CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lengkuas8883

JPAM dekat di hati Masyarakat

[Copy link]
Post time 27-11-2013 11:21 AM | Show all posts
Tidak 'cabut lari' lihat ular


Mohd Salleh (dua, kanan) berjaya atasi rasa takut terhadap haiwan berbisa selepas menyertai JPAM dan menerima latihan mengendalikannya sebagai salah satu bidang tugas.

MACHANG - Menyertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM) bukan perkara yang mudah dan boleh dilakukan sesiapa sahaja  malah perlu bersedia mental dan fizikal.

Apa sahaja cabaran yang  datang perlu ditangani dengan baik malah setiap anggota akan dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran sebagai persediaan.

Anggota JPAM, Mohd Salleh  Hassan berkata, dia mampu menghadapi pelbagai  cabaran dalam pasukan tersebut namun agak ‘alah’ terhadap ular   hingga memaksanya mengambil masa agak lama bagi menguasai kemahiran menangkap reptilia itu.

Katanya,  dia tidak mampu memegang haiwan tersebut apatah lagi jika diusik rakan-rakan  namun berusaha mengatasi ketakutan tersebut secara perlahan-lahan.

“Sebenarnya agak geli melihat haiwan tersebut, memikirkan kulitnya yang licin dan sebagainya berbanding rasa takut namun sangkaan saya meleset, kulit ular tidak licin dan mempunyai tekstur.

“Saya mengambil masa selama enam bulan selepas menyertai JPAM untuk mengendalikan kes berkaitan ular akibat  ‘ketakutan’ itu namun kini, semuanya dapat saya atasi dengan baik hasil sokongan rakan-rakan dan ilmu kemahiran yang dipelajari,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Salleh berkata,  sekalipun mempunyai perasaan takut dan bimbang namun tiada istilah’ cabut lari’ apabila berhadapan dengan haiwan tersebut kerana ia adalah sebahagian tugas mereka untuk memastikan keselamatan orang awam tidak terancam.

Katanya, JPAM banyak mengendalikan kes berkaitan ular setiap hari malah secara purata mereka mengendalikan antara dua hingga tiga kes sehari yang melibatkan pelbagai jenis spesis.

Menurutnya, ular sawa antara ular yang paling mudah ditangkap memandangkan ia tidak agresif dan berbisa namun lain pula ceritanya  bagi ular berbisa.

“Melalui latihan yang disediakan JPAM, kami tidak pernah gagal  dalam misi menangkap ular  walau dalam apa jua keadaan memandangkan kami mengutamakan keselamatan orang awam.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/ti ... lihat-ular-1.173893
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 11:22 AM | Show all posts
'Penunggu' ladang tewas


Anggota JPAM bertungkus-lumus memasukkan ular sawa ke dalam sangkar

IPOH – Beratnya mencecah 60 kilogram!  Tidak hairanlah 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan seekor ular sawa yang dikatakan menjadi penunggu di sebuah ladang ternakan lembu, di sini.

Dalam operasi tangkapan kira-kira jam 11 malam, Jumaat lalu, ular sawa sepanjang tujuh meter itu dikatakan mengganas untuk melepaskan diri menyebabkan bantuan tambahan anggota terpaksa dikerahkan.

Jurucakap JPAM Manjung, Lans Koperal Zamri Bahari ketika dihubungi berkata, pihanya dipanggil untuk membantu operasi tangkapan yang dikendalikan JPAM Taiping.

Menurutnya, keadaan reptilia yang agresif menyukarkan proses tangkapan dibuat.

“Ular itu cuba membelit salah seorang anggota kita,  mengganas dan meronta mahu melepaskan diri ketika cuba dimasukkan ke dalam sangkar, bagaimanapun ia dapat disempurnakan setengah jam kemudian,” katanya.

Penangkapan haiwan itu menjawab misteri akan kehilangan beberapa ayam ternakan pemilik ladang berkenaan.

Sebelum ini, pemilik ladang mendakwa terdengar bunyi bising dari ladang sebelum mendapati ular sawa dilihat menjalar ke lokasi berkenaan.

Difahamkan, ular itu akan ditempatkan sementara di pejabat JPAM Manjung sebelum dibawa ke lokasi lebih selamat.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/penunggu-ladang-tewas-1.162299
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:24 AM | Show all posts
Dua pendaki sesat selamat

BEHRANG - Dua rakan berjaya diselamatkan selepas sesat ketika mendaki Gunung Liang melalui Sungai Dara, Behrang Ulu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superitendan Othman Nanyan berkata, mangsa dikenali sebagai  Low Eng Chai, 30, berasal daripada Kepong manakala seorang lagi mangsa, Loo Yuen Kian , 30, dari Taman Intan Baiduri, Kuala Lumpur.

Katanya, berdasar maklumat yang diterima, kedua-dua mangsa telah pergi ke kawasan Loji Air Sungai Dara, Behrang Ulu dan meninggalkan keretanya jenis Myvi di kawasan air terjun  di kawasan itu.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudiannya terus  membuat pendakian ke Gunung Liang  namun di pertengahan jalan, mereka menyedari jalan menuju ke puncak gunung tidak dijumpai.

“Kerana tidak dapat menjumpai jalan ke puncak gunung, kedua-dua mangsa mengambil keputusan untuk berpatah balik tetapi tidak  berjumpa dengan jalan keluar.

