CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: InspekterZ

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi (Update 13-6-2012 00:04)

[Copy link]
 Author| Post time 11-5-2012 11:50 PM | Show all posts
Kisah Habib Al Ajami.

Bekerja dengan ''Dermawan''.

Kisah ini adalah setelah Habib bertaubat dan memberi segala hartanya kepada orang ramai yang datang setelah dijemputnya. Hinggakan pakaian yang menutupi dadanya juga diberi kepada orang yang datang meminta kepadanya. Jadilah ia seorang yang miskin.


Setelah itu ia menyepi di tepi Sungai Eufrat. Di sana ia menyerahkan diri sepenuhnya untuk menyembah Allah. Setiap hari, siang dan malam, ia belajar di bawah bimbingan Hasan Basri, tapi ia tidak boleh mempelajari Al-Qur'an. Oleh itu ia digelar Barbar.


Seiring dengan perjalanan waktu, ia pun menjadi orang yang sangat miskin. Isterinya meminta untuk memberi nafkah sehari-hari. Maka ia pun ke luar rumah menuju tepi Sungai Eufrat untuk beribadah.

Ketika malam tiba, ia kembali ke rumah.

"Suamiku, di mana engkau bekerja, mengapa tidak membawa pulang apa-apa? "Tanya isterinya.

"Aku bekerja pada seseorang yang sangat dermawan," jawab Habib, "Oleh kerana terlalu dermawannya ia, aku sampai malu untuk meminta sesuatu kepadanya. Bila telah tiba masa yang sesuai, ia akan memberi. Ia berkata, setiap sepuluh hari, aku membayar upah. "


Begitulah, setiap hari Habib pergi ke tepi Sungai Eufrat dan beribadah di sana, hingga sepuluh hari. Pada hari ke sepuluh, di waktu zuhur, terdetik fikiran di benaknya,

"Apa yang boleh aku bawa pulang malam ini, dan apa yang akan aku katakan pada isteriku?" Ia merenungkan hal ini dalam-dalam.


Seketika, Allah yang Maha Kuasa mengutus beberapa orang kuli ke rumah Habib dengan membawa tepung, daging domba, minyak, madu, rempah-rempah, dan barang dapur. Kuli-kuli tersebut meletakkan barang-barang itu di depan rumah Habib.

Seorang anak muda yang tampan menyertai mereka dengan membawa sebanyak tiga ratus dirham. Anak muda itu mengetuk pintu rumah Habib.


"Apa keperluan anda?" Tanya isteri Habib sambil membuka pintu.

"Tuanku telah menghantar semua ini," jawab anak muda itu.

"katakan juga pada Habib, bila kau tingkatkan usahamu, nescaya akan kami tingkatkan upahnya."

Setelah mengatakan hal itu, ia pun pergi.

Di kegelapan malam, Habib melangkah pulang dengan perasaan malu dan sedih. Ketika ia semakin mendekati rumahnya ia mencium aroma roti dan masakan. Isterinya berlari menyambutnya, membersihkan wajahnya, dan berlaku sangat lembut padanya.

"Suamiku," katanya. "Tuanmu itu sangat baik, dermawan serta penuh cinta dan kebaikan. Lihatlah apa yang telah ia kirimkan melalui seorang anak muda yang tampan, dan anak muda berkata lagi,

"Jika Habib pulang, katakan padanya,"Bila kau tingkatkan usahamu, nescaya Kami akan tingkatkan upahmu."

Tamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2012 05:51 PM | Show all posts
Keseluruhan penulisan ini akan memperbincangkan tentang Teknologi Membina Insan seperti mana yang telah terkalam didalam Kitab Duril Mazlum yang telah dilenyapkan oleh penjajah dan kini berada di Muzium Lisbon dan Eropah. (Rujukan : Kitab Sejarah Melayu). Hasil Rahsia Kitab tersebut telah melahirkan kecemerlangan dan kegemilangan insan di zaman Madinah & Melaka.

Bagaimana Ianya telah hilang, lenyap dari diri dan masyarakat kita yang dulunya begitu hebat?Apa yang hebat? Dimana ilmu nya? Mana "KUNCI" nya?

Memang sukar untuk membina satu kegemilangan Ummah? Namun pasti lebih sukar untuk mengekalkan kecemerlangan yang telah dibina. Apatah lagi untuk mengembalikan kecemerlangan dan kebenaran yang telah lenyap?

