CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Mat Yo dahaga gol

[Copy link]
Post time 17-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
APA yang berlegar dalam minda Norshahrul Idlan Talaha ketika ini cuma satu - mahu membocori gawang Johor FC dalam saingan Liga Super, malam ini untuk koleksi peribadi dan juga membantu cabaran Kelantan yang ‘agak bergoyah’ ketika ini.\rPenyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang bergelar Mat Yo itu akur dia belum mencapai tahap kemampuan sebenar menggegar gawang lawan dan bertekad mahu menjaringkan gol pada setiap perlawanan selepas ini termasuk di Stadium Sultan Muhammad IV nanti.\r\n\n\n\n\r  “Saya mahu jaringkan gol untuk  pasukan. Itu sasaran saya dalam setiap perlawanan bagi membolehkan Kelantan berada pada kedudukan selesa awal musim. Tapi saya juga perlu mendapat bantuan rakan sepasukan.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya akan memperbaiki kelemahan diri dan berharap rakan sepasukan juga sentiasa membantu kerana kerjasama dan kesefahaman dalam padang amat penting mempamerkan rentak permainan mantap,” katanya ketika dihubungi, semalam.\rBagaimanapun, penyerang berasal daripada Besut, Terengganu itu akur tekanan dirasai selepas Kelantan terikat 1-1 dengan Selangor PKNS pada 13 Januari lalu walaupun bermain di halaman sendiri. Namun ayam tambatan The Red Warriors percaya pasukannya akan bangkit dalam pertemuan menentang Johor FC, malam ini.\r“Kita harap pemain bangkit dan memberi yang terbaik ketika menentang Johor FC malah kelebihan bermain ditempat sendiri akan dimanfaatkan bagi mengembalikan kepercayaan penyokong,” katanya yang sudah menjaringkan dua gol setakat ini daripada tiga perlawanan lalu.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036500 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list