CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: vanilacup

Hukum sebenar ASB

  [Copy link]
Post time 6-4-2012 09:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 6-4-2012 10:04
tapi kalau dilihat fatwa yang mengharuskan ASB pun datang dari badan2 yang bukan calang-calang reputasinya, sebagai contoh http://www.e-fatwa.gov.my/jawata ... gama-islam-malaysia .
always_typo Post at 6-4-2012 09:28

Kat e-fatwa jakim dah tertera jelas dah bahwa sms contest haram untuk di sertai kerana ia judi, tapi kenapa apabila ASNB melabur dalam axiata group yang anak syarikatnya adalah celcom yang merupakan tauke judi terbesar kat m'sia dengan sms contest seribu satu macam 24/7 maka fatwa jadi harus plak dah ?

Bukankah perkara yang membawa kepada haram maka hukumnya jadi haram jugak perkara tu ? Takkan lah judi haram tapi melabur dalam syarikat judi jadi harus plak kot ?

Reputasi badan2 kerajaan tak penting yang penting badan2 kerajaan tu kena berhukum berlandaskan Quran Sunnah . Reputasi hanya merupakan pengiktirafan yang di berikan manusia , kalau dalam kerajaan maka ia merupakan pengiktirafan dari kerajaan sekular semata2.

Yang penting adakah Allah dan RasulNya mengiktiraf fatwa yang diberi tu ? Itu yang perlu di teliti dan di fahami betul2 . Kerana kalau Allah dan RasulNya kata haram maka tak dak manusia mana pun yang berreputasi setinggi mana pun yang berhak untuk mengharuskannya ! Menukar hukum Allah boleh menyebabkan iman terpelanting .








==================================================================

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-peraduan-sms-dan-menyertainya-menurut-pandangan-islam

Hukum Peraduan SMS Dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam
Keputusan:

        Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-64 yang bersidang pada 27 Jul 2004 telah membincangkan Hukum Peraduan SMS Dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa Peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur eksploitasi kesamaran (tidak jelas), pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam pengertian judi. Dari itu hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi Syarak




Keputusan (English):

The Ruling On SMS Competition and Participating In It From Islamic Perspective


        Decision:


        The 64th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 27th July 2004 has discussed the ruling on SMS competition and participating in it. The committee has decided that Short Messaging System (SMS) competitions contain elements of exploitation, uncertainties and gambling. Hence, the ruling on such competitions is forbidden.
         



Garis Panduan:

Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah





Keterangan/Hujah:

LATAR BELAKANG

        Isu ini timbul apabila ada pandangan yang meragui tentang peraduan Sistem Pesanan Ringkas/Short Message Service (SMS) melalui telefon bimbit yang semakin meningkat dengan menawarkan hadiah yang lumayan. Tawaran hadiah tersebut telah menyebabkan orang ramai yang mungkin mencecah ratusan ribu terpikat untuk menyertainya.

        Jika dahulu peraduan seumpamanya memerlukan peserta mengisi boring kertas dan menghantarnya kepada syarikat berkenaan dengan membayar harga setem, tetapi kini mereka dikehendaki menghantar SMS. Ini menyebabkan pihak penganjur akan memperoleh keuntungan besar daripada caj SMS yang dikenakan terhadap para peserta pertandingan, dan pihak peserta akan membayar bil yang tinggi untuk menyertai peraduan itu.

        Melihat pada cara peraduan ini dijalankan para peserta mungkin telah menyertai satu bentuk peraduan yang tidak jelas operasinya. Apa yang lebih membahayakan sekiranya terdapat unsur judi dan penipuan dalam peraduan SMS ini di samping peserta menyimpan angan-angan pula untuk memperoleh hadiah lumayan dengan mempertaruhkan caj telefon yang dikenakan.

