CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 23033|Reply: 139

Penyanyi akui ada anak kini berusia lapan tahun hasil perkongsian hidup dengan a

  [Copy link]
Post time 22-1-2012 09:22 PM | Show all posts |Read mode
saya baru terbaca citer ni......
Mod, kalau dah ada benang ni maaf ya... tolong remove je....
KETIKA dirundung duka, anak menjadi peniup semangat. Bernafas penyanyi Erema hari ini hanya kerana permata hatinya, Nur Irsya Amyra Jamaludin, kini berusia lapan tahun. Mungkin pendedahannya ini mengejutkan ramai, Erema tidak mahu bermain tarik tali lagi.
Cukuplah lapan tahun penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pelita Di Bawah Purnama merahsiakan kehadiran buah hatinya itu. Nur Irsya Amyra, cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas penulis lirik, Allahyarham Seri Bayu.

Allahyarham Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik menghembuskan nafas terakhir pada usia 46 tahun di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan pada April tahun lalu akibat penyakit saraf (motoneuron disease). Bagaimanapun, belumpun sempat kes tuntutan cerai yang difailkan Erema dan pertelingkahan mereka selama dua tahun selesai, Seri Bayu terlebih dulu dijemput Ilahi.

Bukan berselindung, bukan juga mahu membohongi sesiapa, Erema atau nama sebenarnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 28, terpaksa merahsiakan kehadiran Nur Irsya Amyra kerana atas permintaan arwah suaminya ketika itu. Pada masa itu, Erema belumpun menempa nama dalam dunia persada seni suara.

“Saya minta maaf, tidak terlintas di fikiran mahu membohongi sesiapa, tapi saya terpaksa akur dengan permintaan arwah Seri Bayu. Amyra menjadi kekuatan jiwa saya yang terlalu merana dan tersiksa dengan konflik rumah tangga. Kehidupan saya tanpa arwah Seri Bayu, tetapi nadi saya terus berdenyut kerana Amyra.

“Amyra tinggal bersama ibu saya di Kuching sejak dulu lagi. Diakui memang pernah timbul gosip mengatakan saya sudah mempunyai cahaya mata dulu, bagaimanapun saya tidak pernah mengiya dan menidakkannya.
“Di kalangan teman-teman mahupun wartawan yang rapat, saya tidak pernah berselindung malah ada antaranya sudah menemui Amyra. Mereka menghormati permintaan arwah Seri Bayu dan menyimpan rahsia sehingga saya bersedia mendedahkannya. Tidak guna saya terus berselindung dan bermain teka teki, lambat laun orang luar akan tahu dan terus menuduh saya sebagai penipu. Dulu, terbit juga rasa bersalah tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana arwah tidak mahu saya mendedahkan kisah anak.

“Amyra rapat dengan arwah Seri Bayu. Walaupun Amyra berjauhan dengan arwah, mereka tidak pernah terputus hubungan. Mereka sentiasa berhubung dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana di penghujung hayat, arwah tidak mampu lagi bertutur. Saya sedih tidak dapat menemukan Amyra dengan arwah bapanya sebelum meninggal dunia.

Hajat terakhir tak kesampaian

“Saya juga terkilan, permintaan arwah yang terakhir iaitu mahu menemui Amyra sebelum menghembuskan nafas terakhir. Arwah menyuarakan rasa rindu dan mahu bertemu anaknya sebelum menutup mata.

“Malang sekali ketika itu, saya tidak berduit. Saya berdepan dengan kes muflis apabila kereta yang dibeli arwah atas nama gagal dilunaskan tunggakan. Semua akaun bank saya dibekukan. Dalam tangan saya ketika itu hanya ada RM50. Saya tidak dapat membawa Amyra bertemu arwah kali terakhir ketika terlantar sakit di Hospital Port Dickson.

