CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6739|Reply: 36

Misterikah Orang Tak Siuman Ni?

[Copy link]
Post time 1-2-2012 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Aku tak tahu sama ada bod ini sesuai tak untuk ceritakan dan bertanya perihal berkaitan orang tak siuman ni, sebab aku ada 2 kesah berkaitan dengan orang kurang siuman ini dan ingin bertanyakan pada kamu semua adakah kamu rasa ianya misteri atau tidak. Sebab pada kaca mata aku ianya sangat misteri, tak mengapalah aku cuba uraikan apa yang aku katakan misteri tu dan kemudian kamu memberikan info atau fakta kamu pula.

Perumahan yang aku duduki ini adalah rumah jenis pangsapuri, rumah sewa di tingkat paling atas sekali iaitu tingkat 5. Aku dah duduk di rumah ini hampir 3 tahun dengan duduk menyewa dengan 2 rakan lain iaitu kenalan sepejabat aku juga, tapi ahad lepas adalah hari terakhir aku duduk di rumah ini disebabkan aku berpindah ke tempat lain (bertukar tempat kerja). Aku saja menceritakan hal ini selepas aku keluar dari rumah tu, baru rasa selesa sedikit.

Di tingkat paling bawah pangsapuri bertentangan dengan rumah sewa aku tu ada tinggal 1 keluarga bangsa India, salah seorang ahli keluarganya iaitu seorang remaja perempuan umur sekitar 17 tahun (anggaran aku saja) menghadapi masalah jiwa atau kurang siuman (bahasa kasarnya gila). Selama 2 tahun aku tak tahu pun kewujudan remaja kurang siuman tu sehinggalah tahun lepas bila keluarga India tu membuat pintu dapur pada rumah tu yang selama ni dinding saja (maklumlah rumah pangsa), tapi aku selalu mendengar jeritan remaja perempuan tapi kami anggap ianya pertelingkahan keluarga dan sebagainya saja.

Pada pertama kali aku ternampak budak ini meroyan aku terkejut juga sebab ingatkan mereka bergaduh teruk, sebab seakan-akan dia memekik melolong dengan dahsyat sekali sambil menghempas-hempas belakangnya seakan sakit di bahagian itu selepas dipalu dengan objek keras. Mulanya aku ingatkan budak tu bergaduh dengan saudaranya atau ahli keluarga lain sebab sepengetahuan aku dia ini ada 6 orang adik beradik kesemuanya, tapi aku hairan bila tengok dia sekadar menghempas-hempas belakang dan membongkok dan tiada ahli keluarganya yang mendekati (aku perhatikan bapa dan ibunya hanya tersengih dan tersenyum saja seakan melihat hiburan mungkin?).

Itulah kali kali pertama aku nampak akan perilaku remaja kurang siuman itu yang selama ini hanya mendengar suara raungan kemeroyanannya, aksi tu tak lama dalam 10 minit saja sebelum hujan turun mencurah dan kemudian keluarga tu semua masuk ke dalam rumah. Mula-mula tiada apa yang menarik minat aku, hanya aksi orang kurang siuman saja bukan? dan aku juga kesian melihatnya dan lebih baik aku buat hal sendiri saja setiap kali dia meroyan tu. Tapi dari ke hari aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena, sebab setiap kali dia meroyan mesti selepas itu hari akan hujan tidak kira la awal pagi (seawal subuh) hinggalah lewat tengah malam.

Mulanya aku fikirkan kebetulan saja maklumlah orang tak siuman kan, tapi aku perhatikan remaja ni elok saja dia jaga adik-adiknya yang kecil semasa tak naik syeikh tu dan boleh mengarah dan memarahi adiknya supaya jangan bermain di tengah jalan sebab pintu rumahnya tu di depan parking kereta saja dan banyak kereta lalu lalang. Lama kelamaan aku dah dapat menduga, setiap kali remaja tu melolong maka hari akan hujan lah. Aku beranggapan dia ni suka main hujan, jadi bila hujan dia akan meroyan kegembiraan (datang sakitnya tu). Itulah anggapan aku pada awalnya, tapi lama kelamaan aku rasakan ada kepelikkan pula.

Kelamaan aku rasa seakan misteri pula sebab 1 hari tu aku mencuci kasut sukan aku dan menjemurnya pada tingkap rumah, aku tengok hari panas menyala saja maklumlah sekitar 12 tengahari. Tiba-tiba aku terdengar suara remaja tu melolong dari dalam rumah dan dalam hati aku ini lah kali pertama aku dengar dia melolong waktu hari panas dan bukan waktu nak hujan atau hari hujan, ada lah dalam 5 minit macam tu dia memekik dalam rumah dan kemudian nampak dia tergesa-gesa keluar dari rumah sambil di tarik oleh ahli keluarganya yang lain dengan memukul belakangnya dengan sadis sekali sambil jalan terbongkok-bongkok. Tak lama lepas tu tiba-tiba hujan panas pula, kemudian bertukar jadi hujan lebat di tengahari dan memang buatkan aku tertanya-tanya mana mungkin dia tahu hari nak hujan padahal dia dalam rumah sebelum tu saja.

