CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lengkuas8883

JPAM dekat di hati Masyarakat

[Copy link]
Post time 30-12-2013 06:19 PM | Show all posts
Burung hering 'singgah rumah' ditangkap


ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia menunjukkan burung hering yang ditangkap di sebuah rumah di Muar, Johor, semalam.

MUAR 25 Dis. - Seorang guru sekolah rendah menerima 'tetamu' tidak diundang iaitu seekor burung hering sebesar anjing dewasa yang 'singgah' di pekarangan rumahnya di Taman Seri Aman Sari, Parit Keroma di sini hari ini.

Remy Azman Abdul Rashid, 40, berkata, pada mulanya burung pemakan bangkai itu berada di luar pagar rumah kira-kira pukul 1.15 petang dan kelihatan kurang sihat kerana tidak banyak bergerak.

Tidak lama kemudian, burung berkenaan secara tiba-tiba terbang dan singgah di pekarangan rumahnya.

"Saya bercadang menangkapnya tetapi kerana bimbangkan sifat burung ini yang boleh menyerang dan menjadi agresif, saya membatalkan hasrat itu.

"Bimbangkan keselamatan isteri dan tiga orang anak di rumah, saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Muar untuk meminta bantuan," katanya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Raya, Bukit Pasir dekat sini.

Beliau yang pertama kali melihat burung berkenaan di taman tersebut mengesyaki unggas itu datang dari kawasan belukar berdekatan.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Muar, Mohd. Fadli Mohd. Juki berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap burung itu yang bertenggek di sebatang pokok di belakang rumah berkenaan.

Katanya, empat anggota JPAM terpaksa mengepung burung itu sebelum menjerut kakinya sehingga jatuh.

"Kita terpaksa menyerkup burung ini dengan kain kerana sangkar yang dibawa tidak muat.

"Pemeriksaan mendapati burung ini cedera di bahagian sayap kiri, kemungkinan terlanggar objek tajam atau keras dan bergaduh dengan burung yang lain," katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... n_08/Burung-hering-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2013 06:21 PM | Show all posts
Anggota JPAM dinasihat hati-hati jika demam

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang mengalami simptom demam berpanjangan selepas terlibat dengan operasi semasa banjir baru-baru ini dinasihatkan mendapatkan rawatan kesihatan segera.

Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling berkata, tindakan itu adalah sebagai langkah berwaspada terhadap sebarang penyakit ekoran banjir.

&#147elbagai pencemaran dan kotoran wujud ketika banjir berpunca dari perparitan, kumbahan dan sumber air yang bercampur-campur jadi tidak mustahil mana-mana individu boleh terkena penyakit.

“Namun, setakat ini JPAM belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana anggota di seluruh negara yang terkena penyakit semasa dan selepas operasi banjir baru-baru ini," katanya mengulas kematian seorang sukarelawan banjir akibat disyaki kena virus kencing tikus hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Perkhidmatan Awam Siri 10/2013 di Akademi Latihan Pertahanan Awam (Alpha) Bangi dekat sini.

Tambah Sulaiman, pihaknya sentiasa memberikan pendedahan dan mengambil langkah berjaga-jaga tentang risiko semasa dan selepas operasi banjir termasuk jangkitan penyakit.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ati-hati-jika-demam
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 06:23 PM | Show all posts
JPAM mahu misi bantuan lebih efisien


Mohd Noor Hassan Ashaari Sulaiman

TAIPING – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Perak memerlukan lebih ramai anggota aktif bagi melaksanakan misi bantuan yang lebih efisien.

Pengarahnya, Kolonel (PA) Mohd Noor Hassan Ashaari Sulaiman berkata, sehingga kini terdapat seramai 50,000 anggota JPAM di negeri ini dan daripada jumlah tersebut, hanya 30 peratus daripadanya sangat aktif.

Menurutnya, jika dilihat mengikut daerah pula, hampir 400 hingga 500 anggota memberikan perkhidmatan kepada orang awam.

“Bagaimanapun daripada jumlah tersebut, kira-kira 10 peratus daripada anggota JPAM akan dikekalkan aktif,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Noor Hassan berkata, dari semasa ke semasa pihaknya akan sentiasa berusaha menambah anggota memandangkan seramai 10,000 orang diperlukan setiap tahun.

Katanya, penambahan anggota JPAM akan mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada agensi kerajaan khususnya jika berlaku kecemasan.

“Selain itu, menyertai JPAM sekurang-kurangnya dapat mendidik serta meningkat kesedaran masyarakat,” katanya.

Mohd Noor Hassan berkata, setiap anggota JPAM akan diberikan latihan serta kursus asas.

Menurutnya, setiap anggota wajib terlibat dengan JPAM selama dua tahun dan mereka boleh memilih untuk mengikuti latihan di peringkat negeri atau pusat.

Dalam pada itu beliau berkata, JPAM masih memerlukan beberapa keperluan khususnya peralatan.

“Ketika ini kita hanya menggunakan sumber tenaga logistik sedia ada dalam aktiviti menyelamat.

