CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsamz

Doktor Malaysia Didapati Bersalah Lakukan Serangan Seksual

[Copy link]
Post time 25-3-2012 01:28 PM | Show all posts
I don't want to reveal more than this. There were many discussions abt this issue among malaysian do ...
fromheaven Post at 25-3-2012 13:18


masalah patient pompuang memang lagu tuh. bohkan kat sana kat mesia pong byk jugop wlopong dh ada chaperon nurse. la kat tempat aku siap da tak buleh ada nurse pompuan da. kena tambah lagi sekoq family member patient tu baru buleh kalu kat ward. aku tak rasa doktor bodo nak molest patient. buat hapa nak gatai sentoh patient kalu tu periok nasi dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2012 01:30 PM | Show all posts
n lagi pong perlu ka nak gatai sentoh bur**t tak basoh kalu dah tiap2 hari dah besa kat O&G korek bepuloh2 bur**t pompuan nak beranak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 01:35 PM | Show all posts
Reply 20# fromheaven


   yes...my friend pun ade cerita pasal ni jugak...banyak prob yg diorang hadapi bila buat medical practical because people always pandang senget dekat dorang  yg outsiders ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 01:36 PM | Show all posts
haa..cerita hujung pangkal da tau pun..tq fromheaven..
tapi kan...may i know, whether dr zaki ni fluent tak english dia??kot la miscommunication that leads to this problem??
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 01:37 PM | Show all posts
hahaha....siapa yg dok kat O&G tau la macamana. Bukan terangsang pun. satu sen pun tak.  tahan muntah je...dah tak larat mata nak tengok tiap2 ari korek bepuloh2 pompuan nak beranak. Demi kerja saja diteruskan. Tanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 01:37 PM | Show all posts
calling for redevil
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2012 01:44 PM | Show all posts
the other day, i watched a forum recorded by our local tv station at one of aussie's uni during one of their graduation day...audiens adalah kalangan malaysians yg study, kerja n also those yg migrate sana..panel2 yg dijemput adalah malaysians..ada malay, chinese, indian...  termasuk la seorang doktor perubatan malay yg katanya da practice for quite few years in aussie..penampilannya agak alim juga..tak igt la plak nama sapa..tapi yg peliknya, panel lain dok speaking english..tiba turn dia, moderator terpaksa cakap malay ngan dia..n dia pun cakap malay ala2 ceramah pas..weirdoo..dah dok aussie lama2 tapi tak fasih english kah??
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 01:47 PM | Show all posts
Taken from this website: it shows yg memang ramai outsider in aussie berhadapan dgn isu ni
http://hisham79.blogspot.com/201 ... ng-saya-kenali.html
__________________________________________________________
Tulisan Dr. Wan Muhd Ridhuan (Dr. Duwe)

Perubatan, Seksualiti, Berita dan Fitnah
Hati gusar membaca berita seorang sahabat didakwa kerana serangan seksual terhadap pesakitnya. Saya tidak terkejut tentang berita tersebut kerana sebelum ini pernah berbual dengan beliau tentang kes terbabit dan penjelasannya lebih berkisarkan tentang dokumentasi yang tidak lengkap (incomplete documentation), tetapi yang lebih menggusarkan saya ialah reaksi masyarakat atau orang ramai terhadap berita terbabit.

Bukan maksud saya menulis artikel ini untuk menyokong sahabat saya dalam isu tersebut, tetapi saya lebih bermaksud untuk menerangkan secara umum beberapa isu yang berkaitan dalam kes beliau kerana saya juga seorang doktor, pernah terbabit dalam kes mahkamah di Australia dan hampir terperangkap dengan isu serangan seksual terhadap pesakit agar para pembaca dapat meneliti isu sensitif ini dengan minda yang terbuka tanpa prejudis.

Perubatan dan seksualiti
Saya pernah terlibat dalam satu kes mahkamah di Australia sebulan yang lepas tetapi isu yang berlainan iaitu serangan fizikal. Alhamdulillah, dibantu dengan dokumentasi yang lengkap ketika saya merawat pesakit terbabit, kes berjalan lancar dan saya tidak disabitkan dengan kesalahan.

