CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: InspekterZ

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi (Update 13-6-2012 00:04)

[Copy link]
Post time 1-5-2012 12:15 PM | Show all posts
Reply 30# InspekterZ


Aaaa, noted.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2012 12:19 PM | Show all posts
Tak faham kisah Zun Nun...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 01:03 PM | Show all posts
Teruskan TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 07:45 PM | Show all posts
Reply 42# arrowtotheknee


    Saya rasa awak kurang faham maksud tafsir mimpi yg ini,

"Telah Kuberikan kepadamu 40 tahun keinginan beribadah kepada Ku dan Aku jamin engkau akan mendapat segala yang engkau harapkan dan memenuhi segala keinginanmu itu. Tetapi sampaikan salam Ku kepada Zun Nun, manusia yang ''buruk akhlaknya'' dan suka ''berpura-pura''.

Katakanlah kepadanya, wahai manusia pendusta, yang suka berpura-pura, jika tidak Aku bukakan keaibanmu kepada seluruh penduduk kota, maka Aku bukanlah Tuhanmu. Ingat, janganlah engkau sesatkan kekasih-kekasih yang malang dan janganlah engkau jauhkan mereka dari Ku"



manusia yg buruk akhlak itu bermaksud baik budi pekerti, suka berpura2 itu bermaksud jujur.

pendusta itu bermaksud org yg benar, keaiban itu bermaksud kebaikannya.

kekasih yg malang itu bermaksud org yg beruntung kemudian hari, dan sesungguhnya mereka itu telah hampir dan menjadi kekasih Allah.

kerana itu, Zun Nun menangis kegirangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 07:51 PM | Show all posts
Reply 40# -sLay-


    sama-sama. teruskan membaca dan berfikir sejenak. dgn cara ini, akan terbuka banyak pintu kebaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 07:53 PM | Show all posts
Reply 43# putra1176


    nice avatar. tentu tuan juga peminat ilmu ruhani.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2012 08:24 PM | Show all posts
banyak dengar cier2 cam nih.... seronok dengar... tapi sahih ker semua citer nih????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 10:14 PM | Show all posts
banyak dengar cier2 cam nih.... seronok dengar... tapi sahih ker semua citer nih????
kukukatablog Post at 1-5-2012 20:24




kamu mungkin termasuk dlm golongan sultan dlm kisah yg pertama itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2012 10:30 PM | Show all posts
kamu mungkin termasuk dlm golongan sultan dlm kisah yg pertama itu.
InspekterZ Post at 1-5-2012 22:14



    so maknanya citer tu sahih la, aku tanya tu jer....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 10:46 PM | Show all posts
Golongan inilah yang cuba dijelaskan oleh Rasulullah kepada Saidina Omar Ibnu Al Khattab RA dalam dialog mereka:

Rasul: Para Nabi dan para syuhada akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak diakhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.

Omar: Siapakah mereka wahai Rasul?

Rasul: Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut dikala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih dikala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus:

Maksudnya: Ingatlah, sesungguhnya Wali Wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (Yunus: 62-63)

Berdasarkan ayat dan hadis diatas dapatlah disimpulkan:

Syarat utama untuk menjadi Wali Allah: Iman dan Taqwa.

Wali Allah sangat tinggi darjatnya disisi Allah. Atas sebab inilah jika sesiapa yang memusuhi Wali Wali Allah iaitu mukmin yang bertaqwa maka itu bererti ia memusuhi Allah dan Allah maklumkan perang kepada orang tersebut. Setelah Allah swt menjelaskan amaran-Nya terhadap orang yang memusuhi dan membenci Wali-Nya, lalu selanjutnya Allah menyebut pula beberapa sifat yang dimiliki oleh Wali-Nya yang kerana sifat-sifat itulah menjadikan mereka hampir dengan-Nya.

Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman:
"Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya.

Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (Riwayat Imam Bukhari)
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 10:48 PM | Show all posts
Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan para waliyullah sehingga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tarekat yang muktabar di alam Melayu. Ini kerana rata-rata sedikitnya pakar rujuk yang berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini. Daripada pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk untuk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yang berwajib melainkan kepada orang lain yang “menyamar” menjadi pakar rujuk itu. Oleh itu , orang awam yang membaca laporan dan berita negatif tentang orang Sufi mudah percaya dengan laporan tersebut sehingga mereka memandang serong orang Sufi dan orang yang bertarekat. Akhirnya , intipati dan mahkota ajaran Islam yang terpendam dalam ajaran tasawuf atau Sufisme itu terus terpendam , tidak dihargai dan yang parah lagi tidak dapat direalisisakan dalam bentuk amal dan perbuatan masyarakat Melayu yang semakin rapuh dan ternoda dengan pelbagai gejala sosial aliran Barat.