        Judi dari segi bahasa ialah permainan dengan menggunakan anak panah. Menurut Stephen Lea dalam buku The Individual in the Economy, A Textbook of Economic Psychology (1987) perjudian ialah suatu kondisi di mana terdapat potensi kehilangan sesuatu yang berharga atau segala hal yang mengandungi risiko. Namun demikian, perbuatan mengambil risiko dalam perilaku berjudi, perlu dibezakan pengertiannya daripada perbuatan lain yang juga mengandungi risiko. Ketiga-tiga unsur di bawah ini mungkin dapat menjadi faktor yang membezakan perilaku berjudi dengan perilaku lain yang juga mengandungi risiko:

        a. Perjudian adalah suatu kegiatan sosial yang melibatkan pertaruhan sejumlah wang (atau sesuatu yang berharga) di mana pemenang mem- perolehi wang daripada yang kalah.

        b. Risiko yang diambil bergantung pada kejadian yang tidak diketahui hasilnya pada masa akan datang dan kebanyakannya ditentukan oleh perkara yang bersifat nasib dan kebetulan.

        c. Risiko yang diambil bukanlah suatu yang harus dilakukan kerana kekalahan dan kehilangan dapat dihindari dengan tidak mengambil bahagian dalam perjudian.

        Daripada penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa perjudian ialah perilaku yang melibatkan adanya risiko kehilangan sesuatu yang berharga dan melibatkan interaksi sosial serta adanya unsur kebebasan untuk memilih sama ada akan mengambil risiko kehilangan tersebut atau sebaliknya.

HUJAH DAN DALIL

        Islam tidak melarang manusia untuk mencari harta dengan syarat ia tidak terkeluar daripada ketentuan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Ini kerana prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam mencari sumber rezeki adalah melalui usaha tanpa mengetepikan tanggungjawab yang telah difardukan sebagai seorang Islam.
        Islam mengharamkan judi bersama-sama arak, pemujaan berhala dan tenung nasib dengan batang-batang anak panah, yang menyamakannya dengan perbuatan syaitan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ma`idah 90:

        Maksudnya:
Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

        Merujuk kepada bayaran bil telefon atau talian untuk memasuki pertandingan, hukumnya adalah tidak harus dari segi syarak jika syarikat yang menaja wang dalam iklan-iklan dan menyediakan peraduan atau pertandingan menggunakan wang yang hasilnya daripada caj bayaran telefon atau talian. Pertandingan seperti ini merupakan salah satu daripada jenis judi ataupun almaisir menurut bahasa al-Quran.

        Dari satu aspek yang lain, sebab pengharaman yang jelas kepada pertandingan atau peraduan ini dan ia digolongkan dalam perjudian adalah kerana peserta yang menghubungi atau menggunakan talian telefon untuk menyertainya membayar bayaran yang lebih tinggi daripada caj bayaran biasa untuk setiap minit. Sekiranya peserta membayar dcaj bayaran yang biasapun, ia masih juga tergolong sebagai judi atau pertaruhan kerana dia membuat panggilan dan sanggup membayar bil telefon itu dengan tujuan memperoleh kemenangan.

        Akibat daripada peraduan yang tidak jelas ini juga dikhuatiri akan menimbul rasa tidak puas hati pada pihak para peserta yang akhirnya menimbulkan permusuhan, pergaduhan dan sebagainya terhadap penganjur peraduan tersebut. Ini berdasarkan peringatan Allah SWT dalam surah al-Ma`idah ayat 91:

        Maksudnya:
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran arak dan judi itu dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang.

        Ulama telah meletakkan beberapa syarat yang wajib dihindari supaya sesuatu peraduan itu tiada unsur judi seperti berikut:

  •                 Tidak berlaku persetujuan antara penganjur dengan mana-mana syarikat telekomunikasi; sebagai satu cara untuk mendapat untung mereka.
  •                 Peraduan itu tidak mengenakan bayaran untuk disertai sama ada bayaran itu dengan cara tertentu atau melalui pertambahan kos perbualan jika peraduan itu diadakan melalui telefon.
  •                 Peraduan itu mestilah dalam perkara yang berfaedah sebaliknya bukan dalam bentuk soalan berkenaan filem dan seumpamanya.
  •                 Peraduan itu tidak bertujuan untuk mengambil harta orang ramai yang menyertainya kerana berharap kepada hadiah yang lumayan seterusnya membawa kepada pembaziran wang atau harta.

        Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2012 09:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 6-4-2012 10:05
Bagi saya kes ASB ni kes khilaf zaman moden,  sebab rata-rata orang yang bertentangan pendapat semuanya dianggap sebagai ilmuan zaman sekarang. Bagaimana nak handle situasi mcm ni? Berlapang-lapang dada di antara kita.
always_typo Post at 6-4-2012 09:28


Dalam bab judi tak ada khilaf , kerana apa yang Allah sebut kan haram mengenai judi adalah berdasarkan konsepnya yang dah jelas sangat dah, so yang berlaku di zaman moden cuma alat untuk berjudi tu jadi lain kerana guna komputer atau handphone etc,  tapi konsep tetap sama zaman berzaman tak berubah langsung .