“Kemudian, mereka telah menghubungi  talian 999 untuk mendapatkan bantuan. Maklumat diterima dan tindakan  diambil  dengan menubuhkan pasukan menyelamat terdiri daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan disertai dua Orang Asli sebagai pemandu arah serta anggota polis Behrang,” katanya kepada Sinar Harian.

Othman berkata, kerja mencari dan menyelamat mangsa bermula pada jam 1 petang semalam dengan menjejaki mangsa bermula di tempat kereta mangsa diletakkan.

Katanya, selepas melakukan pendakian kira-kira 30 minit, pasukan mencari dan menyelamat terlihat asap daripada unggun api yang dinyalakan oleh mangsa.

“Mangsa turut memaklumkan kepada pihak kami mengatakan mereka kali pertama sampai di tempat kejadian berpandukan internet dan GPS.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa turun dan mereka kemudiannya meneruskan  perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, petang tadi (semalam),” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/dua-pendaki-sesat-selamat-1.224185
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:26 AM | Show all posts
Dua beranak dikhuatiri lemas

JOHOR BAHRU 24 Nov. - Seorang bapa yang cuba menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam laut dikhuatiri lemas selepas kedua-dua mereka dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebuah rumah rakit kira-kira 1.5 kilometer dari jeti Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang semalam.

Kejadian berlaku pukul 5 petang ketika Abdul Talib Mohd. Hadhari, 42, dan Muhammad Taufik, 8, bersama seorang lagi anak perempuan mangsa, Nurul Humairah, 11, memancing di atas rumah rakit berkenaan.

Tiga beranak itu tinggal di Kampung Baru Sungai Redan, Ulu Tiram, tiba di rumah rakit itu pukul 9.30 pagi semalam bersama tiga rakan Abdul Talib.

Nurul Humairah berkata, ketika kejadian, adiknya bermain air di atas rumah rakit tersebut sebelum dia tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke dalam laut.

“Saya terus menjerit memanggil bapa sebelum dia terjun untuk menyelamatkan adik namun kedua-dua mereka dihanyutkan arus deras.

“Dua kawan bapa cuba menyelamatkan mereka dengan melontar tong kosong dan kotak gabus tetapi gagal apabila mereka sudah jauh dibawa arus," katanya ketika ditemui di jeti berkenaan hari ini.

Nurul Humairah memberitahu, ini merupakan kali pertama dia dan adik mengikut bapanya memancing berikutan cuti persekolahan.

Isteri mangsa, Abidah Atin@Atim, 43, seorang pengawal keselamatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anak perempuannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram di sini sejurus selepas menerima berita berkenaan.

Dia tidak mengetahui suaminya membawa kedua-dua anak mereka memancing kerana bekerja syif malam dan hanya pulang ke rumah kira-kira pukul 10 pagi.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Fadzil Mohamad berkata, pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak petang semalam sebelum dihentikan pukul 12 tengah malam.

Beliau berkata, sebanyak 46 anggota Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pasukan Polis Marin terlibat dalam operasi berkenaan yang disambung semula pagi ini.

Sehingga pukul 5 petang ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ak-dikhuatiri-lemas
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:28 AM | Show all posts
Bantu mangsa Taufan Haiyan


Sulaiman (kanan) bersalaman dengan peserta Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke-19 tahun 2013 di Batu 1 Jalan Pantai, semalam.

PORT DICKSON - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sudah bersiap sedia sekiranya perkhidmatan agensi itu diperlukan dalam membantu misi keselamatan mangsa Taufan Haiyan yang membadai Filipina.

Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Datuk Sulaiman Keling berkata, JPAM sentiasa bersiap sedia dari aspek keanggotaan dan peralatan dalam membantu misi keselamatan mangsa Taufan Haiyan.

“Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang arahan untuk berbuat demikian, namun sebaik sahaja arahan dikeluarkan melalui Wisma Putera dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) , JPAM sudah bersiap sedia dalam melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

“JPAM mempunyai pasukan khas dalam menjayakan misi bantuan bencana seperti ini dan sememangnya terlatih serta mempunyai kepakaran khusus bencana,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke-19 tahun 2013 di Batu 1 Jalan Pantai, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, persediaan untuk misi bantuan ke mana-mana kawasan di Sabah dan Sarawak terutama yang bersempadan dengan Filipina juga dilakukan.

“Ini berikutan wujud jangkaan dan kemungkinan ada kawasan di Sabah dan Sarawak yang akan terkena tempias badai Taufan Haiyan.

“JPAM juga sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk memberi bantuan dalam menghadapi keadaan musim tengkujuh yang dihadapi di beberapa negeri," katanya.

Katanya, setiap tahun pihaknya berhadapan dengan bencana itu dan sudah mempunyai perancangan gerak kerja yang baik selain berganding bahu dengan agensi penyelamat lain seperti polis, bomba, tentera termasuk Jabatan Meteorologi, Jabatan Perparitan dan Saliran serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke-19 tahun 2013 menyaksikan Ketua Platun Kontinjen Selagor, Sarjan (Pertahanan Awam), Gumaah Abd Rasul dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/bantu-mangsa-taufan-haiyan-1.219702
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:31 AM | Show all posts
Rodaan berkala selama 18 hari


Anggota JPAM membantu membawa ‘mangsa’ ke ambulans untuk dibawa ke hospital.



