CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36129|Reply: 80

Hukum sebenar ASB

  [Copy link]
Post time 5-4-2012 08:22 AM | Show all posts |Read mode
Kenapa tak de satu jawapan yg jelas dlm ASB .Boleh tak beri huraian atau ijtimak ulama' yg mana satu yg kuat samada halal atau haram? Sy tanya sebab mmg dah lama pun tak top up saving dlm ASB.Tapi duit yg sikit tu dah beranak dlm ASB dekat seribu jugak skrg dari 2002 mcm tu.So serba salah apa nak buat dgn duit tu.Boleh bawa keluar pakai tak kebetulan ada emergency nak guna atau mmg haram kita guna tapi kena beri sedekah kpd pihak lain cthnya derma . Harap ada yg boleh beri pencerahan yg kuat utk isu ini.Terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2012 08:58 AM | Show all posts
Tentang hukum ASB ni sangat sensitip. Bagi saya, elok tinggalkan je. Sebab ada keraguan tentang status keharusannya. Bila ada keraguan, termasuk dalam kategori syubhah.

Dah ramai ustaz juga saya tanya tentang ni dan semua bagi jawapan yg sama iaitu haram. Saya tanya apa sebabnya, dorang cakap, kerana terdapat percampuran antara halal dan haram dalam pelaburan yg dilaksanakan oleh pihak ASB.

NI surat daripada Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti



Untuk bacaan yg lebih lanjut sila rujuk sini
http://zaharuddin.net/pelaburan- ... um-asb-dan-asn.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 09:00 AM | Show all posts
Kalau anda nak tarik diri daripada pelaburan ASB ini, cara yg paling baik, anda cuma ambil wang pokok anda, dan duit dividen, anda beli sesuatu atau gunakan atas perkara2 yg memberi faedah kepada orang ramai seperti membuat jalanraya, balai raya.

Dan jgn pula digunakan untuk derma kepada masjid dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2012 09:35 AM | Show all posts
Sy mmg dah baca komen Ustaz Zaharuddin tu tapi sy pelik kenapa berbeza pendapat Ustaz- UStaz takpelah sy pejam mata lah tak boleh guna duit ASB tu nak buat mcm mana.Sebenarnya masalah ASB ni boleh diatasi dgn wujudnya Panel Syariah kan! Kenapalah susah sgt mereka nak buat perkara ni!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 10:16 AM | Show all posts
aku pon sampai sekarang masih konpius pasal hkum ASB ni...sudahnya aku amik suma duit aku, aku buh dlm tabung haji..walaupon bonus skit tp aku tak was2...lgpun tabung haji ni dia potong siap2 kat kita zakat..duit dlm ASB pon aku buh gk, tp sikit je....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 10:37 AM | Show all posts
Reply 4# vanilacup


    Hukum harus yg diputuskan hanya dengan alasan kemaslahatan. Dan dorang dah dinasihatkan untk menubuhkan majlis syariah utk PNB ini.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/663-asb-a-asn-adalah-harus-majlis-fatwa--ulasan-uzar.html


Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)


Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2012 12:48 PM | Show all posts
So far ada satu article yang sebut dengan jelas mufti selangor mengharamkan pelaburan ASB, ASN dan seumpamanya . Dinyatakan sebabnya adalah kerana pelaburan ASB dan ASN di dalam perbankan konvensional cukup banyak so berdasarkan riba maka haram lah ia .
Click link bawah ni untuk baca article itu
http://beritasemasa.com/pelaburan-asb-haram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 01:06 PM | Show all posts
Alamak....   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2012 01:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 5-4-2012 13:11

Kalau kita tengok kat dalam laporan tahunan ASNB kat sini   http://www.asnb.com.my/ASB%20n%20ASN.pdf    di antara senarai syarikat yang di laburkannya adalah selain dari bank2 konvensional, juga Air Asia , MAS dan Axiata Group ......

Axiata group adalah syarikat yang kendalikan CELCOM yang selalu buat SMS contest yang memanjang ada unsur judi di dalamnya .... contoh seperti kat sini  http://www.mobileworld.com.my/bl ... -a-wow-contest.html  

kena reload 20 hinggit baru boleh sertai WOW contest .... itu judi lah tu sebab kena bayar baru boleh layak untuk menyertai pertandingan yang bergantung pada nasib untuk menang itu ini  .

Yang Air Asia dan MAS tok sah cakaplah, bab mendedahkan aurat pramugari dan hidangan arak dalam flight memang dah di ketahui umum kan ...so pelaburan ASNB adalah yang berasaskan riba, arak, judi dan mendedahkan aurat ....semua tu confirm haram lah jawabnya .
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 01:19 PM | Show all posts
So far ada satu article yang sebut dengan jelas mufti selangor mengharamkan pelaburan ASB, ASN dan s ...
blastoff Post at 5-4-2012 12:48


i see... boleh tak senaraikan lain2 pelaburan alternatif yang menepati kehendak syariah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 01:53 PM | Show all posts
i see... boleh tak senaraikan lain2 pelaburan alternatif yang menepati kehendak syariah?
obelisk Post at 5-4-2012 13:19


Simpan kat Tabung haji .
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 03:37 PM | Show all posts
Simpan kat Tabung haji .
blastoff Post at 5-4-2012 13:53


i see..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 04:53 PM | Show all posts
jumpa senarai unit trust berlandaskan syariah, tp setakat tahun 2008 je la, untuk rujukan tuan2... http://www.sc.com.my/sub.asp?pag ... p;linkid=&type=
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 05:00 PM | Show all posts
ni info dr utusan malaysia

ARKIB : 14/06/2011


ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan

KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.