“Alhamdullilah, selepas dua tahun bekerja siang malam, akhirnya saya dapat membayar semua tunggakan dan nama saya tidak disenarai hitam lagi. Walaupun banyak hutang yang ditinggalkan arwah, saya tidak berdendam dan sudah memaafkannya. Apa yang termampu, saya akan cuba selesaikan. Disebabkan itulah, saya terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang dan menanggung sara hidup anak.

“Saya tidak berdendam. Jika berdendam dan menyimpan perasaan amarah, saya tidak akan muncul pada hari pengebumiannya. Malah, saya sudah dua kali membawa Amyra menjenguk pusara bapanya di Port Dickson. Jika ada kelapangan, saya juga akan menjenguk pusara arwah bersendirian,” katanya ketika ditemui B*POP, baru-baru ini.

Amyra menangis bapa meninggal

Erema akui berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Walaupun tiada apa yang ditinggalkan untuk anaknya, dia bersyukur sekurang-kurangnya kehadiran Amyra menjadi kekuatan hidupnya. Ketika menangis, Amyra menyapukan air mata. Ketika bersedih, Amyra menghiburkan hatinya. “Amyra suka buat saya tergelak.

Dia lucu orangnya. Sungguhpun Amyra melihat penyiksaan yang saya lalui apabila sering diaibkan dan dimalukan menerusi dada akhbar, dia tidak pernah membenci arwah. Amyra melihat saya menangis siang malam mengenang perbuatan arwah dulu.
“Amyra menerima arwah sama ada baik atau buruknya. Saya nampak kesedihan Amyra apabila kehilangan bapanya. Ibu saya melihat Amyra menangis sendirian di dalam biliknya selepas menonton berita kematian bapanya di kaca TV. Bagaimanapun, Amyra tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan keluarga.”

Lara hatinya berlalu perlahan, ia meninggalkan kesan kesedihan mendalam dalam jiwanya. Erema mengakui hampir terkena penyakit kemurungan dek tersiksa dengan konflik rumah tangga berterusan dengan arwah Seri Bayu ketika hayatnya. Kini, dia cuba bangkit daripada kesedihan silam.

Hidup kini lebih tenang

Jujurnya, Erema berkata hatinya tetap sedih dan terkilan kerana kes tuntutan cerai belum selesai. Seakan-akan mengetahui dirinya tidak akan hidup lama, arwah Seri Bayu pernah berkata, dia tidak akan berpisah dengan Erema, melainkan berpisah mati.

Walaupun sehingga akhir hayat, mereka tidak berbaik namun Erema dan keluarganya tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan dan memohon keampunan untuk suaminya di alam barzakh. Walaupun hatinya terlalu terluka mengenangkan pertelingkahan yang tidak berkesudahan, Erema sudah lama memaafkannya.

“Saya tidak mahu menangis lagi, dulu saya puas menangis dan meratap. Kehidupan saya hari ini lebih tenang kerana tiada lagi masalah rumah tangga yang harus difikirkan. Saya juga semakin biasa mengharungi hidup sendirian tanpa insan bernama suami. Kisah sedih dulu, saya buang jauh-jauh dari kotak fikiran, saya tidak mahu mengenangkannya lagi.

“Walaupun saya pernah menerima aib yang teramat sangat hingga tidak tahu meletakkan muka, saya akur ujian Tuhan. Saya tidak mahu terus menyimpan perasaan marah. Tapi, mulut boleh berkata sudah lupa, kadang kala hati dan fikiran masih menerawang memikirkannya. Saya akui, hampir terkena penyakit kemurungan ketika berdepan dengan kes tuntutan cerai dan selepas kematian arwah Seri Bayu.

“Saya menangis tanpa henti selama beberapa bulan. Ketika makan menangis, tidur pun dalam linangan air mata. Apa saja yang dilakukan pasti air mata berjuraian. Sehingga suatu ketika, keluarga saya terpaksa membawa saya bertemu seorang ustaz di Kuching. Saya tahu jiwa dan hati saya terlalu merana ketika itu sehingga hilang semangat untuk meneruskan hidup.