Kena bayar untuk sertai dan menang berdasarkan nasib , itu konsepnya yang mana2 judi pun akan amalkan walau guna alat apa sekalipun untuk mainnya .
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 6-4-2012 10:02

Cuba kalau seseorang tu kata "aku melabur kat syarikat genting untuk mengaut untung dari hasil casinonya " ...... mau nak rak kena kutuk kaw kaw  "hoi hang makan hasil haram tak takut api neraka ka"   


..... tapi kalau melabur dalam ASNB yang kemudian dilaburkan plak dalam syarikat judi moden yang lebih hebat dari casino genting keuntungannya tu ,  semua senyum aje masa kutip bonus hasil judi ittew   ...bijak nya syaitan menipu manusia .
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:28 AM | Show all posts
Reply 20# always_typo


Kna la ambil tahu mana satu perintah-larangan Allah,
mana satu perintah-larangan pemerintah.
Setau saya, yg mengeluarkn fatwa tu atas perintah pemerintah.

Wang kertas tu xde plk cop halal ek?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:51 AM | Show all posts
Jika, RIBA tu dosa besar dan masih diterima taubat, Al-Rahman,
takot yg SYIRIK tu yg x diterima taubatNya.
Anggap je ramai yg x tahu dan bila dh tahu, perlu perbaiki amalannya.

Tahukah kita yg setiap transaksi wang kertas tu disuntik syirik kpd Allah?
Tahukah kita yg ekonomi dan kewangan Barat diamal-guna hari ini 99.9%
riba yg mensyirikkanNya?

Iaitu sama ada:
- kita ditindas oleh kapitalis, atau
- kitalah kapitalis.

Yg KAYA diukur dgn nilai HUTANGnya,
Yg MISKIN diukur dgn nilai KERINGATnya.
Allah Maha Adil lg Maha Mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 6-4-2012 11:06
Setau saya, yg mengeluarkn fatwa tu atas perintah pemerintah.Dzulqarnain Post at 6-4-2012 10:28


itu yang sebabnya jadi tak konsisten hukum hakamnya sebab bukan berpandukan Quran Sunnah tapi berpandukan kehendak pemerintah sekular yang hanya fikir untung rugi kewangan semata2. Ternyata apa yang boleh memberi keuntungan pada kerajaan difatwakan sebagai harus walau jelas haram sekalipun kalau berpandukan Quran Sunnah .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2012 11:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 6-4-2012 11:11

Aku nak ingatkan sesiapa yang merasa tak kisah nak makan hasil judi syarikat telekomunikasi mengenai kesengsaraan ibubapa yang berdepan dengan kerenah anak2 remaja yang suka berjudi menggunakan sms .

Berapa banyaknya mak bapak satu malaysia yang menyumpah seranah syarikat telekomunikasi seperti celcom dan seumpamanya yang tak peduli akan penat lelah ibu bapa yang mencari duit siang malam untuk sara anak pinak, tuptup anak2 guna senang2 aje beratus hingga beribu ringgit sebulan untuk main judi SMS anjuran celcom tu semua ?

Kemudian orang yang ambik bonus ASNB yang di kutip hasil dari airmata kesengsaraan sedih pilu beribu ibubapa itu boleh senyum plak melantak hasil haram pelaburannya itu ! Ingat boleh terlepas ka kat akhirat kelak apabila ada beribu manusia teraniaya gitu ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 03:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by always_typo at 6-4-2012 15:16
Dalam bab judi tak ada khilaf , kerana apa yang Allah sebut kan haram mengenai judi adalah berda ...
blastoff Post at 6-4-2012 09:53


Saya bukan pekerja Axiata, tapi setahu saya Axiata Group Berhad ni disenaraikan oleh SC sebagai satu syarikat yang syariah compliant (tengok senarai terkini 2011 di http://www.sc.com.my/paper.asp?pageid=902&;menuid=630&newsid=&year=2011).  Telekom pun sama.

Mungkin panel syariah mereka menganggap Axiata ini sebagai syarikat "service provider" SMS, seperti juga pembekal pisau atau pistol tidak boleh dipersalahkan bagi rompakan yang menggunakan pisau/pistol tersebut.

