CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3779|Reply: 4

Info2 Terbaru Dari Lmn Web Kerajaan

[Copy link]
Post time 22-2-2012 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Meh kita kongsi bersama jika ada apa2 info berguna dari Lmn Sasawang Jbt Kerajaan & perbincangan sihat amat digalakkan & segala permasalahan boleh dibincangkan disini.{:4_500:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2012 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by TUKANGKEBUN at 22-2-2012 15:29

Dari Lmn Sasawang Pendaftar Pertubuhan :


SISTEM PERMOHONAN KURSUS SECARA ONLINEDimaklumkan bahawa permohonan menyertai program-program Anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Negeri Selangor bagi tahun 2012 telah dibuka kepada semua pertubuhan berdaftar di Negeri Selangor. Oleh itu tuan/puan boleh menyemak takwim kursus dan memohon secara online di http://rosselangor.my/

Tarikh tutup permohonan adalah DUA (2) minggu sebelum tarikh kursus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 12:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by TUKANGKEBUN at 22-2-2012 16:46

Dari Lm Web Majlis Bandaraya Shah Alam



Pameran Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara - Shah Alam (DASH)


Orang ramai adalah dijemput untuk melihat pameran pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara - Shah Alam (DASH) dan memberi komen dan cadangan. Pameran DASH diadakan di Lobi A, Tingkat G (guna lif A), Wisma MBSA, Shah Alam mulai 8/2/2012 hingga 23/2/2012/ Pameran dibuka kepada orang ramai mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

* Jom kita nenguk, kot2 higway tu lalu dpn rumah kita x terperanjat dibuatnya{:4_500:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 03:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by TUKANGKEBUN at 22-2-2012 16:45

SENI JALANAN KINI DIPERTANDINGKAN[img][/img]

TARIKH : 13 FEBRUARI 2012

   
        

Buat kali kedua, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan ‘KUL Sign Festival 2012’ bermula dari 25 Februari hingga 26 Februari 2012 ini. Festival yang akan diadakan di Dataran LRT Pasar Seni ini bertujuan untuk mengawal gejala ‘vandalisme’ yang semakin menular di kalangan warga kota serta menjalinkan kerjasama dan persefahaman di antara pihak DBKL dengan penggiat seni graffiti secara dua hala.

Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur, setakat ini seramai 200 orang telah mengesahkan penyertaan, manakala pelukis luar negara yang akan menyertai pertandingan ini adalah daripada Itali, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Hong Kong dan Sweden. “Kami amat berbesar hati menerima penyertaan dari perserta luar negara dan ini menandakan usaha kami disambut baik oleh semua pihak. Ini terbukti apabila pihak DBKL menerima beberapa penyertaan dari peserta bukan sahaja dari dalam begara bahkan peserta dari pelusuk dunia”, katanya pada sesi sidang media ‘KUL Sign Festival 2012’ di Pasar Seni, 13 Februari 2012. Sesi sidang media itu turut diserikan dengan penyerahan Sijil Malaysia Book of Record kepada Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad oleh wakil Malaysia Book of Record, Yang Berbahagia Datuk Danny Oii. Pengiktirafan ini diberi diatas kejayaan DBKL melakar sejarah dengan penganjuran ‘KUL Sign Festival 2011’ lalu sehingga menghasilkan Lukisan Grafiti Terpanjang di Malaysia.

Bagi memeriahkan pertandingan kali ini, beberapa acara sampingan akan diadakan seperti Pameran ‘Flea Market’, Demo Mari Mencuba Grafiti, Pertandingan mewarna kanak-kanak tahap 1 dan 2, pertandingan X-treme Games (BMX dan Skate board) dan lain-lain lagi.

* sapa2 kaki conteng dinding tu, jom turun ramei2 weh{:4_500:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 12:50 PM | Show all posts
Karnival 1MinDef Malaysia  
Khamis, 23 Februari 2012 08:46  
Kementerian Pertahanan akan menganjurkan Karnival 1MinDef bertempat di Padang Kota Lama, Georgetown, pada 25 hingga 26 Februari 2012. Pelbagai program menarik menanti anda. Antaranya termasuklah pameran aset-aset ketenteraan serta perkhidmatan perubatan oleh doktor-doktor ATM secara percuma. Turut diadakan Persembahan Pentas yang akan menampilkan artis-artis dari Badan Kesenian Tentera Darat. Semua dijemput hadir!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.077859 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list