View: 8440|Reply: 42
|
Bermasalah ke anak aku ni?
[Copy link]
|
|
Salam Semua, Harap dpat membantu dengan masalah aku ni. Anak sulung aku baru jer umur 7 tahun. Sbnrnye aku dah noticed infiority complex anak aku ni sejak dia masuk tadika lagi. Masa tu umur dia 5 tahun. Tapi pada aku itu mungkin perkara biasa jer bagi kanak2. Tapi sejak kebelakangan ni aku rasa anak aku ni macam dah ade sense of depression. Entah la…harap2 simpang la. Aku ni ibu bekerja. Jadi, sejak kecik anak aku mmg duduk ngan baby sitter lps tu dah besar sket aku hantar kat taska. Dulu aku gi keje balik keje asben aku yg ambil. Jadik jadual pegi dan balik keje aku mmg bergantung pada dia. Selalunya kitorang kuar awal
pagi dan balik malam (dalam pukul 8-9). Kalau nak di ikutkan keje..mmg tak penah abis. Tapi sepanjang tempoh tu dulu (yang lebih kurang 5-6 tahun tu), hati aku tak pernah tenang dan senang. Sebab tiap-tiap hari amik anak lambat dari nursery.
Dan cerita anak2 aku bila balik dari nursery…mmg 70% daripadanya adalah cite sedih kene buli ngan kawan-kawan. Aku sedih, tapi apa daya aku. Nak amik maid..serious, aku takut gile. Takut dia dera anak aku. Bila hantar nursery kene buli la ape la. Masuk tadika, cikgu tadika anak aku selalu ckp kat aku anak aku ni ade konflik ngan perasaan dia. Dia tak boleh nak express ape yang dia rasa. Mungkin sebab environment dia. Aku paham ape maksud cikgu tu. In fact aku sedih sangat-sangat.
Aku cuba sedaya upaya nak betulkan balik keaddan anak aku. Aku belajar memandu, amik lesen memandu, beli kete lain so that aku bleh ambil anak aku awal dari biasa. Segala lah yang aku boleh buat. Sebab aku tanak anak aku jadik mangsa kesibukan aku dan suami aku. Cuma satu je yang aku cukup tekilan. Bukan nak meletakkan kesalahan pada sapa2. Tapi aku cukup terkilan dengan sikap amik mudah suami aku. Aku pun tak paham ngan suami aku ni. Satu sudut dia cukup concern pasal performance anak aku yang memang tak memberansangkan. Tapi dari satu sudut yang lain dia pernah nak pikir pasal perasaan budak tu.
Balik jer keje, pantang le ade habuk biskut ke..plastik gula2 ke kat depan mata dia…siapla anak aku kene marah, kene bebel. Entah la. Perangai kuat membebel asben aku ni, bukan budak jer bleh depress..aku pon bleh sakit mental dia buatnye. Tapi yela..aku ni bleh la nak menjawab. Anak aku tu? Abis membebel, baca paper, tgk tv pastu tido..bangun tido bebel lagi. Pastu suka ejek2 anak aku, takut2 kan budak tu dengan itu ini la. Buat budak tu skrg ni dah tak boleh nak di tegur. Bila panggil tak jawab. Bila suruh ape2 buat pekak jer. Smpi cikgu taska, pakcik teksi yg amik dia dari sekolah tu pun dah ngadu skrg. Anak aku mmg tak nak bercakap. Tanya tak jawab. Senyap jer. Sakit otak aku memikirkan. Dah ler tu. Skrg ni aku tgk
anak aku dah macam takde minat nak belajar dah. Walaupun baru masuk darjah satu. Keje dia balik umah, layan counter strike. Tak pun layan youtube segala macam kartun dan cite lawak tak pun baca komik…dua tiga buku pun dia larat. Nak kata dia tak reti buat homework, baca komik pandai, laju jer siap bleh bacakan kat adik dia komik tu. Layan counter strike youtube sume reti je. Ntah ler. Ker anak aku ni terlebih manja? Tolong la kawan2. |
|
|
|
|
|
|
|
first off all...saya tumpang sedih dgr cite awak.
as a mom kita pun faham kan bila situasi mcm ni.
maybe TT boleh "brainwash" hasben TT dulu sbb mmg kaum laki ni kdg2 dia punya tahap pemikiran tak mcm kita mak2 ni. semua benda pun nk fikir kan esp pasal anak.
kalau takleh ckp dpn2, ms tgh kerja TT leh send SMS or emel bgtau apa yg terbuku dihati, bgtau perasaan anak, create ayat2 yg boleh menyedarkan dia.