Salahkan diri sendiri

“Bagaimanapun, semuanya sudah berlalu. Tiada guna mengenang kesakitan lalu. Apa yang berlaku meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa saya. Saya sudah puas hidup susah dan tersiksa, saya mahu melalui hidup yang lebih tenang dengan Amyra walaupun ada ketikanya, masih terbayang-bayang kesakitan dulu. Saya kehausan kasih sayang ketika hidup bersama arwah dulu.

“Saya sering menyalahkan diri, saya persoalkan kenapa hidup saya jadi begini? Persoalan yang sering menerjah fikiran, kadang kala buat saya hampir gila. Ia kerana saya sendiri tiada jawapannya. Apabila arwah Seri Bayu menghembuskan nafas terakhir, saya terkejut. Bohonglah kalau saya cakap tidak sedih. Arwah pernah melalui hidup susah senang bersama saya. Baik atau buruknya, kami pernah menjadi suami isteri dulu. Terlalu cepat arwah pergi tanpa ada penyelesaian antara kami.

“Kami sering bertikam lidah di dada akhbar dan penghujungnya hanya tergantung begitu. Mungkin betullah apa yang arwah pernah cakap pada saya, dia tidak akan menceraikan saya sehingga akhir hayat. Hanya maut akan memisahkan kami. Tidak dinafikan, terbit juga rasa terkilan kerana tidak berada di sisi arwah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir, sedangkan hampir empat tahun saya menjaganya ketika sakit. Hampir dua bulan saya rasa bagai nak gila, sering menyalahkan diri dan macam-macam. Jiwa saya rasa terlalu kosong.

“Walaupun saya digantung tidak bertali selama lebih dua tahun, tapi saya dan arwah masih berhubungan kerana kami punya anak. Kami saling menghubungi menerusi SMS dan ada ketika, saya dan Amyra menjenguk arwah. Cuma kami tidak bertemu selama lima bulan apabila arwah tinggal bersama keluarga angkatnya di Port Dickson,” katanya.

Mohon maaf pada wartawan

Erema berkata, hidup perlu diteruskan, apatah lagi Amyra kian membesar. Dia perlu bekerja keras untuk membesarkan Amyra. Ketika ini, Erema masih aktif menyanyi, malah akan muncul dengan lagu single baru tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu nama saya terus tenggelam. Saya nekad mengeluarkan duit simpanan untuk membiayai lagu single. Saya masih lagi mencari lagu-lagu yang sesuai, tentunya genre balada menjadi pilihan. Dulu, saya pernah menolak beberapa tawaran kerana malu mahu muncul di khalayak ramai. Hati saya juga belum terbuka untuk bertemu sesiapa ketika itu.

“Saya mohon maaf pada wartawan yang sering memanggil saya untuk mengadakan sesi fotografi, saya terpaksa menolak kerana jiwa saya belum kuat untuk berdepan dengan mereka. Kini, saya mahu membuka lembaran baru, saya harap ada sinar untuk kerjaya nyanyian.

“Tidak dinafikan, saya masih aktif menyanyi, cuma menerima undangan nyanyian makan malam. Saya tidak kuat lagi ketika itu untuk menerima undangan pertunjukan pentas yang membabitkan orang ramai. Alhamdullilah, kini saya sudah mendapat sedikit kekuatan, apatah lagi Amyra mahu saya terus menyanyi dan menghasilkan album.

“Saya juga kerap menerima undangan nyanyian sekitar Kuching. Masa saya juga banyak dihabiskan di Kuching bersama Amyra dan keluarga. Bagaimanapun, saya masih menyewa rumah di Puchong kerana masih banyak menerima undangan makan malam di Kuala Lumpur,” katanya.

