Last edited by ceriblosom on 23-7-2012 07:18 AM \n\n Post Last Edit by ceriblosom at 2-7-2012 06:48
Sorry tajuk tipikal sangat….aku dilema…aku perlukan pandangan dari korang mungkin boleh aku jadikan panduan..Aku seorang isteri yang agak lama berkahwin tp belum dikurniakan rezeki yang paling ditunggu2 oleh pasangan berumahtangga iaitu anak.…aku dan suamiku tak pernah berhenti berusaha..apa saja cara dan kaedah ..asal org cakap je semua buat..baik dr segi islamik..tradisional mahupon artificial....kadang2 rasa mcm badan ni da rusak pon ado....namun masih belum menunjukkan tanda2 keberhasilan…kadang2 masing2 sampai rasa nak give up..tapi masing2 pujuk hati balik….tak boley give up jika tidak masing2 takkan kuat…kami sayang satu sama lain…pakar mengesahkan both of us takde masalah..baik dia mahupon aku..Cuma mungkin belum rezeki kami..(ni hanyalah kata2 doctor…selebih dari itu aku tidak tahu)..
Persoalannya..suamiku terlalu inginkan zuriat dari darah daging diaa..terlalu inginkan sebab da agak lama jugakkan.....ya aku paham..laki mana takmau anak bila kawen.dan laki mana la tak tersinggung bila kawen takde anak…(tu blom masuk kawan2 ke duk permain lg)..aku tak salahkan dia…bukan kami mintak ditakdirkan macam ni...dia tak nampk mendesak aku..tp aku tahu dia tersangat2 mahukan anak…mungkin dah tak boley tunggu lama lagi kot...banyak benda yg dah jd dalam famly kami sebab isu takde anak ni..kadang2 melibatkan family dan secara tak langsung mempengaruhi kehidupan rumahtangga kami….dah banyak kali mcm nyaris2 takde jodoh..(adala 2 kali kot)…tp mungkin jodoh dan sayang kami masih kuat kot…sebabtu masih bertahan sehingga hari ini…
Dan sekali lagi isu ini berbangkit…dan aku taktau macamana…aku terlalu sayangkan dia…aku nak dia bahagia…lalu aku telah menyatakan kesanggupan aku untuk dia berkahwin lg andai itu yg dia mahu (aku rasa laki mana taknak kan?)….isteri mana yg sanggup nak benarkan laki kawen lg kalu diberi pilihann weii…aku juga tak semulia itu..tp aku takda pilihan..aku pon takmo pentingkan diri sedangkan islam sendrik menyatakan sebab untuk laki tu kawen lg kalu isteri tak boley bg zuriat kan…aku redha…aku nak dia bahagia…persoalannya lg…dia sesungguhnya tidak mahu melepaskan aku…(aku pon tak sanggup )..tp dia takut dia tidak mampu..dia takut dia berdosa nanti2 bila dia da kawen dia tak mampu tanggung kedua2 keluarga..ya dia sedar dirilah..dia mmg tak kaya raya..Cuma dia terlalu mahukan anak dia…dia juga takut…kalu dia masih ada aku..mungkin calon2 dia tak boley terima aku plk..mcmana dia nak teruskan hajat dia ngn calon yg bakal dia jumpa tu (ke dah ada ke aku taktahu lah..sebab aku dah takmo sibuk2 sesakkan hati dan napas aku nak ambik tahu )…dilemanyaa...
Dengan berkata aku izinkan dia kawen aku seolah2 skng telah membuat dia berada dalam dilema dan tekanan…dia tahu isu ini bukan kecik dan banyak yg perlu dipikirkan..baik dr pihak aku..dia ..mahupon bakal calon dia…maka skang hidup aku sehari2an ni da tak sama sangat mcm dulu2..dek kerana keserabutan dia..apakah yg harus aku lakukan skang?..beri masa dia bertenang dan berpikir?...atau haruskah aku yg mengundur diri ( aku beri kebenaran sebab aku takmo perkara2 yg tak elok berlaku dibelakang aku dan aku takmo pentingkan diri sebab dia berhak kot....dan aku tau dia juga bukan jenis nak membelakangi aku sembunyi2 kawen ke apa…sebab tu aku siap2 bg kebenaran supaya hati aku tak bengkak….kalu bley aku takmo benda ni tak berkesudahan…menyeksa diri masing2..baik aku mahupon dia… sebab seblomni aku yg macam tak izin sebab masa tu baru lagi dan tak berapa nak rasional kot dan aku tak setabah mcm skarang mungkin...kalu aku tak cakap izinkan pon bendalah ni akan berulang yg sama dan sama dan taktau apa kesudahannyaa.....skng dah izin pon aku takto jugek apa kesudahannyaa.... tolong jangan lahar aku weiii sapa tak sayang laki weiii |