyai cahaya [sedikitpun].” (QS. Al Nur: 40).

Dan insan yang menuju jalan kebenaran itu akan diberikan cahaya didepannya agar memimpin sentiasa ke jalan kebenaran selagi ia istiqomah zikrullah dihatinya. maka terhidup segala pancaindera batin.

Rasulullah saw. bersabda:
“Tidaklah seorang hamba kecuali, hatinya memiliki dua mata.”

Anugerah Allah swt tidak boleh kita minta. Amalan pengisian ruh seperti berzikir, tidak patut ada minta meminta. Ini yang paling ditakuti oleh hati2 yang taqwa. mereka mengawal percakapan hati agar tidak meminta2 dengan Allah swt melainkan hal berkaitan minta dicekalkan hati agar sentiasa berzikir mengingati Allah swt dan RasulNya SAW.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.066434 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list