CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2324|Reply: 26

Syarikat penerbangan Spanair muflis

[Copy link]
Post time 29-1-2012 03:35 PM | Show all posts |Read mode

MADRID, Sepanyo - Berpuluh ribu penumpang di lapangan-lapangan terbang Sepanyol terkandas semalam selepas syarikat penerbangan tempatan, Spanair membatalkan semua penerbangannya secara mendadak.

Spanair menutup operasinya kelmarin sebelum ia memfailkan perintah perlindungan muflis.

"Berdepan masalah kewangan yang sukar untuk beberapa bulan akan datang, syarikat ini memutuskan untuk menutup operasinya sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan," kata pihak pengurusan Spanair dalam satu kenyataan petang kelmarin.

Penerbangan terakhir Spanair mendarat pada malam kelmarin manakala pesaingnya seperti syarikat penerbangan Iberia, Vueling dan Easyjet ditugaskan mengangkut penumpang yang terkandas.

Media Sepanyol melaporkan sekurang-kurangnya 22,000 penumpang terjejas akibat penutupan tersebut.

Pihak berkuasa lapangan terbang Sepanyol, AENA pula memberitahu, sebanyak 55 penerbangan Spanair di lapangan terbang Madrid dibatalkan manakala 54 lagi penerbangan di Barcelona menerima nasib sama selain beberapa lagi penerbangan di Palma de Mallorca dan Gran Canaria.

Spanair yang ditubuhkan pada 1986 pernah cuba untuk bergabung dengan Qatar Airways bagi menyelesaikan masalah kewangannya tetapi penggabungan tersebut tidak berhasil.

Pihak berkuasa wilayah Catalan yang memiliki kepentingan dalam Spanair memberitahu, ia tidak lagi mampu untuk menampung kos operasi syarikat berkenaan berikutan pemotongan bajet oleh kerajaan selepas banyak negara Eropah dibebani krisis hutang.

Spanair memiliki 36 buah pesawat dan terbang ke 19 destinasi domestik dan 24 destinasi antarabangsa termasuk Algiers di Algeria serta Warsaw di Poland.

Pada 2008, sebuah pesawat Spanair terhempas sejurus selepas ia berlepas dari lapangan terbang Madrid dengan menyebabkan 154 orang terbunuh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2012 06:21 PM | Show all posts
uikss.....x untung langsung ka...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 06:27 PM | Show all posts
ni mesti ceo beli lukisan berjota2 ni ....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 07:14 PM | Show all posts
belajarlah dgn uncle Tony
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 07:17 PM | Show all posts
belajarlah dgn uncle Tony
RedDevils Post at 29-1-2012 19:14

kat sana ade ummah melayu yg tak pandai berniaga jugak ka doc...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 07:21 PM | Show all posts
kat sana ade ummah melayu yg tak pandai berniaga jugak ka doc...
dino Post at 29-1-2012 19:17



kamu ingat ummah sepanyol semua bijak berniaga ka dino? ada jua ummah sepanyol yang hazab sabsidi, yang suka berdemo tapi last last binik tak bagi duduk rumah aja tauuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2012 07:24 PM | Show all posts
kamu ingat ummah sepanyol semua bijak berniaga ka dino? ada jua ummah sepanyol yang hazab sab ...
RedDevils Post at 29-1-2012 19:21

ingat ummah melayu ja gile sabsid tak reti berniaga spt yg didakwa forumer urban....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 08:37 PM | Show all posts
Sumber bukan utusang:

Espanol 4Q2011Unemployment 22.85%; youth unemployment (16-24) topped 51.4%.



Viva espanol


Ini namanya economic prosperity setelah 10 tahun rega hartanah espanol melonjak2 bagai penis dikenakan minyak zakar sudan.

Bak kata rehda: property go up = economic prosperity.
Property sure go up hwangggggg... Ummah2 percayalah.. Pegi beli lagi property byk2 sampai kadar pengangguran anak muda jejak lebih 50persen.. Itu baru economic prosperity

Prrfthhhhhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2012 08:38 PM | Show all posts
industri penerbangan tersangatlah fragile... kecuali kerajaan continue inject duit mcm MAS.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 08:39 PM | Show all posts
Kalo kerajaan tak back up MAS, dah lama dah MAS muplis jugakk
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 08:43 PM | Show all posts
mau x muplis..
byk sainagn chek oooii.
mna myk lagik..
mukan pakai air maa..
nama pon tmabang murah khen...
cam air asia gituh..
msti marketing plan x ok nie..

dok nmpk kat mlysia nie cam fireflyz nk mlingkup gak...
promo kureng...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 09:14 PM | Show all posts
kejam betul penerbangan diberhentikan serta merta.terkandas di airport dah tu kerugian wang plak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:17 PM | Show all posts
bhy beli tiket awal2 buatnya bangkrup mcm ni kan dah ssh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:27 PM | Show all posts
salah satu petanda kiamat 2012
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:37 PM | Show all posts
dia bukan boleh di bail out oleh kerajaan macam MAS....kalau GLC dia mesti tak boleh ditutup macam itu saje sebab ramai orang bekerja di bawahnya.... kalau air asia in the same fix pon... mesti kena tutup jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 11:11 PM | Show all posts
...Spanair ni SAS punya subsidiari kan?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2012 11:29 PM | Show all posts
...Spanair ni SAS punya subsidiari kan?
pyropura Post at 29-1-2012 23:11


bacintol economists wikipedia
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 12:20 AM | Show all posts
Sumber bukan utusang:

Espanol 4Q2011Unemployment 22.85%; youth unemployment (16-24) topped 51.4% ...
baghal_bortuqal Post at 29-1-2012 20:37



    Kat Malaysia masih ramai yg belum ambil iktibar lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 12:21 AM | Show all posts
mau x muplis..
byk sainagn chek oooii.
mna myk lagik..
mukan pakai air maa..
nama pon tmabang mu ...
tripple_M Post at 29-1-2012 20:43



    Mgkin diorang kena invent kapal terbang hybrid pulak... yg pakai teknologi elektrik. Amik cas daripada kilat kalau perjalanan jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 12:31 AM | Show all posts
dia bukan boleh di bail out oleh kerajaan macam MAS....kalau GLC dia mesti tak boleh ditutup macam i ...
~anya~ Post at 29-1-2012 22:37


...kat sana di dunia maju takde gomen inject2 macam thirld world mulaysia nih, contoh KLM Belanda terus aje di akuisisi oleh Air France, tak timbul pun soal kedaulatan lah, diambil alih oleh pihak asing lah, tak patriotik lah, tak nasionalis lah, kat sana elemen business sense, practicality, functionality & economic wisdom mengatasi segala2nya, tak macam kat sini sebok dengan kepentingan mulayu lah, akhirnya LAYU jadinya....bak surga neraka jauh bezanya....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.349537 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list