CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

Laluan 'maut' nanti pemain badminton

[Copy link]
Post time 28-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Galas tugas Piala Thomas, Piala Uber\rLALUAN berduri seakan-akan sudah membayangi skuad negara menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas-Uber di Macau dari 13 hingga 19 Februari apabila tidak diletakkan antara empat pasukan pilihan dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.\r\n\n\n\n\r  Sebaliknya, skuad yang diterajui pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei (kanan) itu sekadar diletakkan sebagai pilihan kelima yang dikira berdasarkan mata dan kedudukan ranking pemain yang disenaraikan beraksi pada pusingan kelayakan itu.\r\r\n\n\n\n\n  China yang sudah layak secara automatik beraksi di pusingan akhir Mei depan atas tiket juara bertahan dan tuan rumah seperti diduga diletakkan pilihan pertama dengan mengumpul 403,977.41 mata, diikuti Korea Selatan (305,419.19), Jepun (267,922.69) dan Indonesia (263,575.34).\rIni bermakna dalam undian kumpulan yang akan dijalankan Isnin di Macau, skuad negara akan diundi dalam mana-mana empat kumpulan yang diketuai China, Korea Selatan, Jepun atau Indonesia sekali gus membayangkan kesukaran yang bakal dihadapi. \rPengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagaimanapun menegaskan kedudukan itu tidak begitu penting, sebaliknya menyifatkan gambaran mengenai peluang sebenar skuad negara pada pusingan kelayakan itu bergantung kepada undian yang akan diketahui Isnin ini.\r“Sebenarnya, kita sudah menjangka kedudukan itu berdasarkan ranking pemain kita berbanding pemain empat pasukan pilihan itu yang jauh lebih rendah kecuali Chong Wei. Namun, gambaran sebenar mengenai peluang kita akan diketahui lebih jelas dalam undian Isnin ini,” katanya.\r\n\n\n\rSementara itu, skuad wanita pula diletakkan sebagai pasukan pilihan kesembilan di belakang China, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia, India, Singapura dan Hong Kong.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.055840 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list