Ahli Sufi dan ciri-cirinya

Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah . Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik (pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai. Bukti-bukti utama antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian para wali qutub . Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t daripada mengenali waliyullah . Ini benar kerana mereka manusia biasa yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi fizikal dan penampilan luar). Jadi, seorang salik yang tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w , para anbiya’ a.s , Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan dalam mimpi.

Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali qutub ( contohnya Sh. Abdul Qadir Jilani , Sh. Ibnu Arabi , Sh. Abi Madyan dll) . Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup (bertaraf waliyullah) . Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah , amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu . Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga , guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dengan orang atau membuat kerja-kerja harian. Laku yang paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah . Cara membawa zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting , agar tidak jatuh ke dalam syirik khafi . Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat–ayat mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman (contohnya , apabila membaca surah al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan mereka , atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kepada mereka dan sebagainya).

Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi langsung berjumpa dengan mereka (dalam banyak hal secara yakazah , bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang Nur Muhammad dan martabat tujoh. Sebagai pembuktian , mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib). Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam-alam malakut , alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy , Kursy , Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan menghadiahkan nama rahsia , istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai umatnya yang setia.

Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru mereka. Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya. Walaupun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang diperuntukan .

Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi , keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal. Mereka tidak mengeluh sebab mereka tahu itu syirik khafi . Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang bahagia kerana terdorong oleh cinta , kasih dan rindu yang tersangat kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dengan manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka boleh berbicara dengan ruh-ruh (baik manusia yang hidup mahupun yang mati). Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri . Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini , melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain , tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al–Haqq.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 10:49 PM | Show all posts
Orang Sufi dan orang awam

Orang awam yang dikalangan mereka terdapat orang Sufi sangat beruntung. Mungkin yang membaca doa dan menjadi naqib dalam suatu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat , tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (lemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat, ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah s.w.t ( biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yang mursyid – criteria lulus ini agak ketat seperti tiang Arsy mesti bergegar , 4 malaikat utama mesti turun , 6 perkara mesti dibawa dalam doa dan banyak lagi). Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Walaupun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat yang jelas mereka boleh mengubati orang lain–seperti mementang syihir , memindahkan penempatan jin , mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain-lain . Tapi , masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sebab mereka sibuk dengan urusan diri mereka sendiri .Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “ assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah” . Mereka dapat memasukan “cahaya” kepada si-mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.

Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewaliyan. Itu sebab tarekat mereka kadang-kadang tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tarekat kenabian. Ini kerana mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yang 25 atau kadang-kadang lebih dari satu ). Ini adalah perjalanan para nabi a.s seperti yang dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al –Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dengan Nabi Khidr a.s (dan mungkin juga Nabi Iliyas a.s). Selain daripada para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seorang atau keempat-empat sahabat Rasulullah s.a.w yang utama dan (atau) dengan empat malaikat yang utama .

Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t , mereka dikenali di langit dengan nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dengan para makhluk yang jahat , makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. Mereka sentiasa duduk dalam cinta , kasih dan rindu kepada Allah s.w.t dan doa mereka adalah “ Wahai Allah , jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”. Kerana ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan , mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa. Bila mereka member salam kepada ahli kubur dengan salam “ Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka , sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.

Jika ahli Sufi ini berada dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-orang yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) untuk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t contohnya seperti melihat pena melakar bulatan dengan ditutup dengan titik tengah atau dokumen dimasukkan dalam peti berkunci ( boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan sebagainya.

Jalan Menuju Makrifatullah

Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar- takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi , mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menhendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an. Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah , lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah , lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan , Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah , kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi , salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.

Kesimpulan

Menjadi satu paradoks moden bahawa di Barat semakin ramai Islamologis yang mengkaji tentang Sufi dan Kesufian (Sufisme) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdapat banyak usaha untuk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam ) itu sendiri , sedangkan Islam yang sebarkan ke Nusantara , India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tarekat . Fenomena “kacang lupakan kulit” ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku , agar Islam termaktub dalam lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan , perbankan atau sistem-sistem lain. Pada hari ini , Negara yang mendokong Sufi seperti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan , negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.