Sejarah perang salib yang tidak pernah dimenangi oleh musuh menyebabkan mereka tidak henti dan jemu mengkaji bagaimana untuk menghancurkan Islam. Akhirnya, mereka menemui jawapan dan menjalankan satu konspirasi besar untuk menjatuhkan Ketuanan Melayu, itu pun kerana Raja Melayu sendiri sudah Lupa diri, asyik dan mabuk dengan Kemegahan yang dimiliki, sibuk dengan Kuasa dan bertuhankan HAWA NAFSU. Semua wanita nak dijadikan bini?

Pemerintahan dan Orang-orang besar istana pun ikut sibuk dengan bertuhankan hawa nafsu,gaji, elaun, harta, wanita, kereta baru, langsir, banglo-besar, saham, projek kerajaan, saling bercakaran kerana bisnes anak menantu, itu sebab lah musuh dengan mudah menjalankan tugas dan misi mereka, apa yang mereka telah lakukan? Mereka menghapuskan kitab yang berkaitan dengan ilmu mengenal diri.

Hapuskan segala kitab pati rahsia termasuk ilmu tajul muluk, ilmu yang berkaitan dengan ilmu kasyaf, ilmu rasa hati, ilmu nafas, ilmu firasat.dll. kerana itu ilmu tersebut sukar ditemui.

Hilangkan yakin manusia pada ilmu-ilmu tersebut dan wujudkan ilmu akal dan teknologi yang menghapuskan keyakinan mereka pada ilmu asal yang dibawa oleh Nabi dan Wali Allah.

Hilang kan segala bukti agar kita tidak kembali mencari ilmu tersebut kerana sekiranya kita kembali mengamal kan nya mereka bakal tewas dan tidak akan mampu mengatasi kita.

Hapuskan dan bunuh orang-orang yang pakar tentang ilmu tersebut. Agar yang tinggal hanya ilmu syariat sahaja.

Dalam tempoh penjajahan, hanya bersekongkol dan lantik orang-orang tidak bermaruah, boleh disogok dengan wang ringgit dan sanggup menjual maruah diri, bangsa dan ugama kerana tamak haloba dan gila pangkat. sanggup menjadi tali-barut dan anjing suruhan mereka.

Hanya melantik dan bekerjasama dengan orang yang sanggup mengikut telunjuk penjajah agar mereka dapat mengangkut hasil mahsul negara, dan tinggalkan sistem perlembagaan yang bakal memerangkap diri kita agar menjadi semakin tertekan dan buntu.Sediakan sistem pendidikan yang konon nya canggih agar kita tidak kembali mencari sistem asal sepertimana yang telah berjaya dijalankan oleh Penguasa Madinah dan Melaka.

Faktor diatas tidak kita sedari secara langsung atau tidak langsung. Hanya kesan nya satu persatu kita lihat berlaku pada hari ini? Itulah sebab nya semakin hari manusia kian hilang ketenangan dan kebahagiaan. Masalah dadah. sosial dan segala gejala negatif, masalah penyakit berjangkit yang semakin kompleks dan menular, malapetaka, gempa bumi, rompakan, pembunuhan, turun salji kat tempat yang tak sepatutnya, panas melampau, puting beliung, ribut taufan dan berbagai lagi senario sepertimana berlakunya pada zaman jahiliyah sebelum datang nya Nabi Muhammad s.a.w. dulu.

Tidak kah kita lihat bahawa pada hari ini yang di katakan zaman moden dan tinggi teknologi sains nya, semakin banyak doktor pakar, semakin kronik pula penyakitnya, semakin banyak pusat pengajian tinggi dan graduan, sebaliknya rendah pula nilai diri dan kemanusiaan nya? Zaman Nabi s.a.w. takda pulak banyak kitab dan Universiti, Nabi pun tak tau membaca dan menulis tapi boleh ubah semua umat manusia?

Lalu, bagaimanakah kita untuk kembali mendapat restu, pimpinan, petunjuk, kerahmatan, keredhaan, kasih sayang dan perlindungan Allah?


Sumber: Mengenal Diri
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 05:56 PM | Show all posts
Perbezaan ilmu tenaga Dalam & ilmu tenaga Rohani



Ilmu tenaga Dalam adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda.Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak. Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi. (Mungkin ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)


Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan. Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik.Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.

Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya.Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani tetapi kepada membina tenaga dalam semata-mata.Inilah yang disabdakan Nabi saw:

”Bermula amal itu dengan niat.”

Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.

Berlainan dengan tenaga rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi. Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui. Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.

Firman Allah swt:

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)

Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi:

“Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya.”

Tenaga Rohani dan latihan

“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.:(Hadith)

Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya. Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat bahagian:

:- Mengenal secara Taqlid –:- Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.

:-Mengenal secara Ilmu Yakin -Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin. Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.

:- Mengenal secara Ainul Yakin-Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati. Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)

:- Mengenal secara Haqqul Yakin-Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa. Inilah iman yang haq, yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.

Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Allah sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Allah di mana sahaja kita berada, Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada. Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah. Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja. Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka. Na’uzubiLahi min dzalik.

Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.

“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.”
(Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 05:58 PM | Show all posts
Bagaimana mengembalikan potensi Ruh?

Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya. Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini. Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi.

Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh Jin dan Syaithan, sebagaimana mereka yang mengikuti thaghut dan sebagainya. Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan rohani mereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani orang Islam tiada batasannya. Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur. Hal ini disebutkan dalm Al-Qur;an:

Firman Allah swt:
“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra:81)

Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang mukmin yang memiliki kekuatan kerohanian. Hal ini dapat kita lihat berlaku kepada pendakwah-pendakwah Islam, misalnya di alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapat menundukkan kehebatan ilmu dari ketua-ketua agama luar dari Islam sehingga ramai di antara mereka memeluk Islam. Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada Jin dan Syaitan sedangkan ilmu kerohanian Islam bersandarkan kepada Allah swt.

Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kehebatan yang berbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan. Mereka berpegang dengan kalimah ”Ilaahi anta maqsudi, wa ridha kamatluubi” yang bermaksud, ”Hanyalah pada Mu Tuhan yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari”

Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk duniawi yang akan hancur. Malah ilmu itu tidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam menghadapi sakaratul maut, ketika di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat. Mereka beramal semata-semata untuk menuju pembinaan iman kerana bagi mereka, sesiapa yang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala ilmu dan kelebihan dunia dan akhirat diperolehi dengan mudah.

Zikir sebagai sumber kekuatan

Firman Allah swt:
“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)

Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh, emosi (nafsu), akal dan jasad. Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah. Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal.Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku. Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut pada Allah. Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt. Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.

Firman Allah:
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan. Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya. Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya. Apabila ada kesusahan, baru manusia teringat padaNya, merayu-rayu padanya, Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.

Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh, bukannya akal atau emosi. Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah begitu mendalam.

Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan Tuhannya. Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya. Mereka mesra rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.

Firman Allah swt: “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)…. (Al-Baqarah:152)

Allah memberi jaminan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan. Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah. semakin tinggi ubudiyyah, semakin tawadhuk dan semakin kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana), maka semakin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya. Ia selari dengan perinsip sains bahwa semakin kecil sesuatu atom itu , maka semakin hebat tenaga dan kuasanya.

Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut. Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya. Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah). Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif. Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia. Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit. Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura. Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif. semakin kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semakin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.

Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat berulangkali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti panas atau pedih. Ia selari denga hukum fizik yang menyatakan bahwa melakukan gerakan atau geseran pada tempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga yang diperolehi itu diqasadkannya untuk penyucian ammarahnya. Seseorang ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi. Sains mengatakan semakin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang berhasil amatlah laju.Justeru, semakin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju. Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan batin.

Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

Firman Allah swt:
“Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.”(An-Nisa:103)

“Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa hormat dan takut (serta harap akan kurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi dan petang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai”.(al-A’raf:205)

Semuga mendapat manfaat, wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 11:36 PM | Show all posts

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi

Alhamdulillah...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 07:55 AM | Show all posts

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi

Reply 104# acescripters


    Syukur. Alhamdulillah. sungguh padat dan jelas. terima kasih saudara acescripters.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2012 04:28 PM | Show all posts


Ada seorang pemuda bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah SAW. Beliau yang berkulit kemerah-merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut. Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul.


Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepadanya untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal kebanyakan orang, ia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata: “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”.

pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatannya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika dia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.

Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 04:28 PM | Show all posts
Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi SAW dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Akhirnya, dia terpaksa memohon keizinan Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.

Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah dia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sibuk mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju ke kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar dan Sayyidina Ali mendatangi mereka dan bertanya apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 04:29 PM | Show all posts
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. "Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu." Ujar lelaki tersebut

“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di atas kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorangpun yang
tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

“Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.) Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 05:34 PM | Show all posts

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi

Reply 109# acescripters


    Ya Allah..... betapa zuhudnya insan ini. demi Allah aku akan berusaha menemuinya kerana Rasulullah saw turut memerintahkan sahabat bertemunya.

beruntunglah orang yang mengenali beliau.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 11:40 PM | Show all posts
Nasihat Seekor Anjing


Suatu hari, Abu Yazid sedang berjalan ketika seekor anjing berlari di sampingnya, Abu Yazid serta merta mengangkat jubahnya. Melihat hal itu, si anjing berkata, "Jika aku kering, aku tidak merugikan. Jika aku basah, tujuh air dan tanah akan mendamaikan kita. Namun jika engkau mengangkat jubahmu seperti orang yang seakan suci dan munafik, engkau tidak akan pernah menjadi bersih, tidak akan pernah, walaupun engkau mandi di tujuh lautan. "

Abu Yazid berkata pula, "Engkau tidak suci di luar, sedangkan aku tidak suci di dalam. Mari kita bekerja sama. Semoga usaha bersama kita berdua menjadikan kita berdua suci. "

"Engkau tidak patut menjadi temanku dan berkelana bersamaku," jawab anjing itu.

"Kerana aku ditolak oleh seluruh manusia, sedangkan engkau diterima di kalangan manusia. Setiap orang yang berselisih denganku akan membaling batu ke arahku, mereka itulah yang menggelarkanmu Raja Para Sufi. Aku tidak pernah menyimpan sepotong tulang pun untuk esok hari, sedangkan engkau menimbun setong penuh gandum untuk esok hari. "

"Aku tidak patut untuk berjalan bersama seekor anjing," ujar Abu Yazid.

"Lalu bagaimana mungkin aku berjalan bersama Sang Abadi dan Kekal? Kemuliaan atas Allah, yang mendidik makhluk terbaik dengan perantara makhluk terburuk "

Abu Yazid meneruskan, "Kesedihan meliputiku, dan aku kehilangan harapan untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Aku berkata pada diriku sendiri, 'Aku akan pergi ke pasar dan membeli sebuah korset (biasa dipakai oleh orang-orang non-Muslim), dan akanku ikat pinggangku dengannya, agar reputasiku pudar di mata manusia.' Maka aku pun pergi mencari korset. Aku melihat sebuah kedai yang menjual korset.

Aku berkata dalam hati, 'tentu harga korset ini satu dirham.'

Lalu aku berkata, 'Berapa harga korset ini?'

'Seribu dinar,' kata si penjual.

Aku menundukkan kepalaku. Lalu aku mendengar suara dari langit mengatakan "Tidakkah engkau sedar bahawa mereka tidak akan menjual korset untuk mengikat punggang orang sepertimu dengan harga kurang dari seribu dinar? '

Hatiku gembira mendengarnya, kerana akhirnya aku menyedari bahawa Allah mengasihi hamba-Nya. "
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 11:58 PM | Show all posts
Kisah Abil Qosim Junaid Al Baghdadi


Menjaga Fikiran

Seorang laki-laki bangkit dan mula mengemis di majlis junaid. "Lelaki itu benar-benar sihat," pikir junaid. "Sebenarnya ia mampu bekerja untuk memenuhi keperluan hidupnya. Namun mengapa ia mengemis, dan menghinakan dirinya sendiri? "

Malam itu, junaid bermimpi hidangan yang tertutup disogokkan di hadapannya.

"Makanlah," junaid ditawarkan.

Saat. ia membuka penutup bekas hidangan itu ia melihat lelaki pengemis tadi, terbaring mati di wadah itu.

"Aku tidak makan daging manusia," kata junaid.

"Lalu, mengapa engkau berbuat demikian di masjid kelmarin?." Ia ditanya.

Junaid akhirnya sedar bahawa ia bersalah kerana telah menghujat dalam hatinya, dan ia telah ditegur kerana fikiran buruknya itu.

Junaid mengisahkan, "Aku terjaga dalam ketakutan. Aku pun berwuduk dan mendirikan solat dua rakaat. Kemudian aku pergi mencari pengemis itu. Aku melihatnya di tepi Sungai Tigris, sedang memunguti sisa sisa sayur-sayuran yang dicuci orang-orang di sana, dan ia pun memakannya.

Lelaki itu mengangkat kepalanya, melihatku mendekatinya, dan menyapaku, 'Junaid, apakah engkau telah bertaubat atas fikiran-fikiran mengenaiku?'

'Ya, aku telah bertaubat,' jawabku.

'Kalau begitu, pergilah. 'Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya.' Kali ini, jagalah fikiranmu.'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:05 AM | Show all posts
Tabib yang Sebenarnya


Suatu hari junaid menderita sakit mata. la pun memanggil seorang tabib.

"Jika matamu terasa berdenyut denyut, jangan biarkan matamu itu terkena air," nasihat sang tabib. Saat sang tabib telah pergi, junaid berwudhu, solat, kemudian pergi tidur. Ketika ia bangun matanya telah sembuh. ia mendengar satu suara berkata, "junaid mengabaikan matanya demi meraih keredhaan Kami.

Jika demi tujuan yang sama, ia memohon ampunan bagi para Penghuni neraka, nescaya permohonannya itu akan Kami kabulkan. "

Di jalan, tak berapa lama kemudian, sang tabib memanggil junaid dan melihat bahawa mata junaid telah sembuh.

"Apa yang telah engkau lakukan?" Tanya sang tabib.

"Aku berwudhu untuk solat," jawab junaid.

Seketika itu pun sang tabib, yang beragama Kristian, mengucapkan dua kalimah syahadat.

"Ini adalah penyembuhan Sang Pencipta, bukan makhluk," komen tabib tersebut.

"Junaid, matakulah yang sakit, bukan matamu. kaulah tabib yang sebenarnva, bukan aku. "
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:12 AM | Show all posts
Ingin bertemu iblis.


Junaid mengisahkan, "Suatu hari, aku berhasrat untuk melihat Iblis. Aku berdiri di depan pintu masjid. Aku melihat seorang lelaki tua mendekat dari kejauhan. Saat aku memandangnya, kengerian merasuki diriku.

'Siapakah anda?' Tanyaku.

'Yang engkau ingin temui,' jawabnya.

'Makhluk terkutuk,' pekikku. 'Apa yang membuatmu tidak mahu sujud kepada Adam?'

Iblis menjawab, 'Bagainana menurutmu junaid, apakah aku harus menyembah selain Nya?'"

Junaid mengatakan bahawa ia merasa bingung setelah mendengar perkataan Iblis ini.

Kemudian ia melanjutkan, "Sebuah suara berkata dari relung hatiku, 'katakanlah (pada Iblis),' Engkau pembohong! jika engkau benar-benar hamba Allah yang sejati, engkau pasti menuruti perintah Nya. Engkau tidak akan pernah mengabaikan perintah Allah dan bermain main dengan penafian. "

Saat Iblis mendengar kata-kata ini, ia pun memekik dengan keras, "Demi Allah, junaid. Engkau telah menghancurkanku! "Kemudian ia pun lenyap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 07:03 PM | Show all posts

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi

Ingin bertemu iblis.


Junaid mengisahkan, "Suatu hari, aku berhasrat untuk melihat Iblis. Aku b ...
InspekterZ Post at 15-5-2012 16:12


Kisah ni la dok cari dari dolo lagi. Tq tq


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 10:22 PM | Show all posts
terima kasih diatas segala perkongsian... bagi insan seperti saya yang sedang mencari pengisian jiwa ia bagaikan satu jawapan yang saya nanti2kan walaupon belom semua terjawab..

terima kasih pada kalian semua...
syukron jazilan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2012 11:49 PM | Show all posts
like..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 01:27 PM | Show all posts
lama tak update ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2012 09:59 PM | Show all posts
Reply 115# memberKawanKau


    Sama sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2012 10:02 PM | Show all posts
Reply 116# magpie5672


    jawapan itu ada pada anda. anda mencari, ia beri anda jawapan.
    jika anda tidak mencari, ia tidak akan sampai anda terlihat screen ini sekarang.
    Allah yang beri kemudahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.076572 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list