CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1420|Reply: 2

btolkah insuran keta naik?

[Copy link]
Post time 21-1-2012 02:53 PM | Show all posts |Read mode
assalam olz..
dgaq khabor insuran keta naik 25%..
btol kah?
sbb mber ak bt insuran keta bagai..
berkuat kuasa 16/1/2012..
btoi kah?x dgr brita pon..
sbb ak pon nk kena renew dah ni..sok luse..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2012 03:04 PM | Show all posts
ini keratan berita tahun lepas feb 2011...   

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Insurans kenderaan bermotor akan meningkat secara berperingkat, bermula tahun hadapan hingga 2015 dalam usaha mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.

    Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, walaupun terdapat peningkatan selama lima tahun berturut-turut namun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kenaikannya adalah kecil.

    “Penstrukturan ini juga akan melibatkan motosikal, kereta, bas dan teksi dan setiap kenaikan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan kenderaan terbabit melalui kriteria rekod kemalangan serta keadaan kenderaan semasa tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
    Kata Abu Hassan Alshari, anggaran awal kenaikan bagi insurans pihak ketiga motosikal 100cc ke bawah adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun manakala insurans pihak pertama antara RM1 hingga RM2 setahun.

    “Bagi kereta persendirian 1,400cc ke bawah, insurans pihak ketiga hanya meningkat antara RM6 hingga RM34 manakala insurans pihak pertama antara RM7 hingga RM19.

    “Pemandu yang kurang risiko kemalangan atau tidak pernah merekodkan kemalangan akan dikenakan kenaikan kadar insurans yang lebih rendah berbanding yang kerap mengalami kemalangan,” jelasnya.

    Tambah beliau, kajian dibuat keatas kedua-dua jenis kenderaan berkenaan terlebih dahulu kerana 70 hingga 80 peratus kenderaan di Malaysia berada dalam kelas berkenaan.

    Selain itu, Abu Hassan Alshari berkata, penstrukturan itu juga akan mengurangkan tempoh pembayaran pampasan daripada tiga hingga lima tahun kepada 18 bulan sahaja berikutan penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC).

    Katanya, jawatankuasa tersebut akan membincangkan isu berbangkit dan membentuk rangka kerja yang komprehensif untuk kebaikan bersama.
    Mengulas lanjut, Abu Hassan Alshari berkata, penstrukturan tersebut terpaksa dibuat kerana syarikat insurans mencatat kerugian yang besar dalam bahagian motor dan jika tidak dikawal ini akan menyebabkan industri berkenaan merudum dan akhirnya memberi impak kepada pengguna.

    “Perangkaan 2009/2010 menunjukkan perniagaan insurans motor mencatat kerugian RM650 juta disebabkan tuntutan pampasan kecederaan kemalangan yang sangat tinggi,” jelasnya.

    “Bagaimanapun penstrukturan semula ini masih di peringkat perbincangan dengan pihak yang terlibat. BNM akan mengumumkan skim insurans terbaharu tersebut selepas kajian lengkap dibuat,” katanya.

    Sementara itu, beliau memberitahu, JWC akan dianggotai oleh pihak yang terlibat dalam proses pembayaran insurans iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Majlis Peguam, Badan Kehakiman, industri insurans dan takaful serta persatuan penguna dan pengangkutan.

    Abu Hassan Alshari berkata, setiap anggota JWC akan menghantar rekod kerja kepada Majlis Ekonomi dan jika ada sebarang kelewatan atau masalah laporan ia perlu dinyatakan.

    “Langkah ini akan meningkatkan keupayaan dan kepantasan proses tuntutan insurans negara dan mengurangkan kerenah birokrasi yang banyak membebankan rakyat,” ujarnya.

Daripada kenyataan di atas, dapatlah kami simpulkan beberapa fakta di bawah:

Motosikal bawah 100 cc

        Insurans Pihak Ketiga- anggaran RM 1-RM 3.50 kenaikan setiap tahun
        Insurans Pihak Pertama-anggaran RM 1-RM 2 setahun

Kereta Persendirian bawah 1400 cc

        Insurans Pihak Ketiga- anggaran RM 6-RM 34 kenaikan setiap tahun
        Insurans Pihak Pertama-anggaran RM 7-RM 19 kenaikan setahun

Alasan langkah menaikkan harga insurans kenderaan ini adalah kerana ingin membantu perniagaan insurans motor yang mencatatkan kerugian hampir RM650 juta akibat kadar kemalangan yang tinggi.Sebelum itu, adalah lebih baik anda melihat rujukan statistik kemalangan jalan raya di bawah dari tahun 2000 – 2009 yand di ambil daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR)

Apa yang kami ingin anda lontarkan pendapat, adakah wajar kenaikan insurans bermotor hanya melibatkan kenderaan bawah 100 cc dan 1400 cc sahaja? Bagaimana pula harga insurans bagi kenderaan 100 cc dan 1400 cc ke atas? Seperti yang kita fahami, lingkungan golongan yang menggunakan motosikal 100cc ke bawah dan memandu kereta 1400 cc adalah di antara yang teramai di atas jalanraya iaitu mewakili hampir 70% kenderaan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2012 09:06 PM | Show all posts
alooo???
xder org reply ker jwapan aku nie>???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.685411 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list