Sekian, sedikit sebanyak yang ingin saya sampaikan secara ringkas tentang siapa itu ahli Sufi.

Wallahu a’lam bissawab.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 10:58 PM | Show all posts
Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi. Mereka sebenarnya “betul” dalam bidang masing-masing. Sebagaimana berlaku antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Nabi Musa, walaupun seorang Nabi, beliau tidak mempunyai Makrifat. Jadi beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan ilmu Syariat yang beliau tahu. Nabi Khaidir pula dikurniakan Allah ilmu Makrifat, jadi beliau menghukum sesuatu mengikut ilmunya. Jadi dalam perjalanan bersama-sama Nabi Musa, Nabi Khaidir telah membunuh seorang budak, membangun semula rumah yang telah hampir musnah dan mengapak kapal yang beliau tumpangi. Perbuatan ini amat bersalahan dengan Syariat Nabi Musa. Kerana tidak sabar, Nabi Musa menegur perbuatan Nabi Khidir. Dengan itu mereka terpaksa berpisah sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum perjalanan. Nabi Khaidir berbuat demikian kerana pada pandangan Makrifatnya, budak itu mesti dibunuh kerana ia bakal menjadi anak yang nakal, sedangkan ibu/bapanya orang yang solleh. Dibawah bangunan lama terdapat harta anak yatim yang belum dewasa. Dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khaidir merosakkan sedikit kapal yang ditumpanginya supaya tidak dirampas oleh Raja yang zalim di pelabuhan yang mereka akan singgah. Raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik.

Dalam hal ini Nabi Musa betul dengan ilmunya dan Nabi Khaidir betul dengan ilmunya.

Seperti juga berlaku pada Halaj, seorang wali Allah. Ia dihukum bunuh kerana dikatakan mengaku dirinya Allah dengan berkata `Anal Haq’. Pada pandangan Feqah (ilmu syariat) beliau telah bersalah dan perlu dihukum bunuh. Setelah kepalanya dipancung, darah tersembur dan membentuk perkataan “La ila ha illa llah” dipermukaan tanah. Dalam hal ini, ahli Syariat yang menghukum tidak bersalah dan Halaj juga tidak bersalah. Halaj berkata demikian kerana terlalu ‘Zuk” atau telah fana didalam kewujudan Allah SWT.

Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Laduni dan Kashaf sebenarnya bukan ilmu. Ia merupakan cara ilmu itu disampaikan. Laduni bermaksud Allah memasukkan terus maklumat berkenaan sesuatu perkara kedalam pengtahuan orang itu. Tidak melalui pendengaran atau penglihatan. Dengan perkataan lain tidak ada guru.

Khasaf pula bermaksud keupayaan seseorang itu melihat perkara-perkara yang ghaib pada mata kasar. Pandangan khasaf ialah pandangan menggunakan mata basir (mata batin atau mata ruhani). Kalau mata kasar menggunakan cahaya (cahaya matahari atau lampu) untuk melihat, mata basir menggunakan “nur” untuk melihat. Kekuatan mata basir berbeza-beza. Paling rendah boleh melihat dimensi jin (dan syaitan). Peringkat lebih tinggi boleh melihat dimensi malaikat (alam malakut), kemudian dimensi roh. Paling tinggi ialah dimensi ketuhaan (Alam Lahut).

Jadi ilmu-ilmu ini walaupun sumbernya Allah SWT, tetapi melalui cara yang berbeza. Sesuai dengan Ilmu Syariat yang bersifat zahir dan membicara perkara-perkara yang zahir semata-mata, maka cara penyampaiannya juga menggunakan peralatan zahir, seperti guru zahir, kitab-kitab yang bersumberkan Quran dan Hadith Rasulullah SAW.

Tariqat ialah jalan atau cara-cara untuk mempertingkatkan IMAN, TAQWA dan seterusnya mendapatkan keredhaan Allah SWT. Jadi, untuk mendapatkan keredhaan Allah, mestilah menggunkan jalan atau peraturan yang diredhai Allah. Apabila sesorang pengamal tariqat beramal bersungguh-sungguh dengan ikhlas dibawah panduan seorang guru yang murshid, darjat IMAN dan TQWAnya meningkat dari sehari-kesehari. Hasil dari peningkatan ini, “dirinya” yang di dalam diri zahir, atau ronya, menjadi bertambah kuat dan sehat. Mata basirnya semakin terang sehingga pada suatu masa, cukup kuat sehingga boleh melihat alam ghaib atau kashaf. Setelah kasyaf dan sudah melihat dimensi-dimensi yang dijelaskan tadi, IMANnya meningkat dari ILMU YAKIN kepada AINUL YAKIN. Kalau dahulu murid itu yakin adanya alam ghaib kerana percaya kepada ilmu syariat yang dipelajari. Tetapi sekarang ini telah melihat sendiri adanya alam ghaib tersebut. Naiklah darjat menjadi AINUL YAKIN (Ain bermakna mata).