PASIR PUTEH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan akan mengadakan rondaan berkala di jalan dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kemalangan ketika rakyat Kelantan di perantauan pulang menyambut hari raya.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, antara jalan diberi perhatian adalah Jalan Pasir Puteh-Kuala Terengganu, Gua Musang-Kuala Krai, Pasir Mas-Rantau Panjang, Jeli-Tanah Merah dan Jelis-Gerik.

“Rondaan selama 18 hari bermula semalam itu membabitkan 573 anggota berkemahiran tinggi yang bersiap sedia. Untuk makluman, hanya 20 peratus anggota diberikan cuti pada hari raya nanti,” katanya.

Kes kebakaran turut meningkat

Bomba katanya, turut memberi perhatian kepada kempen mencegah kebakaran kerana lazimnya kes kebakaran meningkat menjelang Syawal apabila masyarakat menggunakan elektrik berlebihan.

“Menjelang hari raya, biasanya kita sibuk memasak kuih, harus diingat bahawa sedikit kelekaan sahaja akan mencetuskan kebakaran dan tragedi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Ops Raya peringkat Negeri Kelantan yang dirasmikan Adun Semerak, Zawawi Othman di Bukit dekat sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal dan Adun Selising, Zuklkifle Ali.

Bersempena majlis itu, satu demonstrasi menyelamat mangsa kemalangan maut diadakan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Hospital Tengku Anis, polis dan Rela bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

Empat kematian direkodkan

Azmi berkata, dari awal Ramadan (10 Julai) sehingga semalam, bomba menerima 110 panggilan kecemasan kebakaran dan kemalangan, iaitu 75 kejadian kebakaran, 33 panggilan menyelamat dan dua tugas khas.

Dalam tempoh itu katanya, empat kematian direkodkan, 29 cedera, 31 hilang tempat tinggal dengan nilai kerugian RM909,400 dan jumlah harta diselamatkan berjumlah RM3.4 juta.

Beliau berkata, dari Januari sehingga Jun tahun ini, pihaknya menerima 840 panggilan kecemasan antaranya 515 kebakaran, 322 kerja menyelamat yang membabitkan kerugian harta lebih RM8 juta dan nilai harta yang dapat diselamatkan bernilai M143 juta.

Katanya, punca utama kebakaran pada musim perayaan adalah disebabkan mercun, penggunaan elektrik berlebihan, meningkatnya kerja memasak selain kelalaian akibat terlalu letih atau sibuk.


Prihatin langkah keselamatan

Azmi berkata, pihaknya juga tidak memandang remeh langkah keselamatan yang perlu diambil pemilik gedung perniagaan dan pusat membeli belah.

“Peniaga akan menambah stok menjelang hari raya berbanding hari biasa dan ketika itulah keselamatan orang ramai diabaikan dengan meletakkan barang di lorong atau laluan yang sepatutnya digunakan pelanggan apabila berlaku kebakaran.

“Kita mengatur program pemeriksaan keselamatan ke atas premis perniagaan, pemeriksaan bertumpu kepada sistem pencegahan kebakaran, penyimpanan barang dan laluan keselamatan,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/ro ... ma-18-hari-1.189223
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2013 11:33 AM | Show all posts
Pelajar tahun 5 ditemui lemas

KEMAMAN - Seorang pelajar tahun lima yang dilaporkan hilang di Loji Air Sungai Pinang sejak dua hari lepas ditemui lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superitendan Che Suza Che Hitam berkata, mayat Mohd Shafie Mohd Amin, 11, ditemui pukul 9 pagi ini oleh pasukan penyelamat.

"Operasi mencari mangsa melibatkan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung menemui mayat mangsa terapung berhampiran lokasi dia dilaporkan lemas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Che Suza berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Sabtu lepas Mohd Shafie dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kemaman ketika memancing di loji air berkenaan.

Dalam kejadian 3.30 petang itu mangsa bersama rakannya berusia 21 tahun berada di dalam bot gentian kaca sebelum bot berkenaan terbalik dan kedua-duanya terjatuh ke dalam sungai.

Bagaimanapun rakan mangsa berjaya berenang menyelamatkan diri manakala mangsa dihanyutkan arus sungai yang deras.

-BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:35 AM | Show all posts
Lengan bengkak disengat tebuan


Sepasukan anggota JPAM membakar sarang tebuan tanah sebesar pemeluk di kawasan semak kira-kira 500 meter dari stesen minyak tempat Muhamad Helmi bekerja di Sungat Putat, di sini, malam kelmarin.

AYER KEROH - Seorang pengurus sebuah stesen minyak di Sungai Putat, di sini, terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta berdekatan selepas lengannya bengkak selang setengah jam tapak tangan kirinya disengat tebuan tanah, malam kelmarin.

Mangsa, Muhamad Helmi Husin, 36, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi ketika dia bersama rakan sekerja lain sedang memasang belon di hadapan pintu stesen minyak berkenaan sebagai persiapan mengadakan program cabutan bertuah.

Menurutnya, ketika sibuk melakukan kerja, tapak tangannya di hinggap seekor tebuan tanah sebelum disengat.

Katanya, pada awalnya dia tidak berasa sakit, namun selang setengah jam selepas disengat, dia dapati lengan kiri sebelah atas tapak tangannya mula bengkak.

“Bimbang kesannya menjadi lebih teruk, majikan saya segera membawa saya ke sebuah hospital swasta berdekatan dan saya diberi ubat penahan sakit selepas mendapatkan rawatan.