Otak aku dah pikir macam-macam dan mungkin dia ada firasat hari nak hujan mungkin?, tapi aku pendamkan saja dan lupakan dan anggap ianya juga 1 kebetulan lagi. Lama kelamaan dah jadi bahan lawak kami serumah dan kalau ada saja dengar suara melolong maknanya hari nak hujan dan jangan haraplah boleh tengok saluran Astro, aku pun sudah malas nak ambil tahu tentang kepelikkan yang berlaku dan abaikan saja anggap tiada apa berlaku.

Pernah pula 1 hari tu hari dah gelap dan angin pun bertiup kencang, aku berseloroh aku katakan pada rakan serumah aku yang mungkin remaja perempuan tu tidur agaknya sampai tak tahu hari nak hujan untuk dia menguji vokal melolongnya. Disebabkan angin bertiup kuat aku buka semua tingkap bilik dan bagi udara sejuk masuk, aku terkejut tengok elok saja remaja perempuan tu duduk bersila di meja luar rumah sambil menconteng buku (agaknya lah). Aku anggap saja mungkin budak tu sudah elok agaknya atau tekaan kami yang musim hujan saja dia pasti meroyan tu tak betul, jadi aku anggap semuanya kebetulan semata-mata. Tapi memang menghairankan sebab 10 minit kemudian cuaca bertukar cerah dan panas dan tiada hujan pun pada masa tu walaupun sebelum tu dah nak ribut taufan agaknya nak berlaku, jadi aku tertanya sekali lagi apakah perempuan tu dah tau memang hujan tak akan turun?.

Kisah lain pula juga berkaitan dengan orang kurang siuman ni, ianya berlaku di kampung aku sendiri iaitu di Batu Pahat. Ianya berlaku masa waktu aku masih bersekolah lagi dan rumah makcik kurang siuman itu terletak di laluan rumah aku hendak menuju ke sekolah agama rakyat pada sesi petang, makcik ini dikatakan janda beranak 2 dan mengalami masalah jiwa selepas kematian suaminya akibat kemalangan di tempat kerja. Umur anak makcik tu seingat aku 6-8 pada masa tu dan pada mulanya dijaga oleh beliau sendiri, tapi bila beliau mengalami masalah jiwa anaknya di jaga oleh ibunya sendiri yang rumahnya hanya bersebelahan saja dengan ruangan dapur bersambung.....

Lain masa aku sambung, sebab aku tak cukup masa nak taip ni dan harap rakan di sini dapat memberikan pendapat tentang hal di atas dan nanti kita bincang pula kisah kedua yang hampir serupa. Kembali pada kisah di atas adakah ianya hanya kebetulan atau remaja kurang siuman ini ada naluri untuk merasai akan kehadiran yang hujan akan turun di lokasi dia tinggal?, apakah yang berlaku sebenarnya pada orang kurang siuman ini dan apakah apa ada difikiran mereka semasa mereka meroyan tu?.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2012 03:36 PM | Show all posts
Pada pendapat aku la,itu mungikn antara salah satu penyakit sawan...sawan kan ada mcm2 jenis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 04:09 PM | Show all posts
boleh komersilkan jadi bomoh hujan nii..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 04:17 PM | Show all posts
sawan hujan? mungkin satu dalam 30 juta rakyat malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 04:23 PM | Show all posts
Aku tak tahu sama ada bod ini sesuai tak untuk ceritakan dan bertanya perihal berkaitan orang tak si ...
dr.R Post at 1-2-2012 15:27



    petunjuk buat mike tu gamoknye..soh lenkali jgn pandang rendah org camtu..sebab org kurang siuman ni statusnya neutral..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 04:25 PM | Show all posts
Sawan Jeritan  la......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2012 11:58 PM | Show all posts
assalamualaikum ...

Sekadar berkongsi pendapat sy tentang arwah adik kandung sy (al-fatihah). adik sy ni bukanlah gila, tapi terencat akal (ataupun terencat akal dan gila tu memang sama,tak pasti pulak). memang dilahirkan begitu sejak kecil lagi. walaupun umurnya menjangkau 19 tahun tapi perangai sebijik macam budak-budak 4, 5 tahun. Lebih kurang macam tu lah. Doktor sahkan arwah adik memang terencat akal dan ada penyakit sawan. Setiap kali penyakit sawan dia menyerang, dia agak menggelupur. Bukan menggelupur sakit,tapi macam menggelupur kesejukan. eh, menggigil kot ayat sesuai?mana-mana lah.

Satu yang pelik tentang dia, dia ada satu habit yang macam beri petanda ada orang nak datang rumah. Dia akan hempas-hempas bantal peluk dia ke lantai,kuat-kuat tak berhenti dalam 10 ke 15 minit macam tu, tak lama lepas dia hempas-hempas tu, confirm ada orang datang rumah kami.