Berbalik kepada pengalaman bekerja di sini, saya pernah beberapa kali hampir terperangkap dalam kes legal berkaitan dalam isu seksualiti tetapi syukur berjaya diselesaikan ‘on-spot’ dan tidak pernah difailkan oleh pesakit.

Umum mengetahui bahawa isu seksualiti di Australia lebih terbuka berbanding dengan beberapa tempat di dunia di mana membincangkan isu seksualiti ini agak sensitif atau ‘taboo’. Sejak belajar perubatan di peringkat siswazah, saya dapati dan berpandangan secara majoritinya wanita di Australia lebih terbuka dan selesa dalam membincangkan kes atau masalah seksualiti (atau yang berkaitan) dengan doktor yang berlainan jantina.

Pengalaman saya sebagai doktor junior di bahagian sakit puan (Gynaecology Department) tahun lepas membuka ruang untuk lebih mengenali wanita daripada pelbagai latar belakang bangsa dan sosial. Tidak dinafikan memang wujud masalah sebagai seorang doktor lelaki terutamanya ketika melakukan pemeriksaan alat sulit (per vaginal examination).

Selain di bahagian sakit puan, saya juga hampir terperangkap dalam isu seksualiti ini ketika di bahagian kecemasan (Emergency Department).
-      
          -  Seorang lelaki homoseksual datang pada waktu malam meminta ubat pencegahan virus HIV setelah kondom yang digunakannya pecah ketika melakukan seks luar tabii dengan lelaki lain. Banyak yang kami bualkan dalam kes ini yang menyebabkan pesakit ini tidak berpuas hati dengan saya. Bagaimanapun, setelah diterangkan dengan baik oleh saya, pesakit menerimanya walaupun seolah-olah masih membenci saya di dalam hati.
-      
     - [Kes ini baru berlaku minggu lepas]: Seorang wanita Asia bersuamikan Caucasian (orang putih) datang dengan nanah sekitar lubang dubur (perianal abscess). Setelah mendapatkan cerita masalah (history taking), saya melakukan pemeriksaan alat sulit (per rectum examination) untuk melihat sejauh mana teruknya nanah terbabit bertemankan seorang jururawat wanita sebagai ‘chaperone’ (peneman) dan pesakit juga tidak membantah. Melihatkan nanah terbabit agak ‘extensive’ dan berhampiran dengan kemaluan hadapan, saya terpaksa memeriksa bahagian kemaluan hadapan wanita terbabit. Setelah saya habis melakukan pemeriksaan dan keluar daripada bilik pemeriksaan, jururawat wanita terbabit datang memberitahu saya bahawa pesakit itu lebih suka doktor wanita yang memeriksanya berdasarkan latarbelakang bangsa dan sosialnya. Sebaik sahaja diberitahu, saya terus berjumpa dengan pesakit terbabit serta suaminya. Setelah berbincang elok-elok, akhirnya pesakit tersebut setuju dengan tindakan saya sebelum ini, dan saya dokumenkan segala isu yang timbul terbabit dalam nota kesnya (her case note).

Berdasarkan sedikit pengalaman di atas, tidak dapat dinafikan bahawa doktor-doktor sangat cenderung untuk melakukan kesalahan termasuk dalam isu-isu sensitif tidak kira di negara mana pun termasuk yang agak terbuka dalam isu seksualiti. Bagaimanapun terdapat cara untuk mengelakkan masalah terbabit dari awal ataupun kemudian. Dengan ilmu serta panduan yang dipelajari sepanjang belajar perubatan serta bekerja, terdapat beberapa tips untuk menghindari masalah ini:

-  Tanya pesakit perempuan terbabit bermula dari awal samada beliau selesa diperiksa oleh doktor lelaki
-  Gunakan ‘chaperone’ (peneman), sebaik-baiknya jururawat perempuan, ketika melakukan pemeriksaan alat sulit
-  Dokumentasi yang lengkap bermula daripada mendapatkan cerita masalah atau simptom (history taking), pemeriksaan fizikal (physical examination), diagnosis serta sebarang isu yang timbul sepanjang temubual dan pemeriksaan kesihatan antara doktor dan pesakit.
-   Bincang dengan pesakit elok-elok, meminta maaf sekiranya perlu.
-   “Be empathy rather than sympathy”.