Kdg2 kalau kita ckp masuk telinga kiri kuar telingan kanan je kan, kalau baca SMS or emel tu maybe boleh membukak minda dia sket. Ajak dia sama2 bantu mendidik anak TT sementara belum terlambat.
Bab anak TT, maybe TT boleh ambil cuti seminggu ke. Pantau dia. hantar and ambil dia dr sekolah. Sembang2 dengan dia, luangkan masa, bincang heart to heart. Tanya apa yg dia suka, apa yg dia takut, apa yg dia stresskan. Dia baru 7tahun, he needs his parents utk melindungi dia, utk share problem and so on. Mungkin boleh bg reward kat dia, beli kan apa2 yg dia suka/nak so that mood dia boleh berubah semula.
Good luck TT |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# miss_darling
Ye la....nanti try amik cuti. Fetch dia balik dari sekolah. Memang pun satu -dua bulan ni dia selalu mentioned suh fetch dia balik dari sekolah. Nak pegi jalan2 balik sekolah..Isk sian dia... |
|
|
|
|
|
|
|
yer ,saya rasa anak puan memang ada masalah.
a normal kid walaupon pendiam tp kalau mak ayah panggil dia akan jawab,
a kid yang emotionally healthy kalau dia happy kita boleh nampak dan rasa, kalau dia marah pon kita boleh tahu dari airmuka.....
apa kata puan bawak2 bercakap dengan dia....bawak bercerita, kalau ada masa puan keluar la jalan dengan dia je ke....buat lawak ker....saya suka buat lawak ngan anak2 saya ....bila diaorang ketawa and kata mak ni kelakar nanti saya jawab lah....ehh..kata mak ni garang ? hahaha...
bagusla puan dah perasan akan hal ini lebih awal, insyaAllah masalah anak puan boleh ditangani,
kenali minat anak puan....apa makanan yg dia suka, bawak2 la bercerita dengan dia, mungkin pada peringkat awal dia akan tetap berdiam diri....tp kalau di amalkan selalu insyaAllah dia akan membuka mulut juga nanti...... |
|
|
|
|
|
|
|
TT.. rasenye anak Tt tu sedih kot.. yela dari kecil dihantar ke tadika pastu balik rumah lambat.. dah balik kena marah dengan ayah pulak.. mungkin dia rasa keseorangan..
er, TT tak boleh ke berenti kerja dan tumpukan pada anak? kalau suami mampu ape salahnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# hairanaz
Thanks Hairanaz.
Memang pun saya ni kurang quality time dengan dia. Rushing sana sini...sampai anak jadik camni...rasa cam bersalah sangat bila tgk dia jadik camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# figurae
Saya rasa tu betul. Dari kecik sampai besar duduk dengan baby sitter..nursery. Entahlah figurae, buat masa ni masih belum boleh nak berenti kerja. Kadang-kadang terfikir bila baru boleh hidup tak rushing sana sini. Keje siang malam..untuk family untuk anak2...entah lah duduk kat KL ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# PulutHitam
it's ok pulut hitam ( owh, saya suka bubur pulut hitam ! ) ....it;s still not too late.... ) |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun ada 2 anak kecil umur 3 tahun dgn setahun.. saya selalu fikir benda ni.. saya cuba letak diri ditempat mereka.
yela saya dulu mak jaga sepenuh masa, tapi diorang duduk dengan orang.. mesti rasa kurang kasih sayang or tak selesa kan.. terfikir nak berenti tapi duduk di KL memang apa yang ade je kalau suami je yang bekerja.mungkin kena berjimat jugak
saya terfikir untuk pindah ke pejabat cawangan di kampung atleast boleh letak kat rumah nenek mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tumpang simpati pada apa yang berlaku.
Ketika orang Amerika sampai ke angkasa lepas, mereka ada masalah untuk menggunakan pen kerana disana tiada graviti. So diorg setup satu team untuk buat pen yang boleh menulis di angkasa. Mereka spent satu dekad dan 12 juta untuk pen tu. Selain Amerika, negara yang aktif ke angkasa lepas adalah Rusia. So apa yang Rusia buat pula untuk solve the problem, orang Rusia guna pensil je....
Kesimpulannya, saya dapat lihat puan lebih menumpukan perhatian kepada masalah puan berbanding cara penyelesaiannya. Stop stresskan diri puan dengan blame ur life! Saya tak sure dari penulisan puan either puan da beli keta or tak beli lagi. kalau beli keta, automatically akan menambah liability puan (insurance,roadtax,maintenance,misc). So lagi kuat puan kena bekerja untuk tampung liabiliti ni, dan ini boleh menyumbang kepada lebih banyak tekanan yang puan kena handle.
