CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4398|Reply: 2

Program Umrah Seringgit Sejuta Nilai (USSI)

[Copy link]
Post time 27-1-2012 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by TokMudim at 27-1-2012 11:25




Salam sejahtera forumers sekalian!

Di sini saya ingin menghebahkan satu program yang kiranya bersifat serampang dua mata - membantu mereka yang dalam kesusahan dan pada masa yang sama (Insya Allah) mendapat ganjaran pahala kerana membantu insan yang kurang bernasib baik menunaikan umrah ke Tanah Suci. Program yang dimaksudkan adalah Umrah Seringgit Sejuta Nilai (USSI).

Objektif USSI

Umumnya setiap umat Islam bercita-cita untuk ke Tanah Suci walaupun sekali seumur hidup. Sama ada untuk menunaikan ibadah Haji ataupun Umrah, menjejakkan kaki ke Tanah Suci merupakan satu cita-cita yang boleh dikatakan amat agung kerana kita mahu menjadi tetamu Allah s.w.t. Walau bagaimanapun, bukan semua di antara kita berkemampuan dari sudut kewangan untuk menunaikan ibadah Haji mahupun Umrah, terutamanya untuk golongan yang kurang berkemampuan seperti fakir miskin.

Maka, pihak Yayasan Basmi Kemiskinan telah berganding bahu bersama pihak Karyawan Bestari Sdn. Bhd. merangka inisiatif membuat satu program kutipan dana untuk membiayai keluarga miskin terpilih menunaikan ibadah Umrah. Program yang dinamakan Umrah Seringgit Sejuta Nilai (USSI) ini merupakan satu program 'always on' dan individu dan badan korporat dialu-alukan untuk menyumbang.

Apa Yang Saya Dapat?

Pertamanya, sebagai seorang individu Muslim, anda sedia maklum bahawa (Insya Allah) ganjaran pahala membantu meringankan beban insan-insan yang ingin ke Tanah Suci Mekah adalah amat besar. Bersedekah itu sendiri satu perbuatan yang amat dianjurkan, dan jika anda bersedekah untuk membantu keluarga miskin menjadi tetamu Allah, Insya Allah niat suci anda itu akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

Walaupun mungkin terlintas di fikiran anda "saya sendiri belum pernah ke Mekah, kenapa saya perlu bantu orang lain pula?" tetapi anda perlu ingat, rezeki anda adalah ketentuan Allah, dan Insya Allah, dengan membantu insan yang kurang berkemampuan ke Tanah Suci, rezeki anda akan dimurahkan dan mungkin ada jalan untuk anda pula ke Tanah Suci!

Untuk badan korporat pula, sumbangan daripada anda boleh mendapat pengecualian cukai.

Berapa Banyak Yang Saya Boleh Menyumbang?

Untuk individu, anda boleh menyumbang serendah RM1 sahaja. Sudah tentunya tiada masalah jika anda mahu menyumbang lebih daripada itu. Walaupun sekecil RM1, tetapi nilainya amat besar di sisi insan-insan yang kurang berkemampuan ini!

Bagaimana Cara Untuk Saya Menyumbang?

Terdapat pelbagai cara untuk menyampaikan sumbangan anda;

  • PERTAMA: Datang sendiri ke Ibu Pejabat Yayasan Basmi Kemiskinan di No. 32 & 34 Jalan SS7/24 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor dan berjumpa dengan mana-mana pegawai.
  • KEDUA: Melalui Internet Banking (akan dimaklumkan kemudian).
  • KETIGA: Berjumpa dengan Sukarelawan YBK yang dilantik sebagai ejen kutipan bertauliah (akan dimaklumkan kemudian).

Maklumat Lanjut?

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program USSI ini, anda boleh menggunakan cara berikut;


Anda juga boleh menghubungi saya melalui PM, e-mail di audi[at]ybk[dot]org[dot]my atau kepada yang memiliki BlackBerry, BBM saya di 278DE96F.

Terima kasih.


---------

AUDI FALIQ IBRAHIM @ Tok Penghulu
Eksekutif Sukarelawan
Yayasan Basmi Kemiskinan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 01:04 AM | Show all posts
semoga usaha2 ni diberi pertolongan dan diberi ganjaran yang besar dari ALLAH. seronok kalau dapat tengok orang yang kurang mampu dapat pergi umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 12:43 PM | Show all posts
ni kira nak bantu org miskin gi umrahlahkan
miskin dari segi apa?

1 Takde kerja sbb kerja dah takde di Malaysia ni?

2 atau ada kerja tapi tak mampu nak gi umrah?

3 atau miskin tapi ada tanah ada rumah cuma takde income?

4 atau telah berjasa kedapa negara dan tak mampu?

5 atau miskin tak cukup makan kemudian pergi umrah
   bila balik apa akan jadi ada kah akan cukup makan?

atau nak setkan minda orang melayu jagan risau tak mampu boleh gi umrah secara percuma.

walaubagaimanapun usaha anda amatlah murni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.420418 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list