Assalamualaikum tuan/puan...
Hari2 kita ambik wuduk...khasnya utk sembahyang... tuan/puan ada ambik hitung tidak, berapa banyak air kita guna sekali kita ambik wuduk?... ada 1 liter? 500 ml?.... kalau dgn 250 ml bolehkah tuan/puan sempurnakan wuduk?...
yep org melayu kita nih terlampau tertib dan was was sampai air tuh betul2 kena sampai kat semua tempat sampai pembaziran air yg byk boleh berlaku... cuba diorg gi kat mekah baru diorg tau mcmana susah diorg nak bazir kan air...
tokwan sendiri pun tak hitung berapa banyak guna air sekali ambik wuduk... perasaan banyak betui buang air begitu saja masa ambik wuduk... perasan2 tokwan, mau 4/5 liter kot sekali berwuduk... yang guna, mungkin 1 atau 2 liter saja, yang terbuang saja, 3/4 liter... mana taknya, belum apa2 pili air dah bukak dulu dah!
Surah Al-Maidah
5:6. Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam musafir, atau jika salah seorang antara kamu datang dari kekotoran, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat kejanggalan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan dan menyempurnakan nikmat-Nya bagi kamu, supaya kamu bersyukur. Last edited by NasrullahHaq on 28-1-2014 06:17 PM
tokwan_jantan posted on 9-2-2012 08:57 AM
tokwan sendiri pun tak hitung berapa banyak guna air sekali ambik wuduk... perasaan banyak betui bua ...
Salam tokwan
Kalo bab pili air ni mmg byk pembaziran
Katakan range kadar alir bg mana² kepala paip tu dlm lingkungan 9-20 Liter seminit
cuba bygkan berapa botol mineral saiz besar boleh isi dlm masa seminit?
Cuba ambil masa setengah minit (30 saat) pn ckop le
kurang² 4.5 Liter bersamaan 3 botol 1.5 Liter
yg berminit² tu pendek kata...berbaldi².
p/s: Tolong kecikkan sket bukaan valve kepala paip tu...
Post time 29-1-2014 11:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tatacara membasuh tangan sehingga ke siku adalah
1)dengan menampung sejumlah air ditapak tangan dan hendaklah disapukan bermula dari tapak tangan dengan dibiarkan air mengalir kesiku sambil meratakan air itu dgn tapak tangan yg satu lagi dgn yakin.
2) Rasullullah meratakan air sebyk 2 kali.
3) para imam berijtihad utk menambahkan keyakinan dilakukan sebanyak 3 kali. Dan tidak timbul isu kesalahan kerana ijtihad mereka berserta petunjuk Allah sebagai garis panduan kpd kita selaku org awan.
Utk membasuh kaki, jika memakai cepar (selipar) dibolehkan membasuh kaki bersama2 cepar kerana Rasullullah pernah membasuh kaki sambil bercepar.
Sebaik2nya, kita membuka cepar jika merasakan cepar /selipar yg kita gunakan itu bersih. jika tidak yakin, basuhlah kaki bersama2 cepar sewaktu berwudu`berdasarkan perlakuan baginda Rasullullah.
Jika tanya saya hadis yg mana, carilah kerana saya tahu ada hadis ini walaupun belum pernah membacanya. Yg penting adalah kita yakin apa yg kita lakukan pasti dipertanggungjawabkan ketika berada diakhirat kelak.
yakinlah hanya padaNya
Insya`allah... Last edited by Abangcute on 29-1-2014 11:31 AM
kalo korang berduit, buat je kolah kecik depan rumah (lebih 2 qulah)...amik kat situ setiap waktu, elok utk elak pembaziran, kalau takut terdedah pada sebarang najis burung, cicak atau lain2 pakai tutup