“Mungkin cahaya lampu yang kami pasang ketika memasang belon menjadi tarikan pada tebuan tanah itu,” katanya ketika ditemui di sini.

Muhamad Helmi berkata, sarang tebuan tanah yang terdapat kira-kira 500 meter di kawasan semak berhampiran berjaya dimusnahkan sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang dihubungi rakannya sejurus dia terkena sengatan.

Menurutnya, mereka juga terkejut apabila mendapati saiz sarang tebuan tanah itu sebesar pemeluk dan tergantung kira-kira tiga meter dari permukaan tanah.

“Mujur ia sudah dimusnahkan pihak JPAM dan kami yang bekerja di stesen minyak ini turut berasa lega.

"Menurut anggota JPAM, keadaan boleh menjadi lebih berbahaya jika sarang tebuan tanah itu jatuh ke tanah apabila ia semakin berat,” katanya.

Katanya, anggota JPAM mengambil masa kira-kira 20 atau 25 minit untuk memusnahkan sarang berkenaan dengan membakarnya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/le ... gat-tebuan-1.222311
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 11:37 AM | Show all posts
Percuma musnah sarang tebuan


Anggota JPAM sedang memusnahkan sarang tebuan menggunakan kren daripada MPKK.

KUALA KANGSAR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Kangsar dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), bekerjasama memberi perkhidmatan percuma memusnahkan sarang tebuan berhampiran Pejabat Penghulu Mukim di Kampung Kota Lama Kiri, dalam operasi bersepadu malam kelmarin.

Hasil kerjasama tersebut, anggota JPAM dan pekerja MPKK berjaya memusnahkan sarang serangga berkenaan dalam masa tidak sampai 30 minit.

Anggota JPAM Kuala Kangsar, Lans Koperal S Premkumar berkata, anggotanya menggunakan khidmat kren disediakan MPKK kerana kedudukan sarang tebuan tinggi.

"Adanya kren memudahkan tugas anggota menjalankan tugas di samping mengelak berlakunya kemalangan semasa bertugas.

“Jika tiada kren daripada MPKK, kami sukar untuk memusnahkan sarang itu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MPKK kerana bekerjasama dengan kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohamad Haspi Hamzah berharap kerjasama dengan agensi kerajaan lain dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Kerjasama ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat terutamanya penduduk di luar bandar.

“Saya mengalu-alukan kerjasama seperti ini dan kami di pihak JPAM sentiasa bersedia untuk bekerjasama,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/pe ... ang-tebuan-1.219631
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:40 AM | Show all posts
Naik taraf pejabat JPAM Muar

MUAR – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor merancang untuk menaik taraf pejabat pentadbiran dan bilik operasi di daerah ini sebaik sahaja peruntukan daripada kerajaan pusat diluluskan.

Pengarahnya, Kolonel (PA) Ghazali Abd Rahman berkata, jumlah sebenar peruntukan itu masih belum dapat diketahui, namun kos baik pulih dijangka mencecah jutaan ringgit berikutan struktur bangunan terbabit yang uzur.

Menurutnya, bangunan asal merupakan kuarters kakitangan kerajaan di bawah kendalian Pejabat Daerah Muar yang berusia lebih 30 tahun dan kini dijadikan pejabat JPAM Muar sejak 10 tahun lalu.

“Untuk jangka panjang, bangunan yang 90 peratus papan ini tidak selamat digunakan oleh 100 hingga 150 anggota di sini. Peranan dan tanggungjawab anggota JPAM kepada masyarakat semakin besar.

“Jadi ruang pejabat yang lebih selesa amat diperlukan,” katanya dalam sidang media pada Majlis Korban JPAM peringkat daerah di Jalan Timbalan, di sini, semalam.

Ghazali berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti bangunan di Jalan Junid yang akan disewa untuk dijadikan pejabat operasi sementara JPAM sepanjang kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu seramai 34,000 anggota JPAM di negeri ini sudah bersiap siaga untuk menghadapi banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini.

Katanya, antara daerah diberikan tumpuan utama adalah Segamat, Kota Tinggi dan Muar.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/na ... -jpam-muar-1.212018
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:41 AM | Show all posts
Penduduk gempar ular tedung, sawa berlawan


Empat anggota JPAM Kulim yang diketuai Ketua Skuad Saifilizan Azizi, 35 (kanan) menunjukkan ular tedung selar buluh dan anak ular sawa yang ditemui seorang penduduk Azmi Abdul Rahim, 45, ditepi sebuah longkang di rumahnya, Taman Kerani di Kulim semalam. - Foto Bernama

KULIM - Seorang lelaki tidak menyangka bunyi ganjil yang datang dari sebuah longkang di tepi rumahnya di Taman Kenari di sini malam semalam berpunca daripada dua ekor ular yang sedang berlawan.
   
Azmi Abdul Rahim, 45, berkata dia agak terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar sedang dibelit seekor anak ular sawa apabila dia menyuluh ke arah bunyi ganjil yang didengarinya.
   
"Saya minta jiran-jiran memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim membantu menangkap kedua—dua haiwan itu kerana kehadiran haiwan berkenaan amat berbahaya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.
   
Azmi berkata, beliau mendengar bunyi ganjil itu kira-kira 10.50 malam ketika membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak jirannya.
   
Sepasukan tiga anggota JPAM yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya kedua-dua ular tersebut.