Cuba tuan download pdf tu dan lihat ada penerangan lebih detail tentang bagaimana mereka melakukan klasifikasi.

SC ni agak aktif, dia orang buat penilaian dua kali setahun dan akan buang dari senarai syarikat yang mereka anggap tidak lagi "syariah compliant".

Setahu saya Bank Islam, Tabung Haji pun melabur dalam Axiata dan Telekom ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2012 03:27 PM | Show all posts
Setahu saya Bank Islam, Tabung Haji pun melabur dalam Axiata dan Telekom ni.always_typo Post at 6-4-2012 15:04


Kat mana buktinya yang kata tabung haji melabur dalam axiata group ? Aku tak kan pertahan kan memana syarikat pun yang buat perkara haram tapi tunjukkan bukti dulu lah .
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 03:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 6-4-2012 16:23
Mungkin panel syariah mereka menganggap Axiata ini sebagai syarikat "service provider" SMS, seperti juga pembekal pisau atau pistol tidak boleh dipersalahkan bagi rompakan yang menggunakan pisau/pistol tersebut
always_typo Post at 6-4-2012 15:04


SMS contests berlambak2 yang di anjurkan oleh Celcom sendiri from time to time mereka akan keluarkan iklannya , ini buktinya   http://www.peraduan.com/celcom-broadband-888-contest/

so celcom tu anak syarikat axiata group , maknanya axiata group merupakan pemilik syarikat Celcom tu , so mereka boleh saja dengan senangnya buat keputusan untuk batalkan segala peraduan judi tu, tapi noooo depa galakkan lagi ada la sebab boleh masyuk manyak duit maaa .

Peraduan yang dianjurkan adalah peraduan judi, Celcom bukan setakat provide servis SMS tapi anjurkan peraduan judi tu laa . So bukan stakat jual pistol tapi anjurkan peraduan tembak orang bagi mampus lah kalau gitu kekdahnya   adakah penganjur peraduan gitu boleh di gelar syariah compliance ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 03:36 PM | Show all posts
assalammualaikum...

aku nk tnyela suma kt sini...asb nih haram dh ke? sbb rmai org melayu yg mlabur dlm smpai ade yg gunakn duit asb sbgai punca pndapatan smpingan...

lgi kalo dh haram..nape kt bank2 trtntu ade yg offer bnda nih lgi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 03:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 6-4-2012 15:52
assalammualaikum...

aku nk tnyela suma kt sini...asb nih haram dh ke? sbb rmai org melayu yg mlab ...
encikotot Post at 6-4-2012 15:36


Akhir zaman ni biasa laa banyak ulama su' yang tunduk pada kehendak pemerintah sekular apabila mengeluarkan hukum hakam .... ASNB tu kan di buat oleh kerajaan sendiri so payah laa nak cari ulama atau mufti yang makan gaji dengan kerajaan yang akan mengharamkan pelaburan ASNB , dan yang dok keluarkan fatwa pun adalah jabatan kerajaan gak so bias la depa ke arah kerajaan ... kang kalau keluarkan fatwa haram kang miss syoruuu plak sebab di buang kerja

Oleh itu kalau nak selamat kena usaha memahami sendiri lah apa yang haram dan apa yang halal, sebab kat akhirat nanti semua sendiri2 aje yang akan berjawab dengan Allah kelak, bukannya jabatan agama dengan semua mufti tu boleh tolong tanggung dosa ketika tu .
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 03:52 PM | Show all posts
Akhir zaman ni biasa laa banyak ulama as su' yang tunduk pada kehendak pemerintah sekular apabil ...
blastoff Post at 6-4-2012 15:47


aku pernh trbaca 1 artikel oleh jakim kt dlm carigold...mmg majlis ulama dh sahkan haram asb nih...tp pastu aku cari lik xdak dh artikel dlm tuh..nsb bek aku de smpan lgi surat artikel tuh...

tu yg aku confuse...aku mmeg xmain labur dlm asb nih..sbb punca tu xtau dtg mane...pastu lngsung xdak rugi..untung aje..kalo ikut bisnes....mane de bisnes yg untung jek...mesti ade rugi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 04:12 PM | Show all posts
Kompleks btul ekonomi, kewangan & matawang hari ini.
Susah betul nk kesan riba, ketidakadilan urusniaga dan pasaran.
Perbankan plk jd perantara semua dagangan, blum cukai lg.
Yg jelas dpn mata hanya komputer riba.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 04:22 PM | Show all posts
Kat mana buktinya yang kata tabung haji melabur dalam axiata group ? Aku tak kan pertahan kan me ...
blastoff Post at 6-4-2012 15:27



Boleh check website axiata. Tabung Haji pegang 32 juta saham Axiata.


http://www.axiata.com/about-us/shareholding-structure



23.

