CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lengkuas8883

JPAM dekat di hati Masyarakat

[Copy link]
Post time 15-4-2014 11:03 AM | Show all posts
MUSIM PANAS: 46,411 ANGGOTA JPAM NEGERI BERSIAP SEDIA 24 JAM



RAUB 27 Feb. - Seramai 46,411 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pahang bersiap sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi memberi bantuan termasuk membantu memadamkan kebakaran hutan yang kerap berlaku pada musim panas dan kering ketika ini.

Timbalan Pengarah JPAM negeri, Mejar Mohd. Nazri Miskam berkata, sebagai langkah awal, 330 anggota JPAM yang berada di seluruh negeri bersedia digerakkan sekiranya berlaku sebarang tragedi seperti kebakaran hutan.

"Pada peringkat awal, kita bersedia menggerakkan 330 anggota yang setiap daerah mempunyai 30 anggota yang sentiasa bersiap sedia 24 jam mengikut syif.

"Kemudiannya dalam tempoh tiga jam kita boleh menghantar seramai 1,000 lagi anggota seterusnya menggerakkan anggota lain berdasarkan kepada keperluan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Operasi JPAM di Pejabat JPAM cawangan Raub, di sini semalam.

Dalam majlis itu, JPAM Pahang menerima lima ambulans yang akan diagihkan kepada beberapa daerah seperti Rompin, Kuala Lipis, Bera, Bentong dan Kuantan.

Menurut Mohd. Nazri, JPAM sentiasa bersedia menyediakan tenaga manusia bagi membantu pasukan bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran pada musim kemarau ini.

Selain itu, katanya, JPAM juga mempunyai peralatan memadam kebakaran termasuk pam air bagi memberi sokongan kepada operasi pasukan bomba dan penyelamat.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga bulan ini, jabatan itu telah menerima kira-kira 1,000 panggilan kecemasan di seluruh negeri yang kebanyakannya melibatkan kemalangan.

"Statistik perkhidmatan kecemasan bagi 2013 menunjukkan JPAM menerima 8,917 kes kecemasan dengan jumlah mangsa diselamatkan sebanyak 4,130 orang.

"Ini jelas menunjukkan JPAM begitu dekat di hati masyarakat manakala anggota Pasukan Pertahanan Awam mempunyai ruang yang lebih luas untuk mencurahkan khidmat bakti kepada negara," katanya.

(Arkib Utusan Malaysia Online 27/02/2014)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 11:04 AM | Show all posts
JPAM TINGKAT PENGETAHUAN ANGGOTA

KOTA KINABALU 16 Mac - Seramai 205 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya menamatkan kursus latihan bersempena Bidang Keberhasilan Utama Negeri (NKRA) dalam jabatan berkenaan.

Pengarah JPAM negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, latihan itu merupakan salah satu inisiatif jabatan dalam memantapkan pengetahuan serta pengetahuan anggota bagi menghadapi pelbagai cabaran dan risiko.

Katanya, kesemua anggota JPAM yang menamatkan latihan selama lima hari itu terdiri adalah dari Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

“Latihan ini adalah salah satu inisiatif JPAM bagi memantapkan kemahiran anggota dalam meng--hadapi pelbagai cabaran ter--ma-suklah semasa penugasan bersama-sama pihak polis dalam Feet-On Street," katanya ketika berucap dalam majlis penutupan Latihan Pemantapan Anggota Penugasan Khas NKRA JPAM peringkat negeri Sabah, di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pe-ngarah JPAM, Mejar Mohd. Rosman Abdullah.

(Arkib Utusan Malaysia Online 17/03/2014)
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:07 AM | Show all posts
DARI PERANG DUNIA KE MH370, JPAM TETAP KOMITED

KUALA LUMPUR - Usia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bakal mencecah 62 tahun pada 24 Mac ini, namun kehadiran pasukan ini tidak begitu disedari oleh masyarakat berikutan kurangnya publisiti mengenainya.

Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa pasukan, yang ditubuhkan sejak Perang Dunia Kedua ini, berfungsi sebagai satu badan berkecuali yang melaksanakan tugas-tugas menyelamat nyawa dan harta benda secara sistematik tatkala negara dilanda bencana.

Jabatan ini juga adalah satu daripada tiga jabatan yang diamanahkan menjaga keamanan negara, sebarisan dengan pasukan tentera dan polis.

Dan bagi mencapai hasrat itu jabatan akan mengadakan majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada anggotanya bersempena sambutan ulang tahun ke-62 JPAM Isnin ini di Pusat Pertahanan Awam Negara (PUSPAN) di Seremban, Negeri Sembilan.

"Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke majlis ini sebagai satu cara mempromosi kelebihan menjadi sukarelawan JPAM. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pertunjukan dan demonstrasi serta pameran tentang aktiviti pertahanan awam", kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Timbalan Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) Selamat Dahalan kepada Bernama.

Hari ini JPAM memainkan fungsinya sesuai dengan keadaan semasa. Waktu negara berada dalam keadaan aman, ia memainkan peranan mengambil apa-apa langkah bagi melindungi nyawa dan harta benda sebelum, sewaktu dan selepas berlakunya sesuatu bencana di dalam negara, jelas Selamat.

Jika negara berada dalam keadaan perang, tugas JPAM ialah mengambil langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata sebelum, semasa dan selepas serangan musuh.


SEJARAH RINGKAS

Sejarah aktiviti pertahanan awam di Malaysia telah melangkau tempoh 70 tahun, dibentuk oleh British dikenali sebagai ‘Passive Defence’ pada tahun 1939, sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua.

Selepas penubuhannya secara rasmi pada 24 Mac, 1952, JPAM melalui pelbagai bentuk perkembangan, dan menjadi komponen penting dalam pertahanan negara terutamanya pada waktu-waktu sukar.

Prestasi cemerlang pasukan ‘Passive Defence’ telah membuatkan pihak pemerintah British menggubal ‘The Civil Defence Ordinance’ pada tahun 1951 sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan di Tanah Melayu ketika itu.

Berikutan peristiwa kemerdekaan negara, ordinan ini telah menjadi Akta Pertahanan Awam 1951.

Peranan JPAM turut diiktiraf sebagai unsur tetap pertahanan negara seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Berikutan peristiwa konfrantasi Indonesia ke atas Malaysia, JPAM melebarkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak. Peristiwa ini juga telah menambahkan keanggotaan JPAM sehingga 36,000 anggota dengan 37 cawangan di seluruh negara.


PENGLIBATAN JPAM

Banjir besar yang melanda hampir seluruh negara pada 1970 telah membawa kepada peristiwa kerahan tenaga besar-besaran. Pada 1972 skop tugas JPAM ditambah dengan memasukkan perkhidmatan bantuan bencana.

"Bantuan kepada mangsa banjir sudah menjadi ‘acara tahunan’ kami. Kalau dahulu kami tunggu banjir berlaku baru bertindak, sekarang sebelum banjir pun kita sudah siap siaga di kawasan potensi banjir", jelas Selamat.

Sejak itu, JPAM telah terlibat secara aktif dalam pelbagai peristiwa bencana dalam negara. Antara yang masih segar di ingatan rakyat ialah tragedi kondominium Highland Towers tumbang pada 1993, Ops Daulat di Lahat Datu pada tahun lepas dan yang terkini, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Mengenai penglibatan JPAM dalam krisis MH370, Selamat berkata pihak JPAM mengambil tiga tindakan iaitu menyediakan pasukan khas siap sedia untuk misi menyelamat, rondaan pantai dan petugas yang menguruskan keluarga mangsa di hotel tempat mereka menginap.


SUKARELAWAN SEDIA BERKHIDMAT

Berbeza dengan pasukan tentera atau polis dan sesuai dengan nama ‘pertahanan awam’, tulang belakang pasukan JPAM ialah anggota masyarakat yang mahu memberi khidmat secara sukarela.

"Kerja kami lebih bersifat memberi bantuan kemanusiaan, tidak kira siapa pun mangsa kepada sesuatu tragedi tanpa mengira latar belakang, warna kulit, bangsa atau agama.

Hari ini, keanggotaan JPAM telah dibahagikan kepada beberapa jenis, melibatkan kira-kira 1.3 juta orang daripada pelbagai peringkat umur.

Jumlah terkini Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) ialah 750,630 orang.

Daripada jumlah ini, 11,800 orang berada dalam keadaan siap siaga dan sedia berkhidmat dalam masa sejam selepas mendapat arahan.

Penyertaan JPAM juga dibuka kepada mahasiswa universiti. Sebanyak 37 universiti dari seluruh negara mempunyai pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA)dengan keanggotaan keseluruhan seramai 4,678 mahasiswa.

"Pasukan ini biasa kami libatkan dalam operasi khidmat bakti selepas kejadian bencana. Contohnya operasi mencuci rumah dan pengurusan sumbangan kepada mangsa banjir. Ini kerana kami tidak mahu libatkan mereka dalam operasi sebelum atau semasa bencana atas faktor risiko yang tinggi", jelas Selamat.

Kadet Pertahanan Awam (KAPA), program JPAM di peringkat sekolah menengah juga berjaya menarik penyertaan 50, 474 pelajar dari seluruh negara.