Ketua skuad JPAM, Saifulizan Aziz, 34, berkata, ini pengalaman pertamanya menyaksikan ular berlainan spesies berlawan.
   
Biasanya kami jumpa ular yang berkelahi daripada jenis sama, katanya.
   
Menurutnya anak ular sawa sepanjang 2.5 meter dan ular tedung selar sepanjang tiga meter itu akan dirujuk ke tempat bersesuaian atau Zoo Ular di Perlis.  

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:42 AM | Show all posts
Anak buaya sesat dalam parit


Anggota JPAM menarik keluar anak buaya yang ditangkap dari sebuah lubang di Jalan Siakap, Bagan Serai.

BAGAN SERAI - Operasi bersepadu menangkap seekor anak buaya yang ditemui orang ramai berkeliaran di kawasan parit bersebelahan sebuah stesen minyak di Jalan Siakap, di sini bertukar pesta apabila lebih 100 penduduk memenuhi kawasan operasibermula jam 4.30 petang, kelmarin.

Operasi bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kerian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia( JBPM) Bagan Serai, Jabatan Perhilitan dan polis bermula pada jam 4.30 petang hingga jam 7.45 malam.

Anggota JPAM Kerian, Azri Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan awam mendakwa terlihat kelibat dua anak buaya di dalam parit di Jalan Siakap, di sini lebih kurang jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Menurutnya, JPAM segera menghubungi Jabatan Perhilitan untuk menangkap buaya yang dipercayai sudah ‘berkampung’ di dalam parit itu sejak sebulan lalu.

“Setibanya di tempat kejadian, kami cuba menjejaki  buaya berkenaan namun, gagal disebabkan keadaan air dalam parit yang keruh dan berkedalaman tinggi.

“Kami segera menghubungi bomba untuk membantu menyedut keluar air di dalam parit itu namun, keadaan parit yang berlumpur menyukarkan usaha kami sehingga khidmat jengkaut terpaksa digunakan,” katanya sewaktu ditemui media, di sini kelmarin.

Azri berkata, selesai proses berkenaan, kelibat salah seekor buaya didakwa kelihatan, namun usaha menangkapnya agak sukar kerana haiwan itu bergerak tangkas.

“Salah seekor buaya dikenal pasti mempunyai panjang 1.5 meter dan beratnya sekitar 10 hingga 15 kilogram.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk menangkap replitia itu termasuk menggunakan selimut dan pukat, namun gagal sehingga alat penjerut digunakan,” katanya.

Ketua Operasi JBPM Bagan Serai, Alias Bahari berkata, usaha menangkap reptilia itu memakan masa tiga jam setengah berikutan keadaan parit berlumpur.

Jelasnya, kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu hadir ke lokasi kejadian juga sedikit sebanyak menyukarkan usaha menangkap haiwan itu kerana keadaan bising.

“Bagaimanapun, anak buaya itu berjaya ditangkap dan kes tangkapan buaya di dalam parit merupakan kali pertama berlaku di Kerian. Kami masih mengenal pasti punca kehadirannya di lokasi kejadian.

“Selain itu, usaha menjejaki seekor lagi buaya tidak berhasil apabila kelibatnya tidak kelihatan, namun kami akan memantau parit ini sehingga haiwan itu ditemui,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja stesen minyak itu, Siti Norlia Ahmad, 30, berkata, dia mengetahui kewujudan buaya di parit berdekatan stesen minyak itu sejak seminggu lalu melalui cerita disampaikan orang ramai.

“Kelmarin, saya dan rakan, Norliyana Samsuri, 24, pergi meninjau keadaan parit berhadapan tempat kerja kami dan terlihat kelibat buaya berkenaan berenang di dalam parit itu. Saya segera mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit dan melaporkan perkara itu kepada JPAM,” katanya.

Suasana di lokasi kejadian yang seakan-akan ‘pesta’ turut mendapat perhatian Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yang hadir untuk meninjau keadaan.

Sham berkata, beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri program parti dan terkejut dengan kewujudan ratusan orang di lokasi kejadian.

“Pada mulanya, saya menyangka kejadian buruk berlaku ke atas stesen minyak itu namun, setelah datang ke sini, baru saya mengetahui kesemua mereka hadir untuk melihat operasi menangkap buaya yang sesat di dalam parit,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/an ... alam-parit-1.200393
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:45 AM | Show all posts
Ular sawa 120kg ditangkap


Majeran (kanan) bersama anggota JPAM bersama ular sawa yang berjaya ditangkap.

KUALA PILAH – Dua anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Pilah mengalami detik cemas sehingga terpaksa terjun dari kenderaan JPAM apabila seekor ular sawa yang berjaya ditangkap bertindak agresif, kelmarin.

Ular sawa rendam sepanjang 6.5 meter ditemui seorang pekebun, Leman Jamal, 64, ketika sedang membersihkan ladang tanaman kelapa sawit di Felda Kepis, dekat sini kira-kira 12 tengah hari.

Ketua Operasi JPAM, Sarjan Majeran Lop, 52, berkata, seramai empat anggota JPAM ke lokasi sebaik menerima panggilan.

“Kami terpaksa menarik ular tersebut menggunakan tali dengan bantuan beberapa peneroka Felda Kepis untuk dibawa ke kenderaan JPAM kerana ular berkenaan berat dan panjang. Oleh itu, sukar bagi kita memikul atau membawa menggunakan motosikal," katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/ular-sawa-120kg-ditangkap-1.216322
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:46 AM | Show all posts
Dua anak babi hutan disangka pelanduk


Anggota JPAM menunjukkan dua anak babi hutan yang ditangkap selepas memasuki rumah seorang penduduk.