Itulah sedikit sebanyak kisah berdasarkan pengalaman cetek saya sebagai doktor di Australia dalam menangani isu seksualiti supaya para pembaca dapat memahami realiti dan latar belakang kerjaya sebagai seorang doktor dalam isu ini.

Memahami kesahihan berita dan fitnah
Sebagai umat Islam, al-Quran dan as-Sunnah perlu dijadikan panduan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam memahami sesuatu khabar berita, saya lebih suka mengambil pengajaran daripada kisah berita bohong (‘Ifk’) terhadap Ummul Mukminin A’isyah r.a. dalam surah An-Nur: 11-26 (Untuk penerangan lanjut, sila semak tafsir-tafsir muktabar tentang kisah ini). Pengajaran penting daripada kisah ini ialah pastikan kesahihan berita terlebih dahulu tanpa mempercayainya bulat-bulat, mengajar untuk bersangka baik sesama Muslim (husnu zonn) serta menjauhi buruk sangka (su’u zonn), apatah lagi sekiranya berita tersebut melibatkan aib serta fitnah. Tidak perlu saya terangkan betapa besarnya kesan fitnah itu sehingga disebutkan dua kali dalam al-Quran sebagai lebih besar daripada membunuh [Al-Baqarah: 191 &217].

Oleh itu, saya mengharapkan para pembaca supaya lebih teliti dan memahami latar belakang sesuatu isu dalam mendapatkan pandangan sesuatu berita. Ini penting kerana selain kita mempunyai akhlak tersendiri berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, kita juga dapat mengelakkan keburukan terhadap diri kita sendiri serta orang lain.

Kepada sahabat saya yang didakwa dalam kes tersebut, saya mendoakan yang terbaik buat beliau dalam menghadapi situasi ini serta banyakkan bersabar. Seperti yang diceritakan oleh beliau, kesilapan utamanya ialah kerana dokumentasi yang tidak lengkap (incomplete documentation). Saya mengenalinya bagaimanapun hanya Allah SWT yang lebih mengetahui tentang makhlukNya. Mudah-mudahan kisah beliau menjadi teladan buat diri ini, sahabat-sahabat yang bergelar doktor serta masyarakat umum secara amnya.

Disediakan oleh,

Dr Wan Muhd Riduan Wan Jaffar
MBBS (Monash).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2012 01:51 PM | Show all posts
i would strongly say that fitnah wouldnt happen if u have good communication skill, rite??
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 02:24 PM | Show all posts
hahaha....siapa yg dok kat O&G tau la macamana. Bukan terangsang pun. satu sen pun tak.  tahan munta ...
fromheaven Post at 25-3-2012 13:37


perlukah kata sampai nak tahan muntah?
sangat2 tidak beretika......
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 02:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by sayawifenikmie at 25-3-2012 14:32

...hmmm
teringat cerita my BFF .... masa dia mengandung buat pertama kali .. dr lelakiyang periksa dia (ujina bulaann masa ngandung) suh dia buka bra n depangkantanganutk check breast my BFF ....


so .... doktor melanggar etika bukan suatu cerita baru ..

apapun ..... semoda dr  yg dituduh in bertabah .....dapatkanlahs egala bukti yang perlu utk menepis tuduhan ...