Mula-mula kami tak perasan pun tapi bila dah makin kerap berlaku, arwah ibu adalah orang pertama yang perasan tentang hal tu. Kalau arwah adik hempas-hempas bantal dengan hebatnya ke atas lantai, mesti arwah ibu kata "Haaa...sapa pulak nak datang umah ni.." perbuatan hempas-hempas bantal peluk ke lantai tu lebih kurang macam orang dulu-dulu yang basuh kain pas tu hempas-hempas kat batu

arwah meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 19 tahun akibat jangkitan kuman pada paru-paru. hingga saat ini,sy sendiri tak sure adakah habit dia hempas-hempas bantal tu memang ada kaitan dengan orang nak datang rumah ataupun kebetulan sahaja. Tapi, kalau dah berbelas tahun begitu,adakah masih....kebetulan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 01:08 AM | Show all posts
agaknya...keadaan cuaca boleh meng'activate'kan mood/tingkahlaku tersebut...???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 02:11 AM | Show all posts
Penah satu malam lalu kubur aq nampak sorang lelaki gila asik pandang kawasan kubur. Macam dia nampak sesuatu. Asyik sungguh dia memerhati. Esoknya ada orang meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 07:58 AM | Show all posts
mungkin org2 yg sebegini ada kelebihan kot....ke lebih kepada kebetulan...ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 09:17 AM | Show all posts
orang2 macam ni kan neutral dia xde ape2 dosa..sebab ape yang berlaku/dilakukan bukan atas kehendak dia..so tak mustahil la diorg nih bleh nampak/rase benda 'paranormal' nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 11:37 AM | Show all posts
aku lak pernah jumpa lelaki berpakain kotor.mungkin berbulan2 tak mandi kot.maklum lah org dah putus wayar.di bercakap sorang2 bawah pokok,dgn bag plastic yg di penuhi benda apa tah.kesian pun ada tgk keadaan dia.yg aku tertanya2,kemana pergi nya waris,adik beradik dia.kenapa biarkan dia merayau2.kan lebih baik masukkan dia kat spital.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:04 PM | Show all posts
Reply 11# afira


Diorang kan ahli syurga....
mana ada hisab.....
yang mana gila tu, apa yang dia buat sebelum jadi gila je di ambil kira...pastu tak kira dah....
kalau gila dari kecik, memang beruntung lah....

gila & terencat akal tak sama...
Tapi dua-dua golongan tersebut adalah istimewa di sisi Allah...tiada dosa....   

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:41 PM | Show all posts
Reply 13# jazaa

btul2..x mustahil kan kalau diorang dianugerahkan kebolehan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:57 PM | Show all posts
Mmmm..menarik juger citer TT... Tapi pada pendapat haku pasal tk siuman neh.. Org leh jadi tk siuman angau2 kalo terkena ngan minyak pengasih.. juga boleh menjadi kurang siuman disebabkan terkena buatan org atau tersilap langkah belajar apa ilmu alam mistik (hatta ilmu persilatan)... menda neh jadi kat sepupu haku sendiri... gi kat doktor, leh klim kata gila..hakikatnya dia kerasukan.. alhamdulillah.. dh baek dah dia... kalo tak berubat...agaknya lagi terukla...

pasal terencat akal atau gila neh.. yer.. mereka istimewa.. pokok pangkalnyer tengok mana dtg puncanyer diorang jadi gitu... demam panas... sawan.. gangguan jiwa ETC..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 03:50 PM | Show all posts
setiap kejadian dari Allaah tu ada hikmah nya.. dan ada ke istimewaan nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 04:17 PM | Show all posts
betul tu.... hana ada jiran sebelah rumah ja, dia ni kadang2 sahaja x ok. klu dia tak ok, selalunya dia x kacau orang malah suka sangat bersedekah n mudah simpati. acik ni diam je tapi satu kepantangan dia waktu ni bila kita bantah kehendak dia.

ada sekali tu dia sakit n beritahu mak hana, pintu rumah mak nampak kotor sangat. dah lama cerita ni hana pun x berapa ingat apa yg acik ni nampak. tapi waktu tu mak memang x berapa sihat... mungkin itu kebetulan ajer. alhamdulilah mak pergi jumpa perawat n bersihkan kawasan rumah dan mak pun kembali sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 04:25 PM | Show all posts
Reply 17# shana85


Iyalah shana....
kekadang diorang ni memang ada kelebihan yang Allah bagikan....
Ada sorang adik kat tempat akak ni, dia jadi tak betul lepas kematian abang dia....dia dengan abg dia memang rapat....tapi sejak kematian abg dia, terus dia merana....
Tapi kan....bila  dia tengok seseorang tu, dia blh ceritakan orang tu punya history....dah kawin ke belum, tinggal kat mana...kerja apa...padahal sapa lak nak bagitau pasal orang tu kan....
akak selalu usik dia tanya akak ni boleh kaya ke tak nanti......
Tang tu dia marah le pulak....dia cakap apa tau?....-kaya tu kuasa Allah lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 04:27 PM | Show all posts
org2 camni terbuka hijab kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 02:59 PM | Show all posts
best jgk cter TT ni...dpt gak tau serba sedikit. maybe diaorg mmg ada keistimewaan tersendiri kan? mcm baby yg tk pandai ckp lagi...diaorg leh npk mcm2 termsk syurga...{:4_243:}
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.532297 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list