IPOH - “Sejak 13 tahun berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) ini adalah kali pertama saya menemui spesies haiwan berkenaan,” kata Ketua operasi JPAM, Sarjan Nazri Sulaiman berhubung penemuan anak babi spesies sus scrofa di Taman Seri Desa, di sini.

Kata Nazri, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pemilik rumah teres terbabit menyangka haiwan tersebut adalah pelanduk kecil.

Menurutnya, selepas mendapat panggilan daripada pemilik rumah terbabit beliau bersama empat anggota lain bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati dua ekor haiwan menyerupai kancil menyorok di belakang pintu hadapan kediaman itu.

“Pada mulanya, kami tidak menyangka haiwan itu adalah anak babi berikutan kepalanya hanya menunduk ke bawah manakala badannya pula menyamai bentuk kancil.

“Kami kemudian memasang perangkap sebelum berjaya menangkap sekor haiwan kecil seberat dua kilogram. Bagaimanapun seekor lagi berjaya melarikan diri ke arah dapur. Haiwan itu sangat agresif dan cuba menggigit anggota JPAM, namun dapat ditangkap tiga minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, selepas meneliti corak yang terdapat pada tubuh haiwan itu, pihaknya baru menyedari ia adalah anak babi hutan.

“Kami hairan bagaimana haiwan ini boleh tersesat ke kawasan perumahan berikutan Taman Seri Desa, terletak jauh dari hutan serta berada bersebelahan lebuhraya Utara Selatan (PLUS),” ujarnya.

Anak babi hutan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat JPAM Daerah Kinta sebelum dilepaskan ke kawasan hutan berhampiran.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/du ... a-pelanduk-1.197589
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:48 AM | Show all posts
Terkejut diserang ular sawa


Beberapa anggota JPAM Daerah Kinta menangkap ular sawa yang bersembunyi di kawasan pembinaan di Jalan Yang Kalsom.

POH - Seorang pekerja tapak binaan terkejut apabila seekor ular sawa batik cuba menyerangnya bersama rakan yang sedang bekerja dalam kejadian di Jalan Yang Kalsom, di sini.

Pada kejadian jam 12 tengah hari itu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) terpaksa mendapatkan bantuan jentera berat jengkaut bagi menangkap ular sawa seberat 15 kilogram dan sepanjang tiga meter keluar dari kawasan tapak binaan berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kinta, Muhammed Ameen Salleh berkat,a pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkannya kerana reptilia itu bersembunyi di bawah timbunan bahan binaan.

“Tujuh anggota kami berusaha menangkap ular itu yang kemudiannya dipindahkan ke Pejabat JPAM Daerah Kinta untuk sementara sebelum dilepaskan ke hutan berhampiran,” katanya.

Dalam satu kejadian berasingan, anggota JPAM menerima panggilan berhubung kemunculan seekor ular spesies rusuk kerbau menceroboh masuk rumah seorang wanita di Buntong, di sini, jam 2 petang hari yang sama.

Muhammed Ameen berkata, sepasukan empat anggota JPAM bergegas ke rumah mangsa sebelum berjaya menangkap ular berwarna kuning yang bersembunyi di bumbung rumah.

“Reptilia itu sangat agresif dan bahaya kerana mempunyai bisa. Saya yakin kemunculan banyak ular kebelakangan ini ada kaitan dengan perubahan cuaca di Ipoh,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/te ... -ular-sawa-1.197586
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 12:34 PM | Show all posts
Sibu police expect cooperation from Rela and JPAM

SIBU: Sibu police chief ACP Shafie Ismail is expecting cooperation from Rela and Civil Defence Department (JPAM) in combating crime.

He said their cooperation under the National Blue Ocean Strategy (NBOS) had been fruitful so far as evidenced by the drop in the street crime index this year.

“We also welcome the support and cooperation of the community,” he said during a Hari Raya gathering organised by Sibu Jaya police in Sibu Jaya on Monday.

Also at the function were Sibu Municipal Council chairman Datuk Tiong Thai King, political secretary to the chief minister Abu Seman Jahwie, Ninth Infantry Brigade commander Brigadier General Mohd Damien Abdullah and KTS deputy managing director Vincent Lau.

Shafie said criticism by certain quarters against the police when untoward incidents happen could not be avoided.

“But we take it as constructive criticism because as law enforcers, we must discharge our duty with full responsibility even in life-threatening situations,” he stated.

Meanwhile, Shafie said they had identified a house-breaking syndicate in Sibu Jaya.

At the function, Tiong donated a Proton Saga car to Lanang Police Station to beef up patrols.

Source: http://www.theborneopost.com/201 ... from-rela-and-jpam/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 11:47 AM | Show all posts
Banjir: Anggota JPAM sedia hulur bantuan

KUCHING - Seramai 11,800 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) termasuk anggota sukarela akan digerakkan pada tiga jam pertama operasi sekiranya banjir melanda pada musim tengkujuh ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Sulaiman Keling.
   
Beliau berkata, seramai 364,569 anggota pula bersedia menghulur bantuan susulan selepas tempoh tiga jam tersebut.
   