Jangan terus menghentam kelakuan suami puan tentang bebel bebel tu. Sebaliknya cari punca kenapa mood dia tak stable lepas balik kerja ? Penat bekerja atau ada masalah lain? Adakah setiap hari dia bersikap sedemikian? Atau mungkin itu maknanya satu percutian keluarga harus dirancang? Anda sebagai pasangan adalah umpama pelengkap kepada satu sama lain. So saya rasa, part ni puan adalah pelengkap kepada suami puan. Bawa dia ke pangkal jalan...hehehe. Ini juga mungkin part dimana suami puan memerlukan pertolongan puan tanpa dia sedari.
Mengenai sikap anak puan, once upon a time, saya ada sedara yang anaknya lebih kurang begitu. Bezanya hanya ibunya tidak bekerja. Malah tak pernah kena marah or pukul pun! Bila panggil tu, memang dia tak akan layan punya! TV tak boleh renggang. pantang usik sikit, mula nak menangis. Lagi la budak lain suka buli. But bila dia semakin besar, sikap dia berubah. Malah cemerlang dalam pelajaran!
Ada sesetengah kanak-kanak cepat berdikari dan faham bila kita bercakap mengenai masa makan,masa main dan masa untuk belajar. Ada yang tidak. Malah ada yang boleh diajar dengan pukul-pukul manja, dan ada yang tak. Kesimpulannya, jangan dibandingkan anak kita dengan anak orang lain dan labelkan dia sebagai tidak normal. Bukan cikgu dia, bukan pacik van dan bukan sesiapa yang boleh labelkan dia begitu. Manusia semua dijadikan setiap satunya unik dan mempunyai karekter yang berbeza. Ada yang akan cemerlang dari segi akademik dan ada yang akan cemerlang dari segi kemahiran.
Hope pandangan saya ni dapat memberi puan semangat. Gud luck then.
Kelayakan dalam memberi komen : Saya adalah seorang ayah kepada 3 orang budak kecik (yang degil tak dengar cakap and tak boleh duduk diam where thing not a toys for them is a toy!) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hasmania at 25-4-2012 12:02
Sayapun tumpang sedih jugak............
Bab suami berleter : isk,isk saya ingatkan wanita yg banyak berleter pasal kebersihan ni bukan lelaki..........memang terkejut jugak suami awak berleter pasal benda ni....entah-entah suami awak memang ada masalah dipejabat kot ?????.........balik rumah tension tengok banyak benda bersepah-sepah termasuk kulit gula-gula.....atau sengaja nak marah-marah anak tan tentu pasal ???????
Pasal anak tak minat belajar dari umur begitu (7th) rasanya ramai yg ada masalah macam tuh........cuma kita ubah cara kita didik anak perlahan-lahan, pujuk anak buat kerja sekolah bersama-sama, pujuk anak buat kerja latihan dgn buku yg kita beli sendiri, pujuk anak bermain apa sahaja dgn kita (cth badminton main depan rumah sahaja), pujuk anak untuk mengurangkan masa menonton TV, main game dan mengadap komputer atau h/phone....kita cari idea sendiri utk mengajak anak bantu kita dirumah (bagi kerja yg mudah sahaja)...........saya juga pernah mengalaminya akhirnya saya tahu anak saya mahu bermain badminton dgn saya dan dia juga minat lukisan maka saya pun terpaksa sama-sama melukis apa sahaja bersama dgnnya.....malam dia suka sayapun belajar bersama dgn nya jadi sayapun paksa diri saya duduk disebelahnya...saya tinggalkan kerja-kerja lain dahulu...........lama kelamaan masalah itu beransur-ansur menampakkan perubahan.........saya juga wanita bekerja saya mengaku balik kita penat dan berkejar nak masak lagi....itu nak buat ini nak buat macam2 kita nak buat......saya paksa diri saya urusan rumahtangga takkan selesai sampai bila-bila akhirnya saya nekad setiap malam saya akan temankan anak saya belajar setiap malam............saya tutup TV lepas makan malam terus belajar bersama dgnnya......sekali sekala saya curi masa buat kerja rumah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anak sulung sy pernah kami bawak jumpa psychologist di Gleneagles. Dia ni di sekolah tadika (5 & 6 tahun) sampailah masuk darjah 2, tak pernah cikgu dengar bercakap dgn cikgu. Dalam kelas cikgu komen dia khayal, suka pandang luar. Tapi dengan adik2 dia punya destructive dan selalu dilenyaknya adik2. Dengan kawan2 ok. Masa initial test dgn psychologist kami discover dia mempunyai capability "attention to details". Contoh, psychologist suruh dia draw something, kami pun terkejut dia dapat draw kapal laut dengan detail sekali, siap dengan propeller segala bagai. Padahal kami tak pernah bawak dia dekat ke kapal laut.