"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.

"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 07:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 5-4-2012 19:51
ni info dr utusan malaysia

ARKIB : 14/06/2011


ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tida ........... Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.
Samsung1.3mega Post at 5-4-2012 17:00


Fatwa untuk peribadi tertentu aje dan bukan untuk umat islam semua !?  Whuish apa jenih fatwa gini plak yang untuk tatapan personal aje dan bukan untuk semua ? Hukum Tuhan mana boleh di khususkan untuk orang tertentu aje plak gitu .... mufti merapu tahap gaban dah !

yang axiata group tu hapa, yang air asia tu hapa, yang MAS tu hapa .... takkan halal plak kot investment kat syarikat gitu yang terang2 mengamalkan perkara yang di larang Allah ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 08:15 PM | Show all posts
Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Keterangan/Hujah:

Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.

Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas

Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.

Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.

Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... asb-dan-seumpamanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2012 08:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 5-4-2012 21:09
Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangs ...

Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi.
GuaAnakMelaka Post at 5-4-2012 20:15


Celcom mengamalkan contest bercirikan judi lebih dahsyat dari casino genting highland, kerana kat genting umat Islam tak boleh masuk main judi , tapi contest yang celcom anjurkan boleh di sertai oleh memana rakyat malaysia tak kira di mana mereka berada , itu memang big scale judi tu ! Tapi mufti2 kat malaysia buat2 tak nampak plak contest2 sms berlambak2 yang memang judi terang2 tu .

Depa dok fokus bab maybank aje, pasai pa depa buat tak nampak hat terang2 judi dalam axiata group tu ? Melihat dengan sebelah mata stail dajal plak ke depa ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 08:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 5-4-2012 20:44
Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.

Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar.GuaAnakMelaka Post at 5-4-2012 20:15


Kalau ASNB tak melabur dalam judi ( axiata group) , riba ( perbankan ) dan polisi mendedahkan aurat (Air Asia dan MAS) adakah boleh mampus umat Islam semua ? Darurat hanya dalam bab membabitkan nyawa, bukannya dalam bab ekonomi .

Banyak lagi bidang lain yang tak haram yang boleh ASNB laburkan seperti perlombongan, perhutanan, pembalakan , pertanian etc , kenapa la nak pilih jugak yang haram ? Mana ada unsur darurat plak kerana choice yang halal berlambak2 masih ada  .
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 05:25 AM | Show all posts
Kalau ambil 'darurat' kpd penggantian dinar dan dirham kpd 'fiat',
dikatakan harus? - sejak 1944 gtu.
Yg hari ini plk main turun naik 'nombor' tp nilai nye ntah brape pn xtahu
diambil sbg 'darurat' juga, dikatakan harus?
- bila la umat kita nk bebas dr dijajah musyrikun ek?
Ambil 'bank' jd pengurus pn dh jd harus?
Penjaga 'amanah' ye? - harus jgk?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:28 AM | Show all posts
Kalau ambil 'darurat' kpd penggantian dinar dan dirham kpd 'fiat',
dikatakan harus? - sejak 1944 gt ...
Dzulqarnain Post at 6-4-2012 05:25


Bagi saya kes ASB ni kes khilaf zaman moden,  sebab rata-rata orang yang bertentangan pendapat semuanya dianggap sebagai ilmuan zaman sekarang. Bagaimana nak handle situasi mcm ni? Berlapang-lapang dada di antara kita.

Ramai ustaz yg mengajar saya tidak suka ASB, tapi kalau dilihat fatwa yang mengharuskan ASB pun datang dari badan2 yang bukan calang-calang reputasinya, sebagai contoh http://www.e-fatwa.gov.my/jawata ... gama-islam-malaysia .

Saya yakin semua ahli majlis fatwa sedar bahawa pertanggungjawaban majlis fatwa bukan setakat di dunia tapi implikasinya membawa sampai ke akhirat dan mereka telah fikirkan masak-masak perkara ini.

Bagi saya, bagi orang2 yang yakin dengan fatwa majlis fatwa kebangsaan, terpulanglah kepada mereka samada nak melabur ataupun tidak dalam ASB. Bagi yang rasa tak yakin dan lebih yakin dengan pendapat ustaz2 mereka, janganlah melabur dalam ASB.

Yang penting, jangan pandang jijik orang yang melabur ASB ni, sebab mereka pun mengikut fatwa. Bagi mereka, pendapatan dari ASB boleh digunakan utk menampung perbelanjaan keluarga dan memberi kualiti kehidupan yang lebih baik. Jangan paksa mak bapa yang tua, atau adik beradik yang sudah dewasa, dsbgnya untuk mengeluarkan duit mereka dari ASB, mereka boleh buat keputusan sendiri berdasarkan fatwa yang mereka yakini, anda boleh dakwah mereka dengan hujah2 anda tapi it's up to them to decide.

Berhenti setakat itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.081935 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list