View: 172|Reply: 0
|
Tiada ‘layanan istimewa’ untuk Siti Fatimah
[Copy link]
|
|
Kita akan nilai prestasinya selepas enam bulan dulu: Zolkples\rDI sebalik bakat semula jadi dalam sukan lumba basikal yang ada pada Siti Fatimah Mohamad, teka teki mengenai status bekas pelari pecut itu terjawab dengan dia tidak akan diberi ‘layanan istimewa’ dibawa menjalani latihan ke Melbourne.\r\n\n\n\n\r Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata biarpun beberapa siri ujian membuktikan potensi yang ada padanya, atlit berusia 26 tahun itu akan menjalani latihan di bawah jurulatih pelapis, Graham Seers di negara ini selama enam bulan.\r\r\n\n\n\n\n “Kita akan nilaikan prestasinya selepas enam bulan nanti menerusi perlumbaan bagi menentukan kerjayanya sama ada kekal dalam sukan lumba basikal atau mungkin dibawa ke Melbourne,” katanya mengenai keputusan dicapai selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bersama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF).\rKetua jurulatih lumba basikal negara, John Beasley yang mengadakan ujian berbasikal ke atas Siti Fatimah pada minggu lalu berkata keputusan diperoleh positif apabila kemampuan Siti Fatimah dilihat tidak jauh berbanding pelumba elit, Fatehah Mustapa dan jauh mengatasi beberapa pelumba senior wanita lain.\r“Saya harap ini adalah permulaan baik bagi kita mengasah lagi ‘berlian’ yang ada apa lagi kini sukar mencari pelumba pelapis berbakat,” katanya.\rMengenai Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) yang akan berlangsung pada 8 hingga 18 Februari ini, Beasley berkata kejohanan itu antara tumpuan penting dengan percaturan utama kepada tiga pelumba Road To London - Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Fatehah.\r\n\n\n\r“Kejohanan ini amat penting kerana menyediakan mata Sukan Olimpik 2012 London, jadi tumpuan kita terarah kepada Fatehah untuk cuba memungut sebanyak mana mata yang mungkin dalam acara pecut pula selepas layak dalam acara keirin,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|