Lembaga Tabung Haji
32,507,8000.384


Untuk pengetahuan anda, pelaburan equiti dalam kaunter syariah menyumbang kira2 58% dari pendapatan Tabung Haji pada 2011. Depa beli saham lebih 140 syarikat.


"Katanya pendapatan Tabung Haji pada 2011 juga meningkat kepada RM2.2 bilion berbanding RM2.06 bilion pada tahun sebelumnya.
Sumber-sumber pendapatan Tabung Haji bagi 2011 adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 58 peratus, sekuriti hutang (15 peratus), hartanah (9 peratus), pasaran wang (7 peratus), pembiayaan (6 peratus), instrumen kewangan (4 peratus) dan lain-lain sumber ialah satu peratus.
Jamil Khir berkata dana pendeposit terkumpul Tabung Haji turut meningkat pada kadar 17 peratus tahun lepas kepada RM31.7 bilion berbanding RM27.11 bilion pada 2010.
Tabung Haji memperuntukkan zakat perniagaan sebanyak RM44 juta berbanding RM 41 juta pada tahun sebelumnya, katanya."
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 04:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 6-4-2012 17:18
Boleh check website axiata. Tabung Haji pegang 32 juta saham Axiata.


http://www.axiata.co ...
always_typo Post at 6-4-2012 16:22


kalau gitu maka simpan aje dalam tabung haji di niatkan duit tu untuk ke mekah, jangan ambik bonus yang di beri setiap tahun tu apabila ia dari sumber yang haram gitu, atau boleh saja guna duit bonus tu untuk bayar segala maknenek cukai dan tol yang kerajaan kena kan, makna kata hempuk balik ke kerajaan la bonus tu .

Kalau dalam axiata pun tabung haji boleh beli sampai berjuta saham, maknanya mereka tak ada tapisan lah untuk melihat halal ka atau haram ka dalam pelaburan yang mereka nak buat tu , main melabur aje asal dapat pulangan lumayan yang merupakan perangai kapitalist .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2012 04:48 PM | Show all posts
Kompleks btul ekonomi, kewangan & matawang hari ini.
Susah betul nk kesan riba, ketidakadilan urusniaga dan pasaran.
Perbankan plk jd perantara semua dagangan, blum cukai lg.
Yg jelas dpn mata hanya komputer riba.Dzulqarnain Post at 6-4-2012 16:12


kalau duit banyak maka cara yang paling senang untuk memastikan duit tu menghasilkan pendapatan halal ialah dengan cara membuka bisnes dan jalankan perniagaan yang di benarkan Allah.

Harap orang lain yang buat decision ke mana nak laburkan memang bahana la, lagi-lagilah kalau jabatan kerajaan sekular yang bermentalitikan kapitalist pulak yang di tugaskan untuk menentukan kemana nak di laburkan duit2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 06:26 PM | Show all posts
Reply 37# blastoff


2-perkataan je,
Satuuu...Malaysia~!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 02:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by manganini at 12-4-2012 02:49

Reply 9# blastoff


   off topic sikit.. nak tanya, macam mana pulak dgn peraduan2 contohnya peraduan maggi tu? nak masuk peraduan, kena beli maggi dan sertakan plastik pembalut maggi tu.. tu judi jugak ke? macam mana plak dgn peraduan2 kat pasaraya tu? (contohnya, spend more than rm100, boleh sertai peraduan..)
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 02:46 AM | Show all posts
satu lagi.. macam mana kalau dalam ASB tu ada agak banyakla jugak duit. dan duit tu semua campur2 halal dan haram.. means duit gaji, duit pemberian makbapak, duit dividen etc pendek kata dah tak ingat dah berapa duit pokok dan berapa duit dividen dalam tu..

soalannya, macam mana nak "bersihkan" duit tu kalau saya decide nak pindahkan semuanya ke tabung haji? tabung haji berapa maksimum duit boleh masuk situ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.075033 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list