Masa dalam sesi, psychologist akan bawak kita berbincang, dia akan cuba korek attitude kita terhadap anak kita. Masa tu dia akan bagi tips dan advise macam mana nak treat anak sambil2 dia diagnose masalah emosi anak.
Saya punya cadangan, tak payahlah nak cuba tegur husband, takut ego dia terkoyat. Cuba 3 beranak pi jumpa psychologist, bukan setakat anak dia cari ubat, mak bapak pun dia cuba cari jalan bagi sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# baulu
About point tegur husband, saya kurang bersetuju since not all husband like that plus, POINT UTAMA untuk give advice to other people/party, dont assumed/put negative perspective pada masalah dia since it not stated clearly. Sorry to said that. In this case i do believe her husband tak bermasalah. kalau based in her story, husband dia letih balik dari bekerja. Bukan kerana ego. Sebab ego is not relevant+not related lansung with her story.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# PulutHitam
anak TT sorang ni je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# baulu
cite puan seakan cerita dlm filem hindustan hr tu ada kat TV3. (entah hape ke tajuk ada Amir Khan cikgu dia) mungkin situasi sama dgn cite ni kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# sinbet
aku tgk gak cete tu.. tp aku tgk last sekali jer.. masa bdk tu menang pertandingan melukis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply baulu
cite puan seakan cerita dlm filem hindustan hr tu ada kat TV3. (entah hape ke ...
sinbet Post at 25-4-2012 16:10
ye ker? sy tak pernah follow hindustan.
Anyway, anak sy punya preliminary diagnosis was extreme shyness. kami ingat selective mutism. Tp kami tak pursue treatment (dh nak kena buat clinical test) sebab doctor pun ada kata yg dia mmg nampak terawang2 tp sebenarnya otak dia tengah absorb. Dalam academic mmg dia di top class dan takde masalah nak dapat 5A setiap kali exam w/pun jenuh cikgu dok komplen selalu tak buat h/work (sampai sekarang ni Std 4).
Emotionally, berbanding dgn adik2, dia senang upset kalau kena marah. Kalau dengan ayah dia (selalu pegang tali pinggang) sy akan selalu intercept dr expose dia lama2 kat bebelan ayah dia (tp caranya ialah sy akan sound mcm saya sokong suami tapi approach sy ialah anak nampak sy tak marah dan dia akan comply dengan request sy). Kids lebih suka dengar suara rationale dari suara keras yg mana dia akan lagi lawan.
Kalau macam kes tt ni, sy akan sentiasa jauhkan anak dari bebelan ayah dia. Tak payah menjawab kat suami, nanti jawab/tegur suami dalam privacy. Sebenarnya dalam keluarga semua ada masalah, cuma pandai tak pandai je nak manage. Teknik2 distraction pun kena belajar supaya suami distracted dan anak2 pun distracted. Kena jugak belajar macam mana nak repair emosi anak yg baru kena belasah verbally (and sometimes physically) oleh ayah dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# baulu
anak dia ada authism tak silap. selalu didunia tersendiri dan tak alert dgn persekitarannya. tapi atas usaha cikgu dia dan kesabaran parents anak dia berjaya. maksud setiap kanak2 ada kelebihan sendiri. si abang berjaya dlm pelajaran dan sukan - maksud terkenal la..rupanya adik yg ada authism tu berbakat dlm lukisan. tak semua anak2 sama walau seibu sebapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# intan_smsb
ye cite tu la. adakah permasalahan TT dan puan baulu sama ? sekadar bertanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply baulu
About point tegur husband, saya kurang bersetuju since not all husband like that pl ...
Andy47 Post at 25-4-2012 15:43
I think you misunderstood my point. Ego bukan masalah utama di sini. Tapi ego terkoyak boleh menambah masalah. Bayangkan kalau tt sound suami tak pandai layan anak etc etc. Yg nak mengeruhkan suasana ialah ego yg tak mampu ada perasaan empathy.
Suami pun patut belajar menguasai stress. Tak kiralah motor dia rosak ke, tak cukup seks ke apa ke. Jangan le lepas kat anak2.
Anak ni tanggungjawab kedua-dua ibu bapa. Kalau sorang je dominat dlm pembesaran depa tak guna jugak tp lagi eloklah dpt yg terus pasif dari yang jenis negative. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|