"Tempoh tiga jam pertama jika banjir berlaku amat kritikal, sehubungan itu 11,800 anggota JPAM sedia digerakkan bagi tempoh tersebut.
   
"Walaupun anggota-anggota tersebut telah ditempatkan di negeri-negeri mengikut zon seperti Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur serta Zon Sabah/Sarawak, jika keadaan memerlukan mereka akan digerakkan untuk membantu di negeri-negeri lain," katanya.
   
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penutup Seminar Kesiapsiagaan Awam 'Perlindungan Awam Tanggungjawab Bersama' 2013 di Akademi Percukaian Malaysia di sini hari ini. Turut hadir Pengarah JPAM Sarawak, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Mat Zin Bujang.

Sulaiman berkata, selain kekuatan anggota menghadapi musim tengkujuh, JPAM turut memberi penekanan terhadap kekuatan kenderaan operasi banjir.
   
"Pada musim tengkujuh ini, JPAM menyediakan 95 lori pelbagai muatan, 128 unit pacuan 4 roda (4x4), serta 245 bot pelbagai saiz," katanya.
   
Ketika ditanya jumlah keseluruhan anggota JPAM seluruh negara, Sulaiman berkata pasukan berkenaan mempunyai kira-kira 670,000 anggota.
   
Katanya sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi banjir, permohonan cuti semua anggota JPAM dibekukan sehingga Mac tahun depan.
   
"Langkah itu bertujuan memastikan proses bantuan banjir berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Bagaimanapun jika anggota menghadapi kes-kes kecemasan, permohonan cuti akan dipertimbangkan," katanya.  

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 11:49 AM | Show all posts
JPAM gerak anggota hadapi banjir


Ghazali (tengah) diberi penerangan oleh Nazlan (kiri) di pusat operasi banjir JPAM Segamat, semalam.

SEGAMAT - Seramai 85 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri digerakkan di setiap daerah terlibat banjir.

Pengarah JPAM Johor, Kolonel Ghazali Abdul Rahman berkata, anggotanya dihantar ke Mersing, Segamat, Kota Tinggi, Kluang dan Batu Pahat.

“Sebelum ini, saya arah semua anggota JPAM di negeri ini diberi latihan mencukupi untuk menghadapi banjir seperti pengendalian bot dan peralatan menyelamat yang selalu digunakan untuk operasi banjir juga telah diperiksa bagi memastikan kami sentiasa bersiap sedia.

“Di setiap daerah juga, terdapat sebuah ambulans yang dibekalkan untuk setiap pejabat JPAM dan kami akan bantu penduduk atau jabatan yang memerlukan perkhidmatan kami seperti membawa mangsa banjir mendapatkan rawatan di hospital atau klinik,” katanya ketika meninjau bilik operasi banjir JPAM Segamat di pekarangan pejabat JPAM Segamat, semalam.

Turut hadir, Pegawai JPAM Segamat, Mohd Nazlan Ruslan.

Menurutnya, anggota JPAM turut ditempatkan di setiap pusat pemindahan untuk membantu mangsa dan jumlah anggota akan ditambah sekiranya kawasan berkenaan berada pada tahap bahaya.

Katanya, keadaan banjir di beberapa daerah di negeri ini serius seperti di Mersing dengan jumlah mangsa tertinggi diikuti Segamat.

“Saya dapat laporan di Pontian dan Batu Pahat telah dibuka pusat pemindahan dan setakat ini kami belum dapat laporan kematian atau kecederaan akibat banjir.

“Seperti di Segamat, anggota JPAM di sini dilengkapi pelbagai peralatan seperti sebuah lori muatan tiga tan, sebuah ambulan, dua bot iaitu bot fiber dan aluminium dan sebuah land rover,” katanya.

Ghazali turut mengingatkan penduduk yang berisiko banjir supaya memastikan dokumen penting diletakkan di tempat selamat dan patuhi arahan berpindah sekiranya diarahkan.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/jp ... api-banjir-1.227527
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 06:13 PM | Show all posts
Kepuasan seorang penyelamat


Anggota Jabatan Pertahanan Awam menyediakan makanan untuk mangsa banjir di Sekolah Rendah Gual Tinggi, Kelantan baru-baru ini.

MENYELAMATKAN mangsa banjir dan membawa mereka ke pusat pemindahan dengan selamat memberi kepuasan kepada Aziz Ab Rahman, seorang anggota penyelamat dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran mengharungi banjir setiap tahun di Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu, Aziz, 53, berkata segala keletihan yang dihadapinya terubat apabila melihat mangsa banjir mampu untuk terus tersenyum dan bersabar menghadapi bencana alam itu.

Menyertai jabatan itu pada usia 23 tahun, Aziz menyifatkan tugasnya selama lebih 13 tahun di Kuala Krai, antara jajahan yang dilanda banjir hampir setiap tahun, adalah tugas yang penuh mencabar memandangkan ia terletak di kawasan pedalaman.

"Di sesuatu kawasan yang ditenggelami banjir, kita yang mengendalikan bot menghadapi banyak cabaran seperti arus yang deras, terlanggar tunggul kayu atau batang balak hanyut, perkampungan yang ditenggelami banjir terletak jauh dari pusat pemindahan, apa pun kita mesti sampai dan membawa penduduk terlibat ke pusat pemindahan dengan selamat," katanya kepada Bernama di sini.