Kemudian Allah membuka lagi lautan ilmu (maklumat) berkenaan dengan Rahsia Allah kepada murid ini melalui guru-guru ghaib yang terdiri daripada Wali-wali Allah atau ALLAH memberi terus melalui Laduni. IMAN murid tadi meningkat lagi sehingga HAQQUL YAKIN. Ia itu yakin sebenarnya-benar yakin. Inilah darjat yakin para Nabi-nabi.

Setelah mengtahui rahsia-rahsia kejadian alam ini, maka dikatakan murid tadi telah mendapat HAQIQAT. Ia itu mengtahui kejadian makhluk Allah disegi zahirnya dan gahibnya (batinya). Setelah mendapat HAQIQAT, seterunya murid tadi dengan kurniaNYA, mungkin akan ditambah lagi ILMUnya sehingga mengenal KHALIQ, Yang Maha Pencipta iatu ALLAH YANG MAHA PERKASA. Inillah dikatakan telah mendapat MAKRIFAT. Ia itu mengenal ALLAH sebagaimana ALLAH sendiri memberi tahu diriNYA.

Jadi sebagai kesimpulan, Tariqat itu masih berbetuk syariat kerana ia ilmu zahir. Hasil dari amalan tariqat, seseorang itu dikurniakan Haqiqat dan Makrifat.

Guru murshid ialah guru yang telah mendapat sekurang-kurangnya peringkat Haqiqat kalaupun tidak mendapat Makrifat.

Jadi kesimpulanya, kalau kita bukan ahlinya, tak payahlah jadi macam orang buta yang cuba menceritakan bentuk seekor gajah. Orang buta yang pegang belalai tentu mengatakan gajah itu seperti ular. Orang buta yang pegang kaki, kata gajah macam tiang, begitulah seterunya.

Berkenaan dengan bagaimana nak membezakan sama ada sumber ilham atau guru ghaib itu yang haq (wali-wali misalnya) atau batil (syaitan). Ini perkara senang. Guru yang murshid akan dapat membantu muridnya. Guru murshid melihat dengan mata bashir dan dapat mengenal siapa sebenarnya yang datang. Syaitan memang pandai berupa, tetapi mata bashir lebih tajam. Syaitan itu boleh dibunuh.

Kalau berbicara masalah Tariqat, tak payahlah tanya mana hadis atau nasnya. Lihatlah siapa yang mengajar dan siapa muridnya. Mana salsilahnya. Tariqat yang betul jelas. Tariqat yang salah pun jelas. Kalau amalan Tariqat tersebut bersalahan dengan Syariat, jangan ragu lagi. Pasti salah. Seperti sembahyang tanpa kelakuan atau sembahyang niat atau dipanggil juga sembahyang batin, tentu salah kerana sembahyang mesti ada ketiga, niat, berkata-kata dan kelakuan. Kalau tidak menjaga aurat, bercampur laki-laki dan perempuan juga salah.

Bahkan, semakin tinggi seseorang itu dalam perjalanannya menuju keredhaan Ilahi, semakin banyak dia bersembahyang. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kalau semakin tidak sembahyang, sahlah syaitan atau ketua syaitan ia itu Iblislah gurunya.

Sebagai kesimpulan, kalau kita bermaksud untuk menjadi orang yang diredhai Allah SWT MESTI belajar dan amal Tariqat. Sesorang yang mengamal Tariqat telah tahu dengan yakin sama ada segala amalannya diterima atau tidak oleh Allah SWT sebelum ia meninggal dunia lagi. Ia masih boleh betulkan sebelum mengadap Ilahi. Bahkan mereka ini mungkin dilantik menjadi Wali-Wali Allah.

Orang syariat hanya mendapat tahu sama ada Allah redha atau tidak setelah mereka mati. Ini sudah terlambat kalau terdapat kesilapan dalam amalan sehingga tidak diterima Allah SWT.

