CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

Abramovich mungkin hilang RM300 juta

[Copy link]
Post time 7-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: ‘Perjudian’ jangka pendek Chelsea ke atas Andre Villas-Boas boleh bertukar kepada kerugian AS$100 juta (RM300 juta) kepada pemiliknya, Roman Abramovich.\rVillas-Boas dipecat Ahad lalu selepas lapan bulan mengendalikan pasukan – pengurus ketujuh yang datang dan pergi dalam tempoh sembilan tahun – sekali gus membawa kepada kritikan betapa tugas di Chelsea menjadi antara yang tidak stabil dalam bola sepak dunia.\r\n\n\n\n\r   Seperti Villas-Boas, Luiz Felipe Scolari juga gagal melengkapkan kontrak penuh di Chelsea tiga tahun lalu apabila dipecat di tengah-tengah tuntutan pergolakan yang dicetuskan pemain dan jurulatih kelahiran Brazil itu memberi amaran: “Ia akan menjadi neraka kepada sesiapa yang menggantikannya”.\r\r\n\n\n\n\n   Malah, Persatuan Pengurus-Pengurus Liga England memberi amaran kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengurus seterusnya supaya berhati-hati.\r“Apa yang pasti di kelab itu, di sebalik kekayaan tanpa had, masih gagal membentuk menjadi kelab bola sepak yang berjaya,” kata Ketua Eksekutif LMA, Richard Bevan kepada BBC.\r“Mencari pengurus kesembilan dalam tempoh sembilan tahun adalah sesuatu yang memalukan kepada pemilik, kelab, peminat dan liga.”\rWalaupun hanya dua tahun terbabit dalam pengurusan, Villas-Boas dibawa ke London untuk menggantikan Carlo Ancelotti pada Jun selepas membantu FC Porto meraih beberapa kejuaraan termasuk Liga Europa. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.041926 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list