Perbezaan

Aziz yang kini merupakan Penolong Pegawai Pertahanan Awam (Bahagian Pengurusan Angkatan) JPAM Kelantan, berkata, tugas menyelamat sekitar tahun 1980-an dan awal 1990-an berbeza dengan tugas menyelamat sekarang ini yang banyak dibantu dengan pelbagai kemudahan pengangkutan dan peralatan termasuk alat komunikasi yang baik.

a€œDahulu (sekitar tahun 1980-an) mana ada walkie talkie dan handphone, kita berhubung masa tu menggunakan talian telefon. Operasi menyelamat bermula dari pukul 7 pagi hingga 7 malam sahaja kerana bergerak di waktu malam berbahaya,a€ katanya yang bersyukur tidak pernah menghadapi saat cemas bot karam ketika menjalankan tugas menyelamat.

Beliau berkata bagi penduduk yang menghadapi banjir setiap tahun, apabila memasuki bulan Oktober mereka sudah membuat persiapan untuk berpindah kerana kebiasaannya gelombang banjir akan berlaku dua tiga kali sebelum berakhirnya musim tengkujuh pada Mac.

a€œDahulu sekitar 1980-an penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan membawa bersama bekalan makanan seperti beras, ikan kering, ubi, pisang dan lain-lain...cukuplah untuk mereka dua tiga hari,a€ katanya berbeza sekarang ini apabila bekalan makanan dan keperluan harian lain sudah disediakan kerajaan di pusat pemindahan berkenaan.

Dalam melaksanakan operasi menyelamat itu, Aziz dan anggota penyelamat lain turut berhadapan dengan karenah penduduk yang enggan berpindah sehingga mereka dimarahi.

a€œBagaiamana pun kami tidak mengambil peduli dengan sikap marah penduduk itu, kami terus membuat rondaan menyelamatkan penduduk lain yang mahu berpindah.

Akhirnya penduduk terbabit yang ketika itu terpaksa duduk di bumbung rumah yang hampir ditenggelami air mengikut kami ke pusat pemindahan,a€ katanya.

Beliau menasihati penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir agar membuat persiapan awal untuk berpindah dan jangan menunggu di saat-saat akhir.

Aziz adalah antara lebih 3,500 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri ini serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digerakan untuk operasi bantuan dan menyelamat di Kelantan di musim tengkujuh sekarang ini.

JPAM juga mempunyai lebih 30,000 sukarelawan di seluruh negeri ini yang bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi bencana alam.

Jumlah mangsa banjir tertinggi bagi kejadian banjir 4 hingga 9 Dis baru-baru ini adalah di jajahan Pasir Mas dengan 3,029 orang berpindah ke pusat pemindahan banjir.

Banjir yang turut melanda Kuala Krai, Tanah Merah, Machang dan Tumpat itu dianggap sebagai persiapan bagi pasukan penyelamat kerana banjir lazimnya akan berlaku beberapa kali lagi sebelum berakhirnya musim tengkujuh yang sedang melanda negeri pantai timur.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan sehingga ini tidak menerima sebarang aduan berkaitan kelewatan dalam pengagihan bantuan kepada kesemua mangsa banjir berkenaan.

Kesemua mereka yang dipindahkan itu juga berpuas hati dengan peranan agensi kerajaan dalam membantu mereka berpindah dan segala kemudahan yang diberikan kepada mereka di pusat pemindahan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed turut meluangkan masa melawat kawasan bencana itu di beberapa tempat di negeri ini.

Kejadian banjir di negeri ini dipengaruhi oleh beberapa sungai utama iaitu Sungai Galas (menyebabkan banjir di Gua Musang), Sungai Lebir (Kuala Krai), Sungai Kelantan (Tanah Merah, Machang, Pasir Mas dan Kota Baharu), Sungai Golok (Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat) dan Sungai Semerak (Pasir Puteh).

Bercakap kepada Bernama, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Banjir Negeri Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata jawatankuasa berkenaan di peringkat negeri dan daerah sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -seorang-penyelamat
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 06:17 PM | Show all posts
Banjir: JPAM sedia hadapi gelombang kedua

OHOR BAHRU 28 Dis. - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri ini sentiasa bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir.

Pengarahnya, Kolonel Ghazali Abdul Rahman berkata, antara persediaan yang dibuat termasuk memastikan bilik gerakan yang dibuka sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.

"Kita telah bersiap sedia sebelum banjir melanda beberapa daerah di negeri ini baru-baru ini. Begitu juga kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

"Selain memastikan anggota mencukupi, kita juga sentiasa memastikan peralatan menyelamat sentiasa berada dalam keadaan yang baik," katanya dalam Majlis Penghargaan JPAM negeri 2013 di Dewan Jubli Perak di sini semalam.

Ghazali berkata, kira-kira 400 anggotanya ditugaskan ketika banjir melanda beberapa daerah baru-baru ini dan jumlah anggota itu mencukupi bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana berkenaan.

Mengulas tentang majlis tersebut, beliau berkata, program itu diadakan bagi menghargai pelbagai pihak dan individu yang banyak membantu jabatan berkenaan sepanjang tahun ini, termasuk ketika operasi banjir kali ini.

Beliau berkata, antara yang mendapat penghargaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi yang menyertai badan beruniform jabatan berkenaan dan agensi berita di negeri ini yang sering membuat liputan sepanjang program dan aktiviti yang dijalankan pihaknya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... api-gelombang-kedua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055412 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list