Fikirkanlah……………… saudaraku

Sekian. Harap maaf kalau terkasar bahasa.

Syed Mohd al-Yahya al-Hussaini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 11:37 PM | Show all posts
Reply 53# acescripters


    Salam warahmatullahi wabarokatuh.

suara dari tulisan itu sgt bertepatan dan bahkan sgt menyemai rasa irihati pada yg bergelar ahli dari golongan yg terpilih.

benar2 kefahaman sufi ini sgt sukar diterjemah. hingga di label sebagai ilmu yg bergurukan 'nabi'.

sisipan cerita2 ahli sufi ini hanyalah sebagai pemula kepada yg mahu hadir kpd cahaya ketuhanan.

harapan saya agar ada antara ribuan yg meneruskan pembacaan ini mendapati dirinya ada quality utk kesufian biarpun minima.

misteri cerita2 ini sgt sukar diterjemahkan, sperti contoh ahli sufi yg berbicara dgn Muhammad SAW dlm mimpinya. nyata sekali ramai yg melalui pengalaman itu, namun kerana bimbang dituduh menjalani ilmu setan, mereka hanya berdiam.

keberanian org yg menceritakan kisah2 ini adalah sebagai pemberitahuan kpd ahli ilmu yg pernah melalui hal yg sama bahawa mereka tidak keseorangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 11:42 PM | Show all posts
so maknanya citer tu sahih la, aku tanya tu jer....
kukukatablog Post at 1-5-2012 22:30



    jgn emosi dgn jawapan saya.
cuma saya jelaskan begitu agar kamu faham dimana sisi kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 11:50 PM | Show all posts
Reply  acescripters


    Salam warahmatullahi wabarokatuh.

suara dari tulisan itu sgt bertep ...
InspekterZ Post at 1-5-2012 11:37 PM



    w'salam ... teruskan usaha murni saudara..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimah (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah"
(Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud dari Abu musa al-Asyari lah.a).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2012 10:47 AM | Show all posts
Kisah Zun Nun dengan Muridnya yang Soleh.


Zun Nun mempunyai seorang murid yang telah bersuluk s ...
InspekterZ Post at 30-4-2012 23:41



terima kasih atas perkongsian ilmu saudara....walaupun pada mulanya agak sukar utk memahami secara terus maksud cerita2 di atas, seperti yg saudara maklumkan ia memerlukan kita utk berfikir sejenak. tambahan, susunan ayat seperti terjemahan terus dari bahasa arab@asing, agak memerlukan penelitian utk membacanya. apa2 pun sgt berterima kasih, semoga kita semua beroleh pengajaran dari cerita2 tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 10:53 AM | Show all posts
Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi. Mereka sebenarn ...
acescripters Post at 1-5-2012 22:58



terima kasih atas pencerahan saudara mengenai ilmu kesufian ini..terkesan di hati!

mungkin atas sebab perbezaan antara Ulama Haqiqat & Ulama Syariat, zikir munajat yg biasa kita amalkan dahulu diubah sedikit utk mengelakkan kekeliruan orang biasa yg tidak faham mengenai istilah Nur Muhammad tersebut...tapi saya lebih suka mengamalkan zikir munajat yg asal.

Sumber: http://mufakkir-islami.blogspot. ... -zikir-munajat.html  

Penjelasan Tentang Zikir Munajat

Berkenaan persoalan Zikir Munajat. Penulis perturunkan di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.

Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-


حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله
kepada
حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
نور محمد صلى الله
kepada
نبي محمد صلى الله
dan dibuang
ليس لها من دون الله كاشفة
Ulasan:

Penulis berpandangan Panel Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih baik yang ma’thur untuk diamalkan berbanding ucapan yang ada di dalam Zikir Munajat. Oleh kerana itu ‘hasbi rabbi..’ ditukar kepada ‘hasbiyallah…’ kerana ‘hasbiyallah..’ zikir yang dianjurkan oleh al-Qur’an dalam surah al-Taubah ayat 129.

Ucapan ‘Nur Muhammad Sallallah’ juga didapati tidak jelas kerana menisbahkan salawat kepada ‘nur’ bukan kepada nabi. Ia dibimbangi mempunyai unsur-unsur doktrin ‘Nur Muhammad’ yang menyeleweng daripada aqidah Islam. Oleh itu, ditukarkan kepada ‘Nabi Muhammad Sallallah’.

