CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mizsela

Whitney Houston meninggal dunia..

  [Copy link]
Post time 19-2-2012 08:15 PM | Show all posts
yup. actually aku gurau jer. sebenarnya ramai yg nak tolong negro2 kat afrika nun. byk negara yg ...
tobby Post at 19-2-2012 20:13


aku fhm bro ,ko brgurau...tp aku mmg serius..,read between the lines, will you

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 11:46 AM | Show all posts
Osama idam kahwini Whitney Houston

Font: [ BB B M S ]  

•Dunia•Dunia•2012-02-19 08:55•Click: 79•Disediakan oleh Berita Harian



Buku dedah dakwaan pemimpin al-Qaeda pernah rancang bunuh bekas suami penyanyi

RABAT: Bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, ‘mengidam’ mengahwini mendiang Whitney Houston, malah pada satu ketika merancang membunuh suami penyanyi itu, Bobby Brown, menurut satu buku baru. Dakwaan itu dibuat penulis berketurunan Sudan, Kola Boof, yang dikatakan tinggal bersama Osama sebagai perempuan simpanannya. Ia berlaku pada 1996 dan beberapa tahun kemudian Osama mendalangi serangan  paling dahsyat terhadap Amerika Syarikat.

Namun, ketika  di Maghribi, Osama memikirkan perkara lain termasuk seks, menghisap kanabis dan menari lagu kumpulan pop barat seperti  B52s dan Van Halen.

Boof,  atau nama sebenarnya Naima  Harith mendakwa diperlakukan seperti hamba seks oleh Osama, berkata pemimpin al-Qaeda itu berkata, Houston wanita paling cantik pernah dilihatnya dan teruja untuk mengahwini bintang pop itu.

Dalam autobiografi diterbitkan pada  2006, Boof mendakwa Osama merancang membunuh Brown sebelum menggoda Houston dengan memberikannya rumah mewah yang dimilikinya di Khartoum.

Menurut ceritanya, Osama menghisap kanabis sebelum mengumumkan dia rela melanggar peraturan warna dan menjadikan Houston salah seorang isterinya.

Osama didakwa percaya Houston beragama Islam tetapi diresapi budaya Amerika. Boof mendakwa Osama memarahinya kerana bertocang dan mengarahkan dia bergaya seperti Houston.

“Osama bertanya sama ada saya kenal Houston secara peribadi ketika saya menetap di Amerika dan saya berkata tidak. Katanya dia memang mahukan Whitney Houston. Walaupun mendakwa  muzik itu jahat, Osama berkata memperuntukkan banyak wang untuk ke Amerika dan cuba mengatur pertemuan dengan penyanyi itu.

“Ia tak mustahil bagi saya. Katanya dia mahu berikan rumah mewah yang dimilikinya di Khartoum kepada Houston. Osama menjelaskan kepada saya dia rela melanggar peraturan warna yang dibuatnya semata-mata untuk memiliki penyanyi itu dan menjadikan dia isterinya. Sampai satu ketika saya bosan mendengar nama Whitney Houston,” Daily Mail memetik tulisan Boof dalam bukunya.

Cerita Boof mula muncul pada tahun 2002 apabila akhbar Guardian menyiarkan artikel mendakwa dia dipaksa mengaku mengadakan hubungan seks dengan Osama bagi menyelamatkan taraf warganegara Amerika yang dimilikinya.

Kemudian, dalam temubual dua bahagian dengan MSNBC dia digelar Bekas Wanita Simpanan Osama bin Laden.

Ketika sebahagian mendakwa Boof sengaja mengada-adakan cerita dan mustahil kerana berdarah Afrika-Amerika, Boof tegas dengan ceritanya dan mendakwa bahawa dua daripada 25 anak Osama berkulit hitam dan neneknya yang berasal dari Syria juga dipercayai wanita kulit hitam. – Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 12:27 PM | Show all posts
bobby brown kene sepak keluar masa pengebumian whitney houston.padan muka!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 12:32 PM | Show all posts
Bath ... image shows tub where tragic singer was found dead

Dead star ... Whitney Houston

Night out ... Whitney Houston last week

Last meal ... remnants of singer's final lunch

Food tray ... on soaked floor of her bathroom

Luxury ... bathroom in hotel where star stayed

Victims ... clockwise from top left, Anna Nicole Smith,
Brittany Murphy, Michael Jackson and Corey Haim
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 01:43 PM | Show all posts
Whitney Houston Dedah Rahsia Mahu Kahwin Michael Jackson

WASHINGTON: Mendiang penyanyi Whitney Houston pernah menyuarakan hasrat untuk mengahwini Raja Pop Michael Jackson pada satu ketika dulu, demikian menurut pengakuan rakan kedua-dua bintang itu, David Gest.



Penerbit muzik yang menjadi tempat mengadu bagi dua penyanyi tersebut percaya bahawa Houston teringin untuk menjalin hubungan dengan penyanyi lagu Thriller itu, tetapi Jackson dikatakan terlalu pemalu untuk memulakan langkah.



“Dia (Whitney) terlalu mencintai Michael dan begitulah sebaliknya. Michael pernah berkata kepada saya, mereka pernah berkongsi ciuman yang penuh berahi. Whitney juga ada memberitahu dia terlalu mencintai Michael.

“Saya rasa Whitney mahu mengahwini Michael, tetapi dia (Michael) terlalu pemalu untuk memulakan hubungan,” katanya seperti dipetik laman web contactmusic.com.

Dia menambah: “Kemudiannya, Michael pernah meluahkan kepada saya, dia patut memulakan langkah ketika itu. Jika mereka bersama, mungkin Whitney tidak akan terlibat dalam penagihan dadah dan suka menyendiri.” - ANI




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.166806 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list