“Contohnya ketika berlaku banjir di daerah LMS, dua daerah berhampiran akan bersiap sedia dan ia dikenali sebagai kaedah tiga dimensi agar sama-sama dapat menghulurkan bantuan,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/jp ... ih-efisien-1.233323
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 06:28 PM | Show all posts
Ular sawa batik disangka kain


Anggota JPAM memeriksa ular sawa batik yang ditangkap di reban ayam penduduk di Kampung Paya, pagi kelmarin

DUNGUN - Seorang peniaga warung yang keluar melihat ternakan dalam rebannya terkejut ketakutan sejurus terserempak seekor ular sawa batik, pagi kelmarin.  

Menurut Salmiah Mahmud, 32, kira-kira jam 7.30 pagi itu dia keluar melihat ternakan dalam rebannya di halaman rumah.

“Bagaimanapun alangkah terkejutnya saya apabila lihat seekor ular sawa tersangkut pada pukat yang dijadikan hidangan untuk ternakan.

“Pada awalnya saya sangka ular itu ialah kain buruk yang tersangkut di pukat reban ayam yang nyaris baham ternakan saya,” katanya.

Salmah berkata, dia pastinya mengalami kerugian jika ular tersebut membaham haiwan ternakannya kerana ada beberapa ekor ayam dan itik dalam reban tersebut.

“Ia merupakan kejadian yang pertama di rumah saya, mungkin sekarang musim hujan, sebab itu ular menjalar cari makanan,” katanya.

Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang dihubungi tiba untuk menangkap ular sawa batik berukuran kira-kira 3.5 meter panjang itu.

Reptilia itu kemudiannya ditempatkan di sangkar pejabat JPAM Dungun sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/ed ... angka-kain-1.228193
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 06:34 PM | Show all posts
Ular sawa 60kg ditangkap ketika baham kucing


Ular sawa yang berjaya ditangkap JPAM di Jalan Dato’ Isaacs, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Ketakutan seorang penduduk di Jalan Dato’ Isaacs yang selama ini sering melihat ular sawa berlegar di pekarangan rumahnya sejak seminggu lalu, kini berakhir dengan tertangkapnya reptilia seberat 60 kilogram itu.

Dia yang mahu dikenali sebagai Heng, menarik nafas lega apabila ular itu berjaya ditangkap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu, tengah hari kelmarin.

“Saya terkejut melihat ular sawa itu sedang membaham seekor kucing dan terus bertindak melaporkannya kepada JPAM supaya dapat menangkap ular itu.

“Ini kejadian kedua berlaku di kawasan rumah saya melibatkan ular sawa yang besar, sebelum ini ular juga masuk dalam rumah (pekarangan rumah), ada yang kecil dan besar, saya halau dengan nyalakan api supaya (ular) lari.

“Ular banyak di sini kerana banyak sampah dan saya percaya ia tinggal di dalam sampah berhampiran rumah saya. Kalau kawasan tempat pembuangan sampah bersih, saya yakin ular tidak ada,” katanya.

Heng berkata, dia tidak berani keluar rumah terutama pada waktu malam kerana bimbang ular itu akan mencederakannya.

“Musim hujan juga sangat menakutkan saya kerana biasanya ular akan datang, ada yang masuk dalam rumah dan ada yang berlegar di luar rumah sahaja menunggu kucing untuk dijadikan makanannya,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/ul ... ham-kucing-1.211398
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 06:38 PM | Show all posts
Tenang nampak ular, panik hanya bahayakan diri


Anggota JPAM Rantau Panjang menangkap ular dari rumah penduduk, di Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG – Orang ramai disaran tidak panik sekiranya terserempak haiwan berbisa seperti ular bagi mengelak dipatuk haiwan yang mampu membawa maut itu.

Kuat Skuad Bravo Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang, Mohd Johar Daud berkata, kebiasaannya orang ramai akan melarikan diri sekiranya menemui haiwan berbisa tersebut kerana bimbang akan dipatuk.

Menurutnya, beliau menyarankan orang ramai supaya bertindak bijak dengan mengalih pandangan haiwan tersebut di samping mengurangkan pergerakan bagi mengelak dikejar haiwan itu.

“Sekiranya terserempak dengan ular, sebagai langkah keselamatan, elakkan banyak pergerakan kerana tindakan tersebut bakal menarik perhatian haiwan itu.

“Orang ramai juga boleh bertindak dengan mencari kain atau guni seterusnya menutup kepala ular dan fokus juga kepada ekornya kemudiannya mereka boleh menangkapnya untuk diserahkan kepada pihak bertanggung jawab,” katanya ketika ditemui selepas menangkap ular sawa daripada sebuah rumah penduduk.

Mohd Johar berkata, kebanyakan ular ditemui di kawasan paya, semak dan kawasan lembap.

Menurutnya, tahun ini sahaja pelbagai jenis ular ditangkap jabatan itu yang kebanyakan berada di sekitar kediaman penduduk dan tempat peliharaan ternakan.

“Tahun ini kita menerima banyak kes melibatkan pelbagai jenis ular sama ada yang berada dalam rumah mahu pun sekitar kediaman penduduk,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/ed ... yakan-diri-1.177422
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2014 05:51 PM | Show all posts
Sepupu aku pun panggil JPAM masa ular tedung masuk rumah dia. Scary!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 06:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 06:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.119688 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list