Kredit to Bi-PoP
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 22-1-2012 09:31 PM | Show all posts
,,,,alfatihah buat seri bayu,,,,x nk komen apa2.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 09:41 PM | Show all posts
Erema tak perlu kot keluarkan statement ni. Bercanggah sangatlah. Seri Bayu pun dah arwah. Kenapa perlu timbulkan lagi. Mesti orang tertanya2. Masa arwah hidup tak mahu cerita.

Seri Bayu kemudian melalui perkahwinan kedua bersama penyanyi Dayang Erema Zaira Awang Moshdad dari Kuching, Sarawak pada 19 Disember 2006.

Namun langit tidak selalu cerah. Kehidupan penulis lirik kelahiran Singapura itu berubah selepas penyakit saraf yang dihidapi pada tahun 2004 menjadi antara punca Erema ingin menuntut fasakh ekoran Seri Bayu gagal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Erema dilaporkan mula menuntut cerai daripada Allahyarham di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal November tahun 2008.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=hi_02.htm
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 09:46 PM | Show all posts
AlFatihah untuk arwah..kisah arwah,kisah silam arwah,usahlah disebut2 lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 09:47 PM | Show all posts
Kahwin 2006, tp umur anak dah 8 tahun? Ke aku yg tak faham...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 09:48 PM | Show all posts
Kenapa sekarang baru nak bkk citer ni sume..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 09:50 PM | Show all posts
perempuan memang pendek akal macam dia ni ke ... nak seronok sangat sampai semua benda nak rahsia ... kalau bapanya masih hidup tak apa ... ni dah arwah ... biarlah rahsia sahajalah ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 09:52 PM | Show all posts
terdesak sgt nak glemer ke die nih? sampai nak bukak citer camni?
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
 Author| Post time 22-1-2012 09:53 PM | Show all posts
tu la kan... asal sekarang baru nak citer semua ni....tak faham la... ape2 pun Al-Fatihah buat Seri Bayu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 09:56 PM | Show all posts
alfatihah kpd yang tiada.nk ttup citer lain nanti lain citer sbenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 09:59 PM | Show all posts
Kahwin 2006, tp umur anak dah 8 tahun? Ke aku yg tak faham...
mariamaria Post at 22-1-2012 09:47 PM



aku lg tak paham. nak ckp tak tergamak.
takkan nak ckp anak tu kan..
kenapa ek? ke wartawan salah tulis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2012 10:02 PM | Show all posts
aku lg tak paham. nak ckp tak tergamak.
takkan nak ckp anak tu kan..
kenapa ek? ke wartawan  ...
rbmy Post at 22-1-2012 21:59



    aku pun rasa mcm wartawan salah tulis la... tah2 budak tu umur 6 tahun kot...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 10:06 PM | Show all posts
Btl ke citer ni? Sepatutnyer bdk tu umur 8 thn pda 2015... Trmsk 9bln pegnen... Pda aku pompuan ni brsifat keji la coz mnceritakan benda buruk brkaitan arwah si mati...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 10:07 PM | Show all posts
Aku tak bape paham la story ni.kenapa dorng mesti nak sorokkn anak tu erk..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2012 10:08 PM | Show all posts
elok2 org tak tahu dia ada anak, terus org jadi tahu & kutuk2 plak... adoi... tak pasal2.... nak meraih simpati ke ape?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2012 10:12 PM | Show all posts
alasan "Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 28, terpaksa merahsiakan kehadiran Nur Irsya Amyra kerana atas permintaan arwah suaminya ketika itu. Pada masa itu, Erema belumpun menempa nama dalam dunia persada seni suara".... ko sorok pun tak jugak menempa nama? sian kat anak dia....
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 22-1-2012 10:16 PM | Show all posts
bila masa lak dia mengandung, beranak bagai.............
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 10:23 PM | Show all posts
aneh la pompuan nie...mental ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 10:29 PM | Show all posts
Binggung nye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 10:40 PM | Show all posts
pendek akal nye pompuan...ko x pikir ke impak yang akan kena kat anak ko tu nanti??..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.214025 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list