JPAM turut melaksanakan program pendidikan dan kesedaran kepada pelajar sekolah dan tadika melalui Program Awalan Kesedaran Keselamatan Pertahanan Awam(PROKSPA) yang telah melatih 104,437 pelajar.

"Ada juga pihak yang menyertai program-program JPAM atas kapasiti organisasi dan jumlah organisasi yang berdaftar dengan program ‘Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) kami ialah 61", kata Selamat.


MENGINGATI HERO LAHAD DATU

"Keadaan kelam-kabut waktu itu. Pertempuran baru bermula. Penduduk laribertempiaran. Kami tahu sesuatu perlu dilakukan segera, kami buka pusat perlindungan sejak hari pertama krisis bermula", cerita Selamat, mengenang peristiwa hitam negara di Lahad Datu.

Empat pusat perlindungan, memuatkan 4,000 penduduk dibuka sepanjang krisis berlaku. Segala keperluan mangsa daripada keperluan harian hingga makan minum diuruskan JPAM.

Secara keseluruhan, 350 petugas JPAM terlibat dalam misi ini dan bagi menghargai mereka diadakan majlis penganugerahan itu melibatkan 30 penerima terakhir.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:13 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2014 11:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 11:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 11:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:23 AM | Show all posts
JPAM Terengganu tidak menang tangan tangkap ular

KUALA TERENGGANU - Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menjadi tidak menang tangan untuk menangkap ular.
   
Ini kerana hampir setiap hari Bilik Operasi Daerah JPAM menerima panggilan mengenai ular yang memasuki rumah penduduk.
   
Pengarahnya Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman berkata pihaknya telah menangkap 383 ekor ular yang memasuki rumah penduduk dari 1 hingga 20 Dis lalu.
   
Beliau berkata, Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tangkapan tertinggi iaitu 117 kes, diikuti Dungun (70 kes), Marang (65 kes), Besut (50 kes), Kemaman (46 kes), Hulu Terengganu (19 kes) dan Setiu (16 kes).   
   
Antara spesis yang sering ditangkap terdiri daripada tedung, senduk dan katam tebu yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut, katanya.

"Apabila habitat ular terganggu (seperti banjir), ular akan menyusur masuk ke tempat yang dirasainya selamat seperti dalam rumah untuk berlindung. Ular akan masuk melalui lubang pintu rumah dan lubang tandas. Namun sehingga kini tiada kes mangsa yang dipatuk ketika berada di dalam tandas," katanya kepada Bernama.
   
Che Adam menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri sebaliknya menghubungi anggota JPAM untuk menangkap ular yang memasuki rumah mereka.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:26 AM | Show all posts
Jpam perlu aset udara mudahkan operasi



KOTA BHARU - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) memerlukan aset udara seperti helikopter sebagai tambahan kepada operasi menyelamat agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
   
Ketua Pengarahnya, Datuk Zaitun Ab Samad berkata, penambahan aset melibatkan operasi di udara amat diperlukan selepas mengambil kira pengalaman yang ditempuhi agensi berkenaan ketika berdepan bencana banjir besar melanda pantai timur Disember tahun lepas.
   
"Berdasarkan pengalaman berdepan musibah banjir Disember tahun lepas, kita memang memerlukan kemudahan helikopter selain bot amfibia untuk kerja-kerja membantu menyelamatkan mangsa.
   
"Walaupun kita mempunyai bot dan lori tetapi kita berdepan kekangan untuk sampai ke lokasi mangsa berada akibat paras air yang dalam dan arus deras (air banjir)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkhemahan Intergrasi Kadet Pertahanan Awam (Kapa) Peringkat negeri Kelantan 2015 di sini hari ini.
   
Zaitun berkata, daripada pengalaman itu juga, Jpam sedang meneliti kaedah penempatan yang lebih selesa kepada mangsa di pusat pemindahan banjir.
   
"Kita lihat perlu ada satu sistem pembahagian di pusat penempatan banjir sama ada berbentuk papan lapis atau khemah bagi memberi sedikit keselesaan kepada mangsa yang perlukan ruang yang lebih privasi," katanya.
   
Beliau berkata, Jpam perlu diperkukuhkan fungsinya dengan aset-aset tambahan bagi memastikan ia sentiasa bersiap siaga ketika berlakunya bencana yang melibatkan masyarakat.
   
Katanya, sehingga kini terdapat 850,000 anggota Jpam seluruh negara dan pihaknya turut menyasarkan 100,000 penyertaan sukarelawan dengan agensi berkenaan pada Jpam setiap tahun.
   
Sementara itu, dalam majlis berkenaan beliau turut menyempurnakan acara Pemakaian Pangkat Guru Teknikal kepada 30 guru penyelaras kadet yang menyertai perkhemahan empat hari di Kem Kijang itu.

– Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070055 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list