dan ..lepas tu ... duduk2 pikir .... kamu belajar menggunakan duit rakyat malaysia .... bukankah kamu ada ikatan (kalau tidak ada ikatan OK lah..) utk berkhidmat di malaysia?  hutang tetap hutang .... mungkin Allah bayar cash?  hmmmm ..... moral: marilah berhujan batu di negara sendiri ..... kan dah kata ... doktor asing di negara itu (yg sebenarnya semua rakyatnya kecuali aborigine adalah orang asing) seringkali teraniaya .... buat apa mendedahkan diri kepada bahaya fitnah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 04:26 PM | Show all posts
hahaha....siapa yg dok kat O&G tau la macamana. Bukan terangsang pun. satu sen pun tak.  tahan munta ...
fromheaven Post at 25-3-2012 13:37



    Kalau aku, tak sanggup buat kerja korek2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 04:38 PM | Show all posts
diharap beliau telah melunaskan hutangnya dengan pihak JPA
cepheid Post at 25-3-2012 12:58




+111111111111111111111111111111


Aku menyampah betul golongan maKAN scholar takmau balik ni. Alim sgt la kan? Ramai je baik melayu, cina, keling amik medical scholarship JPA pastu dah tak balik dah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 05:37 PM | Show all posts
Reply 5# Changa


    anbiya kepala hotak ko lah.  kenapa mudah sgt nak main2 kan perkara seperti ini?  
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 06:06 PM | Show all posts
Biasalah....
kalau orang yang nampak alim, kalau melakukan maksiat/dosa....orang akan kata di fitna ...
jazaa Post at 25-3-2012 13:11



    tu belum mai ad dajal lagi haaaaaaa...

kalo dia maiiiiii.. di tangan kiri dia , dia bawak sorga, di tangan kanan dia .dia bawak neraka..manusia nampak cengitu.. haaa

dia manusia, malah orang islam macam kamu seme gak..sure NAMPAK ALIM..serban janggut sudah pasti..bahasa arab? macam bertih sure nya kalo cakap

dia di kurnia tuhan banyak 'karomah', di sihir nya kamu seme karang..senang2 oang kesiankan ad dajal konon di fitnahhhhh  !!

hanya yang benar benar BERIMAN saja Allah akan perlihatkan perkataan KAFIR di dahi dia..itu ler ad dajal..PENDUSTA

dia fitnah or ujian paling besaq di akhir zaman nanti haaa..maybe cucu cicit kamu akan berdepan..so macam mana?

tu ad dajal..dajal2 kecikkkkkkkk yang ada macam hari ini..macam mana?

duk ke hulu ke hilir dengan serban jubah janggut cakap islam itu islam ini..this is the way, macam arqam tu..berapa banyak KENE SIHIR?

oang ingat sihir tu mende sepesel ka? nehiiiiiiiii... sihir tu television, you tube , internet pun bleh buat sihir laaaaaa ok?

oang main silap mata tu..menyihir lah namanya.. dengan posting dan reply cengini pun buleh menyihir sesapa yang ada otak

jangan pikio sihir cuma zaman king arthur or zaman hang tuah or zaman conan the barbarian..zaman ini making kuat sihir tapi ramai 'buta'  ..buta HATI DAN PEMIKIRAN

oang pompuan dan kanak2 paling mudah di sihirkan..pasal depa golongan lemahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 06:27 PM | Show all posts
tu belum mai ad dajal lagi haaaaaaa...

kalo dia maiiiiii.. di tangan kiri dia , dia baw ...
ajinomotonosuga Post at 25-3-2012 18:06



    Sy x fhm ape yg tn aji cube sampaikn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2012 07:16 PM | Show all posts
Jadi doktor sume salah..sentuh salah, tak sentuh pun salah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 07:23 PM | Show all posts
Ini bukan perangkap UMNO ke? Perangkap UMNO kan berado di mano-mano sajo
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 09:06 PM | Show all posts
Sy x fhm ape yg tn aji cube sampaikn
noraidil_06 Post at 25-3-2012 18:27



Mu tak paham?....
Aku lagi lah tak paham.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 09:08 PM | Show all posts
Ini bukan perangkap UMNO ke? Perangkap UMNO kan berado di mano-mano sajo
meritokrasi Post at 25-3-2012 19:23



Rasanya ni kerja orang UMNO kot....
nak suruh semua yang kat oberc balik mengundi untuk PRU13......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.071616 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list