Manakala ucapan ‘laisa laha min dunillahi kasyifah’ juga meragukan kerana tidak diketahui apa yang dimaksudnya dengan ucapan itu. Sedangkan ‘laisa laha min dunillahi kasyifah’ adalah ayat al-Qur’an di dalam surah al-Najm ayat 58. Para mufassirin bersepakat bahawa ayat ini membicarakan soal hari Qiyamat yakni “Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (hari Qiyamah) selain Allah”.

Bagaimanapun, keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada masyarakat awam berkenaan zikir tersebut. Wallahu a’lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2012 09:51 PM | Show all posts

ORANG YANG BERJALAN DI ATAS AIR

Seorang darwis yang suka berpegang pada kaedah, yang berasal dari mazhab sangat soleh, pada suatu hari berjalan menyusur tepi sungai. Ia menumpukan perhatian pada pelbagai masalah moral dan ajaran, sebab itulah yang menjadi pokok perhatian pengajaran Sufi dalam mazhabnya. Ia menyamakan agama perasaan dengan carian Kebenaran mutlak.

Tiba-tiba renungannya terganggu oleh teriakan keras, terdengar seseorang mengulang-ulang suatu ungkapan zikir.



"Tak ada gunanya itu," katanya kepada diri sendiri,

"sebab orang itu telah salah mengucapkannya.


Seharusnya diucapkannya YA-HU, tapi dia mengucapkannya U-YA-HU. "

Kemudian ia menyedari bahawa, sebagai Darwis yang lebih teliti, ia mempunyai kewajipan untuk perbetulkan zikir orang itu. Mungkin orang itu tidak pernah mempunyai peluang mendapat bimbingan yang baik, dan kerananya telah berbuat sebaik-baiknya untuk menyesuaikan diri dengan idea-idea yang ada di balik suara yang diucapkannya itu.

Demikian, Darwis yang pertama itu menyewa perahu dan pergi ke pulau di tengah-tengah arus sungai, tempat asal suara yang didengarnya tadi.

Didapatinya orang itu duduk di sebuah gubuk alang-alang, bergerak-gerak sangat sukar teratur mengikuti ungkapan yang diucapkannya itu.



"Sahabat," kata darwis pertama, "anda keliru mengucapkan zikir itu. Saya berkewajipan memberitahu hal ini kepada anda, sebab ada pahala bagi orang yang memberi dan menerima nasihat. Inilah zikir yang benar.


"Lalu di bacakan zikir itu.

"Terima kasih," kata darwis yang lain itu dengan rendah hati.

Darwis pertama turun ke perahunya lagi, sangat puas, sebab baru saja berbuat amal. Bagaimanapun, kalau orang boleh mengulang-ulang zikir rahsia itu dengan benar, ada kemungkinan boleh berjalan di atas air. Hal itu memang belum pernah disaksikannya sendiri tetapi berdasarkan alasan tertentu darwis pertama itu ingin sekali boleh berjalan diatas air.

Kini ia tak mendengar lagi suara pondok alang-alang itu, namun ia yakin bahawa nasihatnya telah dilaksanakan sebaik-baiknya.

Kemudian didengarnya kembali bacaan zikir U-YA HU yang keliru itu ketika darwis yang di pulau itu mula mengulang-ulang bacaan zikirnya.
Ketika darwis pertama merenungkan hal itu, memikirkan betapa manusia memang suka berkeras mempertahankan kekeliruan, tiba-tiba disaksikannya pandangan yang menakjubkan.



Dari arah pulau itu, darwis kedua tadi tampak menuju perahunya, berjalan di atas air!



Kerana takjubnya, ia pun berhenti mendayung. Darwis kedua itu pun mendekatinya.


katanya,


"Saudara, maaf saya mengganggu anda. Saya datang untuk menanyakan cara yang betul untuk mengucapkan zikir yang anda beritahu kepada saya tadi sukar benar rasanya mengingat-ingatnya. "


Tamat.


Catatan,


Setiap orang, dirahsiakan darinya ilmu 'kurniaan'. Jika ia seorang yang tidak berputus asa malah mencari jalan kebenaran bagi memperbetulkan dirinya, nescaya Allah berinya ilmu dan ketinggian darjat tanpa ia ketahui puncanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2012 09:52 PM | Show all posts
Reply 58# edoraixora


    cerita selanjutnya itu